Hembusan asap rokok Marlboro Menthol berkepul-kepul keluar dari rongga hidung Puan Mariyah. Kedinginan menthol dan kepahitan tembakau seakan meresap jauh ke dalam saraf tubuhnya. Espresso yang semakin sejuk disisip perlahan. Buat kesekian kalinya dia menyedut rokok di tangan.
Dia bersendiri lagi kali ini. Tuan Zakuan baru menghantarkan sms memberitahu tentang pemergiannya ke Hong Kong. Entah berapa lama pula lelaki itu akan berada di sana. Jiwa dan perasaan Puan Mariyah terasa kosong. Hazwan masih belum pulang dari bertugas di awan biru, Armand pula tidak diketahui di mana duduk tempatnya. Kadangkala Puan Mariyah terasa seperti mahu menangis hiba tapi tiada airmata yang akan mengalir keluar.
Saat-saat seperti ini akan membuatkan dia teringat segala kisah silamnya. Kisah silam yang hitam dan kelam. Jika boleh, mahu sahaja dia memadamkan segala-galanya tapi dia sedar, selagi dia bernafas di muka bumi tuhan ini, selagi itulah dia terpaksa membawa segala kisahnya bersama. Hatinya sakit umpama di hiris belati tajam setiap kali dia terkenangkan perjalanan hidupnya.
Dia dilahirkan sebagai Mariyah Sienna Pangilinan. Ibunya adalah seorang penyanyi cabaret yang berasal dari Filipina. Dia tidak tahu siapa ayah kandungnya dan mendiang ibunya juga tidak pernah bercerita apa-apa tentang itu. Sewaktu dia berusia empat tahun, ibunya berkahwin dengan seorang lelaki melayu bernama Idris dan namanya ditukar kepada Mariyah Binti Idris. Pertukaran nama itu sekaligus menukarkan status agama Mariyah dari Kristian kepada Islam. Walaupun begitu, Mariyah seringkali keliru dengan pegangan agama dalam keluarganya kerana mendiang ibunya masih lagi pergi ke gereja pada setiap hari Ahad dan Idris sendiri bebas untuk mengambil minuman keras dan berjudi di rumah mereka.
Mariyah tidak pernah tahu apa pekerjaan Idris cuma yang dia tahu lelaki itu sentiasa ada duit walaupun hanya duduk di rumah. Idris melayan Mariyah dan ibunya dengan sangat baik. Mendiang ibunya masih lagi menyanyi di kelab-kelab malam sekitar Kuala Lumpur dan setiap kali ibunya keluar bekerja, Mariyah akan dijaga oleh Idris. Oleh kerana tidak pernah mempunyai bapa, Mariyah merasakan setiap perbuatan dan layanan dari Idris adalah perkara normal yang akan dilakukan oleh setiap bapa terhadap anak perempuannya. Setiap petang Mariyah akan dimandikan, disuapkan makan malah ditidurkan oleh Idris. Ketika itu Mariyah merasakan setiap pelukan, ciuman dan usapan dari Idris adalah perkara biasa.
Mimpi ngeri Mariyah bermula bila ibunya mati kerana kanser otak ketika Mariyah berusia empat belas tahun. Sebulan setelah pemergian ibunya, Idris menyuruh dia tidur di bilik tidur utama. Alasan Idris kerana setiap apa yang ditinggalkan oleh mendiang ibunya, kini sudah menjadi milik Mariyah, jadi Mariyah harus tidur di katil milik ibunya sebagai mengingati mendiang ibunya. Tanpa banyak soal, Mariyah hanya mengikut sahaja apa yang dikatakan oleh Idris dan malam pertama di atas katil itulah menjadi malam yang merosakkan diri Mariyah.
Idris telah merampas dan merobek dara milik Mariyah tanpa belas kasihan. Walaupun Mariyah menangis dan merayu, Idris tidak pedulikan semua itu malah dia telah merogol Mariyah berkali-kali pada malam itu sehinggakan tiada airmata lagi yang mampu ditangiskan.
Selama 2 tahun, Mariyah dan Idris tinggal bersama umpama suami dan isteri. Di mata masyarakat luar, Idris adalah seprang bapa yang sangat penyayang tapi di rumah, Idris adalah singan lapar yang sentiasa akan membaham mangsanya. Walaupun Mariyah membenci Idris sepenuh hati, tapi dia tidak ada pilihan lain kerana dia hanya sebatang kara dan tiada tempat lain yang boleh dia tuju. Jiran tetangga ramai yang tidak menyukai dia kerana mendiang ibunya adalah seorang penyanyi cabaret yang sentiasa menjadi bahan umpatan.
