Followers

19 May 2011

Tiada Yang Lain... (04)

Zariff mematikan enjin motorsikalnya di hadapan pondok pengawal. Dia mengeluarkan secebis kertas yang renyuk dari poket seluar jeansnya dan memandang sekeliling untuk memastikan dia berada di tempat yang betul. Setelah yakin, dia menampalkan pelekat kenderaan di sisi motorsikal dan meluncur masuk ke dalam kawasan apartment mewah itu dengan menggunakan pas penduduk tetap yang di berikan oleh Abang Rizal. Zariff tidak begitu pasti tentang latar belakang majikan barunya ini. Sementelah, Abang Rizal cuma memberitahunya yang dia akan menjaga seorang 'budak perempuan' yang baru kematian ayah, selebihnya dia akan diberitahu oleh Kak Sheila, tunang kepada Abang Rizal kerana 'budak perempuan' itu sekarang di bawah jagaan Kak Sheila.

Ini merupakan majikan kedua untuk Zariff sejak dia berjinak-jinak sebagai VIP Bodyguard. Majikannya sebelum ini merupakan salah seorang jutawan besi yang berasal dari Sabah. Dengan susuk tubuh yang kekar dan wajah yang serius, kerjaya sebagai pengawal peribadi ini memang amat sesuai dengan diri Zariff dan dia berharap agar majikan barunya ini tak banyak songeh.

Sampai di depan unit yang dicari, dia terus menekan butang intercom. Kelihatan wajah Kak Sheila di screen paparan.

“ Assalamualaikum, Kak Sheila…”
“ Alaikumsalam. Zarif swipe kad access, nanti pintu akan terbuka. Akak tunggu kat dalam.”

Zariff melakukan seperti yang diarahkan oleh Kak Sheila.

“…..giler canggih rumah ni. Mesti bapak dia kaya giler.. anak saper lar neh….” Hati kecil zariff berkata-kata.

Sebaik sahaja dia menutup pintu rumah, dia hanya disambut oleh Kak Sheila. Zariff beranggapan mungkin “budak perempuan” yang akan di jaganya nanti masih tidur. Ye lar dah nama pon budak kan. Kak Sheila mengajak dia duduk di sofa yg kelihatan amat mewah.

“ ok Zariff. Akak akan explain aper tugasan-tugasan Zariff.

1. Memastikan keselamatan Rhea. Ikut kemana sahaja dia pergi kecuali ke tandas dan tempat tidur.
2. Menjadi pemandu peribadi.
3. Memastikan kawasan sekitar rumah selamat.

Buat masa ni emosi dia tak berapa stabil sebab ayah dia baru saja meninggal dunia, so Zariff kena pandai-pandai handle keadaan sekarang. Dalam sampul surat ni ader post dated cek untuk bayaran Zariff selama setahun. Dalam tempoh setahun ni Zariff tak dibenarkan melanggar kontrak. Maknanya Zariff tak boleh berhenti ikut suka. Selepas setahun, akak akan buat kontrak baru. Tempat tinggal akan disediakan. Seminggu dari sekarang Zariff akan terima sepucuk pistol yang didaftarkan atas nama Zariff. Ianya hanya untuk kegunaan di waktu terdesak sahaja…. Itu saja buat masa ni. Ader aper-aper soalan nak tanya?” Kak Sheila bertanya sambil mengambil gelas minumannya.

“err… profil majikan akak tak bagi tau. Ada pantang ker tidak. Hehehehe….. Mana tau keturunan raja bersiung ker…..”

Zariff cuba mengurangkan rasa canggung di hati. Kak Sheila yang selalunya kelihatan ‘cool’ tiba-tiba menjadi seorang yang amat tegas. Dia tak pernah melihat Kak Sheila setegas ini. Selalunya apabila bertemu Kak Sheila bersama Abang Rizal, dia melihat kak Sheila amat santai. Mungkin Kak Sheila memang begini bila bekerja.

“Nama saya Rhea Aulia Binti Aminudin. Umur saya 17 tahun. Arwah ibu saya berketurunan Cina dan arwah ayah saya melayu tulen. Saya tak minum darah mcm raja bersiung tapi saya suka tengok vampire macam Edward Cullen. Salam perkenalan, En Zariff…”

Tiba-tiba seorang gadis keluar dari salah sebuah bilik yang terdapat di dalam apartment itu. Dengan langkah yang santai, gadis itu mengambil tempat di sebelah Kak Sheila. Zariff agak terkejut dengan kehadiran gadis itu kerana sejak diberitahu oleh Abang Rizal, dia menyangka “budak perempuan” yang akan di jaganya adalah kanak-kanak. Tak disangka-sangka, bukan “budak” tapi sikit lagi dah boleh jadi mak budak. Wajahnya sedikit kemerahan kerana tidak menyangka perbualan antara dia dan Kak Sheila didengari oleh bakal majikannya.

“Rhea, Zariff akan menjadi pengawal peribadi merangkap pemandu untuk Rhea. Dia akan tinggal di unit yang berhadapan dengan unit rumah Rhea ni sebab yang itu pon rumah Rhea jugak. Zariff akan mula bertugas hari ini….”

“Terima kasih Kak Sheila. Tapi Rhea rasa macam tak perlukan pemandu lar sebab Rhea mana ada kereta. Kalau pemandu bas atau teksi tuh mungkin la kot.”

“Owh… akak lupa nak bagi tau Rhea yang kereta Mini Cooper kat parker bawah tuh untuk kegunaan Rhea. Tuan Amin belikan kereta tuh untuk hadiah harijadi Rhea yang ke-18 tapi sayangnyer …..” Sheila tak mampu menghabiskan ayatnya kerana dia tak mahu kata-kata yang keluar dari mulutnya membuatkan Rhea bersedih.

Rhea menahan diri dari menitiskan airmata. Sudah cukup banyak airmata yang mengalir sejak arwah ayahnya pergi dan dia sudah bertekad untuk menjadi seorang yang kuat. Kerana itu dier menghadiahkan segaris senyuman tawar kepada Kak Sheila.

“ Tadi uncle Zakuan telefon bagitau yang Rhea dan kak sheila kena pergi pejabat peguam dekat Melaka Raya. Mungkin Zariff boleh bawa kami ke sana.” Rhea melepaskan satu pandangan yang sayu kearah Zariff. Bagai di pukau, Zariff hanya mampu mengangguk perlahan.

“It’s good then. Give me 10 minutes; I will get myself done…” Rhea membalas sambil berlalu pergi ke biliknya.

Zariff masih lagi memerhatikan tingkah laku Rhea. Ada sesuatu tentang gadis itu yang kelihatan agak misteri. Kak Sheila juga berlalu untuk bersiap.

No comments:

Post a Comment