Followers

22 June 2011

Tiada Yang Lain... (14)

Armand meninggalkan apartment Rhea saat jam menginjak ke pukul 5 petang. Banyak perkara yang mereka bualkan berdua. Zarif pula pulang ke unit apartmentnya apabila dia sudah memastikan yang Rhea selamat di rumah.

Sebaik sahaja Armand berlalu, Rhea terus mendail unit apartment Zarif. Entah kenapa dia mahu lelaki itu tahu yang Armand sudah pulang. Setelah beberapa deringan, masih tiada jawapan. Rhea meletakkan gagang. ~mungkin dia tidur kot~

Selepas 10 minit, Rhea mencuba sekali lagi. Masih tiada jawapan. Hatinya mula gusar. Dia mencari telefon bimbitnya dan menekan nombor Zarif. Hampa. Telefon bimbit juga tiada jawapan. Dia mencuba sekali lagi mendail unit apartment Zarif. Tetap tiada jawapan. Seribu satu perkara terlintas di fikiran Rhea. Dia takut sekiranya sesuatu terjadi kepada Zarif. Terbayang di matanya kejadian tembak-menembak yang berlaku tempoh hari.

Dengan terkocoh-kocoh dia keluar dari apartmentnya dan mengetuk pintu apartment Zarif. Tiada tanda-tanda yang lelaki itu akan membuka pintu. Rhea sudah mula menangis. Dia takut sekiranya dia tinggal seorang diri kerana di tingkat lima ini hanya ada unit dia dan Zarif sahaja. Lagi pula keseluruhan tingkat ini di milik arwah ayahnya dan tidak sebarangan orang yang dibenarkan naik.

“Zarif, buka lah pintu. Awak buat aper kat dalam. Jangan takutkan saya.” Rhea sudah tersedu-sedu sambil mengetuk pintu apartment Zarif. Dia tidak peduli kesakitan di tangannya akibat mengetuk pintu terlalu kuat.

Tiba-tiba Rhea terasa satu sentuhan di bahunya. Zarif!

Tanpa berlengah Rhea terus memeluk Zarif erat dan menangis di dalam pelukan lelaki itu. Zarif hanya terpinga-pinga tapi perlahan-lahan dia membalas juga pelukan dari Rhea.

“Awak pergi mana? Saya takut awak tinggalkan saya” Rhea bersuara dalam sedu sedan. Wajahnya masih disembamkan ke dada Zarif. Rasa lega sedikit hatinya melihat Zarif.

“Saya turun sekejap pergi beli rokok. “ Zarif membalas sambil mengusap kepala Rhea. Dia tidak tahu kenapa ringan sahaja tangannya. Dia ingin gadis itu berasa selamat dalam masa yang sama hatinya berdebar-debar bila mana Rhea masih tidak mahu melepaskan pelukannya.

“Kenapa tak jawab telefon?” tangisan Rhea sudah mereda. Pelukan juga sudah dileraikan. Tapi rasa malu masih bersisa. Entah macam mana dia boleh terus memeluk Zarif.

“err… saya tak bawak telefon. Ingat En Armand ada lagi”

“Lain kali bawak la telefon. Saya dah fikir yang bukan-bukan jer bila telefon tak angkat, intercom tak jawab, ketuk pintu rumah takder respon. Saya takut tahu tak?” Rhea mula memuncungkan bibirnya sambil mengesat sisa air mata.

“Kenapa pulak Cik Rhea nak fikir bukan-bukan? Kenapa takut?” Zarif bertanya berani. Dia tak takut untuk mengambil risiko.

Tapi berlainan pula dengan Rhea. Soalan demi soalan dari Zarif membuatkan dia malu. Dia takkan berterus terang tentang perasaannya pada Zarif walaupun kadangkala dia dapat merasakan yang Zarif juga berkongsi rasa yang sama. Zarif menarik tangan Rhea saat dia ingin berlalu pergi.

“auchhh…” Rhea mengaduh perlahan.

