Followers

25 July 2011

Makin Aku Cinta (12)

Setelah hujan pun berhenti
Flora cintaku pun bersemi
Menjadi pepohon tegak merimbun
Bayang kasihmu oh !...
Sempadan cinta pun terbuka
Flora cintaku pun berbunga
Menjadi haruman wangian cinta
Selama-lama...


Nombor telefon teksi didail berkali-kali. Entah apa nasibnya hari ini, kebanyakan nombor teksi yang disimpan tidak dapat dihubungi. Jika ada yang menembusi talian pun, mereka akan meminta Suria untuk menunggu sekiranya terdapat teksi yang tidak sibuk. Akhirnya Suria mengambil keputusan untuk menaiki bas sahaja ke pejabat.

~Alaaa… bukannya jauh sangat pun Kota Kemuning ke Amcorp Mall tu. Kalau pandu kereta dalam 45 minit, kalau naik bas mesti dalam satu jam boleh sampai kot.~

Suria cuba menenangkan hatinya sendiri. Jam di tangan menunjukkan pukul 7.15 minit pagi. Pintu apartment di tutup setelah memastikan semua suis dimatikan. Suria mengunci pintu grill dan berjalan menuju ke arah lif. Duit syiling yang akan digunakan untuk tambang bas di kira. Ada RM 3.00 semuanya. Cukup agaknya untuk dijadikan tambang.

Sebaik pintu lif terbuka, hati Suria menjadi berdebar-debar. Tangannya secara automatik di letakkan di dada. Dia tahu rasa ini. Rasa yang akan hadir bila ‘seorang itu’ berada berhampiran dengan dirinya. Tapi mustahil ‘seseorang itu’ akan berada di kawasan rumahnya pagi-pagi hari begini. Suria cuba untuk tidak mengendahkan rasa debaran itu tapi semakin dia menghampiri kawasan pondok pengawal, semakin kuat pula rasanya.

Sebaik sahaja Suria melepasi pondok pengawal, matanya dan kepalanya bagai di tarik-tarik untuk menoleh ke kiri jalan. Sebuah Audi berwarna merah nampak hebat walaupun hanya kaku di tempat parkir kereta. Pemandunya pula kelihatan lebih hebat dari kereta. Dengan cermin mata hitam, baju kemeja lengan panjang berwarna merah lembut dan tali leher berwarna emas, lelaki itu nampak sangat bergaya dan berkarisma.

Suria berpura-pura tidak menyedari tentang pandangan lelaki itu. Langkah kaki di lajukan. Kalau boleh, dia ingin berlari agar cepat sampai ke pondok bas. Tapi itu semua hanya terjangkau di akalnya sahaja. Tatkala satu bunyi hon yang panjang kedengaran, serta-merta kaki Suria bagai digam. Kaku. Beku.

“Assalamualaikum” satu suara garau bercampur serak-serak basah kedengaran di belakang Suria.

“Alaikumsalam” Suria menjawab salam yagn di beri tapi dia masih tidak mahu berpaling melihat sang empunya suara yang menegur.

“Kenapa nak lari?”

“Mana ada lari.”

“Kalau tak lari, kenapa tak berhenti”

“Buat apa nak berhenti?”

“I know you saw me. Why pretending like you didn’t?”

“Saya tak nampak pun Encik Emran kat parking tu, so kenapa pulak saya nak berpura-pura?”

Suria dan Emran masih berbalas-balas soalan. Kelihatan seperti kesabaran Emran semakin menipis. Gadis di hadapannya ini memang benar-benar menguji emosi di pagi hari. Sudahla bercakap tanpa memandang mukanya, soalan yang ditanya pula di jawab dengan soalan. Satu perkara yang memang cukup pantang bagi Emran.

“Cik Suria, kalau awak tak nampak saya, macam mana awak tahu saya ada kat tempat parking tuh?”

~Erk! Dah kantoi!!! Adeh, kenapa la aku pegi cakap yang aku tak nampak dia kat tempat parking~

Suria rasa seperti ingin menampar mulut sendiri akibat keterlanjuran katanya tadi. Kini, Emran tahu yang dia sengaja melarikan diri dari lelaki itu. Dia hanya mendiamkan diri tanpa mahu menjawab soalan terakhir dari Emran.

“Dah, tak payah jadi tugu negara. Pergi masuk kereta.”

“Ha!” Suria terkejut.

“Cik Suria, saya cakap bahasa melayu bukannya bahasa Rusia yang susah sangat awak nak faham. Saya suruh awak masuk dalam kereta. Dah pukul 7.45 ni. Awak nak masuk office pukul berapa? Nanti lambat pulak.” Emran masih menanti Suria melangkah ke kereta. Dia tahu, jika dia tidak tunggu, pasti gadis itu akan menonong menaiki teksi atau bas.

“Tapi Encik Emran….”

“I said now!!!”

Sekali lagi Suria melangkah masuk kedalam kereta dengan wajah mencuka. Dia benci bila Emran mula meninggikan suaranya. Tapi dia lagi benci bila terpaksa duduk dalam ruangan yang sama dengan lelaki itu. Dia tak suka bau haruman yang dipakai lelaki itu dan dia lagi tak suka bila haruman itu menghantui deria baunya.

Suria masih leka melayan rasa sakit hati akibat dari di tengking dan di paksa Emran. Dia tak faham kenapa lelaki itu ada di kawasan rumahnya pagi ini. Tak mungkin Emran datang semata-mata hanya untuk menghantar dia ke pejabat. Itu adalah alasan yang paling mustahil yang mampu difikirkan oleh otak Suria. Lelaki yang garang macam Emran, takkan melakukan perkara seperti itu.

Jam di tangan dibelek-belek. Jika di ikutkan imaginasi melampau otaknya saat ini, mahu sahaja dia melompat keluar dari kereta dan kemudian berguling-guling tepi jalan. Dia lebih rela cedera dan patah riuk dari terpaksa duduk dalam ruangan yagn sempit dan sejuk bersama lelaki yang panas dan garang ini.

“ehemmmm….. Suria”

Suria tersentak. Lelaki itu memanggil namanya.

“ermmm” pendek sahaja sahutan dari Suria.

“I’m sorry”

Tiada balasan dari Suria.

“Suria, I said, I’m sorry!” Emran mencuba sekali lagi.

“ermmm…. Ok”

“I’m not supposed to shout at you.”

“Encik Emran, do you mind if I’m asking?” Suria memandang ke muka Emran. Dia sudah tidak mampu menahan asakan soalan yang berada dalam mindanya.

Kali ini Emran pula yang terkejut. Terkejut kerana Suria sedang memandang tepat ke wajahnya. Gugup pula serta-merta menjelma.

“Err…errr… tanya jer la. Kenapa pulak nak minta kebenaran.” Jantung Emran berdegup lebih kencang dari biasa.

“What bring you to my place this morning?”

“Ha?” Emran terkedu seketika.

Suria masih menantikan jawapan dari Emran. Pandangan mata yagn terarah ke wajah Emran masih tidak berganjak.

“ermmm….. ermmmm…. Actually mummy yang suruh saya hantar awak pergi kerja sebab kereta awak masuk bengkel. Mummy kata dia kesian kat awak.”

~Mummy, Ku Em minta ampun banyak-banyak. Ku Em terpaksa jual nama mummy.~

“Auntie? Takper, nanti saya telefon auntie bagitahu yang saya boleh pergi kerja sendiri. Takkan la auntie nak suruh Encik Emran hantar saya sampai kereta saya siap. Lama tu.”

Suria sudah mengeluarkan telefon bimbitnya dan mula mendail nombor telefon Ku Mardhiana. Dia tak mahu wanita itu terlalu memikirkan tentang dirinya. Kemalangan yang berlaku semalam memanglah salah Erlina, tapi dia tidak mahu di layan berlebih-lebihan hanya kerana rasa bersalah dan rasa simpati.

“Jangan!!!!!!” dengan pantas suara Emran bergema di dalam kereta sehingga menyebabkan Suria melompat sedikit. Dadanya diusap perlahan.

~Dah kenapa mamat ni. Kena sawan jerit ker.~

“Encik Emran, saya cuma nak call auntie jer, yang Encik Emran menjerit macam orang kena sawan ni kenapa pulak?” berkerut-kerut dahi Suria yang masih cuba memahami kenapa Emran sampai perlu menjerit sedemikian rupa.

“Ermm…. Bukan macam tu. Tak perlu lah awak call mummy. Nanti dia ingat saya tak ikhlas pulak hantar awak pagi ni. Mesti saya kena marah, tapi kalau awak memang suka saya kena marah, awak call jer la.”

~Nasib baik sempat fikir alasan, kalau tak, dah pecah rahsia.~

“owh… macam tu ker? Then takper lah” dengan pantas Suria memasukkan telefon ke dalam beg tangan. Dia tak sanggup mendengar jeritan dari Emran lagi sementelah pula mereka semakin menghampiri bangunan Amcorp Mall, jadi Suria rasa, tiada guna untuk dia terus berdegil hendak menghubungi Ku Mardhiana walaupun dia masih pelik dengan kelakuan Emran.

Kereta Emran berhenti betul-betul di hadapan pintu masuk ke Menara B, Amcorp Mall. Sesudah mengucapkan terima kasih, Suria terus melompat keluar dari kereta. Dia sudah tidak betah untuk berada disebelah Emran walau untuk seminit lagi.

~Lelaki ini boleh membuatkan aku jadi GILA!!~

3 comments:

  1. emran....emran............apapun, followwwwwwww

    ReplyDelete
  2. tuh lar pasal
    bila orang tua mula jatuh cinta
    semua jadi serba tak kena

    ReplyDelete
  3. suke..suke...cpt sambung...

    ReplyDelete