Followers

17 June 2011

Makin Aku Cinta (07)

Sejak terpandang wajahmu
Hatiku bertanya selalu
Siapa dia mengikat pandanganku
Seringkali dia berlalu
Di hadapan dan menyapaku
Sehingga hatiku seringkali merindu
Tak dapat ku melupakan dirinya
Terbayang wajahmu di mataku


Suria sedang menunggu mama ketika dia terdengar suara Erlina menjerit memanggil namanya.

“Kak Suria! Nak pergi mana dengan beg besar semua ni? Lari dari rumah ker?” usikan nakal dari Erlina itu di sambut dengan tawa kecil.

“Ha ah. Akak nak lari dari rumah sebab mama akak dah halau suruh balik rumah sendiri. Kesian kat akak kan.”

“Kesiannya. Takper, kalau macam tu, akak ikut jer Lin balik rumah, kan Along?” Erlina menjawab sambil memandang ke arah pintu masuk chalet yang berada di belakang Suria.

Emran tidak menjawab sebaliknya hanya tersenyum sambil mengangguk. Suria menundukkan kepala memandang ke arah kakinya. Dia kurang senang dengan pandangan tajam dari Emran. Setiap kali mereka berpadu pandangan, Suria merasakan pandangan lelaki itu seolah-olah bisa menembusi jantungnya dan melekat di hati. Jalan paling selamat, tak payah pandang mata Emran.

“Kak Suria tunggu siapa kat sini?” Soalan dari Erlina membuatkan Suria mengangkat kepalanya. Emran sudah tiada. ~Bagus. Lega jantung aku~

“Akak tunggu mama ni. Masa balik sini tempoh hari, akak tak bawak kereta, so mama akak nak hantar pergi Seremban.”

“Seremban? Rumah akak kat Seremban ker? “ Erlina bertanya pelik.

“Tak lah. Rumah akak kat Shah Alam. Sampai Seremban nanti akak naik bas atau naik komuter.”

Sedang mereka rancak berbual, Suria ternampak kelibat Emran yang menggamit Erlina. Tanpa berlengah, Erlina menuju kearah abangnya. Kelihatan mereka berbisik-bisik dan wajah gadis itu tersenyum gembira.

Tak lama kemudian mama tiba dengan wajah yang muram.

“Su, mama rasa macam tak sempat jer nak hantar Su ke Seremban. Pegawai dari Majlis Perbandaran nak datang melawat chalet. Mama minta maaf yer sayang.” Mama menerangkan tentang masalah yang dihadapinya. Tangan mama masih mengusap-usap pipi Suria yang licin tanpa jerawat. Dia rasa bersalah kerana tidak dapat menghantar anak gadisnya.

“Its ok ma. Small matter. Su boleh amik teksi. Mama tak payah risau.” Suria menggenggam erat tangan mamanya.

“Kalau Kak Su tak kisah, boleh balik sekali dengan kami. Tapi kena tunggu Along packing barang-barang dia kejap. Kitorang pun nak balik ke Shah Alam jugak.” Erlina memberikan cadangan tanpa bertanya kepada Alongnya dahulu.

“Err.. takper la. Akak boleh amik teksi lagipun Lin ngan abang Lin kan tengah bercuti. Bukan tak biasa amik teksi dari sini.” Suria menolak dengan halus. ~Dah gila nak balik dengan dua beradik ni. Yang adik terlebih peramah, yang abang pulak pandang orang macam nak makan. Mati kering aku nanti dalam kereta.~

“Its ok. Next Monday Along dah mula kerja so kitorang memang nak balik hari ni. Along tak kisah la. Kan Along?” Erlina memandang ke arah Emran sambil mengangkat-angkat kening dan senyum-senyum kambing. Emran pula membuat muka takder perasaan dan berlalu. Mungkin balik ke chalet penginapannya.

Suria semakin serba salah. Pautan tangan Erlina menunjukkan yang gadis itu beria-ia mahu dia pulang bersama mereka. Mama pula hanya menjungkitkan bahu tanda tidak mahu masuk campur. Pasti mama mahu anak gadisnya sampai di rumah dengan selamat dan sekiranya Erlina dan abangnya boleh memastikan keselamatan Suria, dia tiada halangan.

Akhirnya Suria bersetuju untuk pulang bersama Erlina dan Emran. Itupun setelah Erlina merengek-rengek dan menarik-narik tangannya supaya bersetuju. Dia tiada pilihan kerana Erlina pasti tidak akan berhenti memujuk selagi dia tidak memberikan kata putus.

################################################################

Suria memasukkan beg pakaiannya ke dalam bonet kereta milik Emran dengan rasa yang agak sebal. Lelaki itu seperti tidak sudi menumpangkan dia, tapi adik lelaki itu beria-ia sangat pula. Setiap kali melihat mimik muka Emran yang mencuka, Suria menjadi serba salah. Bonet kereta mewah milik Emran masih dibiarkan terbuka kerana dalam fikiran Suria masih berkira-kira samaada mahu teruskan niat menumpang atau balik sahaja menaiki bas.

“Cik Suria nak masuk dalam bonet kereta sekali ker? Tenung sikit punya lama.” Teguran dari Emran memeranjatkan Suria. Dadanya diusap perlahan.

“Saya rasa tak jadi lah nak tumpang Encik Emran. Saya lebih selesa naik bas.” Terkeluar juga suara Suria. Dia menggigit bibir menahan rasa.

“Nak naik bas? Kenapa? Takut saya jual ker?” Emran bertanya sambil berjalan menghampiri Suria.

“Saya tak nak menyusahkan Encik Emran dan Erlina. Saya dah biasa naik bas” Suria membalas. Dia mengangkat sedikit wajahnya dan tanpa disangka-sangka pandangan matanya beradu terus dengan pandangan tajam dari mata milik Emran. Secepat kilat dia menundukkan kembali wajahnya.

“Kalau awak tak balik dengan kami, awak lebih menyusahkan saya. Erlina akan fikir yang saya tak mahu tumpangkan awak. Mama awak akan fikir yang saya ni jenis lelaki yang tidak bertanggungjawab. So, awak memang akan balik dengan kami melainkan awak memang suka orang berprasangka buruk tentang saya.” Suara Emran masih kedengaran tegas di telinga Suria.

“Tapi…”

“Cik Suria, saya tak suka nak ulang sesuatu perkara tuh banyak kali. Jadi saya rasa Cik Suria faham apa yang saya katakan tadi. There is nothing to discuss. Fullstop.”
Terkulat-kulat Suria bila suara Emran sudah naik seoktaf dari nada biasa. Sedangkan dalam nada biasa saja sudah amat tegas, inikan pula bila nadanya tinggi dari biasa. Suria tidak mahu terus bertekak dengan lelaki seperti ini. Silap-silap boleh kena jerit macam orang gila pulak. Disebabkan rasa bengang, bonet kereta Emran dihempas kuat.

Emran yang sudah melangkah beberapa tapak di hadapan pantas berpusing. Matanya memandang kearah Suria seperti mahu dipatah-patahkan sahaja tubuh kecil molek itu. Suria pula baru tersedar dengan perlakuannya tadi. Dengan pantas dia berlari meninggalkan Emran untuk pergi mencari Erlina.

###########################################################

3 comments:

  1. best cite ni... Slalu la msukan n3 bru ye....best cite ni... Slalu la msukan n3 bru ye....

    ReplyDelete
  2. insya-Allah.... thanks sebab sudi baca yer..... hehehehe

    ReplyDelete
  3. bestlh cite ni nak lagi...

    ReplyDelete