Followers

11 July 2011

Makin Aku Cinta (09)

Bukannya besar kepala
Tapi nyatanya membuatku gila
Dan buatku jadi penasaran
Lihatlah tatap matanya
Getar bibirnya sungguh mempersona
Dan lihatlah bahasa tubuhnya


Emran meneliti lakaran-lakaran yang telah disiapkan untuk memastikan yang setiap satunya menepati kehendak dan kriteria yang di tetapkan oleh klien. Sekali-sekala matanya melirik ke arah jam di tangan. 10.15 pagi! Getus hati kecilnya. Masih sempat untuk dia menikmati secawan kopi sebelum kliennya tiba. Perbincangan akan bermula jam 11 nanti. Emran bangun dan mengambil cawan di meja lantas menuju kearah pantry.

Kopi di dalam cawan di kacau perlahan. Aromanya sahaja begitu menggoda. Emran tidak bercadang untuk segera masuk ke dalam bilik sebaliknya dia hanya berdiri di tepi pintu pantry. Dari situ dia dapat melihat pemandangan di sekitar Damansara. Kesesakan lalu lintas yang tak pernah reda, kereta yang bersimpang siur di jalanan dan bangunan-bangunan batu di sekeliling pejabat tidak banyak membantu dalam meredakan tekanan. Dia merindui suasana pantai yang tenang, bunyi ombak yang di selang-selikan dengan angin yang menderu. Dia memejamkan mata untuk cuba merasai perasaan itu tetapi lain pula yang muncul.

“Suria!” serentak itu juga bibir Emran menyebut perlahan sang empunya nama.

####################################

Suasana di dalam syarikat rekaan hiasan dalaman milik Tuan Haji Malik agak lengang hari ini. Kebanyakan staff dari bahagian landskap terlibat dengan pameran landskap di Pulau Pinang selama 3 hari. Suria membelek-belek contoh material untuk langsir dan permaidani yang diminta oleh pelanggan. Air milo suam di teguk perlahan. Tiba-tiba dia tersedak sehingga menyebabkan air milo di dalam mulut tersembur keluar, mengotorkan meja kerjanya.

“uhuk…uhuk…uhuk…” dada di tepuk perlahan sementara tangannya kelam kabut mencari tisu di dalam beg tangan. ~Sapa la yang menyeru nama aku pagi-pagi buta ni. Sampai berair biji mata aku. Aduhai~

Suria masih membersihkan kesan-kesan milo yang tersembur dari mulut comelnya sebentar tadi. Nasib baik contoh material yang di tangan tidak dicemari kalau tidak pasti satu kerja untuk dibersihkan. Dengan berhati-hati dia mengalihkan contoh-contoh material tersebut ke meja Julianna, pembantunya.

Encik Farid berhenti di hadapan tempat Suria dan melemparkan satu senyuman manis.

“Pagi-pagi dah tersedak, mesti boyfriend yang rindu ni…” kata-kata yang diucapkan oleh Encik Farid itu sekadar satu gurauan, tapi entah kenapa Suria rasa sakit hati yang amat.

“Ada boyfriend tapi menyakitkan hati buat apa. Lelaki, masa suka dia simpan la, bila dah tak suka, buang jer macam sampah. Huh!” balas Suria perlahan tapi sempat di dengar oleh telinga Encik Farid.

“Suria, sorry la kalau gurauan saya tadi melampau. Saya tak terniat pun nak buat awak marah.” Satu lagi senyuman manis diberikan kepada Suria. Jarang dia nampak gadis ini marah, pasti ada sesuatu yang berlaku sehingga emosi gadis ini nampak begitu terganggu.

“Tak ada apa la Encik Farid. Saya yang emosi sangat pagi ni. Saya yang patut minta maaf.” Suria terasa serba salah pula dengan ketuanya itu. Bukan niat dia untuk melepaskan kemarahan kepada Encik Farid tapi secara tiba-tiba moodnya menjadi kucar kacir.

Senyuman manis masih menghiasi bibir Encik Farid saat dia berlalu masuk ke dalam biliknya.

################################

Tepat jam 11 pagi, kedengaran satu ketukan perlahan di pintu bilik Emran.