Satu hari, Idris pulang ke rumah bersama sepasang suami-isteri yang diperkenalkan sebagai adik dan adik iparnya. Mereka membawa banyak pakaian baru yang cantik untuk Mariyah. Menurut Idris, dia terpaksa pulang ke Kelantan dan tidak boleh membawa Mariyah bersama, jadi Mariyah akan di tinggalkan di bawah jagaan adiknya itu. Dalam hati Mariyah berasa sangat gembira kerana dia menyangkakan yang dia akan terlepas dari penjara seks milik Idris. Tapi segalanya hanyalah mimpi yang tak akan menjadi nyata.
Umpama lari dari mulut buaya dan kini masuk pula ke dalam mulut naga, pasangan suami isteri yang diperkenalkan Idris itu adalah seorang ibu ayam yang telah membeli Mariyah. Idris telah menjual Mariyah dengan harga yang tinggi kerana kecantikan dan wajah kacukan yang dimiliki olehnya. Selama ini Idris hidup mewah hasil dari menjual gadis-gadis muda dan mentah kepada ibu ayam yang memerlukan.
Dari sejak itu, kehidupan Mariyah beralih dari satu lelaki ke lelaki yang lain sehinggalah dia di beli oleh Badang, ketua kongsi gelap yang agak berpengaruh di Kuala Lumpur. Bersama dengan Badang, Mariyah belajar menjadi seorang gadis yang keras hati. Jika dulu dia dijual, setelah mengikut Badang, dia pula yangmenjual. Dia mempunyai pengikutnya sendiri. Idris, bapa tirinya merangkap lelaki yang mencampak dia ke lembah pelacuran telah di tanam hidup-hidup, tidak meninggalkan kesan walau sehelai rambut sekalipun.
Mariyah ditakuti dan digeruni kerana ketangkasan dan keberaniannya. Dia tidak pernah teragak-agak untuk menamatkan riwayat musuhnya. Kerana itu dia menjadi gundik kesayangan Badang. Tiada siapa yang berani mencari pasal dengan Mariyah.
Mariyah bertemu dengan Ah Ming dan Zack ketika dia dan pengikutnya menyerang kubu utama Panjang, seteru utama Badang. Tindakan Ah Ming yang tidak membalas setiap serangan darinya membuatkan Mariyah bingung. Selama dia bersama dengan Badang, bukan sedikit cerita tentang Ah Ming yang dia dengar dan dia pasti setakat serangan seorang perempuan sepertinya, dengan hujung jari sahaja Ah Ming mampu menangkis. Tapi hari itu, Ah Ming hanya membiarkan dia dibelasah teruk oleh Mariyah tanpa membenarkan sesiapa membantunya.
Segala persoalan yang mengganggu minda Mariyah tentang Ah Ming terjawab selepas pedang Tanto miliknya menghiris tajam perut Ah Ming. Zack yang sudah tidak mampu lagi menjadi pemerhati telah bertindak mengilas tangan Mariyah dan memberitahu wanita itu yang Ah Ming tidak akan sesekali memukul wanita. Tidak walau dengan satu jentikan yang halus kerana Ah Ming lebih rela mati dari mengasari wanita.
Sejak dari itu, Zack dan Ah Ming telah diambil untuk menjadi pengikut dan mereka menjadi sahabat sehinggalah hati dan perasaan mengkhianati mereka.
Mengingati semua itu membuatkan hati Mariyah menjadi sangat sakit. Sakit yang kini menjadi racun dendam dalam hatinya. Sakit yang tak mungkin dapat diubati oleh doctor.
Kotak rokok yang telah kosong di genggam sehingga lumat. Air yang terbit di tubir mata di keringkan dengan tisu. Espresso yang tinggal seteguk di habiskan. Mariyah bangun dari kerusi yang didudukinya dan mula melangkah keluar dari Starbuck. Dia perlu merancang sesuatu untuk mengurangkan rasa sakit hatinya dan ketika ini hanya anaknya, Armand sahaja yang mampu untuk merealisasikan segala perancangannya.
19 October 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
siannya..
ReplyDeletenice sub plot..keep it comeing pls. best citer ni. :D
ReplyDelete