Sudah hampir sebulan Zariff menjadi pengawal peribadi kepada Rhea. Dan selama itu juga Rhea merasa amat tidak selesa. Dia dapat merasakan yang setiap pergerakan dan perbuatannya diperhatikan. Hari ini buat pertama kali dia akan keluar untuk membeli barang kelengkapan rumah yang semakin menyusut. Di dalam kepalanya sedang memikirkan bagaimana mahu keluar dari rumah tanpa diketahui oleh Zariff. Perlahan-lahan dia menutup pintu dengan harapan Zariff takkan tahu yang dia keluar. Tiba-tiba…
“ Cik Rhea nak pergi mana??” satu suara garau menegur.
“opocot mak kau tergolek..” dek kerana terperanjat, habis tercampak kasut yg di jinjit oleh Rhea.
“Awak ni tak tau nak bagi salam ker? Nasib baik saya takder sakit lemah jantung, kalau tak dah mati keras saya kat sini…” Rhea membebel geram. Sebenarnya dia rasa malu sendiri sebab Zariff dapat menagkap perlakuan dia tadi.
“Cik Rhea nak pergi mana? Kenapa macam pencuri jer gayanya?” Zarif bertanya lagi.
“owh..errr… saya nak pergi….. errrr…. Saya nak pergi jalan-jalan amik angin kat bawah. Awak pula nak pergi mana neh??”
Aduhh… apasal pulak aku gagap tiba-tiba neh. Mamat neh pun satu, apsal tak bukak cermin mata hitam tuh. Bukannyer ada matahari pun kat sini.
“ Saya ditugaskan untuk menjadi pengawal peribadi kepada cik Rhea, jadi saya kena ikut cik Rhea. Boleh kita pergi sekarang?” Zariff bertanya dengan wajah yang selamba.
Rhea mendengus perlahan dan mula memuncungkan bibirnya.
Nampaknya aku memang tak boleh lepas dari mamat ni. Dah macam bayang-bayang pulak. Dia ni ada sixth sense ke sampai boleh tau aku nak keluar.
Zarif hanya berdiri tegak sementara menunggu Rhea memakai kasut yang tercampak tadi. Dalam hatinya tak berhenti ketawa melihat telatah Rhea yang terkejut. Dia tau yang Rhea sudah mula merasa kurang selesa dengan keadaan sekarang. Bagi remaja seperti Rhea, pasti dia merasa yang tiada ruang privasi sekiranya hidup sentiasa di awasi. Bagi Zarif pula, tiada tolak ansur dalam melakukan kerjanya. Dia telah menerima upah untuk menjadi pengawal peribadi, jadi walau dihalang atau di halau sekalipun, dia tetap akan terus menjalankan kerjanya.
Rhe sengaja memilih untuk berjalan di belakang Zarif. Dia tau yang Zarif mengawasi gerak langkahnya. Dalam masa yang sama, Rhea menilai aspek luaran yang ada pada diri Zarif.
Mamat ni not bad jugak. Badan sasa, rambut pun kemas. Ada gaya model iklan minyak rambut. Muka memang acuan melayu asli. Kulit hitam manis. Dari tepi macam muka Remy Ishak. Eh tak, mamat ni lagi manis dari Remy Ishak. Dia ni takder girlfriend ker? Kalau ada girlfriend, kesian kat minah tu dapat boyfriend yang sibuk jaga orang lain.
Tiba-tiba rasa ingin menyakat Zarif. Dia sengaja berjalan rapat-rapat di belakang zarif dan mengikut langkah kaki yang zarif tinggalkan. Tanpa dia sangka-sangka, Zarif berhenti berjalan dan terus memusingkan tubuhnya. Aksi spontan dari Zarif telah menyebabkan Rhea hilang daya imbangan badan dan terus melanggar tubuh sasanya. Akibatnya, Rhea hanya nampak bebayang hitam di hadapan dan apabila dia memandang ke atas, dia ternampak Zarif sedang merenung wajahnya.
Aduh, aku dah langgar mamat ni ker? Apsal dia berhenti tak bagi notis 24 jam dulu. Tuh la, syok sgt dok perhatikan orang, kan dah langgar.
“Cik Rhea, jalan pandang depan, jangan pandang saya. Nasib baik cuma terlanggar saya, kalau langgar dinding macam mana? Cedera parah pulak nanti.”
“Tolong jangan perasan yer. Mana ada saya pandang awak. Saya tengok kasut yang dah nak koyak ni. Awak ingat awak tuh hensem macam Remy Ishak ker sampai saya nak pandang awak. Lambat sikit yer. Yang awak tiba-tiba berhenti ni kenapa? Saja nak buat lawak ker?” Rhea masih menahan geram yang bercampur dengan debar di dalam hatinya. Mamat ni memang ader sixth sense lar sampai boleh tau aku pandang dia.
“Kita dah sampai kat lift ni. Memang lar saya kena berhenti. Macam mana nak terus jalan kalau pintu lift tertutup. Cik Rhea nak pergi cari kasut sekali ke nanti?”
“kasut? Errrr…… boleh jugak lar. Kat mana shopping complex yang paling best dalam Melaka ni? Hari ni saya nak round the world. Eh, salah pulak. Round Melaka jer..”
“Saya bawak Cik Rhea pergi Mahkota Parade. Lepas tu Cik Rhea boleh bagi tau kalau Cik Rhea masih nak pergi jalan-jalan tempat lain. Tapi kali ni Cik Rhea kena jalan kat depan, so tak la langgar saya lagi kalau saya break mengejut.” Zarif menyimpul senyum di hujung kata-katanya. Dia sengaja berhenti tiba-tiba kerana dia tahu yang Rhea sedang memerhatikan dirinya. Tak tau kenapa kadang –kala dia rasa seperti ingin menyakat majikannya itu.
Rhea terus masuk ke perut lift apabila pintu terbuka. Dalam hati, dia mengutuk kesilapan dirinya yang terlalu asyik memerhatikan Zarif hingga menyebabkan berlakunya kemalangan kecil tadi. Muka nya yang merah kerana menahan malu dan muncung yang panjang kerana di sindir Zarif membuatkan dia nampak amat keanak-anakan. Dia berazam supaya tidak melakukan perkara yang sama lagi di lain masa.
Sampai di kawasan parker, Zarif terus menuju kearah pintu penumpang untuk membukakan pintu untuk Rhea. Tanpa di sedari, dia terpegang tangan Rhea yang berada di tempat membuka pintu kereta kerana Rhea memang tak betah jika orang membukakan pintu untuk dia. Seperti ada caj elektrik yang mengalir, Zarif dan Rhea sama-sama menarik tangan masing-masing.
Aksi itu menyebabkan Rhea menjadi lebih malu dan segan. Wajahnya yang merah kerana menahan malu dari peristiwa sebentar tadi menjadi semakin merah. Dia akhirnya membiarkan Zarif membukakan pintu kereta dan dia terus masuk tanpa mengucapkan terima kasih.
Bagi Zarif pula, insiden itu menyebabkan jantungnya berdegup lebih pantas dari biasa. Melihat wajah Rhea yang merona merah, dia merasakan waktu seakan terhenti seketika. Tapi, dia cepat-cepat sedar, Rhea adalah majikannya dan tugas dia adalah untuk memastikan keselamatan Rhea. Yang pasti, sehingga kereta meluncur keluar dari kawasan apartment mewah itu, hatinya masih lagi berdegup dengan kencang. Oh hati….. bertabahlah.
19 May 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment