Followers

26 January 2012

Makin Aku CInta (31)

Hancur Hatiku Mengenang Dikau
menjadi Keping-Keping Setelah Kau Pergi
tinggalkan Kasih Sayang
yang Pernah Singgah Antara Kita
masihkah Ada Sayang Itu
memang Salahku, Yang Tak Pernah Bisa
meninggalkan Dirinya 'tuk Bersama Kamu
walau 'tuk T'rus Bersama
'kan Ada Hati Yang 'kan Terluka
dan Ku Tahu Kau Tak Mau


Sherly melangkah pantas menuju ke bilik mesyuarat sebaik sahaja Nadirah memberitahu yang Emran sudah menunggu. Senyuman manis yang terukir umpama tiada noktahnya. Hatinya berasa sangat gembira hingga jika boleh, ingin sahaja dia member cuti kepada semua staff di pejabat supaya tiada siapa yang mengganggu masa untuk dia berdua bersama Emran.

Saat pintu bilik mesyuarat di buka, seraut wajah yang sedih dan kusut menyambut senyuman mnis Sherly. Sherly tahu punca kekusutan dan kesedihan di wajah Emran, tapi dia tidak peduli. Yang penting kini, dia akan sedaya upaya menjadikan lelaki itu hak dan milik dirinya seorang. Suria? Peduli apa dia dengan gadis hingusan dan mentah itu.

“Hi Emran. How are you today? Nampak penat jer.” Lembut Sherly bertanya.

“I’m good. Penat dan letih sikit. Malam tadi I siapkan a few amendment untuk hotel you ni, so tak cukup tidur. By the way, Harold akan datang dengan Interior Designer yang akan decorate your hotel as per your wish.”

“Oh. Which ID yer? You kenal ker?”

“Sorry Sherly, on decoration and ID, semuanya Harold yang in charge. I pun tak tahu kali ni dia decide company yang mana cuma dia bagi tahu pada I yang this ID company has a good record. Kita tunggu jer la mereka sampai nanti. Can we start our discussion now? They will join us later.”

Sherly berpura-pura memberikan sepenuh perhatian kepada setiap perkara yang dibincangkan bersama Emran walau hakikatnya dia cuma mahu berada dekat dengan lelaki itu. Menghidu setiap wangian yang ada di tubuh Emran sehinggakan sering sahaja lengan mereka bergesel dek kerana rapatnya dia berdiri di sisi Emran.

Hampir 20 minit perbincangan berlangsung, Emran tiba-tiba memegang kepalanya yang berdenyut semakin kuat. Pandangan matanya sudah semakin kabur. Kerana tidak dapat menahan kesakitan, Emran terduduk di kerusi.

“Emran, what happen? You tak sihat ke?” Sherly memegang bahu Eman menunjukkan rasa simpati dan bimbang yang mendalam.

“Kepala I sakit sangat. Do you have aspirin?” Emran masih lagi memegang kepalanya yang berdenyut-denyut.

“Nanti I minta pembantu I bawakkan panadol dengan air suam. You bertahan sekejap.”

Sepantas kilat Sherly menekan sambungan ke tempat Nsdirah dan meminta gadis itu membawakan panadol dan air suam untuk Emran.

Sebaik sahaja Emran mengambil panadol, kepalanya di sandarkan di kerusi. Sherly menghampiri Emran dan membantu lelaki itu membuka tali leher dan butang baju yang mencekak leher. Wajah Emran yang terkejut dibalas dengan senyuman manis.

“You need more fresh air. Kalau tali leher dengan butang baju ni mencekik leher you, macam mana you nak bernafas. I tolong you je. Tak ada niat lain. Don’t worry”

Lega sedikit Emran mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut Sherly. Dia tidak mahu sebarang syak wasangka atau gossip murahan timbul kerana dia sangat menghormati Sherly dan bapanya.

Sherly kini beralih ke belakang kerusi yang Emran sandar. Perlahan jari jemari halusnya memicit kepala Emran. Picitan yang memang membantu dalam meredakan sakit kepala yang Emran hadapi ketika ini.

