Dapatkah putik kan menjadi bunga
Kiranya cuaca sering gerhana
Dapatkah kasih bersemi selamanya
Ataupun aku harus berserah kepadaNya
Yang Maha Esa
Kiranya cuaca sering gerhana
Dapatkah kasih bersemi selamanya
Ataupun aku harus berserah kepadaNya
Yang Maha Esa
Mestikah
ada satu perngorbanan
Sehingga terjadinya perpisahan
Kiranya itu satu permintaan
Perlukah kau dan ku merelakan
Sehingga terjadinya perpisahan
Kiranya itu satu permintaan
Perlukah kau dan ku merelakan
Suria meneguk air masak yang masih berbaki di dalam gelas. Matanya sudah hilang kantuk. Semua gara-gara mimpi ngeri yang membuatkan dia terjaga dengan peluh dingin dan jantung yang berdegup kencang. Mimpi yang dialaminya sebentar tadi terasa seperti realiti. Teringatkan wajah Emran yang duduk bersanding bersama wanita lain dalam mimpinya tadi membuatkan Suria sakit hati. Segera dia beristighfar bila teringatkan yang mimpi itu hanyalah mainan tidur. Mana mungkin suaminya itu akan bersanding dengan wanita lain jika kurang dari beberapa jam saja lagi majlis persandingan mereka akan berlangsung. SUAMI! Ah bahagianya rasa di dada bila mengenangkan gelaran baru untuk lelaki yang semakin hari semakin mendapat tempat di hatinya ini.
Gelas yang sudah kosong di cuci dan diletakkan kembali ke rak. Langkah kaki di aturkan menuju ke bilik pengantinnya. Mata Suria sempat melirik ke arah jam yang tergantung di dinding, 2.30 pagi! Desis hatinya. Bunyi telefon bimbit yang kedengaran dari bilik mama mambantutkan langkah Suria. Rasa kurang enak yang melanda hatinya tadi kembali menyerang. Pelbagai persoalan mula memenuhi mindanya. Siapa yang menelefon mama selewat ini? Adakah sesuatu yang buruk berlaku di chalet? Tanpa disedari, langkah kakinya membawa dia ke bilik mama dan bukan bilik pengantinnya.
Pintu bilik mama terbuka dari dalam ketika Suria sedang teragak-agak untuk mengetuk. Mama kelihatan terperanjat bila ternampak dirinya sedang tercegat di depan pintu bilik.
“Ma, mama okey? Siapa yang telefon?”
“err…. Su. Kenapa tak tidur lagi? Telefon? Tak ada apa.”
Mama kelihatan gugup seolah-olah sedang menyembunyikan sesuatu. Wajah mama yang pucat menguatkan telahan Suria tentang sesuatu yang berlaku.
“Maa….. kenapa ni? Su pasti tadi ada bunyi telefon dari bilik mama.”
“Tak ada apa. Su pergilah masuk tidur dulu.”
Mama menolak perlahan tubuh Suria menuju ke bilik pengantin namun suara Abang Zain yang member salam memtikan langkah keduanya. Riak wajah mama berubah risau. Tanpa sempat mama melangkah, Suria terlebih dahulu mendahului dan membuka pintu rumah mereka.
“Assalamualaikum Kak Mela… eh, Su…Suria belum tidur?” Tergagap-gagap abang Zain bila melihat bukan Puan Melati yang membuka pintu sebaliknya Suria.
Melihatkan reaksi gugup abang Zain dan wajah cemas mama, Suria pasti sesuatu yang besar telah berlaku di chalet dan entah kenapa hatinya kuat merasakan perkara buruk yang belaku itu ada kena mengena dengan dirinya. Jika tidak masakan mama dan abang Zain seperti terperanjat bila tahu yang dia masih belum tidur.
“Wa alaikum mussalam. Ada apa hal ni abang Zain?” Suria bertanya lembut.
“er….er… macam ni… er… er…” tergagap-gagap abang Zain ingin meluahkan kata. Sekejap-sekejap abang Zain akan memandang pula ke arah mama yang hanya menggelengkan kepala.
