Rhea masih lagi termenung di beranda biliknya. Dia buntu. Kata-kata yang keluar dari mulut ayah masih cuba dicernakan oleh akal fikirannya yang waras. Separuh dari dirinya ingin sekali memberontak dan separuh lagi hanya mampu diam. Tika ini, hanya kata-kata ayah yang berlegar-legar dalam fikiran.
“Rhea, selama ini ayah tahu yang ayah tak pernah berlaku adil terhadap Rhea. Sejak arwah ibu meninggal dunia, ayah dah banyak menyekat kebebasan dan kehidupan Rhea. Maafkan ayah nak. Tapi ayah terpaksa lakukan semua ini sebab ayah tak mahu nasib Rhea berakhir seperti arwah ibu. Maafkan ayah, Rhea…”
Dia tahu amat payah untuk ayah menyusun kata dalam keadaannya sekarang. Penyakit semput yang ayah hidapi semakin hari semakin teruk. Rhea tak tahu berapa lama masa yang tinggal untuk dia bersama dengan ayahnya. Sedaya upaya dia cuba untuk tidak menangis.
“Ayah, Rhea tak pernah salahkan ayah atas apa yang berlaku terhadap keluarga kita. Rhea terima semua sebagai takdir dan dugaan dari Allah. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ayah janganlah risau. Rhea Cuma mahu ayah jaga diri dan kesihatan ayah jer. Rhea Cuma ada ayah untuk bermanja. Rhea masih perlukan ayah…”
“Ayah nak Rhea ingat satu pesan ayah, sekiranya sesuatu berlaku ke atas ayah, ayah mahu Rhea ikut Uncle Zakuan. Dia akan menjadi penjaga Rhea yang sah walaupon selepas Rhea berusia 18 tahun….”
“Uncle Zakuan???? Tapi ayah…….” Rhea merasakan tangan ayah menggenggam erat tangannya menyebabkan dia tak jadi menyambung bicara.
“Baiklah ayah. Rhea akan ingat pesan ayah…..” itu sahaja yang mampu dia katakan buat masa itu.
Deringan telefon menghilangkan wajah ayah dari mindanya. Mata Rhea tetancap pada skrin telefon. Nombor hospital!! Desis hatinya. Jari Rhea sedikit menggigil saat dia menekan butang berwarna hijau.
Saat talian dimatikan, dia merasakan dunianya seakan berputar dan menjadi gelap. Berita yang baru diterima benar-benar membawa pergi sebahagian dari semangatnya. Ayah....
21 January 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment