Followers

12 March 2012

Makin Aku Cinta (33)

Mata ini indah melihatmu
Rasa ini rasakan cintamu
Jiwa ini getarkan jiwamu
Jantung ini detakkan jantungmu
Dan biarkan aku padamu
Menyimpan sejuta harapan
Aku padamu
Rasa ini tulus padamu
Takkan berhenti
Sampai nanti ku mati:
Biarkan aku jatuh cinta
Pesona ku pada pandangan
Saat kita jumpa
Biarkan aku 'kan mencoba
Tak perduli kau berkata
'Tuk mau atau tidak


Farid memerhatikan majlis pertunangan Suria dari kejauhan. Dia memang di jemput tapi mana mungkin dia akan menjejakkan kaki ke kawasan rumah gadis itu. Hatinya kecewa dan menangis hiba saat ini. Kecewa kerana gadis yang dicintai dalam diam kini telah disunting dan tidak lama lagi bakal menjadi suri kepada lelaki lain. Pertama kali jatuh cinta, dia tidak menyangka yang cintanya tak kesampaian. Farid tahu kesilapan adalah dari dia sendiri. Terlalu lama memendam rasa. Kekecewaan kali ini lebih berat berbanding ketika Suria bertunang kali pertama dahulu. Waktu itu dia hanya mendengar berita dari teman sepejabat tetapi kali ini, dia menyaksikan sendiri majlis pertunangan yang berlangsung.

Farid memang menyukai Suria sejak kali pertama dia bertentang mata dengan gadis itu empat tahun lalu. Namun ketika itu dia tidak punya kekuatan untuk bertegur sapa apatah lagi untuk berbicara secara santai dengan Suria. Bapa angkatnya, Tuan Malik pula sering sahaja memuji hasil kerja dari wanita itu. Dalam diam dia memerhati setiap gerak geri dan kesukaan wanita itu. Dia menjadi pencinta yang setia dan peminat dalam dia selama empat tahun ini.

Namun latar belakangnya sentiasa menjadi batu penghalang untuk dia memulakan perhubungan dengan wanita. Di besarkan di rumah anak yatim, pergaulan Farid dengan wanita juga amat terbatas selama ini. Sejak dari kecil dia lebih banyak dikelilingi lelaki. Belajar di sekolah untuk budak lelaki dari sekolah rendah hinggalah sekolah menengah. Sebaik tamat SPM, dia melanjutkan pelajaran di UITM. Walaupun terdapat ramai wanita yang ingin berkenalan dengannya, Farid merasakan belum tiba masanya untuk dia memiliki teman istimewa kerana waktu itu dia cuma mahu menumpukan sepenuh perhatian dalam pelajaran. Hasilnya, dia berjaya mendapat anugerah Dekan hampir setiap semester. Dia ingin membalas jasa dan budi Tuan Malik yang terlah sudi mengambil dia untuk menjadi anak angkat sejak dia berumur lima belas tahun lagi.

Dahulu ada di antara kalangan kenalannya yang meragui kejantanannya. Tidak kurang juga yang secara terang-terangan menuduh dia mengamalkan hubungan songsang gara-gara cerita tentang dia yang menolak salam persahabatan yang dihulurkan oleh Malika, gadis berwajah Pan-Asian yang menjadi kegilaan kebanyakan pelajar di kolej dia dahulu. Bersungguh-sungguh gadis itu ingin mendapatkan perhatian dari dia tapi semuanya tidak berjaya. Setiap salam yang Malika hulurkan hanya dipandang sepi.
Ada juga sebilangan kecil pelajar lelaki yang memang diketahui tahap kesongsangan mereka mencuba nasib untuk mendekati Farid, tapi awal-awal lagi Farid sudah menegaskan yang dia bukan dalam golongan manusia seperti itu. Memang dia menolak Malika tapi bukan kerana dia sukakan kaum sejenis tapi kerana cara hidup Malika yang agak kebaratan itu memang tidak sesuai langsung dengan dirinya.

Kini, bila hatinya terbuka untuk menerima wanita, dia pula yang kecewa. Lebih mengecewakan bila semua itu terjadi saat dia sudah semakin berani untuk mengambil langkah pertama. Farid senang bila berada berdekatan dengan Suria. Kerana itu dia selalu memberi tugasan atau mengadakan perbincangan di saat-saat waktu kerja hampir berakhir. Dia leka memerhatikan gadis itu dari sebalik dinding kaca biliknya. Dia khayal melihat gadis itu tertawa gembira bila berbicara dan berjenaka dengan teman sepejabat. Dia akan berasa gembira bila gadis itu gembira.

Tapi hari ini, hati lelakinya menangis hiba walaupun gadis yang diintai dalam diam itu tertawa gembira. Farid tidak tahu kenapa dia menggagahkan diri untuk datang ke Port Dickson walaupun dia tahu yang hatinya akan bersedih.