“Kak Melati, macam mana ni? Mereka semua dah ada kat pejabat chalet. Pegawai dari Jabatan Agama Islam pun ada sama. Mereka nak jumpa dengan tuan punya chalet.”
“Zain tunggu sekejap. Akak nak tukar baju.”
Suria yang berada di antara mama dan abang Zain semakin keliru. Apa yang sedang berlaku dan mengapa membabitkan Pegawai dari Jabatan Agama Islam? Tangan Puan Melati ditarik perlahan.
“Ma…. Apa yang berlaku sebenarnya? Suria rasa tak sedap hati la.”
Langkah Puan Melati terhenti. Air mata yang cuba dia tahan dari tadi mengalir juga bila mendengarkan suara Suria, satu-satu puterinya itu. Dia berpaling dan mengusap perlahan kepala Suria. Dia memegang pipi Suria dan memandang terus kedalam mata anak gadisnya itu. Satu nafas panjang di tarik.
“Su, mama nak Su sabar dan dengar betul-betul apa yang mama ingin katakan. Walau apa sekalipun yang berlaku, mama nak Su sentiasa ingat yang mama saying pada Su dan dugaan yang datang adalah untuk menguji keimanan kita pada Allah….” Kata-kata Puan Melati terhenti. Airmata yang mengalir diseka.
Suria yang mendengar semakin tidak keruan. Jari jemari mama yang melekap di pipi di genggam erat.
“Su, Emran ditangkap berkhalwat dengan anak Uncle Zakaria, Sherly.”
Mendengarkan ayat terakhir dari mama membuatkan Suria kaku. Masa seakan terhenti, nafas seakan tersekat. Seperti ada sebiji batu yang menghempap kepalanya saat ini. Dia cuba mencernakan setiap butir perkataan yang keluar dari mulut mama. Cuba mencari jika ada perkataan yang mama tersalah sebut.
EMRAN – SHERLY – KHALWAT
Tiga perkataan itu terngiang-ngiang di telinga Suria. Dia tidak dapat mendengar apa-apa selain dari tiga perkataan itu. Telinga seakan pekak. Pegangan di tangan mama terlepas dan kemudian segalanya hanya hitam dan gelap. Segelap perasaan yang dia rasakan.
######################################
Emran masih setia memegang tangan Suria dari saat isterinya itu jatuh pengsan awal pagi tadi. Dia tidak peduli apa yang sedang dibincangkan oleh keluarganya dengan keluarga Tan Sri Zakaria di ruang tamu rumah ibu mertuanya ini kerana yang penting sekali pada Emran adalah Suria. Dia mahu Suria mendengarkan segalanya dari mulut dia sendiri dan bukan dari orang lain. Tangan Suria yang berada di dalam genggaman dicium lembut. Emran cuba mennyalirkan rasa cinta dan sayang yang membuak-buak di dadanya supaya Suria tahu yang cintanya kini hanya untuk Suria. Selepas kematian Najiha, Suria adalah wanita kedua yang bertahta di hatinya dan tak mungkin ada wanita lain yang mampu merampas tempat itu.
“Abang…” serak suara Suria memanggil Emran yang sedang berteleku ke lantai.
“Sayang… How you feel?” Emran mengusap kepala Suria dengan penuh kasih sayang. Suria bangun dari pembaringan dan duduk bersandar di kepala katil.
“Abang, Su takut. Malam tadi Su mimpi yang abang kena tangkap khalwat dengan Sherly dan abang bersanding dengan orang lain. Mimpi tu macam benar-benar berlaku sampai hati Su rasa sakit sangat. Su takut kalau mimpi tu jadi kenyataan. Abang takkan tinggalkan Su, kan?”
Emran tak mampu menjawab persoalan dari Suria. Tubuh Suria diraih dalam dakapan. Dia tidak tahu bagaimana harus dia memulakan kata-kata.
Jantung Suria berdegup kencang. Hatinya berdebar-debar. Pelukan tanpa kata-kata dari Emran membuatkan dia rasa terseksa. Bayang-bayang peristiwa yang terjadi dinihari tadi bermain-main di mindanya. Tubuh Emran yang memeluknya kejap di tolak keras.
“I’m not dreaming and it’s really happened, right?” Suria bertanya dan memandang tepat ke mata Emran. Perlahan Emran mengangguk lemah. Suria terasa seperti separuh dari semangatnya telah dibawa pergi.
“How could you do this to me, Emran?” sayu dah kecewa sekali Suria rasakan ketika ini. Dia menolak tubuh Emran yang mahu memeluknya.
“Sayang, listen to me first. Abang tak tahu bagaimana perkara ni boleh berlaku tapi percayalah yang abang tak bersalah.”
“Enough! You have said more than enough, Emran. Leave me alone!”
“Sayang….”
“Please, Emran. If you really love me, please leave me alone.”
Pedih hati Emran bila Suria meminta dia keluar dari bilik pengantin mereka namun dia tahu yang hati isterinya lebih sakit dan terluka. Emran mencium ubun-ubun Suria sebelum keluar dari bilik.
Suria menghamburkan segala kesedihan sebaik sahaja Emran berlalu. Sedu sedan umpama tidak mahu pergi dan airmata seperti tidak mahu berhenti mengalir. Bagaimana harus dia memujuk diri yang kecewa. Suami yang baru dinikahi tak sampai sehari ditangkap khalwat dengan wanita lain.
Tangan diletakkan di dada cuba untuk mengurangkan rasa sakit yang dirasakan namun semuanya hanya sia-sia. Pedih luka itu terasa di mana-mana. Sepatutnya sekarang ini dia sedang sibuk di dandan dan bersiap untuk majlis persandingannya tapi kini, semuanya seperti tiada guna lagi. Pelamin yang tersergam indah di luar rumah bagaikan tidak berseri. Dia ingin membatalkan semuanya. Tiada lagi persandingan, tiada lagi kenduri. Semuanya sudah hancur dan musnah. Titik noktah. Namun, secara tiba-tiba wajah mama yang kesedihan hadir di minda Suria. Mana mungkin dia tega memalukan mama. Jika majlis persandingan dia dibatalkan secara tiba-tiba, pasti mama yang akan terpalit malu. Pasti berita tentang dirinya diketahui semua kenalan mama. Suria tidak sanggup melihat mama kecewa dan bersedih dia atas masalah rumah tangganya.
Arghhhhh.. Buntu sekali fikiran Suria saat ini. Umpama diluah mati emak, hendak ditelan mati bapak. Membatalkan majlis persandingannya akan menyebabkan mama menanggung malu, jika dia memilih untuk meneruskan majlis, hati dia sendiri yang akan sakit dan terluka. Airmata mengalir lagi.
- Ya Allah, andai ini ujian darimu, aku redha. Aku memohon segala kekuatan yang dapat kau berikan padaku Ya Allah.
x suka r cnflik cm gini...
ReplyDeleteslesaikan la cpt2
betul tu..kita ikut sakit
Deletex de jln cite lain ke .....dah biasa baca dah nanti emran kena bertanggungjawab kawen dgn sherly suria lari....hisssh.......boringlah...dah tahu dah lpas ni mcm mana.....
ReplyDeletenak lg
ReplyDeleteisk isk isk
ReplyDeletenape cenggini..
cian suria
aduh lh teramat sakit nye ati kalu ade kat tempat suria..blm sanding si hubby dh kena tangkap khalwat!leh gilak dibuat nyer ,but suria pasti kuat n tabah demi keluarga n maruah sndri gak.persetan kan suria sume tu wake up n hadapi sume tu...pape dngr lu penjelasan pastu wat lh ape yg terbaik...
ReplyDeletespeechless..... kesiannya suria n emran....
ReplyDeletebest2
ReplyDeleteSetuju sgt ngan anon...dah tau tu perangkap sherly...xperlu la smpi tgkp basah then kawen bagai
ReplyDelete