Followers

03 June 2011

Tiada Yang Lain... (11)

Pagi ini cuaca amat cerah. Mood Rhea juga amat baik. Dia bercadang mahu mengambil angin di tepi pantai Klebang yang berdekatan dengan apartmentnya. Dia memandang ke arah jam di dinding. Baru pukul 7 pagi, awal lagi ni. Rhea tidak pasti sama ada Zarif sudah bangun dari tidur atau belum. Rhea memulas-mulas tombol pintu, masih berkira-kira lagi.

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk pergi ke unit yang diduduki Zarif. Saat dia membuka pintu, perkara pertama yang dia nampak ialah wajah Zarif betul-betul berdiri di depan pintu apartmentnya. Kerana tergamam, Rhea menutup kembali pintu dengan kuat. Hatinya berdebar-debar. Dia tidak tahu berdebar kerana terperanjat atau berdebar kerana perasaan lain.

Bunyi ketukan yang bertalu-talu di pintu menyedarkan Rhea yang Zarif memang ada di luar. Dia membetulkan sedikit rambut dan pakaiannya sebelum dia membuka pintu.

“Assalamualaikum. Selamat pagi Cik Rhea.” Zarif memberikan satu senyuman yang mampu membuatkan Rhea pengsan selama 3 hari, 3 malam. Lesung pipit jelas kelihatan di kedua belah pipi Zarif.

~Apsal makin hari, makin hensem plak mamat ni? Ke mata aku yang dah tak betul?~

“Alaikumsalam. Selamat pagi Zarif.” Rhea tak mahu kalah. Dia juga menghadiahkan senyuman paling menawan untuk tatapan Zarif. Dia mahu Zarif sentiasa mengingati senyuman miliknya walaupun dia tiada lesung pipit.

Zarif merasakan jantung berhenti berdegup seketika. Senyuman dari Rhea itu seakan sempurna di matanya. Manis, menggoda, ceria dan paling penting dia dapat merasakan yang senyuman itu untuk tatapan dia sahaja. Panggillah dia lelaki perasan, dia rela kerana hatinya sangat pasti yang senyuman itu hanya untuk dia.

“Zarif, hari ni saya nak pegi tepi pantai. Jom…” tanpa menunggu lama, Rhea terus melangkah keluar.

Zarif hanya mengikut dari belakang tanpa sempat berkata apa-apa.

Setibanya di pantai, Rhea leka menghabiskan masa di gigi pantai. Di sebalik kaca mata hitamnya, Zarif pula leka memandang ke arah Rhea. Bukan sekadar untuk memastikan keselamatan gadis itu, tapi juga kerana desakan hatinya.

Malam tadi matanya tidak mahu lelap kerana asyik terbayang tingkah dan laku Rhea yang manja semasa mereka makan malam bersama. Walaupun cuma menikmati bubur dan sup ayam yang dia masak untuk Rhea, itu sudah cukup membuatkan dia rasa gembira.

Pagi ini sewaktu gadis itu menelefonnya, dadanya masih lagi berdebar-debar. Nasib baik dia mampu mengawal riak suara dari di sedari oleh gadis itu. Saat menatap majah gadis itu di sebalik pintu, matanya seakan terpaku kerana itu dia tidak merasakan sakitnya tatkala gadis itu menutup kuat pintu sehingga terkena hidungnya.

Rhea nampak sangat comel dengan skirt labuh berwarna putih dan blaus lengan pendek berbunga merah jambu. Dihiasi cekak rambut putih di kepala, wajahnya memang tidak kelihatan seperti gadis berusia 18 tahun. Dia nampak matang dari segi penampilannya. Tawa yang terbit dari bibirnya amat mengasyikkan. Seakan cuma mereka berdua sahaja di pantai Klebang ini.

Zarif melarikan matanya ke sisi lain. Dia merasakan yang tak sepatutnya dia memerhatikan majikannya lebih dari seorang pekerja. Tidak jauh dari tempat Rhea berdiri, dia ternampak seekor kuda yang menjadi tarikan pelancong terlepas dari kandangnya dan berlari kencang menuju kearah Rhea. Gadis itu masih leka dengan air laut di kakinya dan tidak menyedari bahaya yang bakal tiba.

Zarif berlari pantas dan terus menarik Rhea ke dalam pelukannya dan tanpa dapat dikawal, tubuh keduanya tercampak jatuh ke dalam laut. Dada Zarif berdebar kencang. Bukan kerana Rhea yang hampir dilanggar kuda tapi kerana saat ini, tubuh majikannya itu berada di atas tubuhnya. Dia dapat menghidu wangian dari rambut Rhea. Dia juga berdebar kerana Rhea masih memeluk erat tubuhnya sehinggakan dia tak mampu untuk bangun dan berdiri dan yang paling mendebarkan kerana dia terasa basahnya bibir Rhea yang yang mendarat tanpa sengaja di lehernya saat dia memaut erat tubuh majikannya itu. Perasaan yang pelik itu hadir lagi.

Rhea sedikit bergerak menyebabkan Zarif tersedar dari lamunan. Dia juga bergerak untuk bangun tapi Rhea seakan selesa berada di atas tubuhnya.

shhhh… you don’t move. Stay for a while. I can hear your heart beating. The best song for today.” Rhea bersuara dan hanya didengari oleh Zarif. Kerana kata-kata itu, rentak jantung Zarif berdegup 4 kali ganda lebih laju.

Tiba-tiba Rhea tertawa kecil dan terus bangun.

“Saya gurau jer la. Lajunyer jantung awak berdegup. Kalau saya terus kan jugak, nanti awak kena heart attack pulak kat sini. Jom balik, dah basah kuyup ni.”

Rhea menghulurkan tangannya untuk menarik Zarif supaya bangun. Zarif pula sedikit bengang kerana dipermainkan oleh majikannya itu. Dia mencapai huluran tangan dari Rhea tapi bukan untuk bangun sebaliknya dia menarik gadis itu pula dan sekali lagi gadis itu jatuh di dalam pelukannya. Kali ini dia memeluk dengan lebih erat dan berbisik di telinga Rhea,

“Saya rela kalau mati dalam pelukan gadis seperti Cik Rhea..”

Dan kali ini, Rhea tak mampu ketawa, sebaliknya dia hilang punca dan wajahnya memerah. Tak diduga, Zarif yang kelihatan serius itu pula yang membuatkan jantungnya berdegup lebih laju dari biasa. Oh hati, inikah namanya cinta!!!

No comments:

Post a Comment