Followers

05 October 2011

Tiada Yang Lain... (18)

Zariff membuka pintu apartment Rhea dengan rasa hati yang mendongkol geram. Rasa geram itu bertukar pula menjadi rasa sakit hati bilamana wajah Armand yang terjongol di hadapan mata sebaik sahaja pintu terbuka. Walaupun Armand memberikan senyuman semanis madu, Zarif tetap dengan wajah keras seperti batu.

Tanpa menghiraukan kedinginan Zarif, Armand melangkah masuk dan terus menuju ke dapur mencari Rhea.

“Hey cutie pie. Dah siap masak ker belum. Perut abang dah berkeroncong ni.” Armand menyapa Rhea yang sedang lincah mengatur susunan pinggan di meja makan. Laju sahaja tangannya menggosok mesra kepala Rhea.

“Dah nak siap ni. Jangan la dok gosok-gosok kepala Rhea, tengok, dah kusut masai rambut ni. Dah kurang jelita la macam ni.” Rhea segera menepis tangan Armand yang mendarat di kepalanya. Jelingan tajam dari Zarif seperti menghantarkan isyarat kurang senang dan cemburu dari lelaki itu terus kepada Rhea.

“Ok la, abang tak gosok-gosok lagi. Nanti ada orang marah sampai tak lalu makan pulak, kan.” Armand berlalu ke peti sejuk dengan wajah yang selamba.

Zarif mengetap bibir menahan geram. Kalau di ikutkan hatinya yang bengang, mahu sahaja dia keluar dari apartment Rhea dan pulang ke apartmentnya. Tapi dia sedar yang dia berada di situ kerana tuntutan tugas dan walau apa sekalipun, Rhea masih lagi majikannya.

Rhea pula masih belum melarikan pandangan dari wajah Zarif. Dia tahu yang lelaki itu kurang senang dengan kedatangan Armand, tapi dia tidak dapat menghalangnya kerana Armand sudah seperti abangnya sendiri. Rhea menuangkan air limau sejuk kedalam gelas dan menghulurkannya kepada Zarif dengan harapan kesejukan air itu dapat mendinginkan rasa panas di dalam hati Zarif.

“Air ni untuk saya ker?” Zarif bertanya dengan wajah terkejut. Kenapa perlu dia yang diberikan air sedangkan tetamunya ialah Armand.

“Tak lah. Air ni untuk pakcik jaga kat bawah apartment ni.” Rhea menjawab sinis. Sakit hatinya mendengarkan soalan dari Zarif. Sudah terang-terangaan air dihulur kepada Zarif, lelaki itu boleh bertanya pula untuk siapa.

“Tapi saya tak dahaga.”

“Saya tahu awak tak dahaga, tapi awak kan tengah panas so air sejuk ni sesuai sangat nak sejukkan hati awak tu.”

Zarif menyambut huluran gelas air dari Rhea dengan senyuman nipis di bibir.

“Takkan bagi air kat orang ‘tu’ jer. Abang yang tetamu ni pun Rhea belum hidangkan air. Macam ni la nasib diri abang yang kesepian.” Armand sengaja menguatkan suara supaya Rhea dan Zarif mendengar.

Rhea berpaling untuk melangkah ke dapur. Lauk pauk yang sudah siap di masak masih belum di senduk ke dalam mangkuk. Lagi pula, dia tidak mahu terus-terusan menjadi bahan sindiran Armand. LElaki itu jika diberi peluang, pasti bertimpa-timpa sindiran yang akan dia berikan.

Baru dua tapak kaki melangkah, dia terasa lengannya di tarik. Bisikan dari bibir Zarif menghadirkan debaran di dada dan kehangatan di pipi.

“Saya tak perlukan air sejuk ni untuk menyejukkan hati saya yang kepanasan, cukup dengan senyuman manis awak, api yang marak pun akan terpadam. Simpan senyum awak tu untuk saya saja.”

Bagai tidak jejak ke lantai kaki Rhea mendengarkan bisikan cinta dari Zarif. Rhea hanya menunduk dan meneruskan langkah ke dapur.

**********************************

Hari ini Gabriel tiba di Sirocco Bar lebih awal dari biasa. Selalunya, dia hanya akan menjejakkan kaki ke situ bila hari sudah gelap, tapi hari ini, dia perlu membincangkan tentang sesuatu dengan Puenthai dan Thuanthong, orang-orang kanan yang dia sangat percayai. Kedua-dua lelaki berketurunan Siam ini telah bersama dengan dia sejak dia mula menjejakkan kaki di Malaysia dua puluh tahun dahulu.

Sebaik pintu bar di buka, kelihatan beberapa orang Guest Relationship Officer sedang bersantai-santai sementara menunggu masa untuk bersiap-siap. Melihat sahaja kelibat Gabriel, mereka semua menundukkan kepala dan memberikan salam dengan sopan.

“Sawatdee kah, khun….”

Gabriel hanya memberikan senyuman manis sahaja tanpa sapaan kepada mereka. Dia memang jarang sekali membuka mulut berbicara dengan ‘anak-anak’ jagaannya melainkan jika keadaan benar-benar memerlukan dia untuk berbuat demikian. Selalunya, sama ada Puenthai atau Thuanthong sahaja yang akan menguruskan mereka. Sementelah pula kebanyakan ‘anak-anak’ jagaannya itu berasal dari Siam. Dia memang tidak gemar mengambil ‘anak’ dari kalangan orang tempatan. Lebih tinggi risiko dan lebih banyak masalah di kemudian hari nanti. Gabriel juga tidak mahu rahsia yang dia simpan dari Armand diketahui sebelum tiba saatnya. Selama mereka bersama, Armand hanya tahu yang dia hanya mempunyai perniagaann salun kecantikan yang dikongsi bersama rakan-rakannya.

Gabriel menghampiri seorang lelaki yang sedang leka mengulit tubuh salah seorang ‘anak’ jagaan Gabriel. Lelaki itu pula pantas menolak gadis yang dipeluknya sebaik sahaja dia ternampak Gabriel yang sedang menuju ke tempat dia duduk.

Gabriel duduk berhadapan dengan lelaki itu. Kotak rokok di keluarkan. Terkocoh-kocoh lelaki yang berdepan dengannya menghidupkan pemetik api.

“Aku dah pesan banyak kali, jangan makan dan berak di tempat yang sama. Kau tak faham ker?” keras sahaja bunyi suara yang dilontarkan oleh Gabriel. Lelaki yang dihadapannya hanya terdiam dan menundukkan wajah tanpa membalas apa-apa.

“Aku mahu kau dan Puenthai teruskan rancangan kita malam esok. Jangan sampai ‘dia’ mati. Kalau ‘dia’ mati, aku takkan dapat teruskan rancangan yang lain. Faham??”

Thuanthong hanya menganggukkan kepala tanda dia menerima setiap arahan dari Gabriel tanpa banyak soal.

Gabrial bangun dari kerusi yang didudukinya dan terus berjalan ke arah pintu keluar. Dia berhenti di hadapan salah seorang ‘anak’ jagaannya yang berwajah keanak-anakan.

“Chim Lin, aku mahu kau pergi buang ‘monyet’ dalam perut tu. Ambil duit dari Puenthai dan selesaikan segera. Aku tak mahu rugi kalau orang tahu kau ada simpan ‘monyet’.”

Pucat lesi wajah gadis yang bernama Chim Lin itu bila di tegur oleh Gabriel. Dia tidak menyangka yang Gabriel menyedari tentang kandungannya yang baru berusia 7 minggu itu. Dengan sedikit mengeletar, Chim Lin memegang tangan Gabriel.

“Khun Waen, Chim Lin mahu simpan ini baby. Chim Lin cukup duit mahu bayar hutang sama Khun Waen. Hujung bulan Chim Lin kasi semua duit pada Khun Waen. Chim Lin mahu balik kampung.”

Gabriel hanya tersenyum sinis mendengarkan rayuan dari Chim Lin. Airmata yang merembes di pipi Chim Lin di sapu lembut. Ketika Chim Lin mula berasa selesa dan selamat, satu tamparan kuat diberikan oleh Gabriel. Tamparan yang membuatkan Chim Lin jatuh tersungkur.

Gabriel menghampiri Chim Lin yang terkial-kial hendak bangun dan terus memijak pipi gadis itu.

“Chim Lin, kau dengar sini baik-baik. Hutang kau dengan aku takkan habis dibayar sehingga kau mati sekalipun. Jangan sesekali kau terfikir nak keluar dari gengaman aku selagi kau hidup. Kalau kau tak mahu pergi buang ‘monyet’ tuh, aku akan buangkan guna cara aku. Ini peringatan untuk semua yang ada di sini. INGAT!!”

Mata Gabriel mencerlung memandang semua ‘anak-anak’ jagaannya. Suasana menjadi sunyi. Mereka semua memang tidak menyangka yang Chim Lin sangat berani berterus-terang dengan Gabriel tentang kandungannya. Selama ini jika salah seorang dari mereka mengandung, mereka akan terus berurusan dengan Puenthai atau Thuanthong sahaja kerana mereka sangat takutkan Gabriel.

Gabriel meninggalkan Sirocco Bar setelah membersihkan bekas-bekas darah Chim Pin yang melekat di kasutnya. Tiada sedikit pun perasaan kesian terbit di hatinya. Dia sedang mempertimbangkan untuk menyuruh Thuanthong ‘mengajar’ Chim Lin tentang kehidupan di Sirocco Bar. Bibirnya tersenyum.

2 comments:

  1. ala,,,
    sketnye pasal rhea n zarif...

    ReplyDelete
  2. i like this novel..bila nak sambung lagi? good job. interesting storyline..sambung cepat skit eh? thanks!

    ReplyDelete