Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna.. Sempurna.
Suria tersenyum manis sebaik sahaja talian telefon dimatikan. Masih terngiang-ngiang suara romantis Emran yang memberitahu tentang perihal rombongan merisik dan bertunang yang akan dihantar oleh lelaki itu hujung bulan ini. Segalanya berlaku dengan sangat pantas bagaikan dalam mimpi. Pertemuan pertama dengan Emran seperti baru berlaku semalam dan kini lelaki itu bakal menjadi tunangan dan sedikit hari lagi menjadi suaminya. SUAMI!. Aduh, teringatkan tentang perkataan itu sahaja mampu mengundang rasa hangat dan bahagia di hati Suria.
Perkhabaran dari pihak keluarga Emran disampaikan kepada Mama. Alhumdulillah, mama juga gembira bila mendengarkan yang Emran benar-benar serius dan tiada halangan langsung dari pihak keluarga Emran. Abang Zain dan isterinya, Kak Rosnah yang kebetulan berada bersama-sama mama juga mengucapkan tahniah dan mendoakan agar kali ini jodoh dia dan Emran akan berpanjangan. Masakan tidak, sewaktu bersama Arman dahulu, selain dari mama, Kak Rosnah juga menjadi antara orang penting yang akan dicari oleh Suria bila dia mempunyai masalah. Ini kerana keluarga Kak Rosnah mengenali baik keluarga Arman malah wanita itu juga tidak menyangka yang Arman sanggup meninggalkan anak gadis majikannya semata-mata untuk berkahwin dengan gadis yang lebih kaya dan berpengaruh.
Tanpa Suria sedari, kegembiraan yang dia rasakan saat ini umpama menambah luka dan bara di jiwa seseorang yang leka memerhatikan dirinya.
####################################
Usai makan tengah hari bersama mama, Suria mengemaskan semua pakaian dan barangan peribadinya untuk pulang semula ke Shah Alam. Banyak perkara yang perlu dia selesaikan sebaik sahaja Emran memberitahu tentang rombongan merisik dan meminang yang akan datang hujung bulan nanti. Hujung bulan yang hanya tinggal kurang lebih dari dua belas hari. Saat Emran mengatakan hujung bulan, hatinya cuma berkata, ‘Alah, lambat lagi’. Tapi tadi sewaktu makan bersama mama, baru lah yang dia tersedar bahawa hujung bulan itu sekejap sahaja akan tiba. Itu pun setelah mama dan Kak Rosnah kalut memikirkan tentang persiapan yang dikhuatiri tidak sempat disediakan. Saat itu segala-galanya berebut-rebut mahu masuk ke dalam kotak fikiran dia yang semakin sempit. Baju tunang, cincin, hantaran tunang, para tetamu, pelamin. PELAMIN? Kenapa tersesat pula. Aduhai!!!!.
Setelah memasukkan beg pakaian ke dalam bonet kereta, seperti biasa, Suria menanti untuk bertemu mama di hadapan kaunter pendaftaran chalet. Dia akan berbual-bual seketika dengan Naqib dan Nurul, sepasang kembar yang menjadi penyambut tetamu merangkap kerani pendaftaran di chalet mama ini. Kali ini perbualan mereka berkisar tentang salah seorang tetamu yang masuk menginap sejak dua hari yang lalu. Nurul tidak henti-henti mengusik abang kembarnya yang angau pandang pertama dengan tetamu tersebut. Riuh seketika kaunter pendaftaran itu dengan gelak ketawa mereka bertiga.
Namun keriuhan itu tidak lama bila tiba-tiba Naqib berhenti ketawa dan menundukkan kepala. Nurul yang mengerti mengapa abang kembarnya tiba-tiba tertunduk malu memberi isyarat supaya Suria berpusing ke belakang. Suria pula dengan ketawa yang masih bersisa memusingkan kepalanya. Matanya pantas sahja menangkap susuk wajah dan tubuh seorang gadis yang nampak ayu dan sangat sopan. Mengertilah dia kini mengapa Naqib tidak boleh berhenti dari bercerita tentang tetamu istimewa ini.
