Followers

10 January 2012

Makin Aku Cinta (30)

I gave you my love in vain
My body never knew such pleasure
My heart never knew such pain
And you, you leave me so confused
Now I'm all cried out over you


Jam di dinding baru menginjak ke pukul 7.05 minit pagi. Suria menyapu bedak asas ke wajahnya dan sedikit celak mata di oleskan untuk menutup mata yang bengkak akibat menangis semalaman. Pintu rumah di kunci dan gril dimangga rapi. Walaupun badan dan otaknya sangat penat untuk berfikir saat ini, dia tidak mahu perkara-perkara asas berkaitan keselamatan rumahnya dipandang enteng.

Langkah kaki laju disusun menuju ke arah perhentian bas yang terletak agak jauh dari kawasan apartment yang dia duduki. Dia perlu menyeberangi jalan raya yang agak sibuk untuk sampai ke perhentian bas tersebut, satu perkara yang menjadi masalah kepada dirinya sejak dia hamper dilanggar oleh Emran beberapa bulan yang lalu. Ah! Lelaki itu. Mengapa harus dia terfikirkan tentang lelaki itu di saat-saat seperti ini. Pada detik yang sama, Suria dapat merasakan debaran yang sangat kencang di dadanya. Debaran yang hanya akan datang setiap kali lelaki yang singgah di fikirannya sebentar tadi berada berdekatan dengannya.

Suria enggan melayan perasaan yang datang. Dia bimbang jika airmatanya mengalir lagi. Jika tidak kerana pelanggan penting yang bakal dia temui hari ini, pasti dia akan mengambil cuti kecemasan hari ini.

“Suria Hani Binti Kamal!!”

Suara yang memanggil namanya saat ini hampir-hampir sahaja membuatkan jantungnya berhenti berdenyut. Suria berdiri tegak, terdiam, terkaku. Dia tidak mampu untuk berpaling walau seinci pun. Ada rasa hangat yang mula singgah di tubir kolam matanya.

“Where are you going, love?” lembut sahaja lelaki itu menyoal. Ketika lelaki itu menarik pergelangan tangannya, Suria mula sedar yang tiada apa lagi yang perlu dia harapkan. Sempat dia menyapu setitis airmata yang mengalir di pipi.

“It’s over between us, Emran.” Perlahan Suria cuba meleraikan pegangan lelaki itu sebaliknya genggaman Emran semakin erat bila mendengarkan setiap butir bicara yang keluar dari bibir Suria.

“It’s over? Apa yang dah berakhir? You owe me an explaination, Suria!”

“There is nothing to explain. Awak yang sepatutnya jelaskan pada saya.”

“What I’ve done? Em tak tahu apa yang dah berlaku sekarang. Takkan sebab Em tak angkat telefon semalam, you nak putuskan hubungan kita. Come on, be matured. It’s ridiculous if you want to break up just because of that small thing.”

Kali ini Suria memang tak dapat menahan perasannya lagi. Emran benar-benar memandang sinis perkara yang berkaitan dengan hati dan perasaannya.

“Be matured? Small thing? Siapa yang tak matang sekarang? Siapa yang menyembunyikan kebenaran? Saya atau awak? Answer me please, Ku Emran Ku Hashim!”

“Apa yang Em tipu? Apa yang Em sembunyikan? I really don’t get it, Suria. Kalau betul ada perkara yang tak kena, kita bincang elok-elok. Em minta maaf kalau ada kelakuan dan kata-kata Em yang menyinggung hati dan perasaan Suria, but for now, Em memang tak tahu apa yang dah berlaku dalam hubungan kita ni.”

“There is no more ‘HUBUNGAN KITA’, Emran. Please let me go. Saya nak pergi kerja. Dah lambat ni”

“NO! Em takkan lepaskan Suria sampai Em tahu apa punca permasalahan kita. Em tak nak….”

Telefon yang berdering nyaring mengganggu situasi genting yang sedang mereka hadapi. Dengan satu keluhan keras, Emran menyeluk poket seluarnya dan terus menekan butang hijau tanpa melihat siapa pemanggil di sebelah sana.

“Hello!” sedikit kasar nada suara Emran menjawab telefon.

“Erm… sorry Sherly. I tengah uruskan sesuatu sekarang ni. Anything?” hilang terus nada kasar dan kini berganti pula dengan nada yang lembut dan mesra.

“I will see you at your place around 10 am. Is it ok for you?”

Ternyata nama Sherly yang meluncur keluar dari mulut Emran menambahkan rasa luka dan sakit di hati Suria yang mendengarnya. Dia melirik ke arah jam di tangan. 7.40 pagi! Jika dia tidak menaiki bas sekarang, ada kemungkinan dia akan tiba lewat di pejabat dan pasti Encik Farid terpaksa menunggu lama untuk ke pejabat pelanggan baru syarikatnya.

Pegangan tangan Emran yang sedikit melonggar memberikan peluang untuk Suria menarik kembali tangannya. Sebaik sahaja pautan terlerai, Suria cepat-cepat ingin melintasi jalan untuk ke perhentian bas yang berada di seberang. Saat dia bersedia untuk melangkah, sebiji kereta Honda Civic putih berhenti betul-betul di hadapan Suria. Dia kenal siapa pemandunya walaupun cermin gelap membatasi pemandangan ke dalam kereta. Tanpa berlengah, cepat sahaja tangan Suria ingin mencapai pemegang pintu. Serentak dengan itu, ada tangan lain yang menarik lengannya dahulu.

“Is it because of him?” suara garau itu kedengaran lagi. Kali ini dengan nada bengang yang tertahan.

Pertanyaan yang dilemparkan oleh Emran itu membuatkan Suria berpaling. Kini mata Suria memandang tepat ke wajah Emran. Dia tidak peduli jika lelaki itu nampak titis airmata yang bersisa di wajahnya. Persetankan semua itu. Jika diikutkan rasa kecewa dan marah yang dia rasakan saat ini, ingin sahaja dia mengaku yang Encik Farid punca dia berubah. Tapi akalnya masih lagi waras. Suria tidak mahu menbabitkan orang lain dalam permasalahan yang dia hadapi kini. Lagi pula, Encik Farid telah banyak membantu dirinya sejak dari kejadian kemalangan semalam, mana mungkin dia menyusahkan lelaki itu dengan hal-hal seperti ini.

“Dia tak ada kena mengena dalam permasalahan kita. Apa yang berlaku adalah kerana kebodohan saya yang mempercayai awak. Hubungan kita adalah satu kesilapan.Awak pergilah. Tak guna awak terus mengejar dan menipu saya kerana saya dah tahu segalanya. Assalamualaikum, Emran.”

Kali ini Suria nekad. Pintu kereta di buka dan dia terus meloloskan diri kedalam kereta. Tak lama kemusian, kereta Honda Civic putih tersebut meluncur laju meninggalkan Emran yang masih tertanya-tanya dengan hati yang kecewa.

5 comments:

  1. tuan tanah..
    semoga cpt sembuh...
    pastu.. post la n3 byk2...

    Asmidar

    ReplyDelete
  2. alahai suria... cuba bagi peluang pada emran utk berbincang... jgn diikut sangat rasa hati tu... nanti awak juga yg rugi..

    ReplyDelete
  3. cpt la sambung.
    jgn la suria ni b'tindak ikut emosi sgt.

    ReplyDelete
  4. nice n3..nak lg arr cpt sambung ya huhuhuh.

    ReplyDelete
  5. nak lagi cepatlah sambung ye...

    ReplyDelete