engkau yang sedang patah hati
menangislah dan jangan ragu ungkapkan
betapa pedih hati yang tersakiti
racun yang membunuhmu secara perlahan
engkau yang saat ini pilu
betapa menanggung beban kepedihan
tumpahkan sakit itu dalam tangismu
yang menusuk relung hati yang paling dalam
Farid melepaskan satu keluhan berat. Dinding kaca yang mengelilingi ruang pejabatnya membolehkan dia memerhatikan segala tingkah laku Suria. Gadis itu kelihatan gembira dan bersemangat. Farid merenung telefon bimbit yang berada di atas meja. Otaknya seakan tepu bila teringat tentang perbualan antara dia dengan Sherly sebentar tadi. Awalnya dia memang terkejut bila menerima panggilan dari gadis yang juga merupakan pelanggan syarikatnya itu. Sangka Farid, pasti Sherly ingin berbincang tentang projek yang sedang mereka usahakan sekarang ini, tapi ternyata segala sangkaannya jauh tersasar. Ada perkara lain yang lebih diutamakan oleh gadis itu selain dari projek mereka.
“Assalamualaikum, Encik Farid Hakimi” lunak dan mesra suara Sherly menyapa cuping telingan Farid.
“Wa alaikum mussalam. Apa yang boleh saya bantu, Cik Sherly”
“Banyak perkara yang awak boleh bantu saya, Encik Farid. Terutama yang melibatkan Cik Suria Hani.”
Hati Farid berdebar bila Sherly menyebut tentang Suria.
“Melibatkan Suria? Apa maksud Cik Sherly?”
“Saya nak awak tolong saya pastikan yang Suria takkan berkahwin dengan Emran. Boleh awak bantu saya, Encik Farid?”
“WHAT?? Saya tak faham. Kenapa saya kena tolong Cik Sherly? Apa kaitan saya dengan perkahwinan mereka?”
Pantas Farid bangun dan berdiri bila dia mendengarkan pertolongan yang diminta oleh Sherly.
“Come on, Encik Farid. Saya tahu yang awak sukakan Suria. Tak perlu lah awak sembunyikan perasaan awak tu dari saya. Awak tolong saya, saya tolong awak. Awak akan dapat bersama Suria, Emran pula akan jadi milik saya. Senang kan?” Sherly masih bersuara mesra seolah-olah apa yang mereka bualkan ketika ini adalah sesuatu yang biasa sahaja.
“No way. Saya takkan jadi perampas. Walaupun saya sukakan Suria, saya tak akan sanggup untuk merosakkan hubungan antara dia dengan Emran. It’s ridiculous!”
“Adakah itu bermakna yang awak memang tak mahu membantu saya, Encik Farid?” kali ini suara Sherly kedengaran sedikit keras.
“Saya minta maaf Cik Sherly. Saya tak mahu terlibat dalam rancangan awak untuk memisahkan Suria dan Emran. Saya tiada apa-apa kepentingan langsung.”
“Hahaha…. Kalau begitu kata awak, terpaksalah saya beritahu kepada Tuan Malik tentang diri awak. Awak rasa apa reaksi Tuan Malik jika dia dapat tahu awak adalah anak kepada lelaki yang pernah merogol isterinya dahulu. Saya pasti awak tahu tentang hal ini kan, Encik Farid?”
Lemah longlai tubuh Farid bila mendengarkan setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Sherly. Menggigil tangannya menahan seribu satu rasa yang bertandang. Marah, geram, benci dan sakit hati bercampur baur. Dia tidak tahu bagaimana Sherly boleh tahu tentang latar belakang hidupnya yang terlipat kemas selama ini.
“Awak……awak….. dari mana awak tahu semua ini?” terketar-ketar suara Farid bertanya.
