Bunyi intercom yang ditekan berkali-kali menyebabkan Rhea terpaksa berlari ke pintu. Dia berasa pelik kerana setahunya Zarif mempunyai access card untuk masuk ke dalam unit apartmentnya. Masakan Zarif pula yang membunyikan intercom.
Rhea segera menekan butang di screen paparan untuk melihat siapa gerangan tetamu yang tak tahu bersabar itu. Susuk tubuh yang membelakangkan kamera seperti dikenalinya.
Tak mungkin!!
Pintu dibuka dan dia terus menjerit.
“Abang Armand!!!!! “ seperti anak kecil, Rhea terus melompat dan memaut leher lelaki yang berdiri di hadapannya.
“Rhea, dah macam budak kecik nak mintak dukung jer. Did u miss me sweetheart?” lelaki itu mencuit sedikit hidung Rhea.
“Of course I do. Where have you been? Senyap jer takder khabar berita. Ingatkan dah lupa kat kita” Rhea masih memeluk mesra lengan lelaki itu.
“Tak nak ajak abang masuk ker? Penat dah berdiri ni. Dahaga lagi. Dah tak sayang kat abang la tuh.” Lelaki itu mengusik manja.
“eh lupa pulak. Jom masuk. Nanti Rhea buatkan air bandung favourite abang.”
Sewaktu melangkah masuk, telinga mereka terdengar suara seseorang berdehem tajam. Tanpa melihat siapa, Rhea sudah tahu gerangannya.
“Cik Rhea, ni roti yang Cik Rhea pesan.” Zarif menghulurkan bungkusan roti kepada Rhea tapi matanya masih merenung tajam ke arah lelaki yang berdiri sebelah Rhea. Dia ingin tahu siapa lelaki itu. Bukan kerana cemburu tapi kerana itu adalah sebahagian dari tugasnya. Lagi membuatkan dia tidak senang kerana Rhea sedang memeluk lengan lelaki itu dan mereka nampak mesra. Kekasih dia ker?
Rhea melepaskan pegangan di lengan Armand dan menyambut bungkusan yang dihulur Zarif. Kini dia berdiri di tengah-tengah antara Zarif dan Armand dan dia dapat melihat mata Zarif memandang tajam ke arah Armand dan Armand juga memandang ke arah Zarif.
“Zarif, kenalkan ni Abang Armand. Abang Armand, ni Zarif. Dia pengawal peribadi Rhea.” Rhea cuba meredakan suasana dengan suaranya yang manja. Dia merasakan kini seperti tersangkut diantara dua kekasih. ~Hish, apa yang aku dah merepek ni.~
“Armand” Armand menghulurkan tangannya untuk berjabat dengan Zarif.
“Zarif” Huluran tangan dari Armand diterima namun dia masih merenung lelaki itu dengan tajam.
“Good. So now both of you know each other. Boleh kita masuk rumah sekarang? “ Rhea bertanya tanpa rasa bersalah. Dia tak suka keadaan yang agak tegang ini.
Mereka bertiga masuk kedalam apartment Rhea. Zarif berdiri berdekatan dengan pintu untuk memastikan tiada perkara yang tidak enak berlaku. Lagi pula dia hanyalah pengawal peribadi, bukannya teman lelaki Rhea. Mengingatkan itu hatinya menjadi sakit. DIa masih tertanya-tanya siapa sebenarnya Armand. Melihat cara Armand dan Rhea bergurau, dia pasti yang mereka berdua rapat.
Armand pula hanya mengekori kemana sahaja Rhea pergi. Jika gadis itu ke dapur, dia akan ke dapur. Jika gadis itu di ruang tamu, dia akan ke ruang tamu. Dia perasan pandangan dari Zarif yang tidak lepas dari dirinya. Dari cara Zarif memerhati, dia merasakan seola-olah lelaki itu ada hati terhadap Rhea.
Rhea semakin ligat di dapur. Setelah membancuh sirap bandung kegemaran Armand, kini dia sibuk pula menyediakan bahan-bahan untuk roti gulung. Sekali-sekala tangan Armand yang mengganggu di tepis mesra. Dia memang begitu dengan Armand. Sejak dari kecil, Armand sentiada memanjakan dia seperti seorang abang memanjakan adik. Armand sering tinggal di rumahnya ketika cuti sekolah kerana lelaki itu tidak mahu mengikut kedua ibu dan bapanya pergi bercuti. Arwah ayah juga sayangkan Armand. Sewaktu arwah ayah meninggal dunia, Armand berada di Sydney atas urusan kerja. Lelaki itu jarang berada di Malaysia.
Dari sejak tadi Rhea perasan wajah masam Zarif. Cemburu ker lelaki itu. Tak mungkin. Tapi dia suka kalau lelaki itu cemburu sebab cemburu kan tandanya sayang. Sayang? Apa aku dah merepek ni.
