Followers

15 September 2011

Tiada Yang Lain... (17)

Rhea menyanyi-nyanyi girang lagu kegemarannya. Tangannya lincah menyediakan bahan-bahan untuk membuat kek Tiramisu. Sekali-sekala dia akan mengacau ayam berempah yang dimasak dalam kuali. Bau masakan yang enak dan menggoda pasti akan membuka selera sesiapa sahaja yang berada berdekatan.Saat ini yang berdekatan dengan Rhea hanyalah Zariff, malangnya lelaki itu Cuma diam membisu seribu bahasa sejak dari pagi lagi. Atau mungkin lebih tepat lagi kebisuan Zariff bermula bila Rhea memberitahu yang Armand akan makan tengah hari bersama mereka dan kek Tiramisu yang akan dibuat oleh Rhea adalah makanan kegemaran Armand.

Rhea berlari ke ruang tamu untuk mengangkat telefon yang menjerit-jerit sejak tadi.

“Hello”

“Hello, sayang. Sibuk ker?” panggilan sayang dari suara yang garau menggoda milik si pemanggil tidak sedikit pun menggoyahkan perasaan Rhea.

“Sibuk la, bang. Rhea tengah buat kek tiramisu favourite abang ni. Pukul berapa abang sampai?” Rhea bertanya sambil melangkah ke dapur membawa sekali cordless telefonnya.

“I’m on my way. Nak hantar kawan abang sekejap, lepas tu abang terus pergi rumah Rhea.”

“Hantar kawan? Your girlfriend? Kenapa tak mahu bawa sekali?”

“Not now, Rhea. Sooner or later you’ll meet her but for sure not today, ok.” Armand masih belum bersedia untuk memperkenalkan Gabriel kepada Rhea. Gadis itu terlalu muda untuk memahami tentang perhubungan antara dia dan Gabriel.

“Ok la. Rhea tunggu abang kat rumah. Bye.”

“See you then. Bye.”

Talian dimatikan dan gagang telefon di letakkan di atas peti sejuk. Dari ekor matanya, Rhea nampak pandangan serius yang dilemparkan oleh Zarif, tapi dia sengaja buat tak tahu. Sedikit sebanyak dia terasa hati dengan layanan yang Zarif berikan hari ini. Malam tadi, lelaki ini telah menyentuh rasa hatinya yang paling dalam dengan kata-kata dan kelakuan romantisnya tapi hari ini, segala-galanya berubah.

Zarif mengetap bibir menahan rasa cemburu yang mula hadir. DIa tidak suka melihat kemesraan antara Rhea dan Armand. Walaupun mereka berdua sudah seperti adik dan abang, hakikatnya mereka masih halal untuk bernikah. Tiada batasan hubungan yang mengharamkan. Mengingatkan tentang Armand, Zarif seperti pernah bertemu dengan lelaki itu sebelum ini cuma dia tidak dapat mengingati di mana. Tapi seraut wajah yang lembut keanak-anakan itu seperti biasa dia lihat.

Tatkala matanya memandang kelibat Rhea yang lincah di dapur, hatinya yang panas seakan disiram dengan sebaldi ais. Sejuk dan dingin. Dia suka melihat gadis itu kelam kabut menyiapkan hidangan istimewa walaupun bukan untuk dirinya. Dia juga suka melihat ketangkasan gadis itu bersilat dengan periuk dan sudip. Nampak sangat yang Rhea memang sudah sangat biasa dengan dapur dan periuk belanga. Langsung tidak nampak kekok. Malahan segala menu yang disediakan hari ini bukan calang-calang. Rasanya memang belum tentu, tapi dari bau masakan yang tersebar, Zarif pasti tidak akan berfikir dua kali untuk menikmatinya.

“Zarif, apa ciri-ciri wanita pilihan awak untuk dijadikan isteri?” soalan dari Rhea memecahkan kesunyian di antara mereka.

“Penting ke untuk saya jawab?” mata masih memandang tepat kearah Rhea tanpa gadis itu menyedarinya.

“Up to you. Saya cuma tak nak awak jadi patung cendana jer kat depan pintu tu.” Rhea menuturkan kata-kata dengan nada bengang.

“Ciri-ciri wanita pilihan saya? Pertama sekali dia kena pandai masak.” Zarif melangkah setapak kearah dapur.

“Kedua, dia kena pandai mengemas.” Langkah kedua diatur.

“Ke-tiga, dia kena pandai hormat orang tua” diikuti langkah ketiga.

“Kalau boleh saya nak cari yang berkulit putih” Zarif meneruskan langkah kearah dapur.

“Rambut panjang dan yang paling penting….” Kini Zarif sudah berdiri betul-betul di belakang Rhea.
Rhea yang sedari tadi mendengar sahaja ciri-ciri yang disebutkan oleh Zarif menyimpan rasa sakit di hati. Cara Zarif menuturkan kata-kata seolah-olah lelaki itu sudah mempunyai pilihan hati sendiri. Ini membuatkan Rhea terfikir yang apakah selama ini dia hanya berangan sendiri.

“apa yang paling penting, Zarif?” Rhea menutup pintu peti sejuk sekaligus memusingkan tubuhnya untuk melihat riak wajah Zarif. Tanpa di sangka-sangka, Zarif sudah berdiri sangat hampir dengan tubuhnya. Kerana susuk tubuh Zarif yang lebih tinggi dari dirinya, Rhea terpaksa mendongak untuk memandang ke wajah Zarif. Kini hidung lelaki itu hanya beberapa inci sahaja dari hidungnya. Dengan pandangan tajam yang menusuk jiwa, Zarif mendekatkan bibirnya ke telinga Rhea dan berbisik,

“Yang paling penting sekali, si dia harus mencintai saya seadanya diri saya, menerima segala kekurangan saya tanpa syarat dan menyayangi saya seperti saya adalah belahan jiwanya. Walaupun saya bukan yang terbaik, tetapi untuk orang yang saya sayang, saya akan sentiasa berikan yang terbaik kerana saya pasti, si dia itu adalah anugerah terhebat yang Allah berikan untuk saya.”

Kata-kata yang diucapkan oleh bibir Zarif benar-benar membuai perasaan Rhea. Kakinya seolah-olah tidak berpijak di atas lantai. Jiwa seakan terbang melayang. Ketika ini dia cuma nampak kuntum-kuntum bunga mawar berwarna merah jambu jatuh berguguran. Jika boleh, dia tidak mahu saat-saat ini berlalu. Pandangan mata dan senyuman manis lelaki ini benar-benar memabukkan dan menghangatkan rasa dalam hati Rhea.

Hati Zarif berdebar-debar, jantungnya berdegup kencang. Dia tidak mampu untuk menipu perasaannya lagi. Dalam diam dia akui yang hatinya memang sudah menyayangi gadis ini cuma dia belum bersedia untuk berterus terang dengan Rhea.

Perlahan-lahan Zarif mengangkat tangannya untuk mengusap pipi mulus milik Rhea.

“Ting…tong……ting….tong” loceng pintu berbunyi!

No comments:

Post a Comment