“Assalamualaikum” satu suara yang lunak dan manja memberikan salam.

“Alaikumsalam” Emran memandang sang empunya suara tanpa berkelip-kelip. Wajah itu seperti pernah dia lihat tapi dia tidak dapat mengingati di mana.

“Boleh saya masuk, Encik Ku Emran Ku Hashim?” gadis sang empunya suara itu bertanya lembut.

Emran sedikit pelik. Gadis itu memanggil nama penuhnya sedangkan di pintu bilik cuma tertera nama “Emran” sahaja. Dia sengaja tidak mahu meletakkan nama penuh kerana dia mahu dikenali kerana usaha dan bukan kerana pangkat keluarganya.

“Silakan masuk”

Gadis itu berjalan perlahan menuju ke meja Emran. Wajah yang ayu bertudung, kulit yang putih mulus, hidung yang mancung dan sepasang mata yang berwarna coklat cair. Mata itu! Emran kenal pemilik mata itu.

“Sherly Zakaria?” Emran bertanya kepada gadis yang kini duduk di hadapannya.

“Finally, you recognized me. Tak payah la buat muka terkejut macam tuh.” Sherly mempamerkan senyuman yang bisa menggegarkan hati setiap lelaki yang memandangnya.

Dengan tudung di kepala dan baju kurung warna senada, Sherly kelihatan amat berlainan dan lebih matang berbanding 5 tahun dulu cuma lirikan mata dan senyumannya sahaja yang tidak berubah.

“You apa khabar? Dah lama menghilang, tiba-tiba muncul pulak kat pejabat I hari ni. Apa mimpi?” Emran masih mencari rentak untuk berbual dengan Sherly. Terlalu banyak perubahan sehingga menyebabkan rasa janggal.

“I sihat, alhumdulillah. Tak hilang ke mana, cuma uruskan perniagaan keluarga di Indonesia. I datang hari ni on behalf of my father untuk berbincang tentang rekabentuk hotel syarikat kami.” Tutur kata yang lemah lembut yang keluar dari bibir Sherly masih diiringi dengan senyuman manis.

“on behalf of your father? Maksud you, Tan Sri Zakaria?”

“Ye lar. Kan nama I Sherly Zakaria.”

“Ya Allah, I never knew he was your father.”

“Penting ker? Selama ni you kenal I as Sherly Zakaria kan. So ada Tan Sri ker atau takder Tan Sri ker, sama jer. Bukannya bila ada Tan Sri, muka I terus jadi macam Nasha Aziz.” satu tawa halus kedengaran dari Sherly.

“Now we back to business. I need to discuss with you on the hotel design” kali ini wajah Serly kelihatan serius sesuai dengan jawatannya sebagai Pengarah Urusan.

Sepanjang perbincangan, Sherly tak melepaskan peluang untuk memerhatikan gaya dan penampilan Emran.

~Masih seperti dulu. Tak banyak yang berubah. Masih lagi Emran yang kacak dan berkarisma. Kali ini aku takkan lepaskan dia.~

Memang sudah lama Sherly memendam perasaan pada Emran, sejak dari pertama kali mereka bertemu di perjumpaan ahli kelab motorsikal yang dia sertai. Tapi sayangnya Emran tak pernah memandang dirinya seperti mana yang dia mahukan. Mungkin kerana ketika itu dia berpewatakan agak kasar.

Sherly membawa diri ke Beijing sebaik sahaja dia mendapat berita tentang penikahan Emran. Rasa hati yang kecewa memang tidak dapat disembunyikan kerana Emran merupakan cinta pertama yang bertakhta di hatinya. Walaupun dia lebih selesa bergaul dengan kaum adam, tetapi belum pernah sekalipun dia menyerahkan cinta dan sayangnya kepada sesiapa. Berita tentang pemergian Najihah seolah-olah memberi satu harapan baru kepada hatinya yang semakin tertutup untuk lelaki. Bukan dia bergembira dengan kehilangan yang menimpa Emran tapi dia memang sentiasa berdoa semoga diberi peluang untuk bersama dengan lelaki itu dan kali ini dia akan pastikan lelaki itu menjadi miliknya.

1 comment:

  1. ada lak kacau daun si sherly ni. aish! :p

    ReplyDelete