Followers

01 June 2011

Tiada Yang Lain... (10)

Tuan Zakuan melepaskan satu keluhan kecil. Matanya masih belum mengantuk, kerana itu dia masih lagi mengambil angin malam di taman mini rumahnya. Memikirkan tentang Rhea membuatkan dia teringat sejarah silam dirinya.

32 tahun lalu di Johor Bharu…

“Zack, aku nak kau lari dari sini. Bawa semua duit yang kita amik dari Badang. Duit tuh cukup untuk kau mulakan hidup baru. Aku akan pastikan mereka semua takkan jumpa kau di mana-mana.”

“Tapi macam mana pulak dengan kau. Aku tak tergamak nak tinggalkan kau sorang-sorang kat sini. Duit ni hasil kita berdua, aku takkan pergi tanpa kau..”

“Kau jangan jadi bodoh la Zack.Diorang tu takkan lepaskan kita. Aku tau la nak jaga diri aku. Selama ni pon aku yang jaga kau, bukan kau yang jaga aku. Aku percayakan kau dan aku tau kau takkan mengkhianati persaudaraan kita. Bila dah tenang sikit nanti, aku cari kau. Sekarang kau pergi..”

“Kau mesti cari aku tau Ming. Walau berapa lama pun, kau mesti datang cari aku. Aku simpan duit bahagian kau ni. “

Zakuan berlalu pergi walaupun hatinya berat. Dia sangat menghormati dan menyayangi Ah Ming seperti saudara kandung. Lelaki itu yang menyelamatkan dia sewaktu di pukul oleh konco-konco Panjang. Kalau tidak kerana Ah Ming, rasanya dia sudah hilang nyawa di tangan Panjang. Dia memang sangat terhutang nyawa dengan Ah Ming dan mereka telah berjanji untuk menjadi saudara sampai mati. Seperti Ah Ming, Zakuan juga anak yatim piatu dari kecil. Belajar dari pengalaman hidup di celah-celah lorong gelap adalah sesuatu yang biasa bagi Zakuan cuma dia belum pernah sampai ke tahap melakukan kerja-kerja hitam. Kerana itulah Ah Ming begitu menjaga Zakuan.

Berlainan pula bagi Ah Ming. Setakat bergaduh di jalanan adalah rutin harian dalam hidupnya. Tumbukan dan sepakan merupakan makanan asasi tubuhnya. Siapa yang tak kenal dengan Ah Ming. Tak ada yang selamat kalau cari pasal dengan lelaki itu.

Lamunan Tuan Zakuan terhenti bila dia terdengar bunyi enjin kereta isterinya. Puan Mariyah menuju ke arah Tuan Zakuan sebaik sahaja dia nampak suaminya masih berada di luar rumah.

“Zack, you still belum tido? You tunggu I balik ker?” Puan Mariyah bersuara dengan lenggok manja. Wanita itu masih kelihatan sangat jelita dan seksi walaupun usianya sudah menjangkau 48 tahun. Dia tak suka kelihatan tua kerana dia masih gemar berparti dan berpeleseran dengan rakan-rakan yang lebih muda.

Puan Mariyah pernah cuba untuk berubah tetapi semuanya tidak dapat bertahan lama. Dia sudah biasa dengan cara hidup yang sosial dan bebas. Dahulu Tuan Zakuan juga sepertinya, namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, suaminya itu telah banyak berubah.

“Mar, you dari mana? I tunggu you nak ajak dinner bersama.” Tuan Zakuan bertanya lembut walaupun di hatinya terasa seperti ingin menjerit.

“Sorry, you tak bagi tau awal-awal. I had a good time with all the girls. You know, today is Datin Arianna’s birthday so all of us went to D’Vegas Club. By the way, Dato’ Burn sent his regards to you. Dia tanya kenapa sekarang susah nak nampak muka you. So I cakap yang you sibuk dengan urusan di Brunei. Next party you mesti ikut sekali tau.”

Tuan Zakuan semakin muak dengan cara hidup begini. Dia tahu sudah agak terlambat jika dia ingin merubah isterinya tapi dia pasti, peluang itu tetap ada.

“Mar, next week I nak buat kenduri untuk arwah Amin kat rumah kita. You tolong I yer”

“What!!!! Kenduri arwah??? Aper tuh???? Zack, kalau you nak buat kenduri-kendara, jangan nak buat kat rumah kita. Apa kena mengena Amin tuh dengan kita? I won’t help you.” Puan Mariyah sudah mula melenting. Panas hatinya bila Tuan Zakuan sibuk merancang untuk membuat kenduri bagi arwah Amin. Tanpa menunggu lama, Puan Mariyah terus melangkah masuk kedalam rumah. Dia benci bila mendengar Tuan Zakuan menyebut tentang Aminuddin. Dia tahu sedikit sebanyak perubahan diri Tuan Zakuan ada kena mengena dengan Aminuddin.

Tuan Zakuan pula hanya mampu menggelengkan kepalanya. Bebanan terasa semakin memberat di bahu. Dia tahu silap dia kerana mengikut sahaja kata-kata dan permintaan Puan Mariyah sejak dari mula perkahwinan hingga kini kerana rasa sayang yang melampau. Sekarang, rasa sayang itu semakin pudar dan dia tidak tahu berapa lama lagi dia mampu bertahan.

No comments:

Post a Comment