Followers

15 March 2013

Makin Aku CInta (37)



Hati ini kan terasa sepi
Tanpa senyuman indah yang meruntumkan jiwa
Jadi kelam dunia bila kau menjauh
Bukan cinta membahagiakan
Hanya keihklasan di dalam hati mu
Untuk merasakan ikatan hati kita
Ku ingin kau berada disisi ku
Dalam waktu sukar atau bahagia
Oh cinta panjatkanlah pinta hamba ini
Cinta kau berikanlah kekuatan
untuk meniti cubaan dari mu
Semoga hari kami kembali menyinari
Jalan ini



Majlis persandingan berlangsung seperti yang dirancang. Saat ini tiada siapa yang tahu apa sebenarnya yang ada di dalam fikiran Suria. Wajah itu kelihatan sangat tenang. Seperti tiada apa-apa yang berlaku beberapa jam yang lalu. Senyuman yang dilemparkan dihadapan para tetamu juga tidak nampak kekok. Tapi sebaliknya pula bagi Emran. Setiap senyuman manis dan sentuhan mesra dari Suria menambahkan rasa bersalah di hatinya.


Emran dapat melihat dengan jelas dari dalam mata Suria kesedihan dan kepedihan yang cuba isterinya itu sembunyikan. Ketenangan yang Suria tunjukkan hanya mampu mengaburi mata-mata tetamu tapi mana mungkin Suria menipu dirinya. Hatinya sakit setiap kali ternampak bayang Sherly di kalangan tetamu yang hadir. Gadis itu masih berlegar-legar di rumah ibu mertuanya ini kerana permasalahan yang terjadi masih belum selesai.


Di telinga Emran masih terngiang-ngiang suara Suria melafazkan syarat supaya majlis mereka di teruskan.


################################

“Marry her, Emran” tenang sahaja kata-kata itu meluncur keluar dari mulut Suria. Namun ketenangan itu yang menyentak tangkai hati Emran.


“NO!!!” suara Emran yang melengking tinggi membuatkan Suria terkejut.


“Sayang, I’m not going to marry her. I don’t love her.” Emran memegang bahu Suria dengan kuat. Sedaya upaya dia mahu Suria memandang wajahnya.


“Marry her or divorce me. Itu sahaja pilihan yang awak ada Emran.”


“Why should I marry her? Abang dah ada sayang, abang tak mahu perempuan lain. Sayang tergamak nak tengok abang kahwin dengan perempuan lain?, Don’t you love me?”


Emran sudah melutut dan memegang lutut Suria dengan bahu yang terhinggut-hinggut menahan tangis. Dia mahu memohon secebis pengertian dari isteri yang baru dinikahinya. Segala yang berlaku memang bukan di atas kehendak mereka tapi untuk mengahwini Sherly, dia tak sanggup.


Suria meletakkan tapak tangan kanannya di dada. Menarik nafas panjang dan dilepaskan perlahan-lahan. Dia cuba mengawal air mata dari menitis keluar. Walaupun perit, dia terpaksa demi menyelamatkan maruah dan airmuka banyak pihak.


“I love you, so much. Kat sini…” Suria berjeda seketika. Tangannya menepuk-nepuk dadanya sendiri.


“hanya ada nama awak, wajah awak, suara awak dan segala-gala tentang awak. Tapi saya tak mampu nak hidup bahagia kalau ada hati yang terluka.”


Suria menyapu airmata yang mengalir di pipi Emran. Dia memandang terus ke dalam mata Emran dengan harapan suaminya itu dapat memahami apa yang ada di dalam hatinya saat ini.


Emran mengusap lembut pipi Suria.


“It hurt me but I know it hurts you the most.” Bibir Emran mengucup dahi Suria. Dari dahi kini kucupan Emran turun ke hidung dan berhenti lama di bibir isterinya itu. Setelah kucupan terlepas, Emran kembali menyambung bicara.


“I will marry her, not because I want to but because I can't afford of losing you.” Dengan kata-kata itu, Emran melangkah keluar dari bilik pengantin mereka.



###################################

Bunyi pintu bilik yang terbuka mematikan lamunan Suria. Dia tahu siapa yang sedang menapak masuk tanpa perlu dia menoleh. Tangan Suria ligat menyanggul rambut yang terlerai seusai dia membersihkan kesan solekan di wajah. Tatkala dia mahu berpusing, satu tangan lain sudah singgah di pinggang rampingnya.


“Waiting for me?” hembusan hangat dari bibir lelaki itu menghantar isyarat debar di dada Suria. Dia tahu lelaki itu sedang menggoda naluri kewanitaannya dan sesungguhnya dia memang tergoda.


Kepala ditelengkan sedikit supaya dia dapat melihat sisi wajah lelaki yang sedang memeluknya. Senyuman yang paling manis dihadiahkan kepada lelaki itu.


“Su milik abang, jadi hanya abang sahaja yang Su tunggu.” perlahan dan romantis setiap butir bicara yang dituturkan.


Tubuh Suria dibalikkan dan kini dia bertatapan mata dengan lelaki yang menghantar debar di dadanya selama ini. Jari jemari lelaki itu menari-nari di wajah Suria bermula dari dahi turun ke mata dan melayang-layang di bibirnya. Lelaki itu menolak sedikit wajah Suria dan satu ciuman singgah di bibirnya.


“I love you, so much. Sayang memang bukan yang pertama, jika di izinkan oleh Nya, abang mahu sayang jadi yang terakhir dalam hidup abang.”


Ada airmata yang ingin keluar dari kolam airmata Suria tatkala kata-kata itu menerjah pendengarannya. Dan kerana itu, tatkala bibir lelaki itu ingin mencari bibirnya buat kali kedua, dia menolak perlahan tubuh lelaki itu.


“Abang mandi dulu. Su dah siapkan tuala untuk abang.”


Tiada bantahan. Lelaki itu berpaling dan terus berjalan menuju ke bilik mandi. Selangkah sebelum masuk ke dalam bilik mandi, lelaki itu berhenti dan memandang ke arah Suria yang masih berdiri tegak di sisi katil.


“Sayang, I really mean it. Ingat apa yang abang katakan tadi sampai bila-bila. Walaupun saat abang tiada.” Serentak itu pintu bilik air tertutup rapat.


Suria terduduk di tempat dia berdiri tadi. Air mata yang ditahan mengalir jua.

-Su pun sayang abang, sayang sangat-sangat. Walaupun nanti antara kita ada dia, Su tetap sayang abang sampai bila-bila. Biarpun saat itu Su tiada lagi dalam hidup abang.


Hollaaaaa...... saya kembali!!!!!

Assalamualaikum kepada semua kawan-kawan yg singgah.

Ampun dan maaf saya pinta dari hujung rambut sampai hujung kaki kerana menyepikan diri buat seketika. Terdapat beberapa perkara yang tidak dapat saya elakkan berlaku kebelakangan ini tapi jangan bimbang dan risau, saya akan kembali menulis tentang TYL, MAC dan beberapa cerpen dan novel lain, mungkin... hehehehehe... doakan saya yer kawan-kawan semua.....

Segala komen dan teguran dari kawan-kawan pembaca amatlah saya hargai dan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Yang baik itu semuanya datang dari ALLAH dan yg buruk dan khilaf itu datangnya dari saya. Terima kasih sekali lagi kerana sudi menanti dan masih sudi mengikuti cerita di blog saya yang tak seberapa ini. Sayang semua ya!!!!!