Kupilih Hatimu.. Tak Ada Ku Ragu..
Mencintamu adalah hal yang terindah
dalam hidupku oh sayang..
kau detak jantung hatiku..setiap nafasku.. hembuskan namamu..
sumpah mati.. hati ingin memilihmu..
dalam hidupku oh sayang..
kau segalanya untukku..
Makan malam antara Suria, Emran dan Puan Melati berjalan dengan lancar. Suria tidak menyangka yang Emran akan melamarnya sekali lagi di hadapan mama. Saat itu dia rasakan seperti mahu menjerit dan menwar-warkan kepada seluruh dunia yang dia amat menyintai lelaki itu. Emran pula sangat tenang dan yakin ketika menjawab setiap persoalan yang mama utarakan tentang hati dan perasaannya. Suria tahu yang bukan niat mama mahu menyekat kebahagiaan dirinya, mama cuma mahu yang terbaik untuk anak tunggalnya ini. Mama juga bimbang kerana hubungan antara dia dan Emran masih baru jadi mama tak mahu Suria menangis sekali lagi kerana kecewa.
Suria amat mengagumi cara Emran menjawab dan berkomunikasi dengan mama. Lelaki itu kelihatan amat berpengalaman dan matang dalam setiap tutur katanya. Emran juga sudah mempunyai perancangan tentang majlis merisik dan bertunang. Saat mendengarkan tentang majlis merisik dan bertunang yang dirancang Emran, Suria tidak dapat menyembunyikan rasa malu dan segannya dari lelaki itu. Emran menggenggam lembut tangan Suria yang terletak di bawah meja menandakan yang dia tidak bermain-main dengan setiap keputusannya. Mama pula hanya tersenyum lega. Lega kerana akhirnya puteri tunggal kesayangan dia dan arwah suaminya bertemu dengan seorang lelaki yang baik.
Emran terpaksa pulang kerana dia telah berjanji untuk pulang ke rumah keluarganya pada malam itu. Ketika Suria menghantar dia ke tempat parkir, Emran masih menggenggam erat jari jemari Suria seperti tidak mahu dilepaskan.
“Love, if I had a choice, I’ll prefer to stay here.” Emran meramas perlahan jari jemari Suria.
“Emran, janganlah macam ni. Esok petang saya balik Shah Alam, Isnin pagi awak akan jumpa saya. Bukannya lama pun.”
“Lama tu, sayang. Sedangkan sekarang pun Em dah rasa rindu, inikan pula nak tunggu sampai Isnin pagi, rasa macam tak cukup udara nak bernafas. Tak kesian kat Em, ker?”
Merah muka Suria mendengarkan kata-kata dari Emran itu.
“Janganlah cakap macam tu. Tentulah saya kesian kat awak tapi kalau awak tak gerak sekarang, lagi lambat awak akan sampai Shah Alam. Dah sampai rumah nanti, jangan lupa call saya yer.”
Bukan niat di hati Suria untuk menghalau Emran pergi tapi dek kerana hari sudah semakin jauh malam, suka atau tidak Emran perlu bergerak pulang. Dia tidak mahu lelaki itu tiba lewat di rumah.
Emran yang mengerti tentang kebimbangan yang bersarang di dalam hati Suria mengakur dalam keterpaksaan. Hatinya berat mahu melangkah pergi meninggalkan Suria. Ternyata panahan cinta kali kedua ini begitu hebat kesannya. Rindu sentiasa menyesakkan dada. Emran sudah merancang untuk memberitahu hajat di hati untuk memperisterikan Suria kepada keluarganya secepat mungkin. Dia tidak mahu menunggu lama untuk menjadikan gadis itu sebahagian dari hidupnya.
Bunyi enjin kereta yang mengaum membelah kesunyian di parkir kereta chalet. Emran masih belum mahu melepaskan tangan Suria yang digenggam erat dari sejak tadi. Perlahan Suria menolak tubuh Emran supaya masuk ke dalam kereta. Emran tertawa kecil.
“You really want me to go, love?”
“Em… please…” Suria bersuara manja persis memujuk Emran.
