Followers

28 March 2012

Tiada Yang Lain... (22)

Tiada sepatah perkataan yang keluar dari mulut Rhea sejak mereka meninggalkan tanah perkuburan. Kereta Mini Cooper Type ‘Z’ yang dipandu oleh Zarif meluncur laju. Jarum meter hampir mencecah 200/kmj ketika mereka melalui laluan lebuhraya. Kalau dalam situasi yang normal, pasti sudah panjang berjela leteran dari Rhea tapi kali ini, gadis itu langsung tidak ambil peduli. Apa yang dia tahu, dia mahu segera sampai ke apartmentnya, berapa laju kereta yang dipandu oleh Zarif ketika ini, itu bukan persoalan yang besar.

Zarif mengerti apa yang bermain di minda Rhea. Sedikit sebanyak dia juga rasa terancam dengan kejadian yang baru berlaku tadi. Dia langsung tidak mempunyai peluang untuk membuat serangan balas. Ternyata senjata yang penyerang mereka gunakan adalah antara senjata yang tercanggih di pasaran. Tidak keterlaluan jika Zarif mengandaikan yang senjata yang mereka gunakan tadi masih belum memasuki pasaran Asia. Jika ada sekalipun, pasti ianya didapati dari pasaran gelap. Zarif mengingatkan dirinya supaya tidak lupa menghubungi Karen, salah seorang teman lama yang dia kenali sewaktu berada di Singapura dahulu. Pasti wanita itu dapat memberikan maklumat yang dia perlukan.

Tangan Rhea yang menggenggam kuat tali pinggang keledar di capai lembut. Kehangatan dari tapak tangan Zarif membuatkan Rhea berpaling memandang ke arah lelaki itu.

“Zarif……..”

“hurmmm….”

“Saya takut….” Pecah empangan airmata yang ditahan dari tadi. Sedu sedan yang mengiringi tangisan Rhea membuatkan hati Zarif menjadi sayu. Ingin sekali rasanya dia memberhentikan kereta saat ini dan memeluk erat tubuh gadis itu sebagai tanda yang dia akan sentiasa bersama walau apa sekalipun yang berlaku. Tapi semua itu hanyalah di dalam jangkauan akal dia sahaja.

Zarif membiarkan Rhea menggenggam erat tangannya jika itu yang dapat membuatkan gadis itu berasa selesa dan selamat walaupun dia sendiri tidak selesa.

Sebentar tadi dia telah memberitahu Kak Sheila tentang keadaan dan situasi yang mereka hadapi. Kak Sheila menyuruh mereka segera pulang ke apartment dan mereka tiadk dibenarkan untuk singgah atau berhenti di mana-mana sekalipun. Mereka amat bernasib baik kerana Zarif telah mengisi minyak semasa mereka menghala ke tanah perkuburan sebentar tadi, jadi mereka memang tiada kepentingan untuk berhenti. Ketika ini mereka baru sahaja melepasi Jambatan Sultan Ismail. Keadaan trafik yang sesak membuatkan perjalanan mereka tersangkut-sangkut.

Rhea sudah terlelap ketika kereta mereka melepasi sempadan negeri Johor-Melaka. Sebaik sahaja memasuki Lebuhraya AMJ, Zarif meneruskan pecutan. Dari ekor matanya dia dapat menangkap kelibat sebiji kereta Mitsubishi Lancer yang membontoti kereta yang sedang dia pandu.

“Ah.. Sialan. Bala apa lagi yang menanti kini.” Hati kecil Zarif berbisik.

Kereta yang mengekori mereka kini semakin menghampiri, tapi yang menjadi persoalan di minda Zarif ketika ini, tiada tanda-tanda yang kereta itu mahu menyerang mereka kerana sejak dari tadi, jarak diantara kereta dia dan kereta meng mengekori itu kekal sahaja. Jika kereta yang mengekori itu benar-benar mahu menyerang dia dan Rhea, pasti mereka telah memecut laju setiap kali ada peluang.

Apabila ternampak sahaja papan tanda Pantai Klebang, hati Zarif berasa sedikit lega. Dia tidak bimbang langsung tentang dirinya tapi apa yang menjadi keutamaan dia kini adalah keselamatan Rhea. Sekiranya Rhea tercedera, pasti dia akan dipersalahkan sepenuhnya.

