Followers

24 May 2011

Tiada Yang Lain... (07)

Hampir 2 troli penuh barangan yang di beli oleh Rhea. Sebenarnya, Zarif sendiri tak tahu apa yang diborongkan. Setiap rak yang mereka lalui, pasti ada sahaja barangan yang akan di capai oleh tangan Rhea. Buat kali pertama, Zarif nampak sedikit kegembiraan dan senyuman yang manis dari bibir majikannya itu. Rhea juga banyak berbual tentang masakan yang ingin dia cuba. Cuma Zarif sahaja yang mendengar tanpa balas bicara sehingga Rhea menggelarkan dia “Inche Bisu”.

Bukan Zarif sengaja tidak mahu berbual mesra, Cuma dia agak kekok kerana ini kali pertama dia bekerja dengan majikan yang lebih muda dan wanita pula. Dia tahu yang majikannya ini kesunyian dan keseorangan, tapi dia bukan seorang lelaki yang pandai memujuk apatah lagi dengan orang yang membayar gajinya. Sedangkan bekas kekasihnya dulu pun terpaksa memujuk diri sendiri sekiranya mereka bertengkar.

Dia teringatkan Fazirah. Gadis yang dikenali sejak ketika belajar di Universiti dulu. Fazirah gadis yang manis dan manja. Dia sendiri tidak tahu bagaimana gadis itu boleh menjadi kekasihnya. Setelah hampir 4 tahun menyemai cinta, gadis itu tiba-tiba mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan atas alasan mahu menyambung pelajaran ke luar negara. Dia tahu itu bukan sebab utama. Tapi insiden yang berlaku kepada keluarganya adalah punca gadis itu menjauhkan diri. Luka yang Fazirah tinggalkan bukan sedikit. Walau telah lebih dari 5 tahun peristiwa itu berlalu, dia masih terasa sakit. Padanya perempuan semua sama kecuali adiknya, Zarin.

“Zarif!! Awak ni berangan ker? Ingat kat girlfriend yer? Saya panggil banyak kali awak tak jawab pun” lamunan Zarif dikejutkan dengan satu tamparan di lengan. Saat dia memandang ke arah Rhea, gadis itu telah memuncungkan bibirnya tanda dia geram. Comelnya…

“Maaf Cik Rhea, saya sedang terfikir tentang sesuatu tadi. Apa yang Cik Rhea perlukan?” dengan sedikit lembut, Zarif bertanya.

“Saya nak balik kampung la. Awak bawak saya balik kampung boleh tak?” Rhea bersuara agak perlahan. Sebak didada bila mengenangkan arwah ibu dan ayahnya.

“Insya-Allah. Nanti saya tanya pada Kak Sheila dulu.”

Tiba-tiba Zarif terlihat kelibat sebuah kereta pacuan empat roda mengekori kenderaan yang dipandunya. Dia baru menyedari yang kenderaan bercermin gelap itu bukan secara kebetulan berada di jalan yang sama dengan kereta yang dia dan Rhea naiki. Kerana tidak mahu Rhea mengesyaki apa-apa, dia sengaja menguatkan radio. Rhea pula masih leka melayani kesedihan dan hanya memandang ke luar tingkap.

Zarif menambahkan kelajuan kereta. Kini mereka semakin jauh dari jalan pulang ke rumah. Kenderaan yang dipandu Zarif menghala ke arah Lebuhraya Alor Gajah. Oleh kerana hari ini merupakan hari bekerja, jalanraya sedikit lengang pada waktu ini. Kenderaan pacuan empat roda itu masih mengekori kereta mereka dan semakin rapat seolah-olah ingin memastikan yang kereta yang dipandu Zarif tak akan pergi jauh.

Sampai di satu selekoh, kenderaan pacuan empat roda itu memintas dan menghimpit kereta yang dipandu Zarif sehingga menyebabkan berlaku geselan serius. Saat itu barulah Rhea menyedari yang sesuatu telah berlaku. Wajahnya bertukar pucat dan dia menggigil kerana terperanjat apabila secara tiba-tiba Zarif menekan brek dengan kuat untuk mengelakkan geselan terus berlaku.

Kenderaan pacuan empat roda yang mengekori mereka terbabas agak jauh kerana tidak menyangka yang Zarif akan berhenti secara tiba-tiba. Zarif mengambil kesempatan itu untuk melakukan pusingan ‘U’. Dia menurunkan tingkap kereta dan mengeluarkan pistol yang tersisip di jaketnya dan melepaskan dua tembakan tepat yang mengenai tayar belakang kenderaan empat roda tersebut. Rhea bertambah panik dan takut apabila melihatkan kejadian itu. Airmata menitis tapi dia tak mampu bersuara atau menangis. Tanpa berlengah, Zarif terus memecut laju untuk segera sampai ke apartment mereka.

No comments:

Post a Comment