“Dari mana saya tahu, itu tak penting Encik Farid. Sama ada awak pisahkan Suria dan Emran ataupun rahsia awak sampai ke tangan Tuan Malik. Pilihan kini di tangan awak. Awak ada masa selama tiga hari untuk fikirkan tentang hal ini. Jika awak tak hubungi saya semula, saya akan pastikan segala rahsia awak akan sampai kepada Tuan Malik.”
“Awak ugut saya, Cik Sherly?”
“Saya bukan mengugut, tapi saya bantu awak untuk dapatkan perempuan yang awak sayang. Salah ke? Jangan lupa Encik Farid, awak ada masa selama tiga hari. Fikirkan baik-baik.”
Kali ini Sherly bersuara dengan nada yang sangat angkuh dan bongkak. Dia mahu Farid tahu yang dia benar-benar serius dengan apa yang dia katakan. Dia sangat yakin yang Farid akan menurut segala rancangannya. Dalam hati Sherly sudah ketawa gembira.
Tok..tok…tok…
Ketukan di pintu biliknya mematikan semua lamunan Farid. Kelibat Raudhah, setiausaha Tuan Malik di gamit masuk.
“Ada apa Raudhah?”
“Maaf Encik Farid, Tuan Malik panggil Encik Farid ke bilik dia. Ada sesuatu yang ingin dia bincangkan.” Sopan sahaja Raudhah yang bertudung jingga menyampaikan hajat Tuan Malik kepada Farid. Gadis manis yang masih bujang ini memang tidak betah memandang terus ke wajah kacak milik Farid. Bisa terbang melayang segala apa yang ada di dalam fikiran nanti.
Farid bangun dari kerusi yang dia duduki. Dia menarik satu helaan nafas yang berat, dengan langkah yang longlai dan tidak bermaya, dia keluar dari biliknya menuju ke bilik Tuan Malik.
####################################
Sherly tertawa gembira sebaik sahaja dia meletakkan gagang telefon. Dia tahu Farid pasti sedang menahan kemarahan saat ini namun dia yakin yang Farid akan menurut sahaja segala perancangan yang dia aturkan.
Dia tahu yang lelaki itu amat menyayangi dan menghormati bapa angkatnya, Tuan Malik dan Farid tidak akan sesekali membiarkan lelaki itu tahu tantnag sejarah hitam yang dia simpan. Sherly juga tidak menyangka yang Farid mampu hidup dengan membawa bebanan seberat itu. Mungkin kerana itu lelaki itu tidak pernah mempunyai hubungan rapat dengan mana-mana wanita walaupun dia mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan lelaki biasa lain.
Hujung rambut yang hitam berkilat dipintal-pintal. Sherly masih menunggu panggilan dari penyiasat persendirian yang dia upah untuk menjejaki susur galur keluarga asal lelaki yang bernama Farid Hakimi itu. Dia tidak akan berpuas hati dengan satu rahsia hitam sahaja. Dia mahu tahu segala-galanya tentang Farid supaya lelaki itu tidak akan berpaling tadah di kemudian hari. Dia akan mempergunakan lelaki itu dengan sebaik mungkin demi untuk mendapatkan apa yang dia hajati.
Beberapa pesanan ringkas dihantar kepada Emran berpura-pura bertanyakan tentang status rekaan dan pelan yang di sediakan oleh Emran namun tiada satu pun yang dibalas oleh lelaki itu. Sherly mendengus geram. Sekali lagi dia melemparkan telefon bimbitnya ke dinding untuk melampiaskan rasa marah yang terbuku di hati. Gagang telefon di bilik hotel diangkat dan dia mendail nombor telefon bimbit milik Emran. Suara Adele yang mengalunkan lagu ‘Someone Like You’ sementara menanti panggilan di jawab dirasakan seperti sedang mengejek dirinya.
“Hello..”
“Assalamualaikum, Emran. Its me, Sherly” sangat lembut dan mesra suara Sherly ketika ini. Segala rasa amarah berjaya dia simpan kemas.
