Armand memandang kosong ke arah syiling di biliknya. Tangan Gabriel yang masih memeluk erat di pinggang, dielus mesra. Pelukan yang semakin erat membuatkan dia rasa amat disayangi dan amat diperlukan. Gabriel pandai memanjakan dan tahu membaca perasaan yagn sedang dia alami. Sepanjang mereka bersama, jarang sekali Gabriel melukakan hati dan perasaannya. Mungkin kerana Gabriel sendiri dilahirkan dengan jiwa dan naluri yang lebih sensitive malah tidak keterlaluan jika dikatakan yang jiwa dan naluri Gabriel lebih sensitive dari wanita normal.
Normal? Ermm…. Memang tak dinafikan dari segi luaran, Gabriel tampak sangat normal. Tiada cacat cela. Dengan kulit yang putih dan mulus, mata yang bundar, rambut lurus hitam berkilat, bibir yang merah menawan dan suara yang lemah lembut, setiap mata yang memandang pasti tidak akan berkelip. Berdarah Siam sepenuhnya, Gabriel memang mampu membuatkan lelaki terkulai layu didalam dakapannya. Armand tidak tahu berapa lama lagi hubungan mereka mampu bertahan. Mana mungkin dia memperkenalkan Gabriel sebagai pilihan hatinya kepada mama dan papa.
Ingatan terhadap mama dan papa mengundang satu lagi keluhan halus di bibir Armand. Dia tidak tahu apa yang bakal terjadi kepada perkahwinan ibu dan bapanya itu. Mama sibuk mengulit kekasih muda dan papa pula sibuk dengan empayar perniagaannya sehingga tidak ambil pusing keadaan sekeliling. Keluarga yang tidak normal. Nampaknya, tiada perkara yang normal dalam hidup dia setakat ini.
Dia kenal siapa teman lelaki mama. Jika mahu, boleh sahaja dia memberi amaran supaya lelaki itu menjauhkan diri dari mama tapi untuk apa jika papa sendiri seperti tidak peduli dengan apa yang mama lakukan.
Dia masih ingat, ketika kecil, dia selalu menghabiskan masa bersama keluarga uncle Amin. Layanan yang diterima dari Uncle Amin dan Auntie Aurel membuatkan dia rasa amat disayangi. Walaupun kehidupan Uncle Amin tidak semewah keluarganya, tapi dia tetap rasa selesa dan gembira bersama mereka. Makannya kerap disuap oleh Auntie Aurel. Setakat berebut giliran dengan Rhea untuk di suap, itu adalah antara momen yang paling dia rindui.
Berjalan kaki bersama Uncle Amin ke surau, membantu Auntie Aurel memetik pucuk ubi dan bersama keluarga Uncle Amin menunggu buah durian gugur, kenangan yang akan dia simpan sampai mati. Kerana itu setiap kali dia pulang ke rumah keluarganya sendiri, dia seperti berada dalam dunia yang lain.
“Baby….” Serak suara Gabriel mematikan lamunan panjang Armand.
“Yes dear..” tangan Armand mengusap perlahan belakang badan Gabriel.
“Can’t sleep? Wanna share?”
“There is nothing to share. I just can’t sleep. No worries.”
“I am here if you want to talk about it.”
“Thanks , dear. I love you” satu kucupan di hadiahkan di dahi Gabriel.
“Love you too, baby. So much” Gabriel membalas pula dengan kucupan hangat di dahi, turun ke leher, dada dan akhirnya dia dan Armand hanyut dalam gelora nafsu yang membara.
*************************************
Puan Mariyah tiba di banglo ketika Tuan Zakuan sedang bersiap-siap untuk ke pejabat. Tanpa bertegur sapa dengan suaminya, Puan Mariyah terus sahaja masuk ke dalam bilik tidur utama. Mata dan badannya sangat mengantuk dan penat. Dia keluar dari kondo Hazwan seawal jam 5 pagi kerana kekasihnya itu perlu tiba di KLIA sebelum jam 6 pagi. Mereka sempat minum bersama sebelum ‘final call’ untuk anak-anak kapal bersiap sedia.
Pandangan tajam dari Tuan Zakuan tidak dia hiraukan. Pertarungan hebat dengan kekasih mudanya malam kelmarin menyebabkan dia tiada tenaga walau untuk bercakap. Tubuhnya di rebahkan di atas tilam empuk sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik. Sewaktu matanya baru terlelap, dia terdengar pintu bilik dihempas kuat.
“Where have you been, Mariyah?” Tuan Zakuan mencuba sedaya upaya menahan kemarahannya. Jika diikutkan hatinya yang pasan saat ini, mahu saja dia menampar pipi Puan Mariyah tapi dia tahu itu bukan cara yang terbaik dalam mendidik isteri.
“I penat la, Zack. Can we talk about this later? I need to sleep” bantal di kepala di betulakan. Tiada tanda-tanda yang Puan Mariyah mahu melayan pertanyaan dari Tuan Zakuan.
“I’m talking to you, Mar. You pergi mana malam tadi sampai tak balik? You ingat I tunggul mati ker kat dalam rumah ni?”
“Sayang, I takda mood nak cakap sekarang. Bagi I tidur dulu yer. Nanti I cerita. Love you, sayang” manja suara Puan Mariyah menyebabkan Tuan Zakuan hanya mampu menggelengkan kepala sahaja. Rasa marah yang meluap-luap sebentar tadi semakin hilang. Dia memang menyayangi wanita yang sudah 30 tahun menjadi isterinya ini. Terlalu sayang sebenarnya sehingga dia jadi buta dan pekak dengan setiap perbuatan Puan Mariyah.
Tuan Zakuan berlalu keluar. Tiada guna untuk dia terus berada di dalam bilik tidur mereka jika tiada jawapan yang akan dia dapat dari Puan Mariyah. Saat ini dia merasakan sangat sunyi dan kosong. Kata-kata Ah Ming berlegar-legar di dalam fikirannya.
“Zack, kau kena menjadi lelaki yang sangat kuat kalau kau tetap mahu memperisterikan Mariyah. Dia bukan sebarangan perempuan. Aku tak mahu di kemudian hari nanti, kau tersungkur sendiri. Aku dah anggap kau seperti adik aku, Zack dan aku tak mahu kau kecewa.”
Kini dia mengerti. Mungkinkah sudah terlambat untuk dia menyedari segalanya? Dia tiada jawapannya.
16 August 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sikitnye...
ReplyDeletebaru smgt ade n3 br..
lagi plissss...
nk lg.. Best sgt!!!
ReplyDeletejln citer dia pun best...