Followers

10 June 2011

Tiada Yang Lain... (12)

Rhea berjalan di hadapan dan Zarif mengikut dari belakang. Mereka cuma dipisahkan dalam jarak 2 langkah sahaja. Dengan baju kedua-duanya basah kuyup, matahari yang semakin meninggi, pasti ianya mengundang pandangan sesiapa sahaja yang berselisih dengan mereka. Sekali imbas, seperti pasangan kekasih yang baru lepas bertengkar pun ada. Masih terngiang-ngiang suara Zarif di dalam kepala Rhea. Sekali-sekala, dia akan mengetuk-ngetuk perlahan kepalanya dengan harapan kata-kata Zarif itu tidak akan terus menghantui mindanya. Tiba-tiba dia terasa seseorang memegang tangannya.

“Janganlah asyik ketuk kepala tuh. Tak sakit ker?”

Suara Zarif kedengaran amat dekat di telinga Rhea. Sekali lagi lelaki itu membuatkan jantungnya berdegup lebih laju dari biasa. Dia memberikan jelingan tajam kepada Zarif. Anehnya, lelaki itu tersenyum tanpa memandang wajahnya.

~Oh nak kenakan saya yer. Awak tunggu la Zarif, jangan sampai nanti awak tak tidur malam asyik teringatkan muka saya jer.~

Sewaktu tiba di hadapan lif, penghuni-penghuni yang ada di sekeliling mereka sekadar tersenyum melihat kondisi mereka berdua. Sebaik lif terbuka, Rhea dan Zarif memilih untuk berdiri di bahagian belakang dan agak jauh dari penghuni lain. Mereka tidak mahu penghuni lain berasa tidak selesa. Kerana keadaan di dalam lif yang sedikit padat, Rhea terfikir untuk mengusik Zarif yang berdiri di belakangnya.

Dia bergerak ke belakang perlahan-lahan sehingga terlanggar sedikit tubuh Zarif, baru dia berhenti. Dia tahu Zarif berasa agak kurang selesa, tapi dia sengaja buat bodoh. Dekatnya kedudukan mereka sehinggakan dia dapat mendengar deruan nafas Zarif di telinganya. Dia mengukir senyuman kecil.

Zarif pula merasa sedikit resah. Gadis ini benar-benar berjaya membuatkan dia gelisah dan panasaran. Perasaan yang hadir dalam hatinya semakin kuat walaupun berkali-kali dia mengingatkan dirinya yang gadis ini adalah majikannya dan tidak sepatutnya ada hubungan lain yang hadir selain dari hubungan majikan dan pekerja dan kini, gadis ini berdiri sangat rapat dengan tubuhnya. Tiada tanda-tanda yang menunjukkan gadis itu akan beralih walaupun ketika sampai di tingkat tiga, hanya tinggal mereka berdua sahaja di dalam lif. Sedang Zarif berfikir-fikir untuk berkalih tempat dari belakang Rhea, lif tiba-tiba berhenti dan lampu berkelip-kelip. Dengan spontan Zarif memaut pinggang Rhea, khuatir jika gadis itu hilang imbangan lagi dan terjatuh. Rhea pula dengan perasaan cemas memaut erat tangan Zarif yang memeluk pinggangnya.

Lampu lif terus berkelip-kelip. Tiada tanda-tanda yang lif akan bergerak seperti sedia kala. Perlahan-lahan Zarif melepaskan pelukannya.

“errr… lif rosak.” Hanya itu yang keluar dari mulut Zarif.

“saya tau. So? “

“saya cuba dapatkan bantuan”

Zarif menekan butang kecemasan yang terdapat di dalam lif. Berkali-kali di tekan, tetap tiada sambungan. Rhea memegang tangannya lembut.

“Takder orang Zarif. Kalau awak terus tekan loceng kecemasan tuh macam ni, saya takut tercabut pulak punat tuh. Cuba lagi lepas 5 minit.” Rhea bersuara perlahan. Tangannya masih lagi memegang jari-jemari Zarif. Tiada tanda-tanda yang dia akan melepaskannya.
“Cik Rhea….” Suara zarif mematikan lamunan Rhea. Bahayanya pegang tangan lama-lama. Nanti betul-betul tersuka, kan susah hidupnya.

“opss…. Sorry. “ Muka Rhea terasa kebas. Malu dengan ketelanjurannya yang seolah-olah tidak mahu melepaskan tangan Zarif.

Kedua-duanya mati kutu untuk seketika. Rhea masih menahan malu, Zarif pula tidak tahu apa yang patut dibicarakan. Suara dari corong kecemasan menyelamatkan keadaan. Zarif dan Rhea diberitahu yang kerosakan sedang diperbaiki. Menurut pengelenggara bangunan, keadaan akan pulih dalam tempoh 10 minit lagi.

Tiada pilihan, Zarif dan Rhea perlu menunggu sehingga keadaan pulih. Rhea duduk di lantai lif setelah penat berdiri. Zarif pula terus menunggu di hadapan pintu lif sambil mundar-mandir. Dia ingin duduk di sebelah Rhea, tapi dia takut sekiranya dia akan terbuai-buai dengan perasaan apabila berdekatan dengan majikannya itu. Wajahnya sengaja di masamkan kerana dia tahu yang Rhea sedang memerhatikan setiap perlakuannya.

Rhea pula semakin seronok memerhatikan Zarif. Lelaki itu tidak sekacak mana, tetapi dia kelihatan manis jika di pandang lama. Ada satu rasa yang terbit dalam hatinya tapi dia tidak mahu terlalu percaya dengan rasa itu. Jika rasa itu betul sekalipun, mana mungkin dia berterus terang dengan Zarif. Saat ini, dia lebih senang melayan rasa dalam diam.

*************************************************************************************

Zariff menghantar Rhea sampai ke depan pintu. Masih tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut mereka berdua sejak keluar dari lif tadi. Pintu apartment dibuka, dengan isyarat mata, Zarif menyuruh Rhea masuk ke dalam.

“ Cik Rhea bersihkan diri, makan dan berehat la. Saya akan tunggu di luar sahaja hari ni. Kalau ader apa-apa, call handphone saya. Saya dah setkan speed dial no satu untuk nombor saya.” Zarif mematikan suasana sunyi di antara mereka.

Rhea hanya mengangguk. Entah mana pergi suaranya, dia tidak tahu. Perlahan-lahan pintu tertutup dan Rhea hanya memandang ke arah Zarif hingga wajah lelaki itu hilang di sebalik pintu. Rhea memegang dadanya. Kenapa rentak jantung aku tak sekata? Dah kena sakit jantung ker aku neh? Ker jantung aku sakit bila nampak muka Zarif? Adeh la.

Zarif pula berpaling tapi kakinya seperti tak mahu melangkah. Dia juga memegang dadanya. Apasal pulak jantung aku neh rasa macam nak terkeluar jer? Oh, alahai…

Sedang Zarif bercakap sendirian, dia terdengar pintu apartment Rhea di buka. Sepantas kilat dia berpusing.

“Zarif” Rhea teragak-agak untuk berbicara.

“Yer Cik Rhea” Zarif berharap Rhea akan menjemput dia masuk walaupun dia tidak sepatutnya.

“errrrr……. Nanti tolong belikan roti. Rasa nak makan roti.”

“Ha! Oh ok. Nanti saya belikan.” La, nak suruh belikan roti pun sikit punya susah ker nak cakap. Aduhai…

“ Thanks.” Dengan cepat Rhea menutup semula pintu. Kepala di ketuk lagi. ~Apsal pulak aku pegi ckp pasal roti ni. Memang dah mengong ni namanya~

Dengan langkah longlai, Rhea menuju ke biliknya untuk membersihkan diri. Dia masih lagi menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal mengenangkan betapa bodohnya dia bila tersalah cakap.

Zarif di luar pula hanya tersenyum kecil. Roti!. .

Dia juga ingin masuk ke apartmentnya untuk membersihkan diri dan kemudian keluar sekejap ntuk mencari roti yang dipinta majikannya yang comel itu. Senyum masih lagi tidak hilang dari bibirnya.

No comments:

Post a Comment