Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang
Tanpamu aku kan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti
Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan takkan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu
Dua minggu telah berlalu sejak Emran meluahkan rasa hatinya kepada Suria. Tinggal kurang lebih dua minggu sahaja lagi masa percubaan untuk mereka berdua dan setakat ini hubungan mereka berjalan dengan lancar. Setiap hari ada sahaja perkara baru yang mereka pelajari tentang diri masing-masing.
Emran masih setia mengambil dan menghantar Suria dari pejabat ke rumah setiap hari kerana itu sahaja masa yang mereka ada untuk dihabiskan bersama. Jika Emran pulang lewat, Suria akan menunggu dengan menghabiskan kerja-kerja di pejabat jika dia pula yang pulang lewat, Emran akan menunggu di Starbuck coffee sehingga Suria menyiapkan kerjanya.
Sikap Emran yang amat mengambil berat dan bersungguh-sungguh membuatkan Suria berasa selesa bila mereka berdua. Dia semakin dapat menerima kata-kata romantis yang sering keluar dari mulut Emran. Lelaki itu seperti mempunyai rasa kasih, sayang dan cinta yang melimpah ruah sehingga kadangkala Suria rasa seperti dia kelemasan dalam lautan rasa yang tak bertepi tapi dia suka dan gembira. Dengan Arman dahulu, tidak pernah dia merasakan perasaan seperti ini. Emran bijak membuatkan dia kehilangan kata bila berbicara. Kata-kata puitis yang keluar dari bibir lelaki itu sering mengundang kehangatan di pipi dan debaran di dadanya malah tidak keterlaluan jika dia katakan yang lelaki itu benar-benar mencuri hati wanitanya.
Emran pula memang tidak segan silu mempamerkan rasa yang bersarang di jiwanya bila berada berdua dengan Suria. Setiap kali bersama Suria, Emran pasti memanjakan gadis itu dengan kata-kata cinta yang lahir dari hatinya. Sebolehnya dia mahu Suria tahu segala rasa hatinya tanpa sekelumit pun rahsia yang ingin dia simpan kecuali tentang arwah Najihah. Dia masih belum bersedia untuk memberitahu Suria tentang itu.
#################################
Blackberry milik Emran berbunyi nyaring sewaktu dia dan Suria dalam perjalanan ke Kota Kemuning. Tertera nama Ku Lin di screen telefon. Punat hijau ditekan dan mode pembesar suara di aktifkan. Dia mahu Suria mendengar segala perbualan antara dia dan adiknya sementelah lagi tiada apa yang mahu dia sembunyikan dari Suria.
“Assalamualaikum kekanda kesayanganku. Sekian lama tiada khabar berita, apakah sihat bahagia kekanda di sana” Erlina sudah memulakan perbualan mengarut seperti yang biasa dia lakukan bila berbual-bual dengan Emran.
“Wa alaikum mussalam wahai adinda pengarang jiwa. Kekanda di sini sihat seadanya. Perkhabaran apa yagn adinda bawakan sehingga adinda mencemar duli menghubungi kekanda di petang hari ini?” Emran turut sama melayan kegilaan yagn Erlina mulakan. Suria yang menjadi pendengar setia perbualan dua beradik itu hanya tersenyum bahagia. Emran tampak sangat memanjakan Erlina. Mungkin kerana mereka hanya dua beradik, jadi hubungan mereka amat rapat.
“Sudah la, Along. Adik bagi sikit, along ni lebih-lebih jer sasteranya. Mummy dah bising ni sebab along dah lama tak balik vila.”
“Mummy dah bising? Kebelakangan ni along sibuk sikit. Ada buat kerja part-time.” Emran memandang kea rah Suria ketika dia menyebut perkataan ‘part-time’ sambil keningnya dijungkit-jungkit.
“Kerja part-time? Dah takder projek yang masuk ker sampai along kena buat kerja sambilan pulak. Banyak sangat ker bayaran yang along terima untuk kerja part time tu?”
“errr…. Sebenarnya along tak terima apa-apa bayaran pun. Along buat dengan rela hati.”
“Ha! Buat dengan rela hati? Along ni ada masalah mental ker? Mana ada orang buat kerja part time tanpa bayaran. Along buat kerja apa ni?”
“Along jadi driver terhormat. Majikan along ni baik sangat sampai along tak sampai hati nak minta bayaran. Ha..ha..ha..”
Suria yang mendengarkan setiap butir bicara antara Emran dan Erlina membesarkan matanya bila Emran menyebut tentang ‘driver’ terhormat. Dia tahu yang kini Emran membicarakan tentang rutin baru lelaki itu yang akan mengambil dan menghantar dia pulang ke rumah setiap hari. Laju sahaja jari jemarinya mencubit lengan Emran.
“Aduh!” Emran menjerit kecil.
“Along! What happened? Apsal mengaduh pulak tiba-tiba ni?” Erlina sudah bersuara cemas. Semakin lama berbual dengan abangnya ini, dia dapat merasakan yang Emran bukan keseorangan ketika itu.
“Its nothing, cuma ada ketam yang tersesat dalam kereta along ni. Sepit ketam ni tajam sangat.”
Sekali lagi cubitan Suria singgah di lengan Emran. Dia benar-benar malu bila diusik sedemikian rupa oleh Emran. Kali ini Emran sempat menangkap tangan Suria dan terus memegangnya dengan kejap.
“Love, janganlah cubit-cubit I macam ni. Nanti kalau lengan I lebam, dah kurang hensem.” Satu senyuman manis dan jelingan manja dihadiahkan kepada Suria. Suria pula merasakan seperti kekurangan oksigen dek kerana panahan dari pandangan mata Emran dan kemanisan senyumannya. Seketika mereka terlupa tentang Erlina yang masih berada di talian.
