Followers

01 June 2011

Makin Aku Cinta (03)

pernah kau berkata
bila ku merindu
bicara saja bintang kan mendengar
maka kau kan merasakannya
aku tahu diri
semua takkan mungkin
biarkan saja semua jadi kenangan yg mungkin
takkan terlupa sampai kau menua
biar saja
hujan di ujung bulan
biar jadi saksi hati
betapa pun mencinta
ini takkan mungkin



Telah hampir seminggu Suria menghabiskan waktu petangnya di gigi pantai. Serasanya, hanya bunyi deruan ombak dan angin pantai yang mampu memberikan sedikit ketenangan di jiwa. Hatinya masih luka dan luka itu semakin parah bila dia mendapat perkhabaran tentang penikahan Arman. Dia kenal siapa isteri Arman. Anak kepada YB Salleh yang belajar di Universiti yang sama dengan Arman. Mungkin silap dia kerana tidak menyedari yang cinta Arman sudah beralih arah. Arghhhh lelaki… mudah benar mereka berubah hati.

Suria berjalan menyusuri pantai sementara menanti matahari terbenam. Dia berjalan sambil memandang ke bawah melihat tapak kakinya yang tenggelam dalam pasir pantai. Entah mengapa hari ini dia merasakan yang setiap pergerakannya seperti di perhatikan. Sekali-sekala dia mengangkat kepala dan melihat kawasan sekelilingnya. Dia memutuskan untuk berhenti berjalan dan berehat di bawah sebatang pokok yang terdapat di kawasan terdekatnya.

Mata Suria masih lagi leka memandang ke arah pantai. Sesaat kemudian, pandangannya tertancap kepada seorang lelaki yang sedang berdiri tidak jauh dari tempat dia duduk. Lelaki itu juga sedang leka memandang ke arah lautan yang luas. Dia seperti mengenali lelaki itu.

“Hey Kak Suria, akak pun lepak tepi pantai ker?”

“Erlina!.. akak memang selalu kat sini. Erlina pulak buat apa kat sini?” Suria sedikit terkejut di sapa oleh Erlina. Dia tidak menyangka akan bertemu dengan gadis itu lagi di sini.

“Lin habiskan cuti. Kitorang sewa chalet kat area sini sebab abang nak tempat yang ada laut. Akak dah sihat?” Gadis itu kelihatan amat gembira. Kulitnya yang putih sedikit kemerah-merahan akibat di bakar matahari. Erlina memang cantik.

Mendengarkan Erlina menyebut ‘kitorang’, Suria serta merta dapat menangkap yang susuk tubuh lelaki yang di lihat tadi pastilah Emran. Dia tak tahu kenapa dia kurang selesa dengan lelaki itu. Mungkin kerana pandangan yang sentiasa tajam dan wajah yang serius membuatkan Emran nampak tidak peramah. Amat berbeza sekali dengan Erlina.

“Akak sihat, Alhumdulillah. Terima kasih sebab uruskan tentang hospital tempoh hari. Kalau tak sebab Erlina, akak tak tahu la apa akan jadi pada akak petang tu.”

Mengingati tentang peristiwa petang itu membuatkan hati Suria berdarah kembali. Sebelum airmatanya menitis, Suria meminta diri untuk berlalu lagi pula kelibat sang mentari semakin hilang.

Saat dia berpusing, dia perasan kelibat Emran menuju kearah dia dan Erlina. Langkah kakinya di lajukan supaya kedua beradik itu tidak nampak airmata yang menitis.

No comments:

Post a Comment