Followers

29 November 2011

Makin Aku Cinta (28)

Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna.. Sempurna.



Suria tersenyum manis sebaik sahaja talian telefon dimatikan. Masih terngiang-ngiang suara romantis Emran yang memberitahu tentang perihal rombongan merisik dan bertunang yang akan dihantar oleh lelaki itu hujung bulan ini. Segalanya berlaku dengan sangat pantas bagaikan dalam mimpi. Pertemuan pertama dengan Emran seperti baru berlaku semalam dan kini lelaki itu bakal menjadi tunangan dan sedikit hari lagi menjadi suaminya. SUAMI!. Aduh, teringatkan tentang perkataan itu sahaja mampu mengundang rasa hangat dan bahagia di hati Suria.

Perkhabaran dari pihak keluarga Emran disampaikan kepada Mama. Alhumdulillah, mama juga gembira bila mendengarkan yang Emran benar-benar serius dan tiada halangan langsung dari pihak keluarga Emran. Abang Zain dan isterinya, Kak Rosnah yang kebetulan berada bersama-sama mama juga mengucapkan tahniah dan mendoakan agar kali ini jodoh dia dan Emran akan berpanjangan. Masakan tidak, sewaktu bersama Arman dahulu, selain dari mama, Kak Rosnah juga menjadi antara orang penting yang akan dicari oleh Suria bila dia mempunyai masalah. Ini kerana keluarga Kak Rosnah mengenali baik keluarga Arman malah wanita itu juga tidak menyangka yang Arman sanggup meninggalkan anak gadis majikannya semata-mata untuk berkahwin dengan gadis yang lebih kaya dan berpengaruh.

Tanpa Suria sedari, kegembiraan yang dia rasakan saat ini umpama menambah luka dan bara di jiwa seseorang yang leka memerhatikan dirinya.

####################################

Usai makan tengah hari bersama mama, Suria mengemaskan semua pakaian dan barangan peribadinya untuk pulang semula ke Shah Alam. Banyak perkara yang perlu dia selesaikan sebaik sahaja Emran memberitahu tentang rombongan merisik dan meminang yang akan datang hujung bulan nanti. Hujung bulan yang hanya tinggal kurang lebih dari dua belas hari. Saat Emran mengatakan hujung bulan, hatinya cuma berkata, ‘Alah, lambat lagi’. Tapi tadi sewaktu makan bersama mama, baru lah yang dia tersedar bahawa hujung bulan itu sekejap sahaja akan tiba. Itu pun setelah mama dan Kak Rosnah kalut memikirkan tentang persiapan yang dikhuatiri tidak sempat disediakan. Saat itu segala-galanya berebut-rebut mahu masuk ke dalam kotak fikiran dia yang semakin sempit. Baju tunang, cincin, hantaran tunang, para tetamu, pelamin. PELAMIN? Kenapa tersesat pula. Aduhai!!!!.

Setelah memasukkan beg pakaian ke dalam bonet kereta, seperti biasa, Suria menanti untuk bertemu mama di hadapan kaunter pendaftaran chalet. Dia akan berbual-bual seketika dengan Naqib dan Nurul, sepasang kembar yang menjadi penyambut tetamu merangkap kerani pendaftaran di chalet mama ini. Kali ini perbualan mereka berkisar tentang salah seorang tetamu yang masuk menginap sejak dua hari yang lalu. Nurul tidak henti-henti mengusik abang kembarnya yang angau pandang pertama dengan tetamu tersebut. Riuh seketika kaunter pendaftaran itu dengan gelak ketawa mereka bertiga.

Namun keriuhan itu tidak lama bila tiba-tiba Naqib berhenti ketawa dan menundukkan kepala. Nurul yang mengerti mengapa abang kembarnya tiba-tiba tertunduk malu memberi isyarat supaya Suria berpusing ke belakang. Suria pula dengan ketawa yang masih bersisa memusingkan kepalanya. Matanya pantas sahja menangkap susuk wajah dan tubuh seorang gadis yang nampak ayu dan sangat sopan. Mengertilah dia kini mengapa Naqib tidak boleh berhenti dari bercerita tentang tetamu istimewa ini.

“Assalamualaikum..” lembut sahaja desir suara yang keluar dari bibir si empunya diri.

“Waalaikumussalam…” serentak pula Suria, Nurul dan Naqib menjawab.

“Tumpang tanya, bagaimana saya nak dapatkan teksi dari sini?”