“Hooi hai bie guo (Siapa dia)?” Armand bertanya dalam bahasa Kantonis. Dia tidak mahu Zarif mengetahui perbualan antara dia dan Rhea.
“Hooi hai ngor gei bodyguard (Dia bodyguard Rhea la)”Rhea membalas selamba.
“Hooi hou zhong yi nei.. (Dia suka sangat kat Rhea)” Armand masih memandang ke wajah Rhea.
“Ha!!” wajah Rhea merona merah. Dia tak sangka yang Armand akan berfikir seperti itu.
“Nei yau ng yau tam nei gei fu mou ah? (Abang dah pergi melawat uncle dengan auntie tak?)” Rhea bertanya soalan lain kepada Armand. Dia tidak mahu Armand terus menanya soalan tentang Zarif.
“Mou ah! Hooi dei ng zhi ngor hai dou. Wo tong wo gei peng yao zhu. (Belum lagi. Mereka tak tahu abang ada kat sini. Abang duduk kat rumah kawan abang)”
“Bie guo? Zhong hai guo guo yan? (Siapa? Masih lagi dengan orang yang sama?)”
“Hai ya. (ye lah)”
“Nei ying goi tong hooi jit fun! (Abang patut kahwin dengan dia!)”
“Wo ng ho yi tong hooi jit fun, dan hai wo lei ng hoi hooi. Wo hou mou tun. (Abang tak boleh kahwin dengan dia dan abang pun tak boleh tinggalkan dia.)”
Rhea berhenti menggulung roti. Dia duduk menghadap Armand. Jari lelaki itu di pegang.
“Nei ying goi tong nei a ba guang, hooi wooi ming bai gei. (Abang patut cakap dengan Uncle. Rhea pasti dia akan faham)”
“Wo ng tuck! (Abang tak boleh)”pegangan tangan Rhea dilepaskan. Armand melurut rambutnya.
“Dim gai? (Tapi kenapa?)” Rhea terus bertanya.
“Chi zou yat tian, nei wooi ming bai…(satu hari nanti Rhea akan tahu kenapa)” Armand hanya menjawab perlahan.
Rhea meneruskan kerja menggulung roti yang dilakukannya tadi. Kalau dia terus memujuk Armand, jawabnya roti gulung pun tak sempat mereka makan. Dalam hati dia tertanya-tanya, teruk sangatkah kekasih Armand sehingga sangat sukar untuk Uncle Zakuan dan Aunty Mariyah terima. Kalau tak silap perkiraan Rhea, sudah lima tahun hubungan percintaan Armand dan kekasihnya itu, tapi sekalipun dia tidak pernah melihat gambar gadis yang mencuri hati Armand. Mungkin gadis itu sangat cantik sehingga Armand tak mahu menunjukkan gambar gadis itu kepada siapa-siapa.
Zarif hanya mendengar perbualan antara Rhea dan Armand. Dia tidak memahami isi kandungan perbualan itu kerana mereka berbual menggunakan bahasa Kantonis. Dia tidak pernah mendengar Rhea bercakap dalam bahasa Kantonis sebelum ini malah dia tidak tahu pun yang gadis itu boleh berbahasa Kantonis. Tapi secara logiknya, tentulah Rhea boleh berbahasa kantonis sebab ibunya kan berbangsa Cina. Zarif mula menggaru-garu kepala yang tidak gatal. ~apasal pulak aku nak sibuk-sibuk amik tahu ni~
Setelah hidangannya siap, Rhea memanggil Armand dan Zarif untuk makan bersama. Zarif menolak kerana rasa kurang selesa duduk semeja dengan Rhea dan Armand tapi kerana paksaan dari Rhea, dia tiada pilihan. Dia duduk di hadapan Rhea manakala Armand memilih untuk duduk di sebelah Rhea.
Hatinya sakit melihat cara Rhea melayan Armand. Rhea memotongkan roti dan menyuap Armand manja. Bukan Rhea tidak nampak cara Zarif menjelingnya, tapi dia sengaja membakar rasa lelaki itu. Zarif hanya menjamah sedikit sahaja. Selebihnya dia biarkan di dalam piring.
“Eh sikit jer makan Zarif. Tak sedap ker?” Armand bertanya selamba.
“Tak la. Saya dah kenyang. Cik Rhea, saya tunggu di luar saja. Kalau ada apa-apa, Cik Rhea call saya.” Zarif sudah ingin bangun bila tiba-tiba dia terasa seseorang menyepak kakinya.
“Selagi awak tak habiskan roti tuh, awak tak boleh keluar.” Rhea mula memuncungkan bibirnya.
Armand yang melihat adengan antara Rhea dan Zarif tergelak kuat.
“Sweetie, tak payah la nak keluarkan muncung itik tuh. “ Armand masih lagi ketawa.
Zarif tak jadi bangun. Terpaksa dia duduk semula dan menghabiskan roti di dalam
piring dengan wajah yang tiada perasaan.
10 June 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment