Followers

26 May 2011

Makin Aku Cinta (02)

“Along, did she’s ok? I’m so worried. What are we going to tell Mummy and Daddy? How if she’s bringing this case to police. Ya Allah… I’m stressed.”

“ Adik ni kalut sangat lar. Tak dengar ker tadi Doktor Arif kata minah ni ok. Cuma dia terperanjat sikit jer. Adik tak langgar dia pun. We just wait for a while. I think she will wake up soon.

Suria menggerak-gerakkan jari jemarinya. Saat matanya terbuka, dia hanya nampak siling dan dinding putih. Hidungnya dapat menghidu satu bauan yang janggal. Bau hospital! Dia berdehem untuk mengurangkan perit di tekak. Kelihatan seorang gadis dan seorang lelaki berdiri berdekatan dengan katilnya. Kedua-duanya tidak dikenali oleh Suria. Dia cuba untuk mengingati apa yang telah berlaku sehingga menyebabkan dia terlantar di atas katil hospital ini. Kali terakhir yang dia ingat dan rasa hanyalah kesakitan di dada.

“Ehem… minta maaf cik. Saya berada di mana sekarang. Apa yang telah terjadi?” Suria bersuara perlahan sekaligus menarik perhatian gadis yang nampak agak kalut.

“Alhamdulillah akak dah sedar. Akak pengsan kat tengah-tengah jalan tadi. Nasib baik kami tak terlanggar akak.” Dengan wajah yang kelegaan, gadis itu memberitahu apa yang berlaku keatas Suria.

Perlahan-lahan Suria mengingati sesuatu. Arman. Pertunangan. Putus. Tak semena-mena air mata mengalir deras di pipi.

“Saya nak balik rumah. Mana beg saya?” Suria bertanya kepada gadis yang berdiri berdekatan dengan katilnya.

You can’t leave until the doctor say so. Your beg is safe but dah basah teruk. “

“Saya nak telefon mama saya. Mesti dia risau saya tak balik-balik lagi. Dah pukul berapa sekarang?”

“Dah pukul sembilan lebih. You can use my phone to call your mum. Should let her know that you are having minor accident.” Gadis itu menghulurkan telefon bimbitnya kepada Suria. Dengan teragak-agak, Suria mendail nombor telefon bimbit mamanya.

“Assalamualaikum ma. Suria ni. Boleh tak ma datang amik Suria kat hospital Damai? Nanti Suria cerita. Takda yang teruk Cuma pengsan jer. Ok yer ma. Alaikumsalam.” Suria memulangkan semula telefon kepada tuannya.

“Cik siapa nama?” Suria bertanya kepada gadis yg masih setia berdiri di sisi katilnya.

“Saya Erlina. Yang diri kat pintu tu abang saya, Emran.” Gadis yang bernama Erlina itu menunjuk kearah pintu. Suria nampak kelibat lelaki berseluar pendek tetapi tidak lama kerana lelaki itu berjalan keluar dari bilik.

Seusai sesi berkenalan, Suria lebih selesa mendiamkan diri. Erlina juga seolah-olah memahami dan dia meminta diri untuk tunggu di luar bilik. Memberi ruang untuk Suria berehat. Masa berjalan dengan amat perlahan. Menunggu emak tiba bagaikan satu penantian yang tiada penghujung sedangkan jarak dari rumahnya ke hospital ini cuma mengambil masa kira-kira 20 minit sahaja.

Suria cuba melelapkan mata tapi airmata yang tidak mahu berhenti mengalir menyebabkan matanya terasa pedih. Terhinggut-hinggut dia menahan sendu. Dia berpaling perlahan saat merasakan satu sentuhan hangat di bahunya.

“Ma…… Arman..” tak sempat meluahkan, hanya tangisan yang terhambur. Pelukan dari mama membuatkan hati Suria bertambah sedih.

Puan Melati mengusap lembut kepala Suria. Hatinya hiba melihat airmata yang mengalir di pipi puterinya. Perasaan ingin tahu meluap-luap di dada tapi dia harus sabar. Suria keluar dari rumah dengan wajah yang sangat gembira, tapi kini dia terlantar di hospital dengan airmata kecewa. Pasti sesuatu yang buruk telah berlaku. Di balik pintu bilik, Erlina dan Emran memandang ibu dan anak itu dengan perasaan sedih dan tertanya-tanya.

4 comments:

  1. setakat yg acik baca kan...cerita best. gaya bahasa pun best jugak. berbakat sungguh rupanya.. hehe. keep it up. lama2 kompem meletup ni! hehe.

    taip pjg2 eh,,puas sikit baca. demand ah kau acik. ;p

    ReplyDelete
  2. thanks acik..... saya suka membaca, pernah cuba byk kali tp asyik separuh jalan jer sbb takder org nak komen... saya dah baca 2 novel dari blog acik... mavelos sgt.. hehehe

    ReplyDelete
  3. macam best..gaya bahasa pun best..tahniah..suka cerita ni

    ReplyDelete
  4. thanz sebab sudi baca... MAC ni cinta hati kedua... terus berikan komen yer so saya dapat memperbaiki penulisan saya...

    ReplyDelete