Followers

03 October 2011

Makin Aku Cinta (24)

apa yang harus aku lakukan
untuk membuat kau mencintaiku
segala upaya tlah kulakukan untukmu
apa yang harus aku temukan
untuk membuat kau menyayangiku
inilah aku yang memilih kau untukku
karna aku mencintaimu
dan hatiku hanya untukmu
tak akan menyerah
dan takkan berhenti mencintaimu


Keadaan di dalam bilik tidur milik Sherly tunggang langgang umpama dilanda gempa bumi. Serpihan cermin dan kaca dari botol minyak wangi bersepah-sepah di merata tempat. Di hujung katil, Sherly terduduk dengan airmata yang merembes laju. Hatinya sakit. Sakit yang amat sangat. Semuanya gara-gara terpandang aksi manja Emran dengan seorang gadis cantik sewaktu dia sedang menikmati makan tengah harinya tadi.

Niat asalnya untuk memperlawa Emran untuk makan bersama terbantut bila dia ternampak lelaki itu menarik tangan pasangannya dengan gembira. Lebih sakit hatinya bila dia terdengar gurauan dan gelak tawa yang tak putus-putus dari Emran. Setiap perlakuan Emran dan pasangannya itu bagai menyiat-nyiat tangkai hatinya. Sherly akhirnya menolak pinggan pastanya dan berlalu keluar dari restoran setelah membayar bil.

Segala temujanji dan mesyuarat yang sepatutnya dia hadiri petang tadi dibatalkan secara tiba-tiba. Mana mungkin dia dapat berfikir dengan waras dan tenang jika hatinya sakit membara. Kepada Nadirah dia memberitahu yang dirinya diserang migraine tapi hakikatnya, dia bimang jika dia tidak mampu menahan amarah di pejabat, pasti para pekerjanya yang akan menjadi mangsa. Jika itu yang berlaku, reputasinya sebagai bos yang bercirikan wanita Islam pasti akan hancur.

Sherly bangun membuka pintu almari pakaiannya. Satu kotak bersaiz sederhana dikeluarkan dari dalam almari itu. Di dalam kotak itu terdapat beratus-ratus gambar Emran yang diambil secara curi. Ada juga antaranya diambil oleh penyiasat yang dia upah sewaktu dia sibuk berulang-alik antara Beijing dan Indonesia dahulu. Semua gambar-gambar itu dilambakkan di atas katil. Tangan Sherly mencapai sekeping gambar yang dibingkai cantik dan mengusapnya perlahan.

“Emran sayang, perempuan tu takkan dapat bersama kau. Kau hanya milik aku” bingkai gambar itu dipeluk erat. Sherly berharap rasa sakit hatinya dapat berkurangan.

Saat yang sama, mindanya teringat kembali aksi romantis Emran dan pasangannya.

“Jahanam kau perempuan! Berani kau rampas Emran aku. Aku bunuh kau”

Bingkai gambar di campakkan ke lantai. Sherly melangkah keluar menuju ke dapur untuk mencari pisau. Luka di kakinya akibat daripada tusukan kaca dan cermin yang bersepah tidak dihiraukan. Rasa sakit di hati melebihi rasa sakit di kaki. Dia membawa masuk pisau ke dalam bilik dan menikam-nikam gambar Emran yang penuh di atas katilnya.

“Aku bunuh! Aku bunuh! Aku bunuh!....... takkan ada perempuan lain yang akan bersama kau kali ini Emran melainkan aku. Jika aku tak dapat bersama dengan kau, perempuan lain juga takkan dapat kau. AKU BUNUH!!!!” Sherly menjerit kuat.

Airmata yang tadinya merembes keluar di sapu kasar. Kini dia menikam-nikam pula bantal sambil ketawa berdekah-dekah.

“Emran, aku cantik kan? Aku baik kan? Takkan ada perempuan lain yang boleh sayang kau macam aku. Najihah pun tak setaraf dengan aku. Sebab itu dia mati dulu. Ha….ha…..ha…. sabar yer sayang. Tak lama lagi kau akan jadi milik aku. Ha….ha….ha….”

Sherly benar-benar sudah hilang pertimbangan. Dia tidak sanggup kehilangan Emran buat kali kedua. Kali ini dia nekad, dia akan lakukan apa sahaja untuk mendapatkan Emran walaupun dengan cara kotor. Emran milik dia dan hanya untuk dia.

###########################

“Love, hujung minggu ni you buat apa?” Emran bertanya kepada Suria sewaktu mereka sedang menikmati makan malam bersama sebelum pulang ke rumah masing-masing. Suria yang sedang asyik menghirup kimchi sup terhenti seketika. Dia seperti sedang memikirkan tentang sesuatu.

“This weekend? Saya nak balik Port Dickson. Dah rindu sangat dengan mama. Kenapa?” Suria membalas sambil meneruskan suapan. Kali ini Emran pula yang berhenti menyuap bila mendengarkan jawapan dari Suria.

“Nak balik Port Dickson? Dengan siapa?” suara Emran sedikit berubah.

“Balik sendiri la. Selama ni pun saya balik sendiri.” Suria masih meneruskan suapan seolah-olah tanpa menghiraukan nada suara Emran yang sudah berubah. Ketika ini hanya sup kimchi yang amat dia sukai sahaja yang mampu menarik perhatiannya.

