Followers

17 July 2012

Makin Aku Cinta (35)


Bagai kisah kita yang surut selalu
Bilakan berakhir
Biarkan aku berundur
Jika itu yang telah pun tertulis
Jalan ku tak panjang
Bersama dirimu
Jadikan dia terbaik
Kerana itu yang telah kau pilih
Biarkan diriku membawa semua
Luka



Farid memandang kosong skrin komputer dihadapannya. Fikirannya buntu dan kepalanya pusing. Kata-kata ugutan dari Sherly tempoh hari benar-benar memberikan impak yang sangat besar dalam kehidupan sehariannya. Umpama diluah mati emak, ditelan mati bapak. Pernah juga dia terfikir untuk berterus terang sahaja kepada Tuan Malik tentang latar belakang dirinya yang sebenar tetapi setiap kali dia melihat wajah tenang dan bersih lelaki itu, bibirnya terus menjadi kelu dan bisu. Lelaki yang dipanggil Ayah Malik itu terlalu baik untuk disakiti hatinya.

Satu keluhan berat dilepaskan namun rasa bebanan itu masih tertinggal di dalam hati Farid. Tangannya ligat melarikan tetikus komputer tanpa arah tujuan. Dia menyemak email-email yang baru masuk kedalam kotak penerima dan salah satu email yang masuk berjaya menarik perhatiannya.

“Staff nomination for designEX Expo in Sydney, Australia”

Farid dapat merasakan yang rongga pernafasannya sedikit terbuka. Email yang baru masuk itu di baca pantas. Sekali sekala matanya akan menjeling ke luar bilik, mencuri pandang gelagat Suria yang sedang sibuk dengan model yang perlu disiapkan sebelum gadis itu bercuti sempena hari bahagianya nanti.

Tanpa disedari, Farid tersenyum kecil.



#################################
Segala persiapan berjalan dengan lancar setakat ini. Khemah berwarna biru laut menghiasi perkarangan chalet dihiasi dengan pintu gerbang yang sarat dengan bunga berwarna ungu dan merah jambu. Mama telah memaklumkan yang kawasan chalet ini tidak akan dibuka untuk pengunjung selama dua minggu kerana mama ingin hari bahagia Suria diraikan di chalet ini kerana menurut mama, arwah ayah pasti berbangga kerana puteri tunggalnya ini bakal menjadi pemaisuri di dalam hidup seorang lelaki.

Suria membelek barang hantaran yang terletak di hujung katil. Set persalinan pejabat yang akan diberi kepada Emran di usap perlahan. Satu senyuman manis terukir di bibir Suria bila dia teringatkan kembali perbualan dengan lelaki itu pagi tadi.



“Love, I miss you so much. Tak sabar nak jabat tangan dengan tok kadi malam ni.” Suara Emran kedengaran seksi di telinga Suria.

“Ish…gatalnya. Tak berapa jam pun lagi. Takkan tak boleh tunggu kot?” Suria menahan rasa malu dan segan yang bertandang walaupun dalam hatinya juga merasakan perkara yang sama. Setiap kali mendengar suara atau berada dekat dengan Emran, jangtung dan hati Suria bagai bekerja dua kali ganda dari biasa.

“Ini bukan gatal namanya, sayang. Ini namanya mencurahkan kasih sayang dan kasih sayang Em ni untuk orang yang teristimewa jer. It’s only for you, my love. Can’t you feel it?”

Ah! Emran sudah memulakan sesi sang Romeo memujuk kekasih hati. Setiap kali Emran menuturkan kata-kata cinta, pasti degup jantung Suria menjadi tidak sekata.

“Em dah makan?”

“Ha! Makan? Love, Em tengah cakap pasal perasaan Em, boleh pulak dia tanya pasal makan. Kenapa nak tukar tajuk?” Emran sudah berjauh hati. Sukar benar mahu mendengar Suria meluahkan rasa hatinya. Kadang kala Emran tertanya-tanya juga adakah Suria benar-benar cintakan dia.

Suria serba salah. Bukan dia tidak mahu membalas kata tapi dia memang tak tahu apa yang patut dia katakan. Satu helaan nafas yang panjang dilepaskan.

“Em, sayang saya tak perlu diragui, cinta saya tak perlu di khuatiri. Your love, of course I can feel it. It touched me deeply inside until sometimes I can't breathe because your love filling up all the empty space in my heart and in my mind, so tell me what am I supposed to do without you, el amor?”

Kali ini Emran pula yang terdiam seribu bahasa.

“Em…..” diam tiada jawapan hanya deru hela nafas Emran sahaja yang kedengaran.

“Em…..” masih lagi diam.

“Sayang…” kali ini keras sahaja suara Suria.

“ya….errrr…… did you really mean it, love?”

“Em, takkan awak nak suruh saya ulang semula kot. Malu la.” Manja Suria membalas.

Emran tertawa gembira. Makin tidak sabar dia menantikan saat untuk diijabkabul malam ini.

“Wait for me, love. Tonight, you’ll be mine. Insya-Allah.”

“Insya-Allah. I will be waiting for you. Assalamualaikum.’


###########################

Ketika ini tiada perkataan yang dapat menggambarkan rasa di dalam hati Suria. Segala emosi bercampur-baur. Takut, gembira, sedih, cemas dan entah apa lagi perasaan yang ada di muka bumi ini sedang melanda dirinya. Mama dari tadi setia menggenggam erat jari jemari Suria mungkin mama mahu menyalurkan sedikit kekuatan kepada Suria supaya tenang menghadapi situasi ini.

Berlainan sekali dengan Emran yang segak berbaju melayu berwarna putih gading. Lelaki itu kelihatan amat tenang menjawab setiap soalan yang diutarakan oleh tok kadi. Sekali sekala lelaki itu akan menjeling manja ke arah Suria. Usikan-usikan nakal yang kedengaran hanya dibalas dengan senyuman manis.

Suria nampak ada air jernih yang bertakung di hujung mata mama. Pasti mama juga merasai apa yang dia rasai saat ini. Alangkah bagusnya jika arwah papa masih ada. Di saat-saat seperti ini, Suria amat merindui arwah papanya. Terkilan juga di hati kecil Suria kerana arwah papa tak dapat bersama-sama meraikan hari bahagia dia tapi SUria tahu yang arwah papa pasti tenang dan gembira di alam sana.

Ciuman hangat mama mematikan lamunan Suria. Dari ekor mata, Suria dapat melihat Emran sedang menuju ke ruang yang memang disediakan untuk pengantin menunaikan solat sunat setelah sah ijab dan Kabul. SAH!. Mengingatkan tentang perkataan itu sahaja membuatkan jantung Suria berdegup lebih pantas.

- Kalau dah SAH, maknanya sekarang ni aku dah jadi isteri EMRAN la kan? Kalau aku isteri EMRAN, maknanya EMRAN tuh suami aku lah kan dan kesimpulannya kami sekarang ni dah SAH jadi suami isteri kan. Oh, otak! Kenapa kau ting tong pulak!!!!!

Suria menahan rasa hati bila dia melihatkan Emran yang menapak perlahan menghampiri dirinya. Cahaya dari flash kamera yang tidak berhenti dari tadi menyilaukan pandangan mata Suria.

“Assalamualaikum, isteriku” perlahan dan mendalam suara Emran menegur.

“Wa alaikum mussalam, suamiku”

Jari jemari Suria yang cantik berinai kini disarungkan dengan sebentuk cincin bertahta sebutir berlian dan Suria membalas dengan menyarungkan sebentuk cincin platinum ke jari manis Emran sebagai lambang yang kini dia sudah menjadi milik Emran dan Emran sudah berhak sepenuhnya ke atas dirinya. Tatkala mata mereka bertentangan, suasana seperti terhenti seketika. Renungan mata Emran menghantar rasa hangat di dalam hati Suria.

Satu ciuman kudus dihadiahkan di dahi isteri tercinta. Dari dahi ciuman itu turun ke hidung dan berakhir di kedua belah pipi. Wajah Suria merah menahan malu lebih-lebih lagi bila banyak suara nakal mengusik tingkah suaminya.

Usai upacara membatalkan air sembahyang, Emran dan Suria beralih ke khemah tetamu untuk menjamu selera dan melayan tetamu yang hadir di majlis pernikahan mereka malam ini. Tetamu yang hadir tidak lah seramai mana, lebih kepada rombongan dari pihak keluarga Emran sahaja sebenarnya manakala yang lain hanyalah kenalan mama yang tidak dapat hadir untuk upacara persandingan yang dijadualkan akan berlangsung esok. Mama sengaja mengaturkan majlis pernikahan dan persandingan secara berasingan untuk memberi peluang kepada kenalannya yang mungkin sibuk.

Malam kian larut dan tetamu sudah beransur pulang. Ketika keluarga Emran bersiap-siap untuk pulang ke hotel penginapan mereka, Ku Erlina membisikkan sesuatu ke telinga Emran. Emran hanya mengangguk-anggukkan kepala tanda dia faham dan kemudiannya dia melangkah ke ruang tamu mencari Suria.

“Ma, nampak Suria tak?” Emran bertanya kepada ibu mertuanya yang kebetulan lalu di hadapannya. Pasti mama mahu ke ruang depan untuk bertemu dengan mummy dan daddy sebelum mereka pulang ke hotel.

“Suria? Cuba Emran cari dia dalam bilik. Sakit perut katanya tadi.”

Tanpa berlengah, Emran mengatur langkah menuju ke bilik Suria. Pintu di ketuk, kedengaran suara Suria menyuruh masuk. Suria yang berdiri membelakangi pintu tidak menyedari kehadiran Emran di dalam bilik tidurnya kini.

“Lin, nanti tolong bawak masuk dulang hantaran dalam bilik Kak Su, yer. Tak nak sepah-sepah dekat luar.”

Emran menapak perlahan menghampiri Suria. Walaupun Suria hanya berbaju tidur kaftan, isterinya itu nampak sempurna di mata lelaki Emran.

Suria berpaling ketika Emran sudah berdiri betul-betul di belakangnya. Dek kerana terperanjat, Suria hampir-hampir hilang kawalan namun sempat Emran menarik tubuh isterinya itu kedalam dakapannya.

Tiada kata-kata yang terluah saat ini. Emran mendakap erat, Suria pula senang di dalam dakapan suaminya walaupun ada rasa malu yang bertandang.

“Sayang….”

“Ermmm….”

“I love you, so much”

“I love you too, so much”

Satu ciuman singgah di ubun-ubun Suria, kemudiannya turun ke dahi, beralih pula ke pipi dan berhenti lama di bibir Suria.

“Along!!!!!!!!!!!! Lamanya….. Ambil baju ke buat baju? Mummy ngan daddy dah nak gerak ni”

Jeritan dari Ku Erlina membuatkan Suria tersentak dan menolak sedikit tubuh Emran. Namun tolakannya tidak sedikit pun menggoyahkan tubuh lelaki itu.

“I’m coming.”Emran membalas dengan jeritan juga. Tangan lelaki itu masih erat memeluk pinggang Suria.

“I’m gonna miss you, love. Sekarang pun abang dah rasa rindu.” Emran membenamkan lagi bibirnya di leher Suria yang terdedah. Desah nafas lelaki itu yang memberat membuatkan Suria juga hampir-hampir tenggelam di dalam gelora hatinya. Mujur ketukan bertalu-talu di pintu membuatkan mereka tersedar.

“Ish…. Erlina ni memang tak sabar tau. Tak kasi chance langsung kat abang nak manja-manja dengan sayang.”

Suria menyusun senyum untuk menutup kehangatan di pipi. Dia menolak tubuh Emran ke arah pintu bilik.

“Su tak halau, tapi tak elok rasanya biarkan mummy dengan daddy tunggu lama. Mereka pasti dah penat.” Perlahan Suria memujuk. Lidahnya masih belum serasi mahu memanggil Emran dengan panggilan ‘Abang’.

Emran memberikan satu ciuman di dahi Suria sebelum dia memulas tombol pintu.

“I love you. Always remember that.”

“I love you too, abang” Suria mencium tangan Emran yang berada di genggamannya. Entah mengapa hatinya berasa sayu dan berdebar-debar. Bukan debaran biasa yang selalu dia rasai bila Emran di sisi tapi lebih kepada debaran dengan rasa kurang enak. Usapan dari Emran di pipinya menambahkan lagi rasa kurang enak di hati tapi Suria cuba untuk memaniskan muka menghantar Emran dan keluarganya ke muka pintu. Sebaik sahaja kereta terakhir dari rombongan keluarga Emran hilang di pandangan mata, Suria terus melangkah masuk ke dalam bilik pengantinnya semula. Dia memerlukan rehat yang cukup untuk menempuhi hari persandingannya esok.

8 comments:

  1. akhirnya..
    hihihi malu la emran ni

    ReplyDelete
  2. lamanye tnggu sambungn cter ni..sambung lg yea

    ReplyDelete
  3. haii.. bestnyaa... terbuailah sekejap... besstt laa.. boleh cepatkan sambung ending seterusnya...
    bessttt sangattt...

    ReplyDelete
  4. romantik nye hubby ne....but sesabar lah dulu emran,tk lari nye dah sah punye n ade cop sirim ggg hehe............

    ReplyDelete
  5. Utk penulis..jgn le lama sgt hold citeer ni..Plzzz...from ina

    ReplyDelete