Followers

27 April 2012

Tiada Yang Lain... (24)


Armand memandang Gabriel yang lena di sebelahnya. Perlahan-lahan dia mengalihkan tangan Gabriel yang melingkar di pinggangnya. Dia bangkit dari peraduan yang empuk, hujung kaki menarik seluar tidur yang tercampak sedikit jauh dari katil.

Sesudah menyarungkan seluar, Armand keluar dari bilik dan menghempaskan tubuh di sofa yang berada di ruang tamu. Sebatang rokok milik Gabriel ditarik keluar dari kotak. Rokok dibakar dan dia menarik dalam kandungan nikotin yang berada dalam rokok yang disedut. Asap rokok di hembus perlahan dengan harapan nikotin yang disebut mempunyai masa yang cukup untukbertindak balas dengan system tubuhnya saat ini.
Terasa sesak dada menampung asap yang berlumba-lumba masuk dan keluar dari rongga paru-parunya.

“Ah……” rambut di raup kasar.

Sejak dari apartment Rhea lagi, fikiran Armand tidak tenang. Lebih menyesakkan bila bertentang empat mata dengan papa, lelaki yang jarang-jarang mahu membuka bicara dengannya. Hari ini papa nampak amat berlainan. Papa cuba membina kembali hubungan mereka yang sudah lama beku dengan bertegur sapa tapi silapnya, papa bertanya tentang hal yang sangat dia rahsiakan. 

Bukan sahaja persoalan tentang papa yang merantai fikirannya saat ini, soalan dan kata-kata dari Zarif juga membuatkan dia tidak dapat berhenti dari berfikir. Bagaimana lelaki itu tahu tentang hubungan dia dengan Gabriel dan sejauh mana lelaki itu tahu. Dia tidak bimbang jika Zarif memberitahu Rhea, sudah ada jawapan dan penjelasan yang dia siapkan untuk gadis itu tapi dia bimbang jika hal hubungannya ini sampai ke pengetahuan papa dan mamanya. 

Armand tak mungkin dapat memaafkan dirinya jika sesuatu berlaku ke atas Gabriel. Gabriel yang lemah lembut, Gabriel yang penyayang dan paling penting, Gabriel yang sangat mengambil berat tentang dirinya yang seperti sudah kehilangan keluarga ini. Armand terasa seperti selama dia hidup di dunia ini, dia cuma menumpang kasih sayang dari orang di sekelilingnya sahaja. Uncle Amin, Auntie Aurel dan kini, Gabriel.
Rokok di tangan di sedut lagi, kali ini lebih dalam. Masuk sedutan yang ke empat, separuh dari rokok sudah habis terbakar. Armand cuba menyelak lembaran memori, mencari-cari andai ada kenangan manis dan gembira yang dia kongsikan bersama papa dan mama namun dia hampa. Kebanyakan kenangan yang gembira dan bahagia dia rasai sewaktu dia bersama Uncle Amin dan Auntie Aurel. 

Dia dihantar untuk bersekolah di Singapura ketika dia berumur 11 tahun. Selama 7 tahun dia belajar hidup sendiri di asrama, dikelilingi rakan-rakan dari pelbagai bang membuatkan pergaulan dia menjadi bebas. Dia semakin jarang bertemu dengan Uncle Amin kecuali jika dia pulang ke Malaysia menghabiskan cuti semester yang panjang. Hubungan antara dia, mama dan papa yang memang tidak mesra menjadi semakin teruk. Jika dia pulang bercuti, papa dan mama sering tiada di rumah dan kerana itu dia memilih untuk terus menyambung pelajaran ke Australia sebaik sahaja dia menamatkan sekolah tinggi.

Menyingkap kenangan dan memori lama menghantar rasa pedih yang bukan sedikit di lubuk hati Armand. Walau sekuat mana dia cuba melupakan, luka itu tetap akan terasa. 

Sebatang lagi rokok di sepit di celah bibir dan asap semakin banyak berkepul keluar.

*********************************

Angin Selat Melaka yang bertiup menampar lembut wajah dan rambut Rhea. Selepas dua hari berkurung, Rhea mengajak Zarif menemani dia mengambil angin di tepi Pantai Klebang. Kali ini mereka menaiki kereta ke pantai dan tidak lagi berjalan kaki seperti selalu. Zarif tidak mahu mengambil risiko sekiranya ada mata-mata yang mengekori mereka. 

Sejak mereka tiba, Zarif memastikan yang kedudukan Rhea tidak lebih dari tiga langkah dihadapannya. Kadangkala Rhea sengaja melambatkan langkah dengan harapan Zarif akan berjalan di sebelahnya tapi harapan hanya tinggal harapan, sejak peristiwa awal pagi tempoh hari, kelakuan Zarif agak berubah. Lelaki itu cuma berkata-kata bila perlu sahaja selebihnya hanya angguk dan geleng yang menjadi jawapan kepada persoalan yang Rhea utarakan.

Rhea memilih untuk melabuhkan pungungnya di bawah sebatang pokok ketapang yang terdapat di pesisir Pantai Klebang itu. Selendang yang terlilit di leher dijadikan alas. Zarif pula memilih untuk berdiri di belakang Rhea yang sudah duduk menanti saat matahari terbenam.

“Zarif….”

“Ermmm….”

“Kenapa awak tak duduk? Saya kekok la. Nak bercakap dengan awak pun kena mendongak”

“Tugas saya menjaga keselamatan Cik Rhea, so saya lebih selesa begini”

Rhea masih mendongak memandang kea rah Zarif, tapi lelaki itu pula hanya memandang kearah laut lepas di hadapan. Geram dengan sikap Zarif yang beku, Rhea bangun dan menarik tangan lelaki itu.

“Saya majikan awak, so jangan jangan nak tunjuk muka-sejuk-beku sangat depan saya.”

Zarif mengalihkan pandangan ke wajah Rhea bila gadis itu menyebut perkataan ‘muka-sejuk-beku’. DIa tahu yang Rhea merujuk kepada kelakuan dan mimik mukanya kebelakangan ini.

Susana berubah senyap dan sunyi. Bunyi ombak yang menghempas gigi pantai menjadi irama semulajadi yang menghantarkan rasa tenang di dalam hati Rhea. 

“Zariff…..”

“Ermm…”

“Betul ker awak akan jaga saya?”

“Ya!”

“Walau apa terjadi sekalipun, awak tak akan tinggalkan saya kan?”

“Ya!”

“Walau siapa saya sekalipun, awak tetap akan di sisi saya kan?”

“Ya!”

“Boleh awak janji dengan sepenuh hati?”

Zarif menoleh ke arah Rhea yang leka membuang pandangan ke lautan yang luar. Ada manik mutiara yang menunggu masa untuk mengalir dari tubir mata gadis itu. Dia memberanikan diri untuk menyentuh jari jemari milik Rhea.

“Saya janji dengan sepenuh hati saya yang saya tak akan sesekali tinggalkan awak kecuali jika sampai janji saya kepada Allah. Saya juga berjanji dengan sepenuh hati saya yang saya akan pergi jika hanya awak yang menyuruh saya pergi. So sekarang awak tak perlu menangis lagi. Setiap kali awak menangis, hati saya jadi sakit dan pedih.”

Rhea membalas genggaman jari Zarif.

“Apa yang mereka mahukan dari saya, Zarif? Saya bukan ada harta, jauh sekali kekayaan. Ayah saya cuma tukang kebun sekolah dan ibu saya suri rumah sahaja. Sampai hari ini, saya masih memikirkan dari mana ayah dapat duit sampai mampu beli rumah mewah dan kereta idaman saya. Tak mungkin ayah pinjam wang dari lintah darat semata-mata untuk perkara tu semua. Saya tak perlukan wang ringgit yang berjuta atau harta yang melimpah ruah jika saya perlu menjadi orang buruan setiap masa. Saya penat Zarif.”

Air mata Rhea menitis juga. Zarif seolah-olah dapat merasakan bebanan perasaan yang sedang dialami oleh Rhea saat ini. Gadis itu terlalu muda untuk menghadapi semuanya. Di usia sekarang, gadis itu sepatutnya berperang dengan pelajaran dan bukannya dengan menjadi buruan orang yang tidak dikenali.

“Mungkin Tuan Zakuan tahu kenapa awak menjadi buruan. Saya rasa sudah tiba masanya untuk awak mencari kebenaran tentang siapa diri awak sebenarnya, Rhea.”

Rhea hanya mengangguk perlahan. Perkara yang sama juga sedang bermain-main di fikirannya saat ini.
Matahari semakin menghilang di kaki langit, meninggalkan sinaran keemasan yang bertebar di serata alam. Rhea memejamkan matanya untuk menghayati bunyi ombak yang menghempas pantai. Kepala di jatuhkan di bahu Zarif. Dia rasa selamat setiap kali berada bersama lelaki itu rasa itu membuatkan dia tenang.

*******************************

Ruang tamu itu gelap gelita, tiada sebiji lampu pun yang menyala. Tuan Zakuan masih sabar menanti kepulangan Puan Mariyah yang mungkin sedang mabuk mengulit kekasih hati. Mengingatkan tentang itu membuatkan hati Tuan Zakuan sakit namun dek kerana rasa sayang yang menggunung, dia masih bertahan.
Bunyi enjin kereta dan biasan lampu yang terang dari arah tempat letak kereta menandakan yang Puan Mariyah sudah tiba. Mata Tuan Zakuan menjeling ke arah jam di tangan. 3.30 pagi!

Puan Mariyah melangkah terhoyong hayang. Kasut yang di jinjing di campakkan ke tepi pintu masuk. Beg tangan pula dilemparkan ke sofa yang berdekatan. Kepalanya pening, kesan dari beberapa gelas tequila yang dia ambil. Ketika kakinya memijak anak tangga yang pertama, sapaan dari satu suara benar-benar membuatkan dia terkejut.

“MARIYAH!!”

Langkah kaki Puan Mariyah terhenti dan dia berpaling. Dia tahu gerangan empunya suara itu.

“Hei! You dah balik sayang! How’s Hong Kong?” dengan langkah yang tidak teratur, Puan Mariyah menuju ke arah Tuan Zakuan dan cuba memeluk suaminya itu. Tuan Zakuan menolak kasar tubuh Puan Mariyah sehingga perempuan itu jatuh terduduk di sofa.

“What’s wrong Zack?” Ada nada tidak puas hati di suara Puan Mariyah.

Tuan Zakuan memetik suis lampu utama san sekelip mata ruang yang gelap tadi bertukar menjadi terang benderang. Dia mencampakkan kepingan foto yang dipegang ke wajah Puan Mariyah.

“What’s wrong with me? It should be the other way round, Mariyah!”

Puan Mariyah mengutip foto-foto yang jatuh bertaburan. Cepat sahaja matanya menangkap wajah Hazwan dan dirinya yang sedang bercumbu mesra. Satu tawa kecil meletus keluar dari bibirnya.

“He just another friend of mine, Zack. Takkan ni pun you nak cemburu. You tahu I sayangkan you, kan”

“Kawan? Kawan yang temankan you pergi bercuti? Kawan yang temankan you sampai dalam bilik tidur?”

“Selama ni, you tak pernah kisah pun siapa kawan I, kenapa sekarang you nak sibuk-sibuk?”

Tuan Zakuan mengambil tempat di sisi Puan Mariyah.

“Mariyah, kita bukan semakin muda, stop doing all this nonsense. I tak nak terus tanggung dosa.” Tuan Zakuan cuba berlembut.

“Hei! You ni dah kenapa? dah kena sampuk dengan hantu kawan baik you tu ke? Pergi mampus la dengan dosa you tu. Kenapa I nak kisah kalau selama ni you sendiri pun tak pernah nak kisah. This is my life and I ruled my own life. I don’t need you to tell me what is wrong or what is right!”

“Mariyah!!” 

Tubuh Tuan Zakuan menggigil menahan kemarahan yang amat sangat. Kini dia sedar yang dia sudah jauh tersasar. Asap rokok yang keluar berkepul-kepul keluar dari bibir Puan Mariyah umpama minyak yang menyemarakkan api kemarahannya. 

“Mariyah Sienna Pangilinan, kalau kau masih bersama lagi dengan budak hingusan tu, jangan salahkan aku jika satu hari nanti kau hilang hak atas segalanya.” Tuan Zakuan menarik rokok di bibir Puan Mariyah dan menekan puntung rokok yang masih menyala itu ke tapak tangannya. 

Mendengarkan Tuan Zakuan memanggil nama penuh yang sangat dia benci membuatkan Puan Mariyah seperti ingin menjerit sekuat hati memaki hamun suaminya itu. Dia tahu yang kali ini Tuan Zakuan benar-benar serius dan dia tiak akan kalah dengan ugutan lelaki itu.

- Sial kau, Zakuan. Berani kau ugut aku. Kalau kau mahu Mariyah Sienna Pangilinan, aku akan menjadi perempuan itu. Jangan kau menyesal!!!

3 comments:

  1. xde sambungan lg ke angel?? best cte nie..lain dari yang lain..nak lagi!!!..hehehe

    ReplyDelete
  2. bestt... lain sikit cerita ni... bercampur dgn gengster lahh.. nak tahu ending seterusnya... bila boleh dpt baca ni... apa akan jd dgn rhea n zariff..

    ReplyDelete
  3. cik writer.. this is my first time comment kat blog org.. pls sambung T_T im begging u

    ReplyDelete