Followers

15 June 2011

Makin Aku Cinta (06)

Satu persatu telah kuhapus
Cerita lalu di antara engkau dan aku
Dua hati ini pernah percaya
Seribu mimpi tanpa ragu tanpa curiga
Ku tak ingin lagi
Menunggu, menanti
Harapan tuk hidupkan cinta yang telah mati
Ku tak ingin coba
Hanya tuk kecewa
Lelah ku bersenyum lelah ku bersandiwara


Suria menyelongkar seluruh biliknya sebaik sahaja selesai menunaikan sembahyang maghrib tadi. Kini menginjak ke waktu Isya’, dia masih tidak menjumpai barang yang dicarinya. Dia tidak pasti dimana gelang yang disayanginya itu tercicir kerana dia cuma sedar kehilangan gelang itu waktu dia meraup muka selepas menyudahkan solatnya. Serasanya ingin sahaja dia menangis kerana gelang itu tidak pernah di tanggalkan sejak Arman memakaikannya sebagai lambang yang dia adalah kekasih lelaki itu.

Puan Salmi yang sedari tadi memerhatikan gelagat anak tunggal nya itu mula merasa pelik.

“Suria, apa yang Su cari dari tadi? Mama tengok dah macam kucing nak beranak gaya kamu ni?”

“Su cari gelang yang Arman bagi dulu. Dah hilang la Ma. Su tak tau tercicir kat mana.” Airmata sudah hampir menitis. Perlahan-lahan Puan Salmi memegang bahu Suria.

“Su, sudahlah tu. Tak payah la Su nak cari lagi gelang tuh. Biarlah gelang tu hilang. Arman pun dah tak mahukan Su, buat apa Su beria sangat nak cari gelang tuh.” Puan Salmi menarik Suria supaya duduk di sofa.

“Tapi ma, Su sayang sangat kat gelang tu. Dah lama Su pakai gelang tu, tak pernah sekalipun Su tanggalkan.” Esak tangis sudah kedengaran dari suara Suria. Hatinya sangat sedih.

“Sayang macam mana pun, sampai masanya, Su kena lepaskan jugak. Kalau dah bukan rezeki Su nak terus pakai gelang tu, nak buat macam mana kan. Mana tau nanti-nanti Su akan dapat gelang yang lagi cantik dari yang hilang tuh. Kalau nak pakai sangat gelang, esok mama belikan gelang baru, Su pakai la sampai ke siku.” kata-kata yang keluar dari mulut Puan Salmi itu amat mendalam maknanya.

Suria tahu bahasa kiasan dari mamanya itu. Dia sedar yang dia terbawa-bawa emosi yang keterlaluan. Selepas sahaja mama mengetahui yang Arman memutuskan pertunangan mereka, mama terus membuang semua barang pemberian dari Arman. Mama tak mahu dia terus bersedih. Mama mahu dia bangkit semula dari kekecewaan kerana kata mama, Suria bukan diciptakan untuk menjadi tulung rusuk untuk Arman maka tiada guna untuk dia terus mengingati lelaki itu.

Suria ingin sekali menjadi sekuat dan setabah mama. Selepas pemergian arwah ayah, mama sendirian sahaja membesarkan dia dan menguruskan chalet milik keluarga mereka. Suria hanya nampak airmata mama pada hari pengebumian arwah ayah sahaja. Selepas itu, dia tidak pernah lagi melihat mama menangis walau sebesar mana sekalipun dugaan yang mendatang.

Mama tidak menangis saat dia di serang oleh isteri-isteri Tuan Ali, orang kaya di kampung mereka. Meskipun mereka menggelar mama ‘Janda Gatal’ dan ‘Janda Tak Sedar Diri’, mama sedikit pun tidak melatah malah mama dengan lantangnya menolak pinangan dari Tuan Ali dan memberi amaran keras kepada lelaki itu supaya menjauhkan diri dari kami berdua.

Mama juga tidak menangis bila sebahagian dari chalet mereka ranap dipukul ribut beberapa tahun lalu sebaliknya mama gigih menyediakan kertas cadangan untuk mendapatkan bantuan kewangan dari pihak bank.

Kini, Suria mula terfikir. Adakah berbaloi baginya untuk menangisi perpisahan diantara dia dan Arman. Dia mula mengakui kebenaran kata-kata mama. Untuk apa bersedih jika memang orang dah tak sudi. Dia di sini menangis hiba, Arman pula gembira bersuka ria dengan isterinya. Dia harus keluar dari kesedihan ini.

#####################################################################

Jam di ruang tamu berdenting sebanyak sebelas kali. Malam kian larut, tapi mata Suria masih tidak mengantuk. Dia bergolek malas diatas katil. Sedikit sebanyak memori sewaktu bersama Arman terlayar di ingatan. Begitu banyak pengorbanan yang telah dia lakukan untuk bersama lelaki itu. Dia sanggup menolak tawaran untuk dihantar bekerja di Sydney, Australia kerana janji lelaki itu yang mahu mereka berkahwin sebaik sahaja lelaki itu tamatkan pengajian. Dan memanglah lelaki itu berkahwin sebaik tamat pengajian, tapi bukan Suria pengantin perempuannya. Setiap kali teringat tentang hal itu, hatinya sakit berdenyut-denyut. Kesedihan semakin pergi yang tinggal hanya rasa sakit hati. Kenapa la dia bodoh sangat selama ni.

Suria sudah mengambil keputusan. Esok dia mahu pulang ke rumahnya di Shah Alam. Dia akan memulakan hidup baru tanpa Arman. Lelaki itu sudah mati di dalam kamus hidupnya. Dia akan pastikan yang satu hari nanti, Arman pasti akan menyesal kerana meninggalkan dirinya dan pada masa itu, dia takkan sedikitpun peduli tentang Arman.
Dia bingkas bangun dan menuju ke almari pakaiannya. Beg baju di ambil dan baju-baju di kemas.

~Shah Alam, here I come. Aku dah tak larat nak menangis lagi. Kalau buta nanti, dah jatuh pulak saham. To you Arman, get lost from my life. Sampah masyarakat!~

Suria tersenyum kecil. Pasti mama akan terkejut!.

#####################################################################

No comments:

Post a Comment