“Ok, I gerak sekarang. You jangan lupa balik Shah Alam esok. I’m gonna miss you badly. Sweet dream, love.” Sempat Emran mencuit hidung Suria sebelum dia masuk ke dalam perut kereta.
“Awak drive elok-elok. Jangan lupa telefon saya bila sampai rumah nanti. Saya tunggu sampai awak telefon.”
Suria menanti sehingga kereta Emran hilang dari pandangan mata sebelum dia melangkah menuju ke rumahnya yang terletak tidak jauh dari situ. Dalam hatinya kini dia juga mengakui yang dia mula merindui Emran walaupun kelibat lelaki itu baru sahaja berlalu pergi. Ah! Jatuh cinta kali ini benar-benar mengganggu jiwanya.
#####################################################################
Emran tiba di rumah keluarganya ketika jam berdenting sebanyak dua belas kali. Hanya Erlina yang masih berjaga kerana menonton drama Korea kegemarannya. Adiknya itu sanggup berjaga dan menghabiskan berjam-jam masanya menonton drama Korea hanya kerana ketampanan hero yang berlakon. Emran tahu yang Erlina mahu bertanya tentang sesuatu tapi dia memilih untuk terus masuk ke dalam biliknya tanpa menghiraukan pandangan mata Erlina yang penuh dengan tanda soal.
Setelah membersihkan diri, Emran mencapai telefon bimbitnya. Terdapat dua panggilan yang tidak dijawab dan kedua-duanya datang dari nombor telefon yang sama. Pantas sahaja jari-jemarinya menekan butang hijau mendail.
“Love, Em dah sampai.”
“Assalamualaikum, Encik Emran.”
Senyuman kecil terukir di bibir Emran bila di sindir secara halus begitu.
“Wa alaikum mussalam sayangku Cik Suria Hani. Saya ingin melaporkan yang saya telah selamat sampai di rumah mummy. Sayang Em ni tak tidur lagi ke?”
“Belum mengantuk lagi. Kejap lagi baru nak tidur. Awak berehat la. Mesti penat drive kan.”
“Ok, love. Sweet dream and love you.”
“Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam.”
Talian di matikan dan telefon bimbit diletakkan di meja tepi katil. Emran mencapai album foto yang terdapat di rak buku yang ada di dalam biliknya. Foto-foto yang terdapat di dalam album itu di selak satu persatu. Gambar Najiha yang terdapat di dalam album itu di usap perlahan.
“Selamat malam, Jiha. Abang rindukan Jiha.”
Album gambar itu di bawa ke katil. Emran memeluk erat gambar Najiha dan berdoa semoga Najiha tenang dan aman di sana. Lenanya tiba tanpa diundang tidak lama kemudian.
21 November 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mcm mana Em nie..dy ska kat spa sbnrya
ReplyDeletesuke kat suria la agkya..najiha kan dah takde..nk lg cpt sambung ekk
ReplyDeleteala...
ReplyDeleteem ni..
jiha lg ke..?
thanx u'olss...
ReplyDeletenajiha tuh kan arwah isteri dia
bukan senang nak lupakan cinta yang pernah bertandang...
sabar yer sumer....
biasa la... walaupn Em dh ada cinta baru tp isteri yg dh meninggal tu pn tetap dlm ingatan.... setiap doa dia pasti xkn putus utk Jiha... Suria atau Jiha... masing2 ada kelebihan tersendiri di hati Emran... just sikap obses sesorg pd Em yg akn mmbahayakan perhubungan mau pn nyawa mereka... obses la 1 tekanan perasaan yg merbahaya dlm senyap...
ReplyDeleteangel..selama ni sy hanyalah silent reader..hari bila dah baca n3 dan dapati ada org yg gila sangat kat Emran tu...sy takutlah pula nnti dia org x sempat nak b`tunang & kawin...jadi sy haraplah Emran & Hani x ada apa2 ya angel...kecian Hani dah puas menderita dgn kisah cinta dia yg x menjadi..jadi harap kali ini Hani dpt hidup bahgia ngan Emran
ReplyDeletediahperi: inilah wajah kehidupan... tp cerita psl Emran ngan Hani ni panjang lagi..... teruskan membaca dan terima kasih bebanyak......
ReplyDelete