Kedengaran bunyi ketukan di pintu bilik mesyuarat. Kerana rasa sakit kepala yang masih bersisa, Emran tak mampu untuk membuka matanya saat ini. Jari jemari Sherly masih melekap di dahinya walaupun dia mendengar gadis itu menyuruh mereka yang berada di luar bilik untuk masuk.

Walaupun kerusi yang Emran duduki sekarang, membelakangkan pintu masuk, dia masih dapat menangkap suara Harold yang sedang memperkenalkan wakil dari syarikat yang bakal mereka hiasan dalaman untuk hotel milik Sherly. Emran tahu yang agak kurang sopan sekiranya dia tidak memperkenalkan diri tapi ketika ini, dia memang benar-benar tidak larat untuk mengangkat kepalanya. Saat satu deheman kedengaran, segala rasa sakit yang dia rasai umpama hilang terus dan sepantas kilat kerusinya berpusing.

“Suria!” desis bibirnya perlahan.

Ternyata Suria juga bungkam dan terkejut melihat kehadiran Emran di dalam bilik dan ruang yang sama ketika ini. Beberapa fail yang berada di pegangan Suria terlepas jatuh. Patutlah hatinya berdebar tak menentu ketika dia melangkah masuk ke dalam pejabat ini tadi. Suria menunduk untuk mengutip fail yang terjatuh. Dalam masa yang sama, Encik Farid juga tunduk membantu Suria yang kelihatan kelam kabut.

Emran cuba untuk berdiri, tapi kepalanya terasa seperti gasing yang berpusing dan dia hampir-hampir rebah. Sherly memaut kuat tubuh Emran dan menasihatkan supaya Emran duduk sahaja. Segala perlakuan dan cara Sherly melayan Emran membuatkan Suria benar-benar yakin yang mereka berdua mempunyai satu ikatan mesra dan keyakinan yang dia rasai itu umpama belati yang mencari halus hatinya. Sepanjang perbincangan yang berlangsung, Suria seperti hilang suara dan Emran pula hilang punca. Hanya pandangan mata sahaja yang mampu berbicara.

##########################################

Mata Sherly masih lagi memandang ke arah iMac miliknya. Hanya mata sahaja yang terpaku di situ tapi hati dan mindanya tidak. Senyuman yang tak lekangdari bibir membuatkan Nadirah dan kebanyakan pekerjanya pelik. Hanya dia yang tahu mengapa.

Saat ini hatinya berasa sedikit senang. Dapat dilihat riak wajah Suria yang terkejut dan sedih bila ternampak aksi antara dia dan Emran. Dia pula sengaja mengambil peluang di atas masalah kesihatan Emran dengan menunjukkan betapa dia sangat prihatin dalam melayan lelaki itu. Dia sangat pasti yang kini Suria akan mempercayai segala cerita tentang perancangan perkahwinan dia dan Emran.

Langkah pertama sedah menampakkan tanda-tanda kejayaan. Otak Sherly kini beralih pula untuk memastikan langkah kedua tercapai. Walau apa sekalipun, dia mahu memastikan yang Emran menjadi miliknya. Walau dia terpaksa membelakangkan ayahnya sendiri, itupun jika keadaan benar-benar mendesak. Tapi memikirkan hubungan baik antara ayahnya dengan Ku Hashim, dia yakin yang ayah pasti dapat menerima Emran dengan tangan terbuka. Cuma satu perkara sahaja yang bermain di mindanya, hubungan antara ayah dan Aunty Melati yang kelihatan rapat akhir-akhir ini. Sherly tahu selain dari ke surau atau masjid untuk mendalami ilmu agama, ayahnya sering sahaja menghabiskan hujung minggu di Port Dickson atau lebih tepat lagi menyewa di chalet milik ibu Suria itu.

Ah, persetankan itu semua. Jika ayah mahu berkahwin sekalipun dengan Aunty Melati, dia tiada masalah untuk menerima wanita itu sebagai pengganti ibunya. Ayah berhak untuk mendapatkan kegembiraan yang dia mahukan, dia cuma tidak boleh menerima anak gadis wanita itu sahaja. Walau sebaik mana sekalipun Suria, dia tetap tidak dapat menerimanya. Gadis itu merupakan pencabar dan penghalang jalan kebahagian yang dia inginkan jadi gadis itu harus dihapuskan dengan apa cara sekalipun.