“Wa alaikummus salam. Yes, Sherly. What can I help you today?” Emran pula menjawab dengan penuh formal.
“Nothing much. I just nak follow up on the amendment yang kita discuss the other day. Is everything ok?” rambut dipintal lagi. Mendengar suara Emran sahaja boleh membuatkan dia kenyang dan gembira, walaupun lelaki itu tidak kedengaran mesra.
“Amendment? I rasa yang itu you kena check dengan Harold. Sorry Sherly, I’m no longer handling your company project. Harold will take over everything.”
“WHAT??? You dah tak handle project company I? Kenapa Emran?”
Tersentak Sherly bila mendapat tahuyang Emran sudah menyerahkan segala-galanya kepada Harold. Turun naik nafasnya saat ini menahan rasa marah, geram dan sakit hati.
“I’m so sorry Sherly but I have to do this. Lepas ni I akan sibuk sikit dengan urusan perkahwinan I so I tak mahu nanti ada masalah timbul kalau I tak bagi sepenuh perhatian pada projek company you, so Harold yang akan gantikan I dalam setiap urusan selepas ni. I hope you can understand my situation.”
“Come on Emran, I can’t believe you are telling me all this rubbish reason. Sebenarnya TUNANG kesayangan you tu tak benarkan you berjumpa dengan I kan? Such a pathetic person” Sherly sudah bersuara lantang dan dia dapat mendengar dengan jelas dengusan kasar Emran di hujung talian.
“Sherly, I hormat you sebagai seorang kawan dan sebagai seorang perempuan. I maafkan apa sahaja yang you katakan pada Suria tentang hubungan I dengan you yang tak pernah wujud tu. I anggap itu semua hanyalah gurauan kasar dari you. Suria tak ada kena mengena langsung dengan segala keputusan yang I buat. Be mature, Sherly.”
Menggigil tangan Sherly mendengarkan kata-kata dari Emran. Suria tak ada kena mengena langsung, konon. Bullshit!!!! Nafas di tarik dalam-dalam. Dia perlu menarik balik setiap kata-katanya.
“I’m sorry Emran. I tak sepatutnya cakap macam tu pasal Suria. I tahu dia gadis yang baik. I cuma rasa tertekan bila you bagitahu yang you tak akan handle projek untuk syarikat I. You tahukan betapa pentingnya projek kali ni untuk I. I juga nak minta maaf kalau apa yang pernah I katakan pada Suria dulu buat hubungan you berdua berantakan. I tak berniat sedikit pun. I hanya nak duga sejauh mana dia sayang dan percayakan you. I tak mahu dia kecewakan you.”
“Thanks Sherly, I hargai apa yang you cuba lakukan. You jangan bimbang tentang projek syarikat you, I tetap akan bantu walaupun I dah serahkan pada Harold.”
“Its ok then. I akan contact Harold bila I balik KL nanti. Assalamualaikum”
Cepat-cepat Sherly meletakkan gagang telefon. Amarah di hati tidak dapat di tahan lagi.
- Kau ingat Emran, kalau aku tak dapat kau, perempuan jahanam tu pun takkan dapat kau!!!
23 March 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
busuknya hati si Sherly ni... kesian Farid.... adakah dia akan menjadi kambing hitam si Sherly???
ReplyDeleteoooiiii gile babas punye pompuan...tak sadar diri hidung tak mancung pipi tersorong2..
ReplyDeletesherly ni sangt jagat!!! cian ku imran n suria..huhuhu cpt sambung ar
ReplyDeleteAda sbung lagi.x?..memg best
ReplyDeletehai dear...
ReplyDeleteslama nie jd silent reader jer sbb bt marathon nk bca MAC....honestly nk bgtau crta nie mmg best sgt2...hope bleh ke versi cetak la yer...nk tnya tk de n3 smbgn ke kt blog??tk sbr nk tau adakh Farid akn ikut kata2 "betina bodoh" tu ataupun tak...pe pun good job..