Followers

16 January 2012

Tiada Yang Lain... (20)

Tuan Zakuan mencampakkan sampul surat yang berisi gambar-gambar berahi antara Puan Mariyah dan Hazwan ke atas katilnya. Penumbuk dikepal dan satu tumbukan padu dilepaskan ke arah kaca yang menjadi pembahagi ruang di bilik hotelnya. Darah merah yang mengalir di buku lima dibiarkan menitis. Tiada siapa yang berani menegur Tuan Zakuan waktu itu. Baik Abang Rizal mahupun Kak Sheila, ke dua-dua mereka hanya menundukkan kepala. Nasib baik waktu itu anak-anak buah yang lain berada di dalam bilik masing-masing, jika tidak, pasti amarah Tuan Zakuan lebih teruk lagi.

Kotak cerut jenama Louixs dibuka. Dikeluarkan sebatang dan dikerat hujungnya. Pemetik api dihidupkan dan Tuan Zakuan mula menyedut asap dan aroma tembakau buatan tangan dari Cuba itu. Darah yang semakin banyak menitis di buku limanya masih menitis laju. Saakit yang dirasai di tangannya saati ini tidak sehebat rasa sakit di bahagian dada. Dia tidak pasti adakah sakit itu kerana menahan perasaan atau kerana hatinya yang sakit melihat gambar-gambar Puan Mariyah dan kekasih mudanya.

Abang Rizal teragak-agak mahu berkata-kata. Dia memandang Kak Sheila dan mengangkat-angkat keningnya memberi isyarat supaya berkata sesuatu. Waktu untuk mereka bertemu dengan Jacky semakin hampir. Jika keadaan Tuan Zakuan tidak stabil, bagaimana lelaki itu mahu membincangkan tentang urusan mereka di sini.

Satu dengusan kasar kedengaran dari Tuan Zakuan.

“Rizal, aku mahu kau hapuskan budak mentah dalam gambar ni. Buat seperti biasa. Parasit seperti dia tak boleh dibiarkan hidup lama.” Arahan dari Tuan Zakuan memang sudah diduga oleh Rizal. Dia hanya mengangguk tanpa apa-apa bantahan.

“Sheila, kau cari siapa dalang di sebalik penghantaran gambar ni. Aku mahu berurusan dengan dia.”
Kak Sheila juga hanya menganggukkan kepalanya. Sudah lama Tuan Zakuan tidak mengotorkan tangannya dan kali ini, dia memang benar-benar serius.

Sehelai sapu tangan ditarik keluar dari poket seluarnya. Tangan yang berdarah di cuci dan dibalut dengan sapu tangan sahaja. Rambut yang sedikit kusut di rapikan. Wajah Tuan Zakuan kelihatan lebih serius dari biasa. Dia melangkah keluar dari bilik Suite mewahnya diikuti oleh Rizal dan Sheila. Dia mendail nombor seseorang dari telefon bimbitnya.

“Hello, Jacky…..”

***************************

Suasana di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Temenggong Ahmad hingar bingar. Emosi para pelajar bercampur baur ekoran keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang diumumkan hari itu. Ada pelajar yang menjerit keseronokan kerana mendapat keputusan yang cemerlang dan aa juga yang menitiskan airmata kesedihan kerana keputusan di tangan tidak seperti yang diharapkan.

Rhea masih di dalam kereta. Belum ada tanda-tanda untuk dia keluar dan mendapatkan keputusannya. Hatinya berdebar-debar kerana takut. Dia takut jika keputusannya tidak sebaik seperti yang dia harapkan. Bibir di gigit lembut dan anak rambut yang terjuntai di dahi dikuis-kuis. Tapak tangannya yang lembap dan berpeluh terasa sangat sejuk. Jika boleh, dia mahu memengsankan diri dan mengelak dari mengambil keputusan hari ini.

Telefon yang berbunyi dari tadi hanya dibiarkan berhenti sendiri. Dia tahu siapa yang menelefon tanpa perlu melihat nama si pemanggil. Pasti Armand yang mahu mengetahui tentang keputusannya. Ah, saat ini dia tidak mahu menjawab panggilan dari sesiapapun.

“Rhea, still tak ready ker? Dah lama sangat kita duduk dalam kereta ni, nanti apa pula kata orang kat luar?” perlahan sahaja Zariff menegur Rhea.

Dia tahu apa yang bergolak di dalam dada gadis itu kerana dia juga pernah mengalami perasaan yang sama 10 tahun lalu malah perasaan takut dan gementarnya lebih hebat kerana waktu dia dahulu, arwah ayahnya sudah memberitahu jika dia tidak lulus, maka dia akan di ikat di pokok mangga yang penuh dengan kerengga di depan rumah mereka. Menggigil kepala lututnya ketika itu bila dia mendengarkan perkataan kerengga. Alhumdulillah, keputusan yang dia dapat sangat membanggakan sehingga dia layak menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Segaris senyuman terlakar di bibir Zarif.

“Zarif, awak temankan saya sampai pejabat sekolah, boleh? Saya nervous la.”

Tanpa di sedari, Rhea sudah memegang erat lengan Zarif. Kegugupan yang dia rasai membuatkan dia seperti hilang tumpuan. Zarif pula hanya memandang kearah lengannya yang masih dipaut. Walaupun berlapik dengan lengan baju, dia dapat merasakan jari jemari Rhea yang sejuk membeku umpama berada di dalam peti sejuk.

“Rhea, you have to let me go…..” Zarif sedang cuba merenggangkan pegangan tangan Rhea tapi sebaliknya gadis itu semakin memperkemaskan genggamannya.

“I don’t want to let you go, Zarif. Please…” separuh merayu Rhea meminta Zarif menemaninya.

“Rhea, you have to let me go. Kalau awak tak lepaskan pegangan tangan awak ni, macam mana saya nak temankan awak keluar.”

“ha! Ops… sorry. Blur sekejap” tersipu-sipu Rhea menahan malu dek kerana kelakuannya sendiri.

~Adeh la…. Macam mana boleh terbabas dok peluk tangan anak bujang orang sampai tak ingat dunia ni.

Zarif keluar dan membukakan pintu kereta Rhea. Sebaik sahaja keluar, Rhea menarik nafas panjang dan memulakan langkah ke arah pejabat sekolah dengan lafaz Bismillah. Sampai di hadapan pintu pejabat sekolah, Rhea mengambil masa yang lama untuk masuk. Zarif pula memilih untuk terus tunggu di luar pejabat. Tidak manis rasanya untuk dia masuk ke dalam pejabat sekolah sekali dengan Rhea kerana tugasnya hanyalah sebagai pengawal peribadi sahaja dan bukanlah penganti arwah ibu dan bapa gadis itu.

Kehadiran Zarif yang menanti Rhea di hadapan pintu pejabat sekolah menjadi buah mulut beberapa pelajar tingkatan lima dan tingkatan enam di sekolah tersebut. Laluan kaki lima pejabat yang jarang dilalui oleh pelajar secara tiba-tiba menjadi laluan pilihan utama. Semuanya gara-gara ingin melihat gerangan jejaka yang sekejapan menjadi bahan berita utama di kalangan para pelajar senior.

Setelah hampir lima belas minit menanti dengan penuh sabar, kelibat Rhea muncul tapi wajahnya kelihatan muram dengan bekas linangan airmata kelihatan amat jelas di pipi. Zarif ingin sekali bertanya tapi pertanyaannya hanya disimpan di dalam hati bila melihatkan keadaan Rhea yang mungkin sedang bersedih.

~ Gagal agaknya!

Hati kecil Zarif berbisik. Langkah Rhea yang terus laju menuju ke arah kereta menguatkan lagi andaian hatinya tadi.

“Aulia!!!”

Langkah Rhea terhenti serta-merta bila dia terdengar seseorang menjerit memanggilkan namanya. Hanya seorang sahaja yang akan memanggilnya dengan nama itu. Seseorang yang pernah melukakan hatinya.

3 comments:

  1. pendek sngt la..cpt sambung arr x puas lg ni..huhuhu

    ReplyDelete
  2. i agree! best but too short...cepat sambung pls...

    ReplyDelete
  3. trimas sumer....
    kekangan masa untuk menaip dengan panjang lebar....
    Insya-Allah, jika diizinkan oleh Nya, saya cuba untuk menaip lebih panjang di lain entry...

    ReplyDelete