Suria kelihatan amat cantik. Dengan sepersalinan berwarna merah jambu, gadis itu kelihatan ayu dan lembut sekali. Emran juga kelihatan segak, walaupun cuma menyarungkan kemeja lengan panjang dengan rona yang seakan sama dengan baju kurung moden yang dipakai Suria namun tetap menyerlahkan karisma yang dia miliki.
Farid mengambil langkah menuju ke pantai. Mungkin bayu laut dapat mengubat sedikit rasa hatinya yang kecewa saat ini.

###############################

Setiap benda yang dia pegang ketika ini akan di baling sekuat hati ke dinding. Serpihan gelas kaca dan kertas-kertas berserakan di sekeliling bilik hotel yang dihuni oleh Sherly. Dia sudah tidak memperdulikan tentang kertas kerja dan meeting yang tertunda sebaik sahaja dia mendapat khabar tentang pertunangan Emran dan Suria dari ayahnya sebentar tadi.

Sebentuk cincin platinum berbatu delima merah dibaling keras ke arah cermin meja solek. Berdenting bunyi kaca berderai. Airmata yang mengalir di pipi dikesat dengan kasar sehingga meninggalkan kesan-kesan mascara. Dengan baju tidur yang masih belum diganti, rambut yang kusut masai, Sherly memang kelihatan seperti seorang wanita yang hilang ingatan. Dia memang hampir hilang ingatan dek kerana Emran.

“BODOH!!!!!!!!!!!!!....” Sherly menjerit lantang.

Sherly menyangkakan yang Suria pasti tidak akan berpaling kepada Emran selepas apa yang berlaku tempoh hari, tapi ternyata dia silap perhitungan.

“Sial kau Suria! Apa lagi yang kau mahukan dari Emran. Dia tak akan jadi milik kau sampai bila-bila sekalipun kerana dia adalah milik aku. Sebanyak mana kau berusaha, sebanyak itu juga akan akan pastikan segala usaha kau akan gagal. Emran tak akan jadi milik sesiapa selain dari aku.!!!”

Sherly menikam-nikam gambar Suria yang terdapat dalam simpanannya. Gambar yang dia terima dari penyiasat upahan yang ditugaskan untuk mengekori Suria.

Setelah hancur lunyai gambar Suria ditikam, kini dia menelek gambar Emran dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.

“Sayangku Emran. Kenapa kau tak nampak kasih sayang dan cinta aku selama ni? Kenapa perlu kau memilih perempuan sial tu? Aku tak akan lepaskan kau kali ini, sayang. Kalau terpaksa, aku akan pastikan yang perempuan sial tuh lenyap terus dari muka bumi ni. Aku akan pastikan, sayang.”

Gambar Emran yang di telek tadi di bawa ke dada dan di peluk erat. Sherly membayangkan yang dia sedang memeluk tubuh Emran. Seperti yang selalu dia mimpikan.
Sherly tidak tahu berapa lama tempoh pertunangan antara Emran dan Suria. Dia perlu menghubungi semula penyiasat upahan yang pernah berurusan dengan dia dahulu. Sherly tidak peduli apa sekalipun yang berlaku, dia tidak akan membenarkan Suria memiliki Emran. Dia mencari-cari nombor penyiasat upahan yang ingin dia hubungi. Tiba di satu nama, jari jemari sherly berhenti dari terus menekan. FARID HAKIMI!!!

Satu senyuman manis kini terbit di bibir mongelnya. Senyuman yang penuh dengan hasad dengki. Dia tahu yang Farid Hakimi memnag ada hati pada Suria. Orang buta sahaja yang takkan tahu. Lelaki itu sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan Suria dan kini di dalam fikiran Sherly, dia sudah nampak rancangan apa yang perlu dia ada untuk memastikan segala yang dia ingini akan menjadi miliknya.

Nombor penyiasat persendirian didail. Kali ini bukan untuk menyiasat tentang Suria dan Emran tapi untuk maggali tentang latar belakang lelaki bernama Farid Hakimi. Dia perlu ada sesuatu yang berharga tentang lelaki itu untuk membuatkan lelaki itu mengikut segala rancangannya kelak.

Sherly ketawa terbahak-bahak. Dia dapat membayangkan yang dia akan duduk di atas pelamin bersama Emran dan bukan Suria. Seketika kemudian dia menangis pula tersedu sedan bil adalam bayangannya itu, Emran memandang dia dengan satu pandangan yang sangat menjijikkan.

4 comments:

  1. smkn best ceta nih, cam pendek je n3 nih, tk puas la bca..anyway, best...tk sbr nk tggu n3 baru...teruskan cik writer...

    >silent reader yg setia<

    ReplyDelete
  2. Thanx Anon....
    walaupun silent reader, awak still seorang pembaca karya saya yang tak seberapa ni..... dan saya sgt menghargainya....

    ReplyDelete
  3. lama dah tunggu n3 ni.....
    tak sabar nak tunggu rancangan jahat si Sherly tu.... dan janganlah Farid terpaksa menjadi kambing hitam si Sherly tu... dan moga Emran dan Suria dpt menghadapi rintangan itu nanti dgn penuh kesabaran....

    ReplyDelete
  4. wah semakin menarik..nak lg cpt sambung yea?

    ReplyDelete