Kawasan tanah perkuburan itu menginjak sepi. Mereka yang mengiringi jenazah ayahnya sudah beransur pulang. Hanya Rhea yang masih tinggal dan berteleku di sisi ranting nisan arwah ayahnya. Airmata masih laju menuruni pipinya yang gebu. Matanya yang bundar juga sudah hilang sinarnya. Dia tak tahu apa akan berlaku selepas ini dan sebolehnya dia tak mahu tahu. Saat ini dia merasakan amat penat dan lelah.
Rhea menoleh apabila merasakan seseorang menyentuh lembut bahunya. Uncle Zakuan! Desis hatinya.
"Rhea, maafkan uncle sebab lewat tiba. Uncle di Brunei sewaktu berita di khabarkan... Maafkan uncle yer...."
Uncle zakuan mengusap lembut rambut Rhea yang sudah dianggap seperti anak sendiri. Dia merasa agak kesal kerana tidak berada di sisi Aminuddin sewaktu sahabatnya itu amat memerlukan dirinya. Sebenarnya, pemergian dia ke Brunei juga atas sebab menyelesaikan amanat yang diberi oleh sahabatnya itu. Dia perlu menyelesaikan urusan itu sebelum ianya diketahui oleh "mereka" yang tidak berkenaan.
"Kita mesti pulang sekarang, Rhea. Hari dah nak gelap ni. Esok, sebelum kita bertolak ke Melaka, kita datang lagi."
Rhea bangun dan berjalan perlahan. Berat rasa kakinya ingin melangkah pergi tapi dia terpaksa. Dia tidak punya pilihan lain. Sekarang Uncle zakuan telah menjadi penjaganya yang sah. Walaupun hanya tinggal kurang dari 4 bulan lagi untuk dia berusia 18 belas tahun, dia harus akur. Saat ini dia tidak hanya nampak jalan yang kelam dan gelap di hadapannya, segelap senja yang merangkak tiba.
Waktu kereta mewah Uncle Zakuan meninggalkan kawan tanah perkuburan, air mata Rhea masih laju mengalir.
"Ayah, Rhea akan sentiasa datang melawat ayah lagi. Insya-Allah..." hatinya berbisik sendu.
21 January 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment