Kau tanya apakah ku bisa
Membuka hatiku untukmu
Ku tak bisa berkata kata
Airmata yang bicara
Sesungguhnya ku ingin dirimu
Tuk cairkan hatiku yang beku
Tapi aku belum siap
Aku jadi dilema
Aku tak mau menyakitimu
Karna hati ini masih ragu
Tapi aku butuh cinta
Aku jadi dilema
Khalil Gibran pernah menulis, cinta tidak memberikan apa-apa kecuali dirinya sendiri dan tiada mengambil apa-apapun kecuali dari dirinya sendiri. Cinta tiada dimiliki juga tiada ingin dimiliki, kerana cinta itu cukup sekadar telah cinta.
Ketenangan tasik Shah Alam yang terhampar di hadapan mata sedikit pun tidak membantu untuk menenangkan hati Suria yang sedang bergolak saat ini. Dari tadi di hanya mengikut sahaja rentak Emran. Jangan ditanya kenapa, kerana dia sendiri tiada jawapannya. Hati dan akalnya sudah tidak berjalan seiringan lagi.
Emran membaling batu-batu kecil ke arah tasik sehingga menyebabkan air tasik berkocak, sama seperti perasaan yang dia rasai ketika ini. Matanya melirik ke arah Suria yang berdiam diri sedari tadi. Langkah kaki di atur menghampiri gadis itu. Emran tahu yang Suria memerhatikan setiap langkahnya di sebalik cermin mata hitam yang dia pakai. Segaris senyuman terbit di bibirnya.
“Suria, adakah saya terlalu memaksa?” soalan dilontarkan sebaik sahaja Emran berhadapan dengan Suria.
“Maaf, saya tak faham apa yang Encik Emran cuba katakan.” Balas Suria sambil cuba melarikan pandangan dari wajah Emran.
“atau saya tak layak untuk bersama dengan awak?”
“Encik Emran, saya betul-betul tak faham apa yang Encik Emran cuba katakan. I am confused”
“No, you are not, Suria. Awak tahu apa yang kita bincangkan sekarang. Awak tahu perasaan saya pada awak. Atau awak nak saya terangkan sekali lagi?” sinis suara Emran membuatkan Suria sakit hati.
“Encik Emran, cukup-cukup la buat lawak. Semua ni tak lucu langsung”
“Saya tak pernah buat lawak tentang perasaan saya, Suria. Saya tahu apa yang hati saya mahukan. Perasaan saya pada awak bukan satu mainan. Saya bukan muda untuk bermain-main bila berbicara tentang hati dan perasaan dan saya juga bukan lelaki yang mudah melafazkan cinta kerana sekali saya jatuh cinta, rasa itu akan kekal selamanya. Saya bukan mencari kekasih untuk bersuka ria, Suria. Saya mencari kekasih yang akan mencintai saya sehingga saya menutup mata. Seseorang yang mengisi ruang ketidaksempurnaan saya dan menerima segala kekurangan saya sebagai kelebihan dia. Does it sound funny to you?” separuh merintih Emran meluahkan isi hatinya. Bukan sifat dia untuk merayu tapi kali ini dia benar-benar mahu Suria tahu apa yang dia rasakan. Emran sangat pasti yang Suria juga merasakan sesuatu tapi mungkin gadis itu keliru tentang perasaannya.
“Memang tak lucu pada Encik Emran, tapi ianya sangat lucu pada saya. Kenapa saya? Kita bukannya saling mengenali antara satu sama lain. Saya tak kenal siapa sebenarnya Ku Emran bin Ku Hashim. Saya cuma kenal Encik Emran sebagai hamba Allah yang menyelamatkan saya. Itu sahaja! Tak mungkin saya mampu menyemai perasaan cinta atau sayang jika saya tak kenal siapa sebenarnya Encik Emran.”
Suasana sepi seketika. Suria mengesat butir airmata yang tak henti-henti mengalir dari tadi. Sejak dari kejadian malam tadi, atau lebih tepat lagi, pagi tadi, airmata Suria akan mengalir dengan sendirinya setiap kali Emran mula berbicara tentang hati dan perasaan.
“Awak kenal saya lebih dari orang lain. Awak dah berjumpa dengan semua orang yang saya sayang dan penting dalam hidup saya. Mummy, Daddy dan Erlina. Saya juga kenal dengan mama awak. Semua itu sudah cukup pada saya untuk mencintai awak.” Penuh yakin Emran menjawab persoalan Suria.
“Tapi itu tak cukup pada saya Encik Emran. Saya tak ada apa-apa perasaan pada Encik Emran. Nothing. Zero. Kosong. Tak mungkin saya dapat terima Encik Emran.”
“Betul awak tak ada apa-apa perasaan pada saya, Suria?” Emran kini berdiri betul-betul di hadapan Suria.
“Tak ada dan tak pernah ada” kurang yakin sahaja suara yang keluar.
“Betul tak ada? Pandang mata saya dan beritahu jika awak betul-betul tak ada perasaan pada saya.”
Emran sudah mengangkat sedikit wajah Suria. Kini mata mereka saling bertentang. Emran dapat merasakan seperti hati mereka saling berbicara. Suria pula kehilangan kata-kata. Pandangan tajam dari mata Emran ternyata menusuk terus ke dalam hatinya. Segala rasa yang berkecamuk sebentar tadi hilang begitu sahaja. Aduh sang hati! Kenapa harus begini?
“Saya….saya…saya tak tahu. Saya…..saya…saya keliru.”
Emran tersenyum lega mendengarkan jawapan yang keluar dari bibir Suria. Kini dia sangat yakin yang dia tidak silap perhitungan. Emran pasti yang hati Suria juga menyanyikan lagu yang sama seperti hatinya cuma lagu di hati Suria tidak sekuat dan serancak lagu di hati Emran. Pipi Suria diusap perlahan.
“Tak perlu keliru, awak cuma perlu ikut sahaja apa yang hati awak rasakan sebab ianya memang dah ada disitu sejak kali pertama kita berjumpa.”
“Encik Emran tak menyesal memilih saya?Saya gadis yang biasa sahaja, tiada apa-apa keistimewaan dan kerana itu saya ditinggalkan”
“Saya tak pernah menyesal kerana awak istimewa di mata saya.” Senyuman manis dihadiahkan untuk Suria.
“Saya pernah putus tunang.”
“Asalkan awak bukan isteri orang, itu bukan satu masalah pada saya” Emran masih lagi tersenyum gembira.
“Saya takut untuk meletakkan harapan. Sebelum ini, sepuluh tahun saya menganyam harapan dan impian, akhirnya saya juga yang ditinggalkan.”
“Suria, dengar sini. Saya bukan memaksa awak untuk terus terima saya. Saya cuma mahu awak beri peluang kepada saya. Kepada KITA. Saya mungkin bukan yang terbaik bagi orang lain tapi saya akan cuba untuk jadi yang terbaik untuk awak.”
“Lelaki, belum dapat boleh la janji macam-macam” sinis sahaja bunyinya.
“Saya tak pandai bermadah pujangga apatah lagi untuk menanam janji sehidup semati, tapi Insya-Allah, jika diizinkan Allah, saya mahu awak menjadi wanita terakhir dalam hidup saya. Beri saya sebulan untuk buktikan tentang perasaan saya dan awak akan faham.”
“Sebulan? Kenapa sebulan” terkejut Suria mendengarkan Emran cuma meminta tempoh percubaan selama sebulan. Terlalu singkat untuk dia mempertimbangkan luahan perasaan lelaki itu.
“Sebulan tu pun pada saya dah cukup lama. Seperti saya katakan tadi, saya bukan muda lagi untuk bercinta gaya remaja. Takkan nak tunggu sepuluh tahun kot. Kalau lepas sepuluh tahun baru awak terima saya, saya dah terlalu tua untuk memulakan keluarga. Nanti dapat anak, orang ingat saya dapat cucu pulak.” Santai sahaja Emran menjawab. Walaupun riak wajahnya serius, tapi Suria tahu yagn Emran cuba berjenaka. Detik-detik keresahan semakin beransur pergi.
“Encik Emran pasti yang saya dapat terima diri Encik Emran dan ‘KITA’ itu akan ada?” Suria cuba mencari keyakinan.
“Insya-Allah, jika awak berikan saya peluang.”
“Encik Emran pasti?”
“Yes, love. I am sure about this”
Jari jemari Suria yang kesejukan di raih. Genggaman tangan dan anggukan kecil dari Suria memberikan satu rasa kelegaan yang tak terucap bagi Emran. Mulai saat itu dia berjanji dengan dirinya sendiri yang Suria akan menjadi suri hatinya. PASTI.
11 August 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
yes,,akhirnya ada en3,,
ReplyDeletenak sambung lagi tengah best ni harap suria terima dan emran bkan sekadar cakap aje.harap emran benar2 ikhlas dgn suria.
ReplyDeleteyesszzzaaaaa...best sangat
ReplyDeleteat last..tempuh percubaan buat suria dan mamat poyo tu..jgnla ada lagi masalah dan dugaan pd mrk..hrp dapat ke jinhang pelamin...
ReplyDeletesorry lambat post entry, mgu ni mgu sakit serumah....
ReplyDeleteAnon: dugaan dan rintangan tuh kan akan menguatkan lagi ikatan kasih sayang.... akan ada konflik manja-manja....
wah sweettt... =)
ReplyDeletesmbng r lg heheh