Followers

15 August 2011

Makin Aku CInta (20)

Mungkin lewat mimpi
Ku bisa tuk memberi
Ku ingin bahagia, tapi tak bahagia
Ku ingin dicinta, tapi tak dicinta
Kau terindah kan selalu terindah
Aku bisa apa tuk memilikimu
Kau terindah kan selalu terindah
Harus bagaimana ku mengungkapkannya
Kau pemilik hatiku


Senyuman yang tak putus-putus dari bibir Ku Em mengundang seribu tanda tanya di minda Ku Mardhiah. Sejak pulang dihantar Suria sebentar tadi, Ku Em berkelakuan agak pelik. Ingin di tanya, takut pula nanti menyinggung perasaan anaknya itu. Sudahnya Ku Mardhiah diamkan diri sahaja. Dia menunggu Ku Lin pulang untuk bertanya sekiranya Ku Lin tahu sebab musabab Ku Em terlebih senyum hari ini.

Sebaik sahaja kelibat kereta Ku Lin memasuki garaj, Ku Mardhiah terus mendapatkan anak gadisnya untuk bertanya perihal Ku Em. Tak sempat Ku Lin membuka pintu kereta, Ku Mardhiah sudah mengetuk-ngetuk cermin member isyarat supaya Ku Lin segera keluar.

“Mummy, kenapa macam kena kejar hantu jer ni?” pelik Ku Lin melihat tingkah laku mummy yang nampak seperti tergesa-gesa.

Ku Mardhiah tidak segera menjawab sebaliknya dia menarik tangan Ku Lin menuju ke gazebo di sebelah taman orkid kesayangannya. Bau orkid vanilla memberi kesegaran di rongga hidung Ku Mardhiah dan Ku Erlina tetapi masih belum cukup untuk meredakan kegusaran di hati Mu Mardhiah.

“Ku Lin, mummy nak tanya sikit ni, pasal Along.” Separuh berbisik Ku Mardhiah bertutur. Takut sekiranya perbualan mereka didengari oleh Ku Emran.

“Along?Kenapa dengan Along?” semakin pelik Ku Lin melihat Ku Mardhiah. Tadi tergesa-gesa, sekarang berbisik-bisik pula. Apa sahaja la mummy ni.

“Takkan Ku Lin tak perasan yang Along tuh macam pelik sejak dua-tiga hari ni. Mummy risau la. Ni pulak, dari tadi Along balik, dia senyum jer. Lepas tuh berkurung dalam bilik tak keluar-keluar. Ku Lin tau kenapa?”

“Oh, pasal tuh. Ku Lin ingat pasal apa tadi. Mummy ni buat suspen jer. Along diserang virus JC. Tak lama lagi baik la tuh. Mummy standby jer lar apa yang patut.”

Jawapan dari Ku Erlina semakin membuatkan Ku Mardhiah tak keruan. Virus JC? Virus apa tu? Penyakit baru ker? Bersiap sedia apa yang patut? Wajah Ku Lin yang ceria dipandang lama.

“Ku Erlina! cuba cakap betul-betul. Along tuh sakit apa? Mummy nak bersiap sedia apa? Sekarang bukan masanya nak bergurau, Ku Lin” merah padam muka Ku Mardhiah menahan marah.

“Mummy ku sayang. Anak lelaki kesayangan mummy tuh diserang virus ‘Jatuh Cinta’. Penyakit paling berbahaya sebab akan menyebabkan penghidapnya makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena dan paling serius kalau dah mula senyum sorang-sorang. So, mummy kena la bersiap sedia apa yang patut nak terima menantu baru. Along tuh kan unpredictable. Kalau tiba-tiba dia kata nak kahwin bulan depan, mummy jugak yang pening kepala. Nanti Ku Lin jugak yang susah nak kena fikir sama-sama.”

Ternganga seketika mulut Ku Mardhiah mendengarkan celoteh panjang lebar dari Ku Erlina. Ku Emran jatuh cinta?

“Along jatuh cinta?? Dengan siapa? Mummy kenal ke siapa perempuan bertuah tu? Ku Lin kenal”

“Mummy kenal la siapa gerangannya. Si pencuri hati Along tu pernah datang ke vila mummy ni.”

“Siapa? Seingat mummy, sejak Najiha meninggal dunia, tak pernah lagi Ku Emran bawa pulang mana-mana perempuan ke vila.”

“Ku Lin tak kata Along yang bawa. But, she came here before and you told me that you like her very much. You said that she is pretty, bubbly, down to earth, sopan santun, lemah lembut. Pendek kata, perfect la sebagai calon pilihan. Takkan mummy tak ingat kot?” Ku Erlina menggayakan kembali mimic muka Ku Mardhiah ketika mereka berbicara tentang Suria.

“Suria?” Ku Mardhiah bertanya tidak percaya. Sekiranya benar la telahannya, Alhumdulillah.

Ku Erlina tidak jadi menjawab bila dia melihat Ku Emran sedang menghampiri tempat dia dan mummy mereka berbual.

“Wah, sakannya mummy ngan adik berbual. Cerita pasal apa?” Ku Emran melabuhkan punggung di salah satu kerusi yang bersebelahan dengan Ku Mardhiah. Bahu wanita kesayangannya itu di peluk dan di cium.

“Cerita pasal virus JC.”dengan selambanya Ku Erlina menjawab.

“Virus JC? Apa tu? Penyakit baru ker?” berkerut dahi Ku Emran mendengarkan jawapan dari Ku Erlina. Tak pernah pula dia mendengar nama Virus JC.

“Virus tuh dah lama ada cuma baru-baru ni jer menyerang vila mummy ni. Along tak pernah dengar ker? Pelik la sebab mummy kata along ada simptom-simptom terkena jangkita virus JC ni.” Ku Erlina pura-pura membuat mimic muka terkejut.

“Ha! Along terkena jangkitan? Mana ada? Along rasa ok jer. Gastrik pun dah baik ni?”

Ku Mardhiah hanya mendengarkan sahaja perbualan dua beradik ini. Dia tahu yang Ku Erlina sengaja mahu mempermainkan Ku Emran.

“Ye ker? Abis tu siapa yang dari tadi senyum sorang-sorang? Rupa dah macam orang angau tahap aura Gaban jer dari kat bengkel tadi?” Ku Erlina menahan senyum.

“Mana ada Along senyum sorang-sorang. Pandai jer adik ngan mummy ni buat spekulasi.” Pipi Ku Emran sudah mula memerah umpama udang dibakar. Dia malu bila mendapat tahu yang segala perlakuannya sejak pulang dihantar Suria tadi diperhatikan oleh mummy.

“Encik Ku Emran, tak payah la nak main aci cak-cak lagi ngan kami semua. Sekilas Along menjeling Kak Suria tu, adik dah tau lar isi hati Along. Lagi mau ajak borak pasal reban ayam… ha..ha..ha”

Sebaik menghabiskan kata-katanya, Ku Erlina sudah berlari masuk ke dalam vila. Ku Emran yang kebengangan hanya mampu tersenyum dan menahan rasa segan di hadapan mummy.

##########################

Air dingin yang mengalir dari tap pancuran membasahi rambut Suria. Kedinginan air yang membasahi tubuhnya kini tidak sedikit pun membantu mendinginkan hatinya yang kehangatan. Setiap kali dia memejamkan matanya, hanya senyuman dan renungan lelaki itu yang akan menghiasi. Sehabis mungkin dia cuba untuk menafikan perasaannya tapi kenapa setiap kali itu juga hatinya sakit tidak terkira.

Satu bulan! Perkataan itu terngiang-ngiang kembali di telinya Suria. Gila apa lelaki itu minta diberi tempoh satu bulan. Kata Emran, satu bulan tempoh untuk membuatkan Suria jatuh cinta pada dirinya. Satu bulan juga tempoh untuk mereka saling mengenali di antara satu sama lain. SATU BULAN!! Boleh ke?

Paip di tutup, tuala di capai. Setelah siap berpakaian, Suria menuju ke ruang tamu untuk menonton televisyen. Tiada rancangan menarik yang ditayangkan di televisyen yang mampu menarik minat Suria saat ini. Blackberry dicapai dengan niat untuk menalifon mamanya. Dia sangat berharap mama boleh memberikan pendapat tentang apa yang sedang dia alami sekarang.

Perasaannya saat ini sangat berbeza jika dibandingkan dengan waktu dia bersama Arman dahulu. Sepanjang sepuluh tahun mereka bersama, tiada satu pun kenangan antara dia dan Arman yang mampu membuatkan jantungnya bergetar hebat, tapi Emran, memikirkan tentang lelaki itu sahaja bisa membuatkan Suria tak keruan. Berbicara tentang hati dan perasaan bersama Arman tidak pernah mengundang airmata Suria untuk gugur, tapi Emran, mendengarkan lelaki itu memanggil namanya sahaja sudah cukup membuatkan hati Suria sayu.

Sewaktu Arman memutuskan pertunangan mereka dahulu, Suria fikir yang dia akan mengambil masa yang lama untuk sembuh dari kekecewaan. Tapi kini dia terasa seperti dia pula yang mengkhianati. Mengkhianati perasaannya sendiri kerana mudah sahaja dia melupakan Arman dan menerima cinta baru.

~owh hati, katakan bagaimana harus aku berdepan dengan perasaan aneh ini. Aku dah semakin gila kerana cinta~

Nombor telefon bimbit mama didail dan Suria menunggu sehingga panggilan di jawab.

“Assalamualaikum, Ma” perlahan salam diberi.

“Wa alaikummussalam. Sayang mama sihat?”

“Alhumdulillah, sihat. Mama sihat?”

“Alhumdulillah. Suara sedih jer ni. Ada apa-apa yang Suria nak share ngan Mama?”

Sangat prihatin suara Puan Melati bertanya. Nada suara Suria yang kelemahan menimbulkan tanda tanya di mindanya.

“Maa…… I’m confused. He confessed but I really don’t know if we can make it…” airmata sudah mula mengalir.

“He? Siapa? Arman? Cuba Suria cerita satu-satu. Sekarang mama yang confused.”

Suria menceritakan segala-galanya tentang pertemuan dia dengan Emran sejak mereka pulang bersama dari Port Dickson minggu lalu. Sekali-sekala air mata diseka dan dia mengambil nafas yagn dirasakan semakin menyempit di dada. Di hujung cerita, hanya kedengaran gelak ketawa dari Puan Melati.

“Ma, kenapa mama gelakkan Suria? Orang tengah susah hati ni.” Suria seakan merajuk bila terdengar Puan Melati ketawa.

“”Mama bukan sengaja nak ketawakan Suria, tapi mama rasa lucu pulak” ketawa Puan Melati masih kedengaran.

“Apa yang lucunya, Ma. Suria serius ni.”

“Lucu la. Suria menangis macam la Encik Emran tuh nak ajak Suria kahwin esok. Beria-ia sangat nangisnya tu.”

Suria terdiam.

~Ya jugak. Yang aku menangis macam orang gila ni kenapa?~

“Suria, dengar sini. Anak mama ni dah dewasa dan mama yakin Suria tahu apa yang Suria lakukan. Tak semua cinta akan berakhir dengan kegagalan dan tak semua cinta juga akan rasa manis berpanjangan. Suria tak mengkhianati sesiapa pun, jadi kenapa takut? Beri peluang untuk Emran dan yang paling penting, beri peluang untuk diri Suria sendiri. Mama percaya, Suria pasti akan jumpa apa yang Suria mahukan.”

“Tapi Suria tak ada perasaan lagi pada dia, Ma.”

“Kalau perasaan tu tak ada, kenapa Suria beria-ia sangat menangis? Kalau tak ada, kenapa tak cakap terus terang jer pada Emran?”

“Suria…Suria… Suria tak boleh nak cakap.”

“Kenapa? Suria rasa sakit hati tapi Suria tak boleh nak cakap. Suria rasa menyampah tapi Suria tetap ikut cakap dia kan. Suria rasa benci tapi tetap Suria ambil berat tentang dia. You have to admit it, my dear. Perasaan tu dah memang ada dalam hati Suria cuma Suria jer yang belum pasti. Segala-galanya terletak di tangan Suria sekarang. Apa yang ada dalam hati Suria, hanya Allah dan Suria saja yang tahu. Mama sentiasa berdoa semoga Suria dipertemukan dengan lelaki yang mampu menyayangi Suria lebih dari mama dan arwah papa.”

Suara Puan Melati yang lembut dan perlahan memberi ketenangan pada Suria. Perlahan-lahan dia nampak apa yang perlu dia lakukan walaupun ianya masih kabur. Segala rasa kusut dankeliru yang dia rasai sebelum ini hilang. Jika tidak kerana esok dia perlu bekerja, pasti sekarang dia sudah memandu pulang ke Port Dickson dan memeluk erat mamanya.

Talian telefon di matikan setelah mama menitipkan pesanan-pesanan wajib seperti biasa. Kini Suria mampu tersenyum lega. Dia berjanji pada dirinya yang dia akan memberikan Emran peluang untuk membina hubungan mereka.

2 comments:

  1. satu tindakan yg bijak..melangkah kehadapan tanpa menoleh kebelakang..jgn difkirkan Amran lagi..krn citer tu sudah pun ada noktahnya..mulakan citer yg baru ngan Emran pula..mana tahu ..itu adalah satu anugerah tuhan yg tak bernilai buat dirinya..
    salam
    kak idA

    ReplyDelete
  2. thanks kak ida
    saya cuba menulis cerita ni berdasarkan pengalaman dan sesuatu yang memang berlaku dalam kehidupan seharian kita sama ada kita sedari atau pun tidak...

    ReplyDelete