“ALONG!!!!!!!!!”
“Yup!”
“Adik tak peduli, esok along diwajibkan balik dan makan tengah hari kat vila. Sila bawa sekali bakal kakak ipar untuk sesi suai kenal. Kalau along tak balik, adik akan pastikan mummy dan daddy cari along kat pejabat. Assalamualaikum” Erlina terus sahaja mematikan talian tanpa sempat Emran membalas salam.
Suria menarik perlahan jari jemarinya yang berada dalam genggaman Emran, sayangnya, lelaki itu masih belum mahu melepaskannya malah semakin menguatkan genggaman. Senyuman nakal terukir di sudut bibir Emran.
“Love, are you ready for this?” Emran bertanya lembut.
“Ready for what? Saya tak faham.” Suria terpinga-pinga mendengarkan soalan dari Emran.
“ Are you ready to meet up with my family? Dah sedia untuk diperkenalkan sebagai teman istimewa saya?”
Kali ini Suria tergamam. Dia tidak pernah terfikir sejauh ini. Perasaannya berbelah bagi dan bercampur baur. Tiada jawapan yang mampu dia berikan untuk persoalan Emran.
“Love, are you ok?”
“Ha! Saya? Err….er…. ok..” tergagap-gagap Suria membalas pertanyaan dari Emran.
Suria menebarkan pandangan ke hadapan. Dirinya masih memikirkan sama ada dia sudah bersedia untuk bertemu dengan keluarga Emran atau pun tidak. Separuh hatinya yakin yang Emran memang bersungguh-sungguh dalam perhubungan mereka manakala separuh lagi masih menyimpan perasaan curiga. Bagaimana nanti jika dia sudah bertemu dengan keluarga lelaki itu dan tiba-tiba lelaki itu pula berubah fikiran. Satu keluhan perlahan di lepaskan.
“Emran….”
“Yes, love…”
“Awak benar-benar pasti tentang hubungan kita?”
“We have discussed about this before. I thought there is no issue about this anymore. What is in your mind right now, love?”
Suria tidak menjawab pertanya Emran sebaliknya dia hanya mendiamkan diri. Emram memberikan isyarat untuk berhenti di bahu jalan. Bunyi hon dari kenderaan di belakang tidak dihiraukan. Dia tidak dapat memandu dengan tenang bila melihatkan wajah sugul Suria.
“Suria, it’s ok for me if you are not ready to meet up with my family. Jangan terlalu memaksa diri awak. Saya mahu awak menerima saya dengan hati yang rela dan bukan dengan rasa terpaksa.” Emran tahu apa yang bersarang dalam hati Suria saat ini.
“Awak tak marah?”
“Marah? Untuk apa saya marah. Lambat laun awak tetap akan berjumpa dengan mereka juga sebab awak kan bakal isteri saya. Saya nak awak ingat tentang itu. Ianya takkan berubah kecuali jika awak tak sudi untuk bersama saya.” Emran mencuit lembut pipi Suria yang sudah merona merah akibat dari usikan nakalnya.
“Emran, janganlah main-main. Saya tak pernah terfikir sampai ke situ.” Malu-malu Suria membalas usikan Emran.
“I am serious, love. Saya sayangkan awak dan kerana itu saya mahukan awak menjadi sebahagian dari hidup saya. Tiada kompromi tentang itu. Kehadiran awak hampir melengkapkan hidup saya. Saya tak minta banyak, cukup hanya kesudian awak menjadi isteri saya, menemani hari-hari saya dan melahirkan zuriat untuk saya. Saya perlukan awak untuk menutup ruang-ruang kosong yang ada dalam hati saya. Hanya awak, Suria.” pipi Suria di usap perlahan. Emran terasa seperti ingin menyalurkan sebanyak mungkin perasaan cinta yang menyesakkan dadanya kepada Suria.
Airmata jernih yang mengalir di pipi Suria di sapu. Hatinya benar-benar tersentuh dengan pengakuan dari Emran. Dia tahu yang lelaki itu benar-benar menyintai dirinya dan dia juga merasakan perkara yang sama cuma bibirnya sahaja yang berat untuk mengakui tentang perasaannya. Ada ketikanya dia takut jika Emran jemu dengan dirinya. Dia takut jika cinta dan kasih Emran berpaling ketika dia benar-benar telah menyayangi lelaki itu. Suria memegang jemari Emran yang mengusap pipinya. Dia memandang tepat ke mata Emran dan dengan dada yang berdetak kencang dia berkata,
“Aishiteru wa, Emran”
Kali ini Emran yang tergamam. Waktu seakan terhenti dan sekelilingnya seakan bisu tanpa suara. Dia faham apa yang diluahkan oleh Suria. Tiada kata yang mampu dia luahkan untuk menggambarkan perasaannya. Seketika dia terlupa yang mereka kini berada dalam kereta kerana dia cuma nampak kelopak mawar yang berguguran dan rama-rama yang berterbangan.
“Terima kasih, sayang!” hanya itu yang mampu dia katakan.
23 September 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
heeeeeeeeeeee.....
ReplyDeletetersenyum sensorg....
besttt....nampaknya Suria pun dah fall in love dgn Emran...
ReplyDeleteNEXT PLZ...
ReplyDeletetersenyum sorang2....
chaiyok !!!!
bile nak sambung nie..x sabar r nak tau kisah selanjutnye...baca novel nie wat i x berpijak dibumi nyata hehe...
ReplyDelete