Followers

19 October 2011

Tiada Yang Lain... (19)

Hembusan asap rokok Marlboro Menthol berkepul-kepul keluar dari rongga hidung Puan Mariyah. Kedinginan menthol dan kepahitan tembakau seakan meresap jauh ke dalam saraf tubuhnya. Espresso yang semakin sejuk disisip perlahan. Buat kesekian kalinya dia menyedut rokok di tangan.

Dia bersendiri lagi kali ini. Tuan Zakuan baru menghantarkan sms memberitahu tentang pemergiannya ke Hong Kong. Entah berapa lama pula lelaki itu akan berada di sana. Jiwa dan perasaan Puan Mariyah terasa kosong. Hazwan masih belum pulang dari bertugas di awan biru, Armand pula tidak diketahui di mana duduk tempatnya. Kadangkala Puan Mariyah terasa seperti mahu menangis hiba tapi tiada airmata yang akan mengalir keluar.

Saat-saat seperti ini akan membuatkan dia teringat segala kisah silamnya. Kisah silam yang hitam dan kelam. Jika boleh, mahu sahaja dia memadamkan segala-galanya tapi dia sedar, selagi dia bernafas di muka bumi tuhan ini, selagi itulah dia terpaksa membawa segala kisahnya bersama. Hatinya sakit umpama di hiris belati tajam setiap kali dia terkenangkan perjalanan hidupnya.

Dia dilahirkan sebagai Mariyah Sienna Pangilinan. Ibunya adalah seorang penyanyi cabaret yang berasal dari Filipina. Dia tidak tahu siapa ayah kandungnya dan mendiang ibunya juga tidak pernah bercerita apa-apa tentang itu. Sewaktu dia berusia empat tahun, ibunya berkahwin dengan seorang lelaki melayu bernama Idris dan namanya ditukar kepada Mariyah Binti Idris. Pertukaran nama itu sekaligus menukarkan status agama Mariyah dari Kristian kepada Islam. Walaupun begitu, Mariyah seringkali keliru dengan pegangan agama dalam keluarganya kerana mendiang ibunya masih lagi pergi ke gereja pada setiap hari Ahad dan Idris sendiri bebas untuk mengambil minuman keras dan berjudi di rumah mereka.

Mariyah tidak pernah tahu apa pekerjaan Idris cuma yang dia tahu lelaki itu sentiasa ada duit walaupun hanya duduk di rumah. Idris melayan Mariyah dan ibunya dengan sangat baik. Mendiang ibunya masih lagi menyanyi di kelab-kelab malam sekitar Kuala Lumpur dan setiap kali ibunya keluar bekerja, Mariyah akan dijaga oleh Idris. Oleh kerana tidak pernah mempunyai bapa, Mariyah merasakan setiap perbuatan dan layanan dari Idris adalah perkara normal yang akan dilakukan oleh setiap bapa terhadap anak perempuannya. Setiap petang Mariyah akan dimandikan, disuapkan makan malah ditidurkan oleh Idris. Ketika itu Mariyah merasakan setiap pelukan, ciuman dan usapan dari Idris adalah perkara biasa.

Mimpi ngeri Mariyah bermula bila ibunya mati kerana kanser otak ketika Mariyah berusia empat belas tahun. Sebulan setelah pemergian ibunya, Idris menyuruh dia tidur di bilik tidur utama. Alasan Idris kerana setiap apa yang ditinggalkan oleh mendiang ibunya, kini sudah menjadi milik Mariyah, jadi Mariyah harus tidur di katil milik ibunya sebagai mengingati mendiang ibunya. Tanpa banyak soal, Mariyah hanya mengikut sahaja apa yang dikatakan oleh Idris dan malam pertama di atas katil itulah menjadi malam yang merosakkan diri Mariyah.

Idris telah merampas dan merobek dara milik Mariyah tanpa belas kasihan. Walaupun Mariyah menangis dan merayu, Idris tidak pedulikan semua itu malah dia telah merogol Mariyah berkali-kali pada malam itu sehinggakan tiada airmata lagi yang mampu ditangiskan.

Selama 2 tahun, Mariyah dan Idris tinggal bersama umpama suami dan isteri. Di mata masyarakat luar, Idris adalah seprang bapa yang sangat penyayang tapi di rumah, Idris adalah singan lapar yang sentiasa akan membaham mangsanya. Walaupun Mariyah membenci Idris sepenuh hati, tapi dia tidak ada pilihan lain kerana dia hanya sebatang kara dan tiada tempat lain yang boleh dia tuju. Jiran tetangga ramai yang tidak menyukai dia kerana mendiang ibunya adalah seorang penyanyi cabaret yang sentiasa menjadi bahan umpatan.

