Followers

23 May 2011

Tiada Yang Lain... (06)

Perasaan malu dan segan masih terbawa-bawa sehingga ke dalam kereta. Rhea sedang memikirkan cara untuk memberitahu kepada Uncle Zakuan tentang rancangannya mahu bekerja sambilan sementara menunggu keputusan SPM di umumkan. Dia memerlukan seseorang untuk berbual-bual kerana otaknya hampir tepu memikirkan banyak perkara sendirian. Dia menjeling kearah Zarif untuk melihat reaksi lelaki itu.

Mamat neh asyik serius jer memanjang. Macam takder perasaan jer muka dia neh. Dia tak rasa bosan ker? Macam mana aku nak ajak mamat ni berbual.

“Zarif, awak rasa kan, kalau saya mintak kebenaran nak bekerja, Uncle Zakuan akan benarkan tak?”

Zarif masih lagi menumpukan sepenuh perhatian terhadap pemanduannya. Dia tidak memberi tindak balas seperti yang Rhea harapkan.

“Kalau saya kerja, tak lah rasa bosan sangat duduk kat rumah. Awak pon tak perlu ikut mana jer saya pergi so awak ada masa nak pegi dating, nak pegi jalan-jalan ngan girlfriend awak kan.”

Rhea masih menantikan tindak balas dari Zarif. Oleh kerana tiada balasan, dia berpaling sedikit untuk memandang ke wajah Zarif. Hatinya sedikit bengang kerana dia merasakan seolah-olah dia bercakap seorang diri.

“Wahai encik stereng, apa pendapat encik stereng terhadap idea saya tadi. Mungkin encik stereng boleh memberi sepatah dua komen. Kalau encik stereng setuju, sila belok ke kanan. Kalau encik stereng rasa tak setuju, sila belok ke kiri. Kalau encik stereng tak belok, maknanya encik stereng tak ada pendirian.” Dengan nada yang sedikit sinis, Rhea berpura-pura seperti ingin berbual dengan stereng kereta. Akhirnya dia nampak sedikit senyuman sinis di bibir Zarif.

“Eh, encik stereng boleh senyum rupanya. Saya ingat encik stereng cuma tau dengar tanpa tindak balas”

“Saya tak biasa berbual –bual dengan majikan. Tugas saya cuma sebagai pengawal peribadi, jadi kemana sahaja cik Rhea pergi, saya akan ikut. Kalau cik Rhea bekerja pun, saya tetap akan ikut juga. Itu apa yang telah diamanahkan kepada saya..” akhirnya kaluar juga suara emas milik Zarif.

Rhea sedikit muncung. Kini dia memang pasti yang tiada ruang untuk dia menjalani kehidupan seperti remaja lain yang bebas tanpa perlu diekori. Dia masih lagi tak faham kenapa dan mengapa dia memerlukan pengawal peribadi. Selama ini memang dia tak pernah pergi jauh dari pengawasan ibu dan bapanya. Ayahnya merupakan tukang kebun di sekolah tempat dia belajar, jadi dia akan pergi dan balik dari sekolah bersama ayahnya sahaja. Cuma sejak kematian arwah ibunya akibat dari kemalangan dulu, dia sedar yang ayah memberikan perhatian yang lebih. Tapi itu mungkin kerana ayah tak mahu dia terasa akan kehilangan arwah ibu.

“Zarif, awak tahu tak kenapa uncle Zakuan dan Kak Sheila upah awak untuk jadi pengawal peribadi saya. Kenapa sampai perlukan pengawal peribadi yer. Saya bukannya budak kecik lagi. Lagipun, saya dah biasa berdikari sejak arwah ibu saya meninggal dunia lagi.” Rhea cuba untuk mengorek rahsia dari Zarif.

“Maaf Cik Rhea, saya tak tau.”

“Takper la. Nanti saya tanya kat Kak Sheila sendiri.” Rhea masih lagi mencuri-curi memandang sisi wajah Zarif. Dengan cermin mata yang terletak cantik, Zarif nampak agak kacak.

“Zarif, saya ada soalan yang agak peribadi nak tanya. Saya harap awak tak kisah. Kalau awak tak jawab pun takper, tapi saya harap awak boleh jawab la. Sebab kalau awak tak jawab, nampak macam saya memang bercakap ngan stereng pulak kan.”

“Ermm…”

“ Berapa umur awak Zarif? Awak berasal dari mana?”

“Umur, 28. Asal dari Batu Pahat, Johor.”

“Saya pun asal dari Johor. Tapi saya kat Tangkak. Rumah saya keliling banyak pokok durian. Kalau musim durian, ramai orang datang. Kadang-kadang tak musim pun ramai jer orang datang. Rindunya kat kampung..”

Rhea hampir menangis apabila berbicara tentang kampungnya. Dia teringatkan pusara ibu dan ayah.

“Zarif, saya nak pergi cari barang dapur la. Malam ni saya nak masak. Dah takder mood nak jalan-jalan” Rhea bersuara perlahan. Hatinya sedih. Tanpa banyak soal, Zarif terus mengubah arah perjalanan mereka. Jika sebentar tadi mereka hampir memasuki kawasan Banda Hilir, kini dia terus membelok ke arah Stesen Bas Melaka Sentral. Sekarang mereka menuju kearah Tesco Melaka. Tiada perbualan lagi. Masing-masing lebih senang melayan perasaan.

No comments:

Post a Comment