Sebaik sahaja kereta yang dia pandu memasuki kawasan apartment yang mereka duduki, kelibat kereta Mitsubishi yang mengekori mereka juga meluncur pergi. Zarif yakin, kereta itu pasti merupakan anak-anak buah Tuan Zakaria yang dihantar untuk memastikan keselamatan Rhea lebih terjamin. Ini membuatkan Zarif semakin pelik.

-Siapa sebenarnya gadis ini –

Satu soalan yang sering hadir di dalam fikirannya tapi sehingga kini belum ada jawapan yang dia jumpa.

************************

Rhea tersedar bila dia merasakan satu sentuhan hangat di pipinya.

“Abang Armand?”

“What happened, my dear?” Armand bertanya lembut. Dia dapat melihat ketakutan dari dalam mata Rhea. Pasti gadis itu sedang berada dalam keadaan trauma sekarang ini.

wǒ bù zhīdào (Rhea tak tahu)” Rhea menjawab dengan nada suara yang bergetar. Di dalam kotak fikirannya kini terbayang kembali aksi tembak-menembak yang berlaku.

nǐ shēntǐ hǎo ma (Rhea ok tak?)” Armand mengusap lembut kepala Rhea.

háixíng. méiyǒu shénme kě dānxīn de. (Rhea ok. Abang jangan bimbang.)” Rhea menarik tangan Armand yang berada di atas kepalanya dan menggenggam erat jari jemari lelaki itu.

“Rhea rehat dulu, abang tunggu kat luar. Clear your mind. We will sort this thing out very soon.” Armand membetulkan kedudukan bantal Rhea dan menyuruh gadis itu merebahkan badannya. Ketika dia bangun untuk keluar dari bilik, Rhea menarik pantas lengannya.

“How did you know?” Rhea menyoal.

“Zarif yang bagi tahu. Dia call abang guna phone Rhea. He is worried about you.” Armand tersenyum sinis bila melihat wajah Rhea yang memerah bila dia memberitahu tentang Zarif. Pasti ada sesuatu yang berlaku antara mereka berdua.

“Dia mana?” Rhea bertanya tentang Zarif.

“Dia ada kat ruang tamu. Waiting for papa and Kak Sheila to arrive. We have a lots of thing to discuss. Rhea berehat je dulu.” Armand mengusap perlahan kepala Rhea sebelum dia berlalu keluar menuju ke ruand tamu.

Tidak perlu menunggu lama, Rhea kembali terlelap dek kerana masih keletihan dari segi emosi.

************************

“Kau pasti lelaki-lelaki yang menyerang kau dan Rhea hari ni bukan berasal dari sini?” Serius sahaja nada suara Armand bertanya kepada Zarif. Bukan dia meragui kecekapan dan ketangkasan lelaki itu tetapi dia cuma inginkan satu kepastian sebelum dia dan ayahnya mengambil tindakan yang lebih jauh. Tiada kompromi dalam memastikan keselamatan Rhea terjamin.

“Aku pasti. Senjata yang mereka gunakan juga masih baru di pasaran gelap. Buat masa ni, senjata tu cuma boleh diperolehi di China atau Taiwan sahaja. Aku juga sudah meminta pertolongan seorang sahabat yang arif tentang penjualan senjata api di pasaran gelap untuk mendapatkan senarai pembeli yang membeli senjata api terkini yang digunakan oleh mereka yang menyerang aku dan Cik Rhea. Sahabat aku itu akan menghubungi aku dalam sehari dua lagi.” Zarif masih mempamerkan wajah yang tidak berperasaan. Wajah lelaki yang beku dan dingin.

“Sahabat kau tu, boleh dipercayai ke?” sinis soalan yang keluar dari mulut Armand.

“pada aku istilah sahabat itu sangat besar maknanya. Aku mempercayai sahabat lebih dari nyawaku sendiri. Terpulang pada kau untuk menilainya, tapi aku tahu yang sahabat aku ini boleh membantu. Atau mungkin kau mempunyai cara lain untuk mencari siapa penyerang kami. Mungkin juga kau boleh bertanya kepada ‘kekasih gelap’ yang kau sayangi itu. Dia mungkin dapat membantu kau di saat-saat seperti ini.”

Tersentak Armand bila Zarif menyebut tentang ‘kekasih gelapnya’. Satu pandangan tajam yang berbisa dihadiahkan kepada Zarif tapi lelaki itu masih tidak menunjukkan sebarang reaksi.

