Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdebar tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu
Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku
Sms yang diterima dari Erlina memberitahu yang dia telah menunggu di bawah membuatkan Suria kelam kabut. Entah apa yang yang dia fikirkan sehingga setiap perbuatan dan perlakuannya terasa serba tak kena. Hatinya berdebar-debar dan jantungnya berdegup lebih laju dari biasa. Reaksi yang kebelakangan ini terjadi jika Emran berada berdekatan.
~Rileks la wahai sang hati. Erlina datang dengan Ku Mardhiah, bukannya Ku Emran. Jangan kalut sangat.~
Sebaik mengunci pintu rumah, Suria turun dan terus masuk ke dalam kereta. Dia memilih untuk duduk di kerusi belakang pemandu. Satu bau yang terbit membuatkan jantung Suria berdebar lebih hebat. Wangian milik Emran! Sebaik dia mengangkat muka, pandangan mata Suria bertembung dengan pandangan mata milik Emran yang sedang leka memerhatikan setiap pergerakannya melalui cermin pandang belakang.
“Assalamualaikum Suria.”
Bisikan salam dari Emran mengundang satu rasa yang hangat kedalam hati Suria. Suara Emran kedengaran sangat mesra dan penuh rasa sehingga Suria jadi kelu untuk membalasnya.
“Wa….wa…wa alaikummussalam” tergagap-gagap Suria membalas. Peluh dingin mula mengalir di tangan. Pandangan mata Emran masih tertancap di wajah Suria seperti tidak mahu terlepas walau untuk sedetik. Suria tidak tahu bagaimana untuk berdepan dengan situasi seperti ini.
“Sorry la Kak Suria, mummy ada hal so, dia tak dapat ikut. Kak Suria tak kisahkan along ikut sekali?” suara Erlina berjaya memecahkan kebisuan antara Suria dan Emran.
“Ha! Along? Oh… takper. Janji boleh pergi ambil kereta akak. Tak kisah la Auntie ker, Uncle ker, as long as kita sampai kat bengkel, akak ok jer”
Suria cuba untuk berlagak selamba walaupun dalam hati, hanya Allah yang tahu debarannya. Kalaulah dadanya menjadi lutsinar tika ini, pasti akan kelihatan betapa laju jantungnya berdegup dan betapa deras darahnya mengalir.
Sepanjang perjalanan, hanya mulut Erlina sahaja yang becok bertanya dan bercerita menakala Suria hanya menjawab dan menyampuk bila perlu. Emran? Dia hanya berdiam diri memandu dan pantang ada peluang, matanya akan memandang ciptaan terindah dari Allah yang telah mencuri sekeping hati lelakinya.
#########################
Sebaik sahaja tiba di bengkel, Erlina terus sahaja melompat keluar. Di dalam hatinya dapat merasakan satu aura yang berlainan bila mana Along dan kak Suria bertemu. Umpama aura kameha-meha antara Goku dengan Picollo. Eh bukan, Tuh dah kartun sangat.
Aura antara Along dengan Kak Suria lebih kepada aura Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu. Bukan Erlina tidak nampak cara Along memberi salam kepada Kak Suria tadi. Pandangan mata Along yang sarat dengan perasaan itu sudah mampu menjelaskan segala-galanya. Ada rasa gembira yang terbit di hati Erlina. Sekian lama dia dan mummy berdoa semoga Along bertemu dengan seseorang yang mampu mengembalikan kebahagian Along yang dibawa pergi bersama-sama Kak Najiha. Walaupun dari luaran tampak normal, tapi Erlina tahu, jauh di sudut hati Along, dia kesunyian. Kematian Kak Najiha membawa pergi separuh dari kegembiraan Along tapi Along cuba berlagak ceria kerana tak mahu orang di sekeliling dia tahu kesedihan yang dia rasai.
Keluarga mereka tidak kisah siapa sahaja pilihan hati Emran, mereka pasti akan bersetuju seratus peratus asalkan wanita itu boleh membahagiakan Along kesayangannya. Jika Kak Suria yang telah mencuri hati Along, Erlina sukakan wanita itu. Mummy juga sukakan Kak Suria kerana Kak Suria pandai mengambil hati dan lemah lembut.
Senyuman nakal terukir di bibir Erlina. Kepalanya mula merancang sesuatu. Sesuatu yang diharapkan dapat menyatukan dua hati. Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya kan. Echehh… Dah pandai berperibahasa pulak sekarang.
########################
“We’ll need to talk” Emran bersuara sebaik sahaja Erlina keluar dari kereta. Pintu kereta dikunci dari dalam. Dia tidak mahu Suria mengelak lagi.
“There is nothing to talk about” balas Suria sambil berpeluk tubuh. Hakikatnya dia menyembunyikan debar yang menggila di dalam dada.
“Kenapa menangis?”
“Mana ada saya menangis.”
“Kalau tak menangis, kenapa mata bengkak?”
Sepi.
Tiada jawapan yang keluar dari mulut Suria kerana Suria memang tak tahu jawapan apa yang patut diberi kepada Emran.
Ada orang kata sepi itu indah, tapi tidak pada Emran saat ini. Sepi tanpa suara dari Suria seakan membunuh segenap rasa yang ada dalam dirinya. Melihat mata Suria yang bengkak kesan dari menangis menambah lagi rasa sakit di jiwa. Adakah dia terlalu memaksa?
“Suria….. your silent is killing me. Please say something.”
Mendengarkan suara Emran yang memanggil namanya dengan sepenuh perasaan membuatkan airmata Suria menitis lagi. Suria benar-benar tak faham kenapa. Telinga dia lebih rela mendengar jeritan dan tengkingan daripada hatinya terusik apabila Emran memanggil dengan penuh kasih sayang. Rasa seperti sayang lelaki itu terlalu melimpah ruah setiap kali lelaki itu menyebut namanya.
Suria ternampak Erlina melangkah keluar dari pejabat bengkel dan menuju kearah kereta mereka. Airmata diseka dan cermin mata di pakai.
“Saya nak keluar. Lin dah datang.” Serak suara yang keluar dari mulut Suria.
Dengan rasa berat hati, Emran terpaksa juga membuka pintu kereta. Erlina menggoyang-goyangkan kunci kereta milik Suria sebaik sahaja dia tiba.
“Ni kunci kereta akak. Warranty ada sebulan. Kalau akak tak puas hati dengan hasil kerja diorang, akak bawak jer kereta datang sini, diorang akan betulkan. FOC.”
Kunci sudah bertukar tangan.
“Alhumdulillah. Thanks Lin!. Akak minta diri dulu. Nanti kirim salam kat mummy Lin yer.” Suria ingin cepat-cepat berlalu. Dia sudah tak mampu untuk terus berhadapan dengan Emran dalam keadaan emosinya yang sangat tidak stabil.
“No problem la Kak. Tapi kan, Lin ada satu hal kecik nak minta tolong kat akak ni. Lin harap sangat akak dapat tolong Lin kali ni.” Erlina sudah memulakan langkah-langkah dewi panahan cintanya.
“Tolong apa? Insya-Allah, kalau akak boleh tolong, tentulah akak akan tolong”
“Lin nak mintak tolong akak hantarkan abang Lin yang hensem lagi kacak dan bergaya ni balik rumah mummy sebab Lin ada hal sikit kat Subang. Boleh tak kak?”
“Ha! Hantarkan along??” seperti mahu tercekik rasanya mendengarkan permintaan dari Erlina itu.
~Aku nak lari jauh-jauh dari abang dia, dia lagi nak suruh aku dekat-dekat pulak. Ni konspirasi adik beradik ker apa?~
Emran yang ternampak reaksi Suria mengalah. Dia tidak mahu terus menerus memaksa Suria supaya menerima dirinya. Dia tahu mungkin dia perlu berikan sedikit ruang dan masa untuk Suria berfikir.
“It’s ok adik. Along boleh balik sendiri.Jangan susahkan Kak Suria” Terkandung nada kecewa dari suara Emran.
“Tapi Along kat belum sihat sangat. Kalau Along pengsan nanti macam mana? Kak Suria, boleh tolong tak?” Erlina terus-terusan mendesak.
~Sorry Along. Adik buat ni semua untuk Along.~
“err….err…err… Boleh, apsal pulak tak boleh kan. Saya hantarkan Encik Emran balik rumah Ku Mardhiah. Tak susah pun.” Sengaja nada suaranya di lunakkan. Dia tak sampai hati mahu membiarkan Emran pulang sendiri dalam keadaan kesihatan lelaki itu yang tidak menentu.
“Betul ni kak Suria. Thank you very much, my dear sister. Love you! ….. Along, Lin gerak dulu.” Erlina meninggalkan Emran dan Suria dengan satu kenyitan mata. Dalam hati dia berdoa agar abangnya dapat mengambil peluang ini dengan sebaiknya.
Emran menyepi, Suria berdiam diri. Kedua-duanya masih berdiri di sisi kereta Suria.
“Awak betul-betul tak kisah hantar saya balik rumah mummy?”Emran bertanya untuk memohon kepastian. Jika Suria keberatan, dia akan menyuruh Harold untuk mengambil dan menghantar dia.
“Takper. Lagipun awak tak sihat. Saya tak kejam sangat nak tinggalkan awak kat sini.” Suria menjawab selamba dan terus masuk ke dalam kereta.
“Sayang juga awak kat saya.” Senyuman sinis terbit dari bibir Emran.
“Tolong jangan perasan. Takder kena-mengena dengan sayang or whatsoever yer.”
Jawapan dari Suria mematikan terus senyuman di wajah Emran.
“We need to talk and this time, I really mean it, Suria.” Keras sahaja bunyinya dan Suria tahu kali ini dia memang tak boleh lari lagi.
08 August 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
oowhhhhh...please sambung cepat2... suria terima la emran tuh, jangan ler jual mahal sangat...
ReplyDeleteSuria....terima la Emran tue...kesian dia.nnt dia b'tambah sakit.
ReplyDeleteDsh mcm stalker hari2 jenguk ke blog ni...panjang lg tak cerita ni angel?
ReplyDeletehantar je rombongan meminang Emran..............
ReplyDeletebest sgt cerita ni,,smbung lg
ReplyDeleteterima kasih pada semua yang sudi baca dan mengikuti cerita MAC ni....
ReplyDeleteCerita ni panjang lagi... ada byk konflik yang akan berlaku... Insya-Allah....
jgn kasi konflik yg berat2 k angels...susah hati sy ni ...sy benar2 b`harap yg suria satu hari nnti sudi menerima si emran tu...sy nk mereka b`dua kawin ye angels...x sukalah kalau cita dia sad ending...kecian emran...sy tahu suria mmg dah ada perasaan kat emran kan...kalau x manakan tiap kali b`temu hati dap dup dap dup kan...cpt sambung ye angels. x sbar nk tau apa yg emran nak ckap kat suria
ReplyDelete