“Kenapa tak cerita kat I yang you plan nak balik PD this weekend?”

“Sebab awak tak tanya.”

“What if I tak tanya hari ni, will you let me know before you go?”

“Tak tahu.” Suria hanya menjungkitkan bahunya. Dia tidak nampak apa relevannya soalan yang ditanyakan oleh Emran dengan keputusan dia mahu pulang ke kampung hujung minggu nanti.

Emran sudah hilang selera bila mendengarkan jawapan dari Suria. Sudu dan garfu di letak ke tepi, mangkuk berisi ‘chicken ginseng’ sup pula ditolak ke hadapan. Satu keluhan berat dilepaskan. Dia terasa hati dengan cara Suria menjawab soalan darinya sebentar tadi.

“You hurt me, Love.” Emran bersuara perlahan. Walaupun begitu, ianya sudah cukup untuk membuatkan Suria berhenti menyuap dan mengangkat kepalanya memandang tepat ke wajah Emran.

“Saya lukakan awak? Apa yang saya lakukan?” Suria tak paham.

“Love, I ingat you dah bersedia nak mulakan satu hubungan yang serius tapi kenapa I rasa macam tak diperlukan oleh you jer?”

“Em, I don’t get it? Straight to the point please.”

“We are talking about your planning this weekend. Kenapa tak discuss dengan I” Emran masih lagi berwajah serius.

Suria menggosok-gosok perlahan dahinya. Dari dahi, jari jemarinya bermain-main pula dengan sudu di dalam mangkuk sup kimchi. Serba tak kena dirasakan saat ini. Dia benar-benar tidak menyangka yang Emran akan terasa hati hanya kerana tidak memberitahu lelaki itu tentang perancangannya untuk pulang ke kampung.

“I’m talking to you, love!” sedikit tegas kali ini suara yang keluar dari mulut Emran.

“Ermmm…. I’m sorry. Saya tak sangka yang awak terasa hati sebab saya tak bagitahu tentang rancangan saya nak balik jumpa mama hujung minggu ni.” Mata Suria mula berkaca. Dia tidak suka bila Emran meninggikan suaranya.

“I hantar you balik PD yer.” Emran bertanya lembut namun pertanyaannya hanya dibalas dengan gelengan pantas dari Suria. Sekali lagi Emran melepaskan satu keluhan berat.

“Can we go now? Saya nak balik.” Suria bertanya dalam sendu yang tertahan-tahan.

Emran memanggil pelayan dan membayar harga makan malam mereka biarpun makanannya masih belum luak. Seleranya telah mati. Dia dan Suria berjalan keluar dari restoran terus menuju ke tempat letak kereta. Kedua-duanya membisu tanpa sepatah kata.

Sebaik sahaja kereta memasuki lebuhraya persekutuan, Emran menarik jari-jemari Suria dan digenggam erat. Jika boleh, ingin sahaja dia mencium belakang tapak tangan gadis itu.

“Sayang, I’m sorry. I didn’t mean to shout at you. I cuma nak you tahu yang I terasa hati bila you tak bagitahu I tentang rancangan you. You going to be my wife soon. Insya-Allah, very soon. I want you to practice from now on. Kita akan berkongsi masalah, berkongsi rasa dan berkongsi jiwa. Am I asking too much from you?”

Hati Suria berdebar-debar mendengarkan setiap butir bicara yang keluar dari mulut Emran. Lelaki ini sangat pandai memujuk dan setiap kata-kata yang diucapkan kedengaran sangat menyakinkan.

“Bila saya kata nak kahwin dengan awak?” Suria mula menyakat bila rajuknya menjauh pergi.

“Yang ‘Aishiteru wa, Emran’ hari tuh, bukan maksudnya ‘saya nak kahwin dengan awak’ ker?” Emran membalas usikan nakal dari Suria. Bukan dia tidak tahu maksud di sebalik perkataan Jepun itu.

“Itu bukan la. ‘Aishiteru wa’ tu, maksudnya lain. Pandai-pandai jer tukar maknanya.”

“Kalau itu bukan maknanya then apa makna sebenar ‘Aishiteru wa’ tuh? Can you translate for me, please.”

Pipi Suria sudah memerah. Niat asalnya untuk menyakat Emran kini sudah terbalik pula. Bukan dia lagi yang menyakat, sebaliknya Emran pula yang giat menyakat dia. Genggaman Emran di jarinya semakin erat.

“I am still waiting, Love.” Emran berbisik di telinga Suria. Dia suka melihat riak wajah malu-malu kucing Suria.

“Emran! Mengadanya.” Cepat sahaja tangan Suria memberikan satu cubitan percuma di lengan Emran.

“You have no choice, love. I love you so much and you will be my wife soon. Very soon. Always remember that.”

Kata-kata yang diucapkan oleh Emran memberikan senyuman di bibir Suria. Jauh dalam hatinya, dia juga berdoa agar lelaki itu mengotakan janji yang diberi kerana dia juga mencintai Emran.

2 comments:

  1. bestnya ada n3 ni...next plzzzz

    ReplyDelete
  2. bestnye..sambunglah panjang2 huhu hari2 tgu n3..suka sangat ngan watak emran n suria..luv it

    ReplyDelete