“Kenapa dengan tangan Cik Rhea?” Zarif membelek tangan Rhea yang memerah.

“ Luka sikit jer. Mungkin kuat sangat ketuk pintu tadi.” Rhea menarik sedikit tangannya.

Tanpa diduga, Zarif mencium kesan luka di tangan Rhea. Dia mencium setiap jari jemari Rhea yang halus. Rhea hanya terkedu dengan tindakan Zarif. Apabila Zarif mengangkat kepala memandang kearah Rhea, mata mereka bersatu dan rasa yang hadir semakin kuat.

“Saya mintak maaf. Kerana saya tangan ini terluka.” Zarif berbisik lembut di telinga Rhea.

Rhea tidak mampu berkata-kata. Kotak suaranya seakan bisu. Dia terbuai dengan kata-kata dan layanan Zarif.

“Cik Rhea….” Tanpa diduga, Rhea menutup mulut Zarif.

“Panggil saya Rhea.” Rhea masih lagi memandang ke arah Zarif.

Rhea menarik tangannya yang menutup mulut Zarif dan berlalu menuju ke unit apartmentnya. Zarif pula hanya memandang ke arah. Rhea tanpa dapat berkata-kata.

*********************************************

Armand mencampakkan kunci kereta ke atas almari yang berdekatan dengan pintu masuk. Dia menuju ke arah sofa dan menghempaskan badannya. Fikirannya kusut bila teringatkan soalan dari Rhea. Bukan dia tidak mahu pulang ke rumah ibu bapanya tapi dia tidak dapat merasakan apa-apa perbezaan pun jika dia ke sana. Dengan mama yang sibuk berparti tak kira siang atau malam dan papa yang sibuk dengan urusan kerja sehingga tak kenal pintu rumah, dia akan rasa tersisih di rumah sendiri. Kepala yang berdenyut-denyut di picit perlahan.

Saat matanya hampir terlena, dia dapat merasakan satu urutan dari sepasang tangan yang lain.

“Gab, you belum tidur lagi?” Armand bertanya kepada yang empunya tangan.

“Not yet sweetheart. You looked terrible. Did you met her?” pemilik nama Gabriel itu masih terus mengurut lembut kepala dan bahu Armand.

“Yup. She’s doing great. My dad hired a bodybuard for her and I think she will need it badly. Knowing her family history, she should learn how to use a gun.” Secebis senyuman di hadiahkan kepada Gabriel.

“Did you love her Armand?” Gabriel telah duduk berhadapan dengan Armand. Pipi lelaki itu di usap lembut.

“You know I can’t love her. I tak boleh Gab. She is more like a sister to me. Perasaan sayang tuh ada tapi sebagai abang kepada adik, bukan sebagai kekasih. “

“Dengan I pulak?”

“You lain Gab. Kenapa you tiba-tiba tanya ni. We have been together for 5 years, takkan you masih tak tahu perasaan I pada you. I sayang you Gabriel.” Kata-kata Armand menjadi serius. Tiada bunga-bunga jenaka seperti tadi. Dia tidak suka setiap kali Gabriel melontarkan soalan-soalan yang berkaitan dengan perasaan kerana dia tahu kemana hala tuju perbualan itu nanti dan dia tidak suka dengan penghujungnya.

“Tapi you tau kan kita tak boleh selamanya macam ni. Satu hari nanti, kita akan berpisah juga. Mungkin esok, mungkin lusa. I cuma tak nak terlalu meletakkan harapan pada hubungan yang tak pasti ni.” Gabriel menggenggam erat jemari Armand.

“Enough Gab. I don’t want to talk about this anymore. It’s killing me. I nak masuk bilik dan berehat. You temankan I yer.” Armand menarik tangan Gabriel untuk mengikuti dia ke bilik. Dia memerlukan ruang dan masa untuk memikirkan tentang hubungan mereka. Dia belum bersedia untuk kehilangan Gabriel.

Malam ini, seperti malam yang sebelumnya, tidur Armand ditemani oleh pelukan erat dari Gabriel.

No comments:

Post a Comment