“Kita boleh tolong telefon syarikat teksi untuk saudari. Saudari nak pergi ke mana?” Suria menjawab dengan ramah.

Suria sebenarnya mengharapkan Naqib dapat memberikan jawapan kepada soalan gadis itu tadi tapi nampaknya Naqib seperti di pukau bila mendengarkan suara lemah gemalai dari gadis yang diminatinya maka terpaksalah Suria yang menjadi orang tengah.

Si gadis yang kini berdiri di sebelah Suria baru hendak membuka mulut menjawab pertanyaan dari Suria bila tiba-tiba kedengaran suara mama menyebut nama seseorang.

“Sherly?”

Sebaik terdengar namanya di sebut, gadis itu segera berpaling.

“Aunty?”

##################################

Suria kini dalam perjalanan pulang ke Shah Alam bersama-sama dengan Sherly. Masih terbayang di matanya riak wajah Naqib yang kecewa bila mendapat tahu tentang Sherly yang jauh lebih berusia dari yang dia sangkakan. Bukan sahaja Naqib, malah Nurul dan dirinya sendiri juga terkejut bila mama menyuruh dia memanggil Sherly dengan panggilan Kak Sherly kerana beza usia antara mereka. Jika Sherly lebih tua dari dirinya, maka ‘gadis’ itu pasti jauh lebih berusia dari Naqib dan Nurul yang baru menginjak ke usia dua puluh tiga tahun.

Awalnya dia tertanya-tanya bagaimana Mama boleh mengenali Sherly. Bila mama memberitahu yang Sherly adalah anak kepada kenalan lama mama, segala soalan yang berlegar di dalam mindanya hilang. Tetapi kemudiannya beberapa soalan lain pula wujud bila dia terdengar yang Sherly asyik bercerita tentang ‘Papa’ nya. Suria yakin sangat yang kenalan lama mama itu pasti seorang lelaki cuma ketika ini Suria tidak pasti sama ada kenalan lama mama itu adalah kenalan biasa atau kenalan luar biasa. Satu nota peringatan disemat di dalam kepalanya supaya tidak lupa bertanya kepada mama malam nanti.

“Kak Sherly datang PD dengan siapa?” Suria memulakan perbualan santai dengan Sherly yang sangat murah dengan senyuman.

“Oh… kawan yang hantar. Tiba-tiba dia kata ada hal penting pulak petang semalam. Hari ni pun dia tak dapat datang ambil, tu yang terpaksa cari teksi. Nasib baik jumpa Aunty Melati dan Suria. Kalau tak, tentu I dah kena tunggu teksi. By the way, janganlah panggil I kakak, rasa macam tua sangat pulak. Just call me Sherly, ok?”

“oh… ok. Takder masalah lagipun I lagi suka kalau you balik dengan I hari ni, so tak la I rasa bosan sangat nak drive sorang-sorang. Sherly memang plan bercuti sorang ker? Tak bahaya?” Suria sebenarnya pelik bila melihatkan gadis secantik Sherly bercuti seorang diri. Tiada siapa yang mahu menemani gadis ini ke?

“Sepatutnya I jumpa bakal tunang I kat PD. Kitorang nak discuss about our wedding tapi last minit dia banyak hal pulak. Nasib baik I sorang jer yang dah booking bilik, kalau dia pun dah booking bilik untuk dia, mesti rugi.” Panjang lebar Sherly menerangkan tentang rancangannya yang tergendala.

Suria dapat melihat kegembiraan yang terpancar di wajah Sherly bila berbicara tentang bakal tunangnya. Adakah dia juga akan segembira itu nanti bila berbicara tentang Emran.

“Bakal pengantin la you ni. Mesti seronokkan” Suria mengusik Sherly yang kelihatan malu-malu bila dipanggil bakal pengantin.

“Seronok la, Suria. I dah lama tunggu bakal tunang I ni. Kitorang berpisah sekejap, dia kahwin dengan orang lain. I hampir putus asa dan I ingat dia bukan jodoh I. Tapi ternyata dah tertulis yang dia memang ditakdirkan untuk I. Kitorang bertemu semula bila isteri dia meninggal dunia dan masa tu I tahu yang I tak akan lepaskan dia pergi lagi. Majlis I nanti, you dengan Aunty Melati datang tau”

“Insya-Allah. Kalau you jemput, takkan kami tak datang pulak kan.”

Suria gembira dapat berbual-bual dan berkongsi cerita dengan Sherly. Dia dapat merasakan sedikit sebanyak cerita cinta yang Sherly alami seperti ada persamaan dengan kisah antara dia dan Arman cuma bezanya kini dia bakal bertunang dengan lelaki lain, bukan bekas kekasihnya dahulu.

Kereta yang dipandu oleh Suria kini melewati Plaza Tol Damansara dan terus menyusur menuju ke Damansara Perdana. Hujan yang sangat lebat menyukarkan Suria untuk mencari jalan menuju ke duplex kondo milik Sherly di Armanee Terrace.

Sewaktu menghampiri salah satu simpang yang berdekatan dengan kondo Sherly, kereta yang dipandu oleh Suria tiba-tiba hilang kawalan dan melanggar tembok pembahagi jalan. Sherly kalut dan terkejut, Suria apatah lagi. Dengan keadaan hujan yang sangat lebat, kilat yang sabung menyabung dan kenderaan yang bertali arus, Suria hilang semangat seketika. Satu tepukan di bahu mengembalikan dia ke alam reality. Nafas panjang di tarik dan mindanya mula mencongak siapa untuk dia hubungi di saat-saat seperti ini.

Suria keluar dari kereta untuk melihat seberapa teruk kerosakan yang dia alami. Angin kuat yang bertiup membuatkan tubuh kecilnya terhoyong-hayang. Beberapa kereta yang lalu lalang sekadar memperlahankan pemanduan mereka untuk melihat apa yang terjadi tapi setakat ini, tiada siapa yang sudi berhenti untuk menghulurkan bantuan. Mungkin kerana hujan yan gsangat lebat membataskan niat mereka.

Suria masuk semula kedalam kereta dan mendail nombor telefon bimbit milik Emran. Setelah menunggu beberapa ketika, hanya mesin pesanan suara yang menjawab panggilannya. Dia mencuba sekali lagi tapi masih hampa. Sherly di sebelahnya juga membantu dengan menghubungi bengkel kereta sahabatnya untuk mendapatkan bantuan.

“Suria, I dah called mechanic. They are on the way.”

“Thanks a lot Sherly. I dah susahkan you pula”

“I yang susahkan you sebenarnya, Suria. You accident sebab nak hantar I balik. Apa yang I nak jawab kat Aunty Melati nanti. Mesti papa marahkan I” Sherly bersuara memujuk. Tapak tangan Suria di gosok perlahan.

Suria mencuba untuk menghubungi Emran sekali lagi tapi masih lagi hampa. Lelaki itu tidak mengangkat telefonnya. Kini fikiran Suria sedang memikirkan siapa yang boleh mengambil dia di sini dan menghantar dia pulang ke rumahnya dalam keadaan hujan lebat ini. Sedang dia berfikir-fikir, telefon di tangan berbunyi nyaring. Pantas sahja jari Suria menekan butang berwarna hijau tanpa sempat melihat siapa pemanggilnya.

“Hello, Em…”

“Assalamualaikum, Suria” suara pemanggil di sebelah sana mengejutkan Suria. Bukan Emran.

“Wa alaikum mussalam. Siapa ni?” pantas sahaja Suria bertanya.

“Saya la, Farid. Awak senang tak sekarang? Saya nak pastikan tentang meeting esok dengan Encik Nazri dari Labur Bina Sdn Bhd.”

“Encik Farid? Meeting? Errr……. Sekarang ni saya tak berapa nak senang la Encik Farid. Kereta saya accident ni.” Suria terpaksa berterus terang dengan ketua jabatannya itu.

“Accident? Awak kat mana sekarang ni? Awak ok ker?” suara Farid yang tiba-tiba cemas itu menghantar satu persoalan di fikiran Suria.

“Saya ok, kereta jer yang ko. Tengah fikir macam mana nak balik rumah dalam hujan lebat ni.”

“Awak kat mana sekarang?” suara Farid masih cemas. Secemas hatinya bila mendengarkan yang Suria kemalangan.

“Saya dekat area Damansara Perdana. Nak hantar kawan saya balik rumah dia kat Armanee Terrace.”

“You wait for me. I’ll be there in ten minutes. Jangan pergi mana-mana, tunggu sampai saya datang.”

“Tapi Encik Farid….” Belum sempat Suria menghalang, lelaki itu sudah mematikan talian. Lain yang dia tunggu, lain pula yang nak datang.

“Sherly, bos saya on the way datang sini, nanti saya minta tolong dia hantarkan awak balik sekali yer.” Suria memberitahu Sherly letak kedudukan mereka sekarang. Sherly hanya tersenyum manis sambil mengusap tapak tangan Suria yang dia genggam.

