Ada hati yang termanis dan penuh cinta
Tentu saja kan kubalas seisi jiwa
Tiada lagi
Tiada lagi yang ganggu kita
Ini kesungguhan
Sungguh aku sayang kamu
Ingin ku berjalan menyusuri cinta
Cinta yang abadi untukmu selamanya...
Sherly mengeluh perlahan. Perbincangan tentang reka bentuk hotel milik syarikatnya hanya dihadiri oleh Harold. Dia sangat berharap yang Emran akan turut serta tapi harapan hanya tinggal harapan. Hati kecilnya meronta-ronta untuk menghubungi Emran tapi akalnya melarang.
Bunyi interkom mematikan lamunannya.
“Yes, Nadirah.”
“Cik Sherly, Tan Sri nak jumpa di biliknya sekarang.” Lunak dan manja suara Nadirah, setiausaha Sherly memberitahu.
“Ok. I’ll be there in five minutes.” Sherly terus bangun dan membetulkan sedikit tudungnya. Air mineral diteguk sedikit sekadar membasahkan tekak yang dahaga.
Langkah di atur perlahan ke bilik Tan Sri Zakaria. Kebelakangan ini Sherly dapat merasakan seperti ayahnya mahukan dia member tumpuan yang lebih terhadap syarikat danbukan hanya menguruskan tentang hotel yang akan mereka bina.
Pintu di ketuk dan setelah diizinkan, Sherly masuk dan duduk di sofa yang terdapat di dalam bilik ayahnya itu.
“Ayah nak discuss tentang design hotel ker?”
“Tak, sayang. Ayah cuma nak tanya khabar anak ayah jer. Sejak duduk sendiri ni, jarang benar rasanya kita menghabiskan masa bersama macam dulu. Sherly sihat?” Tan Sri Zakaria memulakan bunga-bunga bicara. Ada sesuatu yang lebih penting dari itu sebenarnya yang ingin dia bincangkan bersama Sherly. Satu-satunya zuriat yang dia ada.
“Ayah ni buat drama pulak la. Kan kita jumpa hari-hari kat pejabat. Kalau Sherly datang kerja, maknanya Sherly sihat la. Habiskan masa bersama? Ayah yang selalu takda kat rumah bila Sherly datang. Pak Karim kata ayah pergi dating. Dah ada girlfriend yer..” Sherly sekadar menyakat ayahnya. Jika benar sekalipun Tan Sri Zakaria mempunyai kekasih, dia tiada halangan asalkan jangan pilihan ayahnya itu lebih muda atau sebaya dengan dia sudah.
Sherly kasihan bila mengenangkan ayahnya. Sejak arwah ibunya meninggal dunia, ayah lebih banyak menghabiskan masa dengan perniagaan dan mendalami ilmu agama di masjid. Pernah juga Sherly mencadangkan agar Tan Sri Zakaria mencari pengganti, tapi ayahnya hanya tersenyum.
“Girlfriend? Sherly suka ker kalau ayah ada girlfriend?” Tan Sri Zakaria bertanya untuk menduga.
“Sherly suka kalau ‘girlfriend’ ayah tuh boleh jaga sakit pening ayah dan bukannya bersama ayah sebab harta yang ayah ada. Lagi Sherly suka kalau ‘girlfriend’ ayah lebih tua dari Sherly, so tak la segan kalau Sherly nak panggil dia mak muda” satu senyuman manis dihadiahkan kepada ayahnya sebagai tanda yang dia ikhlas dengan apa yang dia katakan.
“Macam mana kalau bakal ‘girlfriend’ ayah tu, ada anak yang lebih kurang sebaya dengan Sherly? Boleh ker Sherly terima?”
“Ayah ni tanya macam dah ada calon jer?” Sherly tersenyum memandang ayahnya sambil mengangkat-ngangkat keningnya.
“Ha..Ha..Ha.. Insya-Allah. Sherly doakan untuk ayah yer”
“Alhumdulillah. Sherly sentiasa doakan yang terbaik untuk ayah. Pada Sherly, kebahagiaan dan kegembiraan ayah yang paling penting.” Sherly memeluk erat ayahnya.
Tan Sri Zakaria tersenyum lega melihat penerimaan anaknya. Awalnya dia agak bimbang juga. Bimbang jika Sherly akan memberontak dalam diam seperti apa yang dia lakukan 5 tahun dahulu bila lelaki idamannya memilih wanita lain. Tan Sri Zakaria tidak tahu siapa gerangan lelaki yang dicintai oleh Sherly tetapi dia pasti lelaki itu sangat hebat, kerana lelaki itu Sherly membawa diri ke rantau orang dan kini kerana lelaki itu jugalah Sherly kembali.
########################
Segalanya seperti serba tak kena. Lain yang dia fikirkan, lain pula yang dia akan lakukan. Niat asalnya ke pantry pagi tadi untuk membancuh Milo, tapi sebaik tiba di tempatnya, bukan Milo yang dia bancuh, sebaliknya Nescafe. Lakaran yang sepatutnya di hantar kepada Encik Farid juga masih belum dapat dia siapkan gara-gara fikirannya asyik melayang-layang. Sudahnya dia mencampakkan pensil mekanikal di tangan dan satu keluhan berat di lepaskan.
“Su, kau tak sihat ke? Aku tengok dari pagi tadi kau macam hilang fokus.” Teguran dari Juliana hanya di jawab dengan gelengan kepala oleh Suria.
“Aku tanya pasal kesihatan kau, yang kau geleng kepala ni kenapa pulak? Pelik la kau hari ni.”
Masih tiada kata-kata yang keluar dari bibir Suria. Sebenarnya, Suria tidak tahu apa yang patut dia katakan kepada Juliana. Blackberry dicapai dan di belek-belek tanpa tujuan. Tanpa di duga, satu panggilan masuk menyebabkan Suria terperanjat sehingga mencampakkan telefonnya ke meja. Dada diurut perlahan. Melihatkan nama pemanggil yang tertera cukup untuk membuatkan jantung Suria berdegup tidak sekata. Punat hijau ditekan perlahan.
“Assalamualaikum” Lembut dan perlahan sahaja Suria menuturkan salam.
Si pemanggil di sebelah sana sudah memegang dada menahan getaran yang menggila tatkala mendengarkan suara si pencuri hati yang lemak merdu.
“Wa alaikum mussalam, my love.”
Keadaan sunyi seketika. Masing-masing sedaya upaya cuba untuk menenangkan rasa hati yang bergelora.
“Love, I am missing you. Every breath that I take, it carried out your name. Take a good care of yourself as I can’t afford of losing you.” romantis sekali Emran melafazkan rasa di hatinya sehinggakan Suria kehilangan bicara.
“er..er..er..”
“Jangan lupa makan tengah hari. Assalamualaikum”
“Wa alaikum mussalam” Suria hanya mampu membalas setelah talian dimatikan. Pandangannya masih lagi kearah telefon seperti Emran akan keluar bila-bila masa sahaja dari screen telefonnya. Degupan jantung masih lagi di bawah tahap normal namun bibirnya mengukir senyuman gembira. Tepukan dari Juliana mematikan lamunan Suria.
“Suria, kau ni ok ker tak? Tadi dok geleng kepala, lepas cakap kat telefon, tersenyum-senyum pulak. Macam orang angau jer aku tengok.” Juliana masih tidak berpuas hati selagi Suria tidak memberitahu apa punca gadis itu berkelakuan agak pelik hari ini.
“Aku ok la. Jom makan. Dah lapar.” Tanpa menunggu jawapan dari Juliana, Suria terus berjalan menuju kearah pintu keluar. Terkedek-kedek makcik yang kena tinggal mengejar dari belakang.
15 September 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
best lah novel u nie...hehehe macam rase diawang-awangan bile baca novel ni..cepat2lah yer update x sabar nak baca tentu lebih menarik
ReplyDelete