The thing about love
Is I never saw it coming
It kinda crept up and took me by surprise
And now there's a voice inside my heart that's got me wondering
Is this true, I want to hear it one more time
Emran tiba di pejabat lewat satu jam dari biasa. Walaupun terpaksa mengharungi kesesakan yang teruk dari Petaling Jaya ke Damansara, dia tetap tersenyum girang. Apalah sangat setakat kesesakan jalanraya jika hendak di bandingkan dengan kepuasan bila dapat menatap wajah yang telah mencuri hati lelakinya saat ini.
Senyuman manis yang tidak putus-putus dari bibirnya mengundang persoalan di benak Harold, rakan kongsi yang juga merangkap teman baik Emran. Sudah lama Emran tidak kelihatan segembira ini. Pasti ada sesuatu atau mungkin seseorang yang menyumbang kepada senyuman gembira temannya itu.
Tanpa berlengah, langkah kaki di atur menuju ke bilik Emran. Pintu diketuk dan dia masuk setelah mendapat kebenaran.
“Hei bro! Gembira nampak hari ni. Wanna share with me?” Harold bertanya terus tanpa basa-basi. Dia memang tak pandai nak ‘corner’ soalan.
“Gembira? Biasa jer. Selalu pun aku gembira apa.” Emran masih mahu mengelak. Dia belum bersedia untuk berkongsi rasa hatinya dengan sesiapa.
“Luar biasa la bro. Apsal lambat hari ni? Selalunya kau yang bukak pintu office”
“Hari ni aku buat amal jariah, tuh sebab lambat sikit. Kau dah breakfast?”
“Kalau belum, kau nak belanja ker?”
“Aku tanya, kau jawab la. Jangan bagi aku soalan jugak boleh?”
“OK..OK…. sakat sikit pun tak boleh. Aku belum breakfast lagi, tunggu kau dari tadi”
“Jom pegi mamak. Hari ni aku belanja.”
Harold tidak bertangguh lagi bila mendengarkan ajakan dari Emran. Keceriaan Emran benar-benar luar biasa malah lebih luar biasa bila sahabatnya itu mengajak dia bersarapan di luar. Selalunya Emran lebih gemar menikmati kopi di pejabat sahaja. Boleh di bilang dengan jari berapa kali Emran dan dia bersarapan bersama sebelum ini dan semua ini menguatkan lagi telahan Harold tentang punca perubahan Emran. Pasti berkait rapat dengan seseorang.
##########################
“Ju, hari ni aku tumpang kau yer. Kereta aku masuk bengkel la” Suria bertanya kepada pembantunya, Juliana sewaktu mereka menikmati makan tengahari bersama-sama. Juliana tinggal di Bukit Tinggi, Klang, untuk pulang ke rumah, Juliana pasti akan melalui kawasan perumahan tempat Suria tinggal.
“Boler jer, tapi tak boleh lambat la. Aku kena ambil anak aku kat rumah pengasuh on time. Nanti membebel pulak makcik tu kalau aku lambat.”
“Thanks, Ju. Harap-harap tak ada last minute discussion la dengan Encik Farid hari ni. Mamat tuh selalu jer buat amendment masa dah nak balik.”
“Yer la Suria, kan Encik Farid tu bujang. Kalau dia balik rumah cepat-cepat pun, bukannya ada yang tunggu. Baik dia menelaah kerja kat office ni. Apa kata kau mengorat Encik Farid tu jer. Kau bujang, dia pun bujang, ok lar tuh”
Cadangan Juliana yang itu disambut dengan satu jelingan tajam dari Suria. Tidak dinafikan yang Encik Farid merupakan seorang lelaki yang kacak, baik dan nampak sangat bersopan dengan perempuan tapi memang tak pernah terjangkau di akal fikiran Suria untuk duduk bergandingan dengan Encik Farid sebagai kekasih, lagi pula lelaki itu lebih muda usianya berbanding Suria.
“Ju, lawak engkau tu tak kelakar la. Encik Farid tuh muda 2 tahun daripada aku. Tak sesuai sangat yer”
“Adakah itu bermaksud, kau sekarang mencari lelaki yang lebih tua?”
Soalan dari Juliana itu membuatkan Suria tersedak. Lelaki lebih tua??
“Tak bermaksud apa-apa. General statement. Buat masa ni, aku tak mahu pening kepala fikir pasal pasangan hidup. Letih la.”
“Suria, jodoh, pertemuan, ajal dan maut ni kerja Allah. Kita boleh merancang, tapi Allah jua yang akan menentukan. Hari ni kau boleh la cakap yang kau letih nak mencari cinta. Esok-esok, bila jodoh tu datang depan mata, kau lari jauh mana pun, tak dapat nak elak.” Panjang lebar nasihat yang Juliana berikan.
Hakikatnya, bukan Suria cuba untuk mengelak dari bercinta, cuma rasa kecewa akibat dari perbuatan Arman masih lagi terasa dan dia tidak bercadang untuk mencari cinta baru dalam jangka waktu terdekat. Padanya, biarlah cinta itu datang tanpa diundang. Dia sudah penat menganyam impian tapi akhirnya dia sendiri yang terkapai-kapai ditinggalkan.
02 August 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nak lagi...plz
ReplyDelete