Senyuman di bibir semakin melebar. Dia sudah dapat memikirkan langkah seterusnya yang akan dia lakukan.

“Emran, kau takkan terlepas dari genggaman aku lagi, sayang!”

################################################

Emran melangkah masuk ke dalam kondo miliknya. Kunci kereta dan kunci rumah di campakkan ke atas meja makan, berdenting bunyi gugusan kunci berlaga dengan meja kaca.

Tubuh yang keletihan dihempaskan ke sofa. Kepala yang masih bersisa dengan rasa pening di picit lembut. Otaknya semakin tepu bila memikirkan tentang hubungan antara dia dengan Suria. Seharian dia cuba untuk menghubungi gadis itu, tapi ternyata hanya sia-sia. Telefon bimbit tidak di jawab, receptionist di pejabat Suria pula memberitahu yang gadis itu keluar untuk berjumpa pelanggan dan tidak akan pulang ke pejabat. Suria juga tidak pulang ke rumah.

Emran tahu yang Suria pasti telah salah faham tentang apa yang berlaku di pejabat Sherly pagi tadi. Dia benar-benar tidak menyangka syarikat Suria merupakan pereka hiasan dalaman yang terpilih untuk projek hotel milik Sherly dan Suria merupakan salah seorang perekanya.

Ah!! Keadaan memang tidak berpihak kepadanya kali ini. Awal pagi bertengkar, tak sempat lagi memberikan penjelasan, satu lagi pertengkaran berlaku walaupun tiada sepatah perkataan yang keluar dari mulut dia dan Suria, tapi itulah yang lebih mendera hati dan perasaannya hingga kini. Kebisuan yang membunuh!. Emran lebih rela jika Suria melepaskan rasa hatinya dengan menengking atau menjerit daripada gadis itu mendiamkan diri. Bila Suria berdiam, Emran takkan tahu apa yang tersimpan di dalam hati gadis kesayangannya itu.

Pertengkaran dalam kebisuan itu sangat memenatkan. Suria langsung tidak memandang ke wajahnya sepanjang perbincangan berlangsung seolah-olah mereka tidak mengenali diantara satu sama lain. Setiap soalan yang diutarakan olehnya, pasti dijawab oleh Encik Farid, ketua pereka yang datang bersama Suria.

Lebih menyakitkan hati Emran bila Sherly memberitahu yang Farid adalah lelaki yang datang membantu Suria ketika mereka kemalangan. Setiap kata-kata yang keluar dari mulut Sherly tentang keintiman antara Farid dan Suria umpama belati yang mencarik halus hatinya.

Dia pasti, Farid juga adalah lelaki yang datang mengambil Suria pagi tadi. Farid juga adalah lelaki sama yang membuatkan dia cemburu walaupun ketika itu Suria belum menjadi kekasihnya. Mengingatkan tentang semua ini membuatkan hati Emran menjadi nanar.

Telefon bimbit di capai dan buat kesekian kalinya nombor Suria didail.

“Love, please answer my call. I miss you so much!!”

########################################

Menangis lagi. Airmata yang keluar bagai tak mahu berhenti walaupun sudah beratus kali ditahan. Mata yang membengkak teruk memang tak dapat disembunyikan lagi.
Telefon bimbit yang terletak di sisi berkelip-kelip tanpa henti dari tadi. Suria tahu siapa pemanggilnya. Sudah berpuluh panggilan yang diterima dari lelaki itu hari ini tapi tiada satu pun yang dia jawab. Dia tidak mahu mendengarkan suara lelaki itu memujuk dan merayunya lagi. Cukuplah dia dipermainkan.

Hati pula sangat degil bila mana fikirannya mula ingin membenci, masa yang sama hati akan menggunung rindu. Jatuh cinta kali ini lebih besar impaknya dalam kehidupan Suria berbanding cinta pertamanya dahulu.