“Assalamualaikum..” lembut sahaja desir suara yang keluar dari bibir si empunya diri.
“Waalaikumussalam…” serentak pula Suria, Nurul dan Naqib menjawab.
“Tumpang tanya, bagaimana saya nak dapatkan teksi dari sini?”
“Kita boleh tolong telefon syarikat teksi untuk saudari. Saudari nak pergi ke mana?” Suria menjawab dengan ramah.
Suria sebenarnya mengharapkan Naqib dapat memberikan jawapan kepada soalan gadis itu tadi tapi nampaknya Naqib seperti di pukau bila mendengarkan suara lemah gemalai dari gadis yang diminatinya maka terpaksalah Suria yang menjadi orang tengah.
Si gadis yang kini berdiri di sebelah Suria baru hendak membuka mulut menjawab pertanyaan dari Suria bila tiba-tiba kedengaran suara mama menyebut nama seseorang.
“Sherly?”
Sebaik terdengar namanya di sebut, gadis itu segera berpaling.
“Aunty?”
##################################
Suria kini dalam perjalanan pulang ke Shah Alam bersama-sama dengan Sherly. Masih terbayang di matanya riak wajah Naqib yang kecewa bila mendapat tahu tentang Sherly yang jauh lebih berusia dari yang dia sangkakan. Bukan sahaja Naqib, malah Nurul dan dirinya sendiri juga terkejut bila mama menyuruh dia memanggil Sherly dengan panggilan Kak Sherly kerana beza usia antara mereka. Jika Sherly lebih tua dari dirinya, maka ‘gadis’ itu pasti jauh lebih berusia dari Naqib dan Nurul yang baru menginjak ke usia dua puluh tiga tahun.
Awalnya dia tertanya-tanya bagaimana Mama boleh mengenali Sherly. Bila mama memberitahu yang Sherly adalah anak kepada kenalan lama mama, segala soalan yang berlegar di dalam mindanya hilang. Tetapi kemudiannya beberapa soalan lain pula wujud bila dia terdengar yang Sherly asyik bercerita tentang ‘Papa’ nya. Suria yakin sangat yang kenalan lama mama itu pasti seorang lelaki cuma ketika ini Suria tidak pasti sama ada kenalan lama mama itu adalah kenalan biasa atau kenalan luar biasa. Satu nota peringatan disemat di dalam kepalanya supaya tidak lupa bertanya kepada mama malam nanti.
“Kak Sherly datang PD dengan siapa?” Suria memulakan perbualan santai dengan Sherly yang sangat murah dengan senyuman.
“Oh… kawan yang hantar. Tiba-tiba dia kata ada hal penting pulak petang semalam. Hari ni pun dia tak dapat datang ambil, tu yang terpaksa cari teksi. Nasib baik jumpa Aunty Melati dan Suria. Kalau tak, tentu I dah kena tunggu teksi. By the way, janganlah panggil I kakak, rasa macam tua sangat pulak. Just call me Sherly, ok?”
“oh… ok. Takder masalah lagipun I lagi suka kalau you balik dengan I hari ni, so tak la I rasa bosan sangat nak drive sorang-sorang. Sherly memang plan bercuti sorang ker? Tak bahaya?” Suria sebenarnya pelik bila melihatkan gadis secantik Sherly bercuti seorang diri. Tiada siapa yang mahu menemani gadis ini ke?
“Sepatutnya I jumpa bakal tunang I kat PD. Kitorang nak discuss about our wedding tapi last minit dia banyak hal pulak. Nasib baik I sorang jer yang dah booking bilik, kalau dia pun dah booking bilik untuk dia, mesti rugi.” Panjang lebar Sherly menerangkan tentang rancangannya yang tergendala.
Suria dapat melihat kegembiraan yang terpancar di wajah Sherly bila berbicara tentang bakal tunangnya. Adakah dia juga akan segembira itu nanti bila berbicara tentang Emran.
“Bakal pengantin la you ni. Mesti seronokkan” Suria mengusik Sherly yang kelihatan malu-malu bila dipanggil bakal pengantin.
“Seronok la, Suria. I dah lama tunggu bakal tunang I ni. Kitorang berpisah sekejap, dia kahwin dengan orang lain. I hampir putus asa dan I ingat dia bukan jodoh I. Tapi ternyata dah tertulis yang dia memang ditakdirkan untuk I. Kitorang bertemu semula bila isteri dia meninggal dunia dan masa tu I tahu yang I tak akan lepaskan dia pergi lagi. Majlis I nanti, you dengan Aunty Melati datang tau”
“Insya-Allah. Kalau you jemput, takkan kami tak datang pulak kan.”
Suria gembira dapat berbual-bual dan berkongsi cerita dengan Sherly. Dia dapat merasakan sedikit sebanyak cerita cinta yang Sherly alami seperti ada persamaan dengan kisah antara dia dan Arman cuma bezanya kini dia bakal bertunang dengan lelaki lain, bukan bekas kekasihnya dahulu.
Kereta yang dipandu oleh Suria kini melewati Plaza Tol Damansara dan terus menyusur menuju ke Damansara Perdana. Hujan yang sangat lebat menyukarkan Suria untuk mencari jalan menuju ke duplex kondo milik Sherly di Armanee Terrace.
Sewaktu menghampiri salah satu simpang yang berdekatan dengan kondo Sherly, kereta yang dipandu oleh Suria tiba-tiba hilang kawalan dan melanggar tembok pembahagi jalan. Sherly kalut dan terkejut, Suria apatah lagi. Dengan keadaan hujan yang sangat lebat, kilat yang sabung menyabung dan kenderaan yang bertali arus, Suria hilang semangat seketika. Satu tepukan di bahu mengembalikan dia ke alam reality. Nafas panjang di tarik dan mindanya mula mencongak siapa untuk dia hubungi di saat-saat seperti ini.
Suria keluar dari kereta untuk melihat seberapa teruk kerosakan yang dia alami. Angin kuat yang bertiup membuatkan tubuh kecilnya terhoyong-hayang. Beberapa kereta yang lalu lalang sekadar memperlahankan pemanduan mereka untuk melihat apa yang terjadi tapi setakat ini, tiada siapa yang sudi berhenti untuk menghulurkan bantuan. Mungkin kerana hujan yan gsangat lebat membataskan niat mereka.
Suria masuk semula kedalam kereta dan mendail nombor telefon bimbit milik Emran. Setelah menunggu beberapa ketika, hanya mesin pesanan suara yang menjawab panggilannya. Dia mencuba sekali lagi tapi masih hampa. Sherly di sebelahnya juga membantu dengan menghubungi bengkel kereta sahabatnya untuk mendapatkan bantuan.
“Suria, I dah called mechanic. They are on the way.”
“Thanks a lot Sherly. I dah susahkan you pula”
“I yang susahkan you sebenarnya, Suria. You accident sebab nak hantar I balik. Apa yang I nak jawab kat Aunty Melati nanti. Mesti papa marahkan I” Sherly bersuara memujuk. Tapak tangan Suria di gosok perlahan.
Suria mencuba untuk menghubungi Emran sekali lagi tapi masih lagi hampa. Lelaki itu tidak mengangkat telefonnya. Kini fikiran Suria sedang memikirkan siapa yang boleh mengambil dia di sini dan menghantar dia pulang ke rumahnya dalam keadaan hujan lebat ini. Sedang dia berfikir-fikir, telefon di tangan berbunyi nyaring. Pantas sahja jari Suria menekan butang berwarna hijau tanpa sempat melihat siapa pemanggilnya.
“Hello, Em…”
“Assalamualaikum, Suria” suara pemanggil di sebelah sana mengejutkan Suria. Bukan Emran.
“Wa alaikum mussalam. Siapa ni?” pantas sahaja Suria bertanya.
“Saya la, Farid. Awak senang tak sekarang? Saya nak pastikan tentang meeting esok dengan Encik Nazri dari Labur Bina Sdn Bhd.”
“Encik Farid? Meeting? Errr……. Sekarang ni saya tak berapa nak senang la Encik Farid. Kereta saya accident ni.” Suria terpaksa berterus terang dengan ketua jabatannya itu.
“Accident? Awak kat mana sekarang ni? Awak ok ker?” suara Farid yang tiba-tiba cemas itu menghantar satu persoalan di fikiran Suria.
“Saya ok, kereta jer yang ko. Tengah fikir macam mana nak balik rumah dalam hujan lebat ni.”
“Awak kat mana sekarang?” suara Farid masih cemas. Secemas hatinya bila mendengarkan yang Suria kemalangan.
“Saya dekat area Damansara Perdana. Nak hantar kawan saya balik rumah dia kat Armanee Terrace.”
“You wait for me. I’ll be there in ten minutes. Jangan pergi mana-mana, tunggu sampai saya datang.”
“Tapi Encik Farid….” Belum sempat Suria menghalang, lelaki itu sudah mematikan talian. Lain yang dia tunggu, lain pula yang nak datang.
“Sherly, bos saya on the way datang sini, nanti saya minta tolong dia hantarkan awak balik sekali yer.” Suria memberitahu Sherly letak kedudukan mereka sekarang. Sherly hanya tersenyum manis sambil mengusap tapak tangan Suria yang dia genggam.
“Takper la Suria. I akan telefon bakal tunang I mintak dia ambil I kat sini. Lagipun rumah I dah dekat. I dah banyak susahkan you hari ni.”
Suria hanya mengangguk perlahan. Dalam hatinya memuji lelaki yang bakal menjadi suami SHerly. Betapa bertuahnya lelaki itu mendapat gadis sebaik ini.
Dalam pada menanti ketibaan Farid, telinga Suria menangkap perbualan mesra yang dibuat oleh Sherly.
“Hello Emran, you sibuk tak?” manja sekali Sherly memanggil sepotong nama itu. Nama yang menghantar getaran di dada Suria. Nama yang membuat hati Suria rasa seperti tercabut dari tangkainya. Tak mungkin Emran yang sama.
Tangannya pantas mendail nombor milik Emran yang dia kenali. Dengan terketar-ketar, telefon di bawa ke telinga dan serentak itu juga hatinya hancur berkecai. Talian telefon milik Emran yang dia kenali sedang sibuk.
Tak lama selepas Sherly mematikan panggilan dengan ungkapan ‘I miss you too’, telefon Suria berdering nyaring.
EMRAN!! Desis hatinya.
Butang merah di tekan dan pandangan dihalakan ke luar tingkap untuk menyembunyikan air mata yang mengalir.
29 November 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hiya nape lah gurlz cam sherly 2 busuk sgt hati.. huhuhu.. luaran cam bek.. tp hati hancur.. bek xyah berlagak cam bek n alim..
ReplyDeletebusukye aty shery tue..smbg cpt2ye cik writer..:)
ReplyDeletesherly ni memang mak lampir ler...suria jangan mudah percaya dulu...pleaseee la selidik dulu...
ReplyDeletex suke dngn kehadiran sherly..nak lg cpt sambung ekk.
ReplyDeleteSherly saja nk buat ceta ek. Nak bg Suria give up kat Emran ya. Ke pompuan ni ada kena mengena dgn arwah isteri imran. Sbb tu dia tau kisah hidup Emran. N Suria jgn la cepat ja melatah, mungkin kebetulan masa dia call tu Emran mandi ke apa. ke tgh meeting n bila dia free tetiba ja call tak sempat nk tgk call awk td tu.
ReplyDelete