“Takper la Suria. I akan telefon bakal tunang I mintak dia ambil I kat sini. Lagipun rumah I dah dekat. I dah banyak susahkan you hari ni.”

Suria hanya mengangguk perlahan. Dalam hatinya memuji lelaki yang bakal menjadi suami SHerly. Betapa bertuahnya lelaki itu mendapat gadis sebaik ini.

Dalam pada menanti ketibaan Farid, telinga Suria menangkap perbualan mesra yang dibuat oleh Sherly.

“Hello Emran, you sibuk tak?” manja sekali Sherly memanggil sepotong nama itu. Nama yang menghantar getaran di dada Suria. Nama yang membuat hati Suria rasa seperti tercabut dari tangkainya. Tak mungkin Emran yang sama.

Tangannya pantas mendail nombor milik Emran yang dia kenali. Dengan terketar-ketar, telefon di bawa ke telinga dan serentak itu juga hatinya hancur berkecai. Talian telefon milik Emran yang dia kenali sedang sibuk.

Tak lama selepas Sherly mematikan panggilan dengan ungkapan ‘I miss you too’, telefon Suria berdering nyaring.

EMRAN!! Desis hatinya.

Butang merah di tekan dan pandangan dihalakan ke luar tingkap untuk menyembunyikan air mata yang mengalir.

Makin Aku Cinta (27)

Selembut bicara
Sehalus sentuhanmu
Layangan pesonamu
Tak mungkin ku lupa jelingan pertama
Nan indah penuh makna
Akan ku sahut cintamu itu
Bersama kita menuju bahagia
Takkan lagiku sendiri
Kasih yang berlabuh kini
Terasa keabadian cinta kau beri
Mungkinkah daku bermimpi
Sebahagia begini
Ini bukan ilusi oh... kasih


Langit cerah dengan matahari yang menebarkan cahaya keemasannya ke seluruh alam. Pagi Emran dikejutkan dengan ketukan bertalu-talu di pintu biliknya. Sangkanya dia dapat la melelapkan mata barang sepicing dua lagi selepas menunaikan solat subuh tapi ternyata segalanya tidak akan menjadi kenyataan. Dengan langkah yang lemah dan longlai, dia menuju ke pintu bilik.

“Morning! Along… it’s breakfast time.” Erlina separuh menjerit mengajak abang kesayangannya itu bersarapan bersama. Dia teruja kerana bukan selalu mereka sekeluarga dapat bersarapan bersama-sama. Selalunya hanya dia dan mummy sahaja yang ada di meja makan.

“Lin breakfast la dulu. Along penat la. Nak tidur lagi ni.” Emran menarik comforter yang sudah jatuh melurut ke lantai.

“There is no excuse. Mummy dengan daddy tengah tunggu Along turun. Kalau along tak mahu turun, Lin akan pastikan mummy dengan daddy tak pergi Port Dickson.”

Tubuh Emran yang sudah berselubung comforter bingkas bangun bila telinganya menangkap perkataan ‘Port Dickson’.

“Port Dickson? Ada apa dengan tempat tuh” Emran buat-buat blur. Padahal dalam hati dah macam gendang kena palu.

- Takkan si Lin ni dah tahu??

“Along, you are not a good actor. I know where were you last night. So, you better wake up now and tell mummy and daddy about it or else, I will do.” Erlina sudah mengacah-ngacah mahu keluar dari bilik. Emran tahu yang jika dia tidak bangkit sekarang, Erlina pasti akan menunaikan kata-katanya.

“What ever you know, you better keep it to yourself. I will tell them myself. Give me ten minutes and I will going down. Now you leave”

“You better fast, if not…….” Erlina sudah menayangkan muka nakalnya dengan menaik-naikkan kening.

“KU ERLINAAA……..” saat Erman mula menjerit, Erlina sudah mencicit lari turun ke bawah.

#####################################

Sayup-sayup telinga Emran dapat menangkap suara Erlina yang sedang sibuk bercerita tentang pejabat dan rakan sekerjanya. Dia yang baru mula bertugas seminggu yang lalu kelihatan amat teruja dengan pengalaman barunya itu. Emran bersyukur yang kini adiknya itu sudah semakin matang dan mampu mengatur kehidupannya sendiri. Sedikit sebanyak terbit juga rasa bangga di hatinya kerana Erlina memilih untuk belajar berdikari dengan mencari pekerjaan sendiri tanpa mengharapkan bantuan dari bapa mereka.

Erlina menyimpul senyum ketika Emran menarik kerusi dihadapannya. Emran pula hanya menghantarkan isyarat mata menyuruh supaya Erlina mendiamkan diri. Erlina membalas dengan satu jeliran lidah, sengaja mengejek abangnya. Kelakuan mereka berdua hanya diperhatikan dengan penuh minat oleh Ku Hashim dan isterinya, Ku Mardhiah.

“Ku Lin, kenapa jelir-jelir lidah depan rezeki ni?” Ku Mardhiah menegur perlakuan anak gadisnya yang kelihatan tidak sopan di hadapan makanan. Erlina menarik muka sementara Emran menunjukkan isyarat ‘padan muka’ kepada adiknya itu.

“Ku Em, ada apa-apa yang daddy dan mummy perlu tahu ke? Nampak macam Ku Em dan Ku Lin menyembunyikan sesuatu dari kami berdua.” Kali ini Ku Hashim pula yang bersuara. Erlina yang tadinya menarik muka kini tersenyum sinis melihatkan Emran yang terhenti suapan ke mulut. Pertanyaan dari Ku Hashim mematikan seleranya.

Emran menundukkan kepala. Sudu di tangan di letakkan di tepi pinggan. Air kopi di dalam cawan di teguk perlahan. Saat dia mengangkat kepala, dia ternampak Erlina membuat kening ‘double jerk’. Dia tahu yang adiknya itu menunggu masa untuk dia membuka mulut. Entah kenapa ketika ini dia rasa seperti urat sarafnya kejang dan beku. Rasa yang sama seperti mana ketika dia meminta mummy dan daddynya merisik dan meminang arwah Najiha dahulu. Emran menggenggam erat jari jemarinya sendiri.

Akhirnya….

“Mummy…daddy…. Ku Em nak kahwin…..”

Ku Hashim terhenti dari membaca surat khabar.

Ku Mardhiah tercengang dan mati kata.

Ku Erlina pula tersenyum gembira.

~ Yes!! Along nak kahwin!!!

21 November 2011

Makin Aku Cinta (26)

Kupilih Hatimu.. Tak Ada Ku Ragu..
Mencintamu adalah hal yang terindah
dalam hidupku oh sayang..
kau detak jantung hatiku..setiap nafasku.. hembuskan namamu..
sumpah mati.. hati ingin memilihmu..
dalam hidupku oh sayang..
kau segalanya untukku..


Makan malam antara Suria, Emran dan Puan Melati berjalan dengan lancar. Suria tidak menyangka yang Emran akan melamarnya sekali lagi di hadapan mama. Saat itu dia rasakan seperti mahu menjerit dan menwar-warkan kepada seluruh dunia yang dia amat menyintai lelaki itu. Emran pula sangat tenang dan yakin ketika menjawab setiap persoalan yang mama utarakan tentang hati dan perasaannya. Suria tahu yang bukan niat mama mahu menyekat kebahagiaan dirinya, mama cuma mahu yang terbaik untuk anak tunggalnya ini. Mama juga bimbang kerana hubungan antara dia dan Emran masih baru jadi mama tak mahu Suria menangis sekali lagi kerana kecewa.

Suria amat mengagumi cara Emran menjawab dan berkomunikasi dengan mama. Lelaki itu kelihatan amat berpengalaman dan matang dalam setiap tutur katanya. Emran juga sudah mempunyai perancangan tentang majlis merisik dan bertunang. Saat mendengarkan tentang majlis merisik dan bertunang yang dirancang Emran, Suria tidak dapat menyembunyikan rasa malu dan segannya dari lelaki itu. Emran menggenggam lembut tangan Suria yang terletak di bawah meja menandakan yang dia tidak bermain-main dengan setiap keputusannya. Mama pula hanya tersenyum lega. Lega kerana akhirnya puteri tunggal kesayangan dia dan arwah suaminya bertemu dengan seorang lelaki yang baik.

Emran terpaksa pulang kerana dia telah berjanji untuk pulang ke rumah keluarganya pada malam itu. Ketika Suria menghantar dia ke tempat parkir, Emran masih menggenggam erat jari jemari Suria seperti tidak mahu dilepaskan.

“Love, if I had a choice, I’ll prefer to stay here.” Emran meramas perlahan jari jemari Suria.

“Emran, janganlah macam ni. Esok petang saya balik Shah Alam, Isnin pagi awak akan jumpa saya. Bukannya lama pun.”

“Lama tu, sayang. Sedangkan sekarang pun Em dah rasa rindu, inikan pula nak tunggu sampai Isnin pagi, rasa macam tak cukup udara nak bernafas. Tak kesian kat Em, ker?”
Merah muka Suria mendengarkan kata-kata dari Emran itu.

“Janganlah cakap macam tu. Tentulah saya kesian kat awak tapi kalau awak tak gerak sekarang, lagi lambat awak akan sampai Shah Alam. Dah sampai rumah nanti, jangan lupa call saya yer.”

Bukan niat di hati Suria untuk menghalau Emran pergi tapi dek kerana hari sudah semakin jauh malam, suka atau tidak Emran perlu bergerak pulang. Dia tidak mahu lelaki itu tiba lewat di rumah.

Emran yang mengerti tentang kebimbangan yang bersarang di dalam hati Suria mengakur dalam keterpaksaan. Hatinya berat mahu melangkah pergi meninggalkan Suria. Ternyata panahan cinta kali kedua ini begitu hebat kesannya. Rindu sentiasa menyesakkan dada. Emran sudah merancang untuk memberitahu hajat di hati untuk memperisterikan Suria kepada keluarganya secepat mungkin. Dia tidak mahu menunggu lama untuk menjadikan gadis itu sebahagian dari hidupnya.

Bunyi enjin kereta yang mengaum membelah kesunyian di parkir kereta chalet. Emran masih belum mahu melepaskan tangan Suria yang digenggam erat dari sejak tadi. Perlahan Suria menolak tubuh Emran supaya masuk ke dalam kereta. Emran tertawa kecil.

“You really want me to go, love?”

“Em… please…” Suria bersuara manja persis memujuk Emran.

“Ok, I gerak sekarang. You jangan lupa balik Shah Alam esok. I’m gonna miss you badly. Sweet dream, love.” Sempat Emran mencuit hidung Suria sebelum dia masuk ke dalam perut kereta.

“Awak drive elok-elok. Jangan lupa telefon saya bila sampai rumah nanti. Saya tunggu sampai awak telefon.”

Suria menanti sehingga kereta Emran hilang dari pandangan mata sebelum dia melangkah menuju ke rumahnya yang terletak tidak jauh dari situ. Dalam hatinya kini dia juga mengakui yang dia mula merindui Emran walaupun kelibat lelaki itu baru sahaja berlalu pergi. Ah! Jatuh cinta kali ini benar-benar mengganggu jiwanya.

#####################################################################

Emran tiba di rumah keluarganya ketika jam berdenting sebanyak dua belas kali. Hanya Erlina yang masih berjaga kerana menonton drama Korea kegemarannya. Adiknya itu sanggup berjaga dan menghabiskan berjam-jam masanya menonton drama Korea hanya kerana ketampanan hero yang berlakon. Emran tahu yang Erlina mahu bertanya tentang sesuatu tapi dia memilih untuk terus masuk ke dalam biliknya tanpa menghiraukan pandangan mata Erlina yang penuh dengan tanda soal.

Setelah membersihkan diri, Emran mencapai telefon bimbitnya. Terdapat dua panggilan yang tidak dijawab dan kedua-duanya datang dari nombor telefon yang sama. Pantas sahaja jari-jemarinya menekan butang hijau mendail.

“Love, Em dah sampai.”

“Assalamualaikum, Encik Emran.”

Senyuman kecil terukir di bibir Emran bila di sindir secara halus begitu.

“Wa alaikum mussalam sayangku Cik Suria Hani. Saya ingin melaporkan yang saya telah selamat sampai di rumah mummy. Sayang Em ni tak tidur lagi ke?”

“Belum mengantuk lagi. Kejap lagi baru nak tidur. Awak berehat la. Mesti penat drive kan.”

“Ok, love. Sweet dream and love you.”

“Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam.”

Talian di matikan dan telefon bimbit diletakkan di meja tepi katil. Emran mencapai album foto yang terdapat di rak buku yang ada di dalam biliknya. Foto-foto yang terdapat di dalam album itu di selak satu persatu. Gambar Najiha yang terdapat di dalam album itu di usap perlahan.

“Selamat malam, Jiha. Abang rindukan Jiha.”

Album gambar itu di bawa ke katil. Emran memeluk erat gambar Najiha dan berdoa semoga Najiha tenang dan aman di sana. Lenanya tiba tanpa diundang tidak lama kemudian.