“Apa maksud kau dengan ‘kekasih gelap’. Apa yang kau tahu tentang aku?” keras sahaja suara Armand bertanya.

“Apa yang aku tahu, itu tidak penting buat masa ini. Tapi aku mahu ingatkan kau, berhati-hati dengan ‘kekasih gelap’ kau itu. Dia mungkin tidak senaif yang kau sangka.” Armand membalas tenang.

“Aku lebih mengenali dia dari kau. Aku beri amaran, jangan sesekali kau ceritakan tentang ‘kekasih’ aku kepada sesiapa terutamanya Rhea. Dia masih terlalu mentah untuk memahami segalanya dan aku tak mahu kau masuk campur urusan aku dengan kekasih aku. Anggap sahaja perbualan tentang ini tidak pernah berlaku.” Armand bangkit dari sofa menuju ke arah peti sejuk. Dia perlukan sesuatu yang sejuk untuk meredakan rasa hati yang sudah mula panas berbahang.

- Bagaimana lelaki itu boleh tahu tentang hubungan aku dan Gabriel. Ah! Kusut. Jika dia boleh tahu, tak mustahil satu hari nanti ayah dan mama juga akan tahu. Aku harus bertindak segera.

***********************

“Jahanam!!!!!!!! Macam mana korang semua buat kerja?????? Benda yang remeh macam ni pun tak boleh selesai. Bodoh!!!!!!!” Gabriel menjerit nyaring.

Thuanthong dan Puenthai hanya mampu diam membisu. Mereka tidak berani untuk mencelah bila Gabriel sedang mengamuk. Tiga orang lelaki yang berdiri di hadapan Gabriel hanya tunduk menikus. Jelas kelihatan jari jemari mereka yang menggigil ketakutan kerana gagal melaksanakan segala arahan yang Gabriel berikan minggu lalu. Mereka tahu bala apa yang sedang menanti mereka tapi mereka masih berharap agar Gabriel dapat memberikan peluang kedua untuk mereka

“Thuanthong, suruh mereka berambus.”

Gabriel memberi arahan kepada Thuanthong beserta dengan satu isyarat tangan. Thuanthong menyuruh ketiga-tiga lelaki yang berdiri di hadapan Gabriel tadi supaya keluar dari bilik utama. Gabriel menyelak skirt pendek yang dia pakai dan menarik keluar sepucuk pistol dari sisi pehanya. Belum sempat lelaki yang berada di hadapan sekali membuka pintu bilik, Gabriel dengan pantas menarik picu pistolnya dan melepaskan tiga das tembakan yang mengenai tepat di kepala ketiga-tiga lelaki tadi.

Thuanthong dan Puenthai hanya memandang tanpa perasaan. Itu bukan kali pertama ianya berlaku. Setiap kali orang suruhannya gagal melaksanakan arahan yang di beri, pasti itu habuan yang akan mereka terima. Gabriel lebih senang melakukannya sendiri.

“Thuanthong, Puenthai, aku mahu kau berdua cari orang lain untuk selesaikan apa yang aku mahu dan pastikan kali ini kerja yang aku mahu selesai, jika tidak, nasib kau berdua juga akan jadi seperti si bodoh yang kaku ni. Bersihkan tempat ini dan uruskan si bodoh ini semua seperti biasa.”

Gabriel melangkah keluar dari bilik dengan memijak tubuh-tubuh kaku yang bergelimpangan di hadapan pintu masuk bilik utama itu. Dia tidak mahu mengotorkan kasut Chanel kesayangannya dengan darah dari lelaki-lelaki bodoh itu.

Thuanthong dan Puenthai yang mendengar kata-kata dari Gabriel tadi memandang sesama mereka. Dalam kepala masing-masing sedang mencari siapakah calon yang ada untuk menyelesaikan semua arahan yang Gabriel berikan. Mereka tak mahu hidup mereka berakhir seperti lelaki-lelaki yang ditembak tadi.

2 comments:

  1. Gabriel... sangat menakutkan....
    Armand... macam manalah awak boleh buta... salah ibubapa awak juga...
    Zarif.... u are the hero..... tlg jaga Rhea baik2....

    ReplyDelete
  2. Zarifffffffff. ♥.♥ hehhehe. The better way to make sure Rhea is safe = Kawin kan aja mereka berdua so Zariff will be by her side all the time kekeke. Cepat2 sambung eh, nak tahu jugak siapa Rhea sebenarnya.

    ReplyDelete