Satu hari, Idris pulang ke rumah bersama sepasang suami-isteri yang diperkenalkan sebagai adik dan adik iparnya. Mereka membawa banyak pakaian baru yang cantik untuk Mariyah. Menurut Idris, dia terpaksa pulang ke Kelantan dan tidak boleh membawa Mariyah bersama, jadi Mariyah akan di tinggalkan di bawah jagaan adiknya itu. Dalam hati Mariyah berasa sangat gembira kerana dia menyangkakan yang dia akan terlepas dari penjara seks milik Idris. Tapi segalanya hanyalah mimpi yang tak akan menjadi nyata.

Umpama lari dari mulut buaya dan kini masuk pula ke dalam mulut naga, pasangan suami isteri yang diperkenalkan Idris itu adalah seorang ibu ayam yang telah membeli Mariyah. Idris telah menjual Mariyah dengan harga yang tinggi kerana kecantikan dan wajah kacukan yang dimiliki olehnya. Selama ini Idris hidup mewah hasil dari menjual gadis-gadis muda dan mentah kepada ibu ayam yang memerlukan.

Dari sejak itu, kehidupan Mariyah beralih dari satu lelaki ke lelaki yang lain sehinggalah dia di beli oleh Badang, ketua kongsi gelap yang agak berpengaruh di Kuala Lumpur. Bersama dengan Badang, Mariyah belajar menjadi seorang gadis yang keras hati. Jika dulu dia dijual, setelah mengikut Badang, dia pula yangmenjual. Dia mempunyai pengikutnya sendiri. Idris, bapa tirinya merangkap lelaki yang mencampak dia ke lembah pelacuran telah di tanam hidup-hidup, tidak meninggalkan kesan walau sehelai rambut sekalipun.

Mariyah ditakuti dan digeruni kerana ketangkasan dan keberaniannya. Dia tidak pernah teragak-agak untuk menamatkan riwayat musuhnya. Kerana itu dia menjadi gundik kesayangan Badang. Tiada siapa yang berani mencari pasal dengan Mariyah.

Mariyah bertemu dengan Ah Ming dan Zack ketika dia dan pengikutnya menyerang kubu utama Panjang, seteru utama Badang. Tindakan Ah Ming yang tidak membalas setiap serangan darinya membuatkan Mariyah bingung. Selama dia bersama dengan Badang, bukan sedikit cerita tentang Ah Ming yang dia dengar dan dia pasti setakat serangan seorang perempuan sepertinya, dengan hujung jari sahaja Ah Ming mampu menangkis. Tapi hari itu, Ah Ming hanya membiarkan dia dibelasah teruk oleh Mariyah tanpa membenarkan sesiapa membantunya.

Segala persoalan yang mengganggu minda Mariyah tentang Ah Ming terjawab selepas pedang Tanto miliknya menghiris tajam perut Ah Ming. Zack yang sudah tidak mampu lagi menjadi pemerhati telah bertindak mengilas tangan Mariyah dan memberitahu wanita itu yang Ah Ming tidak akan sesekali memukul wanita. Tidak walau dengan satu jentikan yang halus kerana Ah Ming lebih rela mati dari mengasari wanita.

Sejak dari itu, Zack dan Ah Ming telah diambil untuk menjadi pengikut dan mereka menjadi sahabat sehinggalah hati dan perasaan mengkhianati mereka.

Mengingati semua itu membuatkan hati Mariyah menjadi sangat sakit. Sakit yang kini menjadi racun dendam dalam hatinya. Sakit yang tak mungkin dapat diubati oleh doctor.

Kotak rokok yang telah kosong di genggam sehingga lumat. Air yang terbit di tubir mata di keringkan dengan tisu. Espresso yang tinggal seteguk di habiskan. Mariyah bangun dari kerusi yang didudukinya dan mula melangkah keluar dari Starbuck. Dia perlu merancang sesuatu untuk mengurangkan rasa sakit hatinya dan ketika ini hanya anaknya, Armand sahaja yang mampu untuk merealisasikan segala perancangannya.

11 October 2011

Makin Aku Cinta (25)

Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang menyakiniku
Kau tercipta untukku
Pasti waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tahu ku selalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku..



Suria tiba di Port Dickson ketika jam menginjak ke pukul 10 pagi. Dia sempat bersarapan pagi bersama Emran setelah lelaki itu mengugut mahu menghantar dia hingga ke PD jika dia enggan bersarapan bersama. Malas mahu bertelagah, Suria hanya mengikutkan sahaja kerenah Emran. Dalam hati, dia juga suka kerana jika dia menghabiskan hujung minggu di kampung, pasti dia tidak dapat menatap wajah kacak Emran. Kebelakangan ini hatinya akan mudah berasa kehilangan jika lelaki itu tiada. Dia amat yakin kini yang Emran memang sudah mendapat tempat di dalam hatinya. Kepulangannya ke kampung kali ini untuk mengkhabarkan tentang hubungan mereka kepada mama. Pasti mama akan berasa gembira kerana dia sudah bertemu pengganti Arman.

Suria berjalan berjingkit-jingkit ke arah mamanya dengan niat ingin memberi kejutan. Belum sempat dia menyergah, mama sudah bersuara dahulu.

“Assalamualaikum, Suria Hani.”

“Wa alaikummussalam, mamaku sayang. Su baru jer nak surprisekan mama. Macam mana mama tahu Su dah sampai?” Suria kini telah berdiri di tepi mamanya sambil menyalam tangan dan mencium pipi wanita itu. Terasa seperti sudah lama dia tidak pulang bertemu mama padahal baru sebulan yang lepas dia menghabiskan cuti panjang di kampung.

“Su kan anak mama, sensor hati mama kuat kalau Su ada dekat dengan mama. Balik sorang jer ke?” Mama meninjau-ninjau sekeliling mencari-cari jika ada sesiapa menemani kepulangan Suria kali ini.

“Sejak bila pulak Su balik berdua. Nak balik dengan siapa pulak?” berkerut dahi Suria melihatkan aksi mamanya yang luar dari kebiasaan.

“Manalah tau kot-kot ada yang teman Su balik kali ni.”

“Ada-ada jer lah mama ni. Ma, Su lapar…” Suria merengek manja sambil berpaut pada lengan mamanya. Dia sengaja menukar rentak bicara supaya mama tidak lagi bertanya tentang perihal ‘teman’ nya. Mama yang menyedari helah Suria hanya tersenyum nipis.

“Jom kita pergi makan kat cafĂ©. Hari ni Abang Zain masak lemak cili api ikan keli salai.” Mama memberitahu sambil tangannya lincah mengemaskan meja kerja yang bersepah.

Suria pula sudah kecur menelan air liur mendengarkan lauk kesukaannya itu. Lupa seketika tentang Emran dan kerinduan terhadap mama.

################################

Duduk seorang diri sementara menunggu matahari terbenam merupakan satu perkara yang tak akan Suria lepaskan bila pulang ke Port Dickson. Bertemankan desiran ombak laut yang memukul pantai dan tiupan angin Laut China Selatan, segala-galanya terasa sempurna. Mungkin lebih sempurna jika Emran ada menemaninya saat ini.

~Oh hati… kenapa harus aku teringatkan tentang lelaki itu di saat-saat seperti ini. Adakah dia juga sedang memikirkan tentang aku?~

Dengan mata yang terpejam, bibir Suria menguntumkan senyuman. Gegaran dari telefon bimbitnya membuatkan tumpuan Suria sedikit terganggu. Tangannya meraba di dalam poket seluar mencari telefon dan tanpa melihat siapa gerangan sang pemanggil, dia terus menekan butang hijau.

“Hello”

“Assalamualaikum my love. Miss me?” suara garau milik lelaki yang sedang dia fikirkan menerjah telinganya. Senyuman di bibir Suria semakin melebar kerana dia pasti lelaki itu tidak nampak reaksinya saat ini.

“Wa alaikum mussalam, Emran. Rindukan awak? Perlu ke?” Suria malu untuk mengaku.

“Kalau tak rindu, kenapa senyum sorang-sorang?”

“Mana ada saya senyum sorang-sorang. Saya tengah menghayati keindahan alam. Menunggu masa untuk melihat matahari terbenam. Entah-entah, awak yang tengah rindukan saya tapi malu nak mengaku.”

“Saya tak malu nak mengaku, Suria. Saya memang sentiasa rindukan awak. You had my heart and already stay in my mind, so tell me how am I going to live without my heart and how am I going to think if I already lost my mind. If I could, then I would you wherever you will go, Love.”

Kata-kata yang keluar dari mulut Emran membuatkan senyuman Suria semakin melebar. Hatinya terasa sangat senang dia benar-benar merindui kehadiran lelaki itu saat ini. Tapi mana mungkin dia akan berterus terang tentang perasaan dan rasa hatinya kepada Emran. Dia malