Suhu di ruang tamu apartment mewah milik Rhea terasa amat berbahang sejak dari ketibaan Tuan Zakuan. Satu kejutan yang memang tidak dia sangka bila dia melihat tubuh Armand yang duduk santai menonton televisyen di ruang tamu saat dia tiba tadi.
Armand pula berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Dia tidak mahu orang kanan ayahnya melihat ada gejolak yang berlaku dalam keluarga mereka walaupun dia dapat mengagak yang pasti sedikit sebanyak Abang Rizal dan Kak Sheila pasti tahu apa yang sedang berlaku.
Sejak dari menjejakkan kaki ke dalam apartment, tumpuan Abang Rizal dan Kak Sheila lebih kepada Zarif. Mereka berempat termasuk ayahnya mendengar dengan teliti setiap butir bicara Zarif tentang apa yang berlaku. Zarif ada melukis gambarajah kedudukan ketika mereka di serang hendap. Armand dapat lihat yang lelaki itu memang mempunyai daya ingatan yang bagus dan seorang yang sangat professional. Ini kerana Zarif boleh mengingati model kereta, nombor plat, berapa orang yang ada di dalam kenderaan, waktu yang tepat mereka diserang dan yang paling penting, Zarif dapat memberikan gambaran wajah lelaki-lelaki yang menyerang dia dan Rhea. Armand terpaksa mengakui yang lelaki itu memang hebat. Tidak hairanlah Kak Sheila dan Abang Rizal begitu mempercayai Zarif. Pasti lumayan upah yang di terima oleh lelaki itu.
Ketika mereka sedang sibuk berbincang, telefon bimbit milik Armand berlagu nyaring menandakan ada panggilan yang masuk. Nama yang tertera membuatkan jantung Armand berdebar.
“Hello…”
“Hello baby. Are you still at ‘her’ place?” suara di hujung talian kedengaran manja bertanya.
Armand bangun dari sofa yang dia duduki dan berjalan menuju ke arah pintu gelongsor yang memisahkan ruang tamu dengan beranda. Dia tidak selesa mahu berbicara di dalam rumah.
“Yup. Anything important?”
“Nothing. Are you accompany ‘her’ tonight?”
“I mungkin balik rumah my parent, Gab. My father is here and I don’t want any unnecessary Q & A session to be happen. I hope you understand.”
“Of course I do, baby. I’m gonna miss you tonight. Your body, your smell, your touch…”kata-kata yang diucapkan Gabriel kedengaran sangat menggoda di telinga Armand.
“I miss you too, sweetheart. I will see you tomorrow at your place. You take care. Jangan nakal-nakal”
“You too, jangan nakal-nakal. Love you baby.”
Talian diputuskan. Saat Armand berpaling, Tuan Zakuan sudah berdiri betul-betul di belakangnya. Hampir sahaja telefon di tangan tercampak jatuh dek kerana rasa terkejut.
“Who is she?” keras sahaja soalan dari Tuan Zakuan.
“Its none of your business.”keras juga jawapan yang keluar dari mulut Armand.
“But you are my son; I have the right to know”
“Am I? Arm terlupa tentang tu.”
Armand terus masuk ke dalam rumah meninggalkan Tuan Zakuan keseorangan di beranda. Ada rasa sakit seperti di tusuk jarum yang tajam di dalam hati Tuan Zakuan.
- Maafkan papa, Armand.
***********************
Rhea bangkit perlahan-lahan dari katil peraduannya. Jika diikutkan rasa hati ketika ini, dia memang tidak rela mencelikkan mata yang masih berat dan mengantuk namun rasa perut yang sedang membuat konsert hard rock berjaya mengalahkan segala rasa yang lain.
Mata cepat sahaja mengerling jam di tangan. 2.40 pagi!!. Lama gila dia tidur, patut pun perut sudah masuk mood rock keras. Dia belum menjamah walau sebutir nasi pun dari pagi tadi. Langkah diatur keluar dari bilik setelah dia membasuh muka dan menggosok gigi.
Bunyi televisyen yang terpasang di ruang tamu menarik perhatian Rhea. Siapa pula yang menonton televisyen di rumahnya ini. Dengan tangan yang sedikit menggigil dan jalan yang berjingkit, Rhea menjengukkan kepala ke ruang tamu.
Sesusuk tubuh Zarif yang tersandar di sofa menggamit rasa simpati Rhea. Pasti lelaki itu keletihan sehingga tertidur dalam keadaan duduk.
Selimut yang ada di dalam bilik tidurnya di bawa keluar. Dia menutup televisyen dan menyelimutkan tubuh Zarif yang kesejukan kerana lelaki itu tidur tanpa menutup pintu gelongsor di beranda. Angin yang bertiup di hening pagi begini terasa menusuk terus ke tulang hitam. Bagaimana Zarif boleh tidur lena dengan keadaan sejuk dan tidak selesa seperti ini.
Rhea mengambil kesempatan membelek wajah Zarif yang sedang lena tidur. Jari jemarinya menyelak helaian anak rambut Zarif yang terjuntai jatuh di dahi lelaki itu. Dari dahi, jari jemari Rhea kini menyentuh lembut kening Zarif, terus ke hidung lelaki itu yang agak mancung dan kini terhenti di bibir Zarif yang berwarna kemerah-merahan. Seksi!! Bisik hati Rea. Dan kerana keseksian yang sedang dia tatap sekarang ini, jantungnya terpaksa bekerja 2 kali ganda lebih dari biasa.
- Ah sudah! Boleh kena sakit jantung kalau tenung muka mamat ni lama-lama.
Rhea bangkit dari simpuhannya. Tatkala dia mula menyusun langkah mahu menuju ke dapur, dia terasa ada sepasang tangan yang hangat menangkap pergelangan tangannya.
“Dah lama bangun?” suara serak-serak basah yang seksi menyapa telinga Rhea tapi dia masih tidak mahu berpaling memandang wajah tuan punya suara. Rhea malu jika segala perlakuannya sebentar tadi tertangkap oleh Zarif.
“er…er…er….” Tergagap-gagap Rhea mahu menjawab.
“Lapar?”
“Yup. Nak pergi dapur, tengok apa yang ada.”
“Duduk sini je. Saya ambilkan makanan.”
Zarif bangun dari pembaringan. Tangan Rhea di tarik perlahan ke arah sofa dan dia memberi isyarat supaya gadis itu duduk sahaja. Sebaik sahaja punggung Rhea mencecah sofa, Zarif menghilang di sebalik dinding dapur.
********************
Lima belas minit berlalu. Bau-bauan yang enak bertebaran di dalam apartment Rhea membuatkan perut Rhea bergendang hebat. Jika tadi perutnya baru membuat konsert hard rock, kini lagu heavy metal telah mula berkumandang.
Zarif melangkah perlahan menuju ke sofa sambil di tangannya menatang dulang berisi bubur, sup ayam dan telur hancur. Rhea menelan air liur. Sup ayam! Di tekaknya terasa-rasa lagi sup ayam yang dimasak Zarif sebelum ini. Rasanya amat berbeza dengan sup ayam yang pernah dia rasa sebelum ini.
Zarif meletakkan dulang makanan ke atas meja kopi dengan berhati-hati. Selepas itu dia menyendukkan bubur yang masih berasap ke dalam mangkuk dan sup ayam ke dalam mangkuk yang lain. Sedikit telur hancur di letakkan di atas bubur.
“Nak bubur dulu ke atau nak sup dulu?” lembut sahaja Zarif bertanya.
Rhea berasa sangat terharu dengan layanan yang Zarif berikan sehingga dia tidak mampu untuk membuka mulut untuk menjawab soalan dari Zarif. Tubir mata terasa panas. Bila-bila masa sahaja airmata akan mengalir keluar. Tubuhnya terhingut-hingut menahan tangis.
Zarif mengesat airmata yang mengalir di pipi Rhea. Tubuh gadis itu ditarik ke dalam pelukannya.
“Kenapa nangis? Did I hurt you?” tangan Zarif mengusap lembut rambut Rhea.
Rhea masih tidak mampu berkata-kata untuk menjawab. Pertanyaan Zarif dengan nada suara yang sangat prihatin menambahkan rasa sedih di hatinya. Dia hanya menggelengkan kepala.
“Shhhhh….. don’t cry. Everything will be fine.”
Esak tangis Rhea semakin berkurangan namun detak jantung Zarif pula menjadi semakin tidak sekata. Dia tahu yang kelakuan dia sudah terbabas jauh. Dia tidak sepatutnya memeluk gadis yang juga majikannya ini tapi dia juga tidak mampu untuk sekadar berdiam diri melihat sahaja kesedihan yang melanda gadis itu. Setiap titis air mata yang menitis keluar, umpama pisau menghiris di hati lelakinya.
Rhea menolak perlahan dada Zarif yang menjadi tempat dia menghamburkan tangis sebentar tadi. Kelihatan jelas tanda kebasahan akibat airmata Rhea. Jari jemarinya mengusap lembut tanda basah itu.
“Zarif….” Rhea mengangkat wajahnya dan memandang tepat ke mata Zarif.
“ermmmm…”
“Kenapa awak layan saya baik sangat?”
“Sebab awak majikan saya, Cik Rhea.”
“Tapi semua ni tak termasuk dalam tugasan kerja awak. Tugas awak hanya untuk menjaga keselamatan saya, bukan memasak untuk saya.”
“Awak tak suka?”
“Bukan tak suka, tapi…..”
Rhea tidak meneruskan kata-kata, airmata yang berbaki di kesat dengan menggunakan belakang tapak tangan.
“Tapi apa?”
“Tapi saya takut.”
“Apa yang awak takutkan, Cik Rhea?”
“Saya takut awak akan tinggalkan saya. Dengan segala apa yang terjadi kebelakangan ni, saya sangat takut jika satu hari nanti awak tak sanggup nak jaga saya, temankan saya dan paling saya takut jika awak pergi terus dari sisi saya. Saya tak dapat bayangkan semua tu berlaku.”
Pengakuan dari Rhea itu membuatkan dunia Zarif seakan berhenti berputar untuk seketika. Rasa itu indah, memukau dan jika boleh, Zarif mahu momen ini kekal sampai bila-bila tapi kenyataan itu sering mencemburui angan-angan. Sedetik kemudian Zarif kembali berpijak di bumi yang nyata. Tak mungkin dia menyulam rasa dengan majikannya sendiri. Itu bukan prinsip dia selama ini. Walau hati cinta dan suka, dia harus sedar yang dia bekerja untuk Rhea dan Rhea itu adalah majikannya.
“You don’t have to worry. Saya takkan tinggalkan awak selagi awak memerlukan khidmat saya. Saya cuma akan pergi bila awak suruh saya pergi. Keselamatan awak adalah tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya” Zarif mengusap lembut airmata yang menitis di pipi mulus Rhea. Sebelah tangan lagi menarik tubuh gadis itu ke dalam pelukannya.
20 April 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Suka cerita ni...cerita yg membuat kita berfikir..tapi..lama nak tunggu n3 baru..Cik Writer kalau boleh update la selalu bukan apa takut lupa jalan cerita....
ReplyDeletethanx a lot untuk komen cik Anon.... maaf la, bukan taknak update selau, tapi kekangan masa membataskan idea untuk keluar.... Insya-Allah akan cuba yg terbaik lagi...
ReplyDeleteyea.... cite ni best... lain dari yg lain.... hope cik writer dpt update selalu......
ReplyDeleteBEST,TAPI LAMBAT SANGAT UPDATE
ReplyDeletebest cite ni kalau ada kelapangan selalulah
ReplyDeleteupdate n3 baru ye...
bestlah cite nie selalu lah update, xsabar nk tahu n3 seterusnya...tq 4 this n3
ReplyDeleteThe 15 best Casinos in Atlantic City - MapyRO
ReplyDelete15 Best Casinos 제주도 출장샵 in 과천 출장안마 Atlantic City · 1. Bally's Atlantic City Casino 용인 출장마사지 & Hotel · 2. The Borgata Hotel Casino & Spa 통영 출장안마 · 3. The Venetian Resort Atlantic 광주광역 출장안마 City