Bila diingat kembali segala aksi mesra antara Emran dan Sherly, Suria berasa agak menyesal kerana menerima projek yang diamanahkan oleh Tuan Malik ini. Namun segalanya tidak mungkin dapat diundurkan semula. Sekurang-kurangnya dia bernasib baik kerana Encik Farid ada bersama-sama dengan dia untuk meneruskan segala perbincangan. Kalau diharapkan dia seorang sahaja, memang sudah lama dia tinggalkan bilik pejabat Sherly pagi tadi.

Suria juga amat terhutang budi dengan Encik Farid yang memberikan pelepasan untuk dia terus pulang kerumah sebaik sahaja perbincangan tamat. Walaupun dia tidak menceritakan tentang masalah yang berselirat di dalam mindanya, tapi lelaki itu seakan mengerti apa yang sedang dia rasai. Encik Farid juga menyuruh dia menyelesaikan segala urusan peribadi yang sedang dia alami sekarang sebelum memulakan kerja-kerja rekaan untuk syarikat. Encik Farid memang seorang lelaki yang baik.

Telefon bimbitnya berbunyi lagi kali ini nama orang lain pula yang kelihatan. Airmata dikesat, butang hijau di tekan.

“Assalamualaikum”

“Wa alaikum mussalam. Awak ok, Suria?” suara lelaki yang baru terlintas di fikirannya tadi kedengaran. Lembut dan sangat sopan walau tidak begitu membantu dalam menenagkan jiwanya yang bersedih.

“Alhumdulillah, saya ok lagi. Belum terfikir pun nak terjun dari balkoni rumah saya ni. Encik Farid dah sampai pejabat? Tuan Malik ada tanya tentang saya ker?” Suria bimbang jika kehilangan dia menyebabkan ketuanya itu disoal pula oleh Tuan Malik.

“Saya dah sampai pejabat. Awak jangan bimbang, Tuan Malik kan mula bercuti minggu ni. Dia pergi umrah. So awak ada masa untuk selesaikan masalah peribadi awak tu. Tapi janganlah lama sangat yer. Nanti saya rindu pulak”

Gurauan dari Endik Farid disambut sepi oleh Suria. Dia agak terkejut bila mendengarkan perkataan rindu yang keluar dari mulut ketuanya itu. Walaupun dalam nada bergurau, dia tidak tahu kenapa hati kecilnya berasa kurang enak.

“Hello, Suria.... are you still there?”

“Yup. Saya cuma perlukan dua ke tiga hari sahaja untuk selesaikan masalah saya ni. Lepas tu saya akan kerja empat kali ganda rajin. Harap dapat bonus lebih yer!”

“Ok. Awak jaga diri baik-baik. Kalau perlukan bantuan, awak boleh hubungi saya bila-bila masa, tak kira untuk apa sekalipun. Pasal bonus, jangan bimbang. Awak kan pekerja kesayangan Tuan Malik.”

“Thanks, Encik Farid sebab faham keadaan saya sekarang.”

“Small matter. Assalamualaikum”

“Wa alaikum mussalam”

Suria menggigit bibir. Entah kenapa dia rasa seperti dia sudah mengheret Encik Farid ke dalam masalah peribadinya sedangkan lelaki itu tidak tahu pucuk pangkal cerita cuma secara kebetulan lelaki itu aka nada setiap kali dia memerlukan seseorang. Umpama pelampung yang tiba di saat-saat dia hampir kelemasan. Tapi Suria tidak berniat untuk mempergunakan Encik Farid bagi melepaskan diri dari masalah yang sedang dia hadapi. Antara dia dan Emran kini hanya ada Sherly. Kini dia hanya mahu pastikan, sama ada Emran dan Suria atau Emran dan Sherly yang akan menjadi kenyataan. Emran tak mungkin akan memiliki keduanya.

3 comments:

  1. uwaaa knapa-knapa hubungn em dan suria semakin dingin??? nal lg cpt sambung

    ReplyDelete
  2. xmo la b'tindak ikut emosi cm gini.
    10-tion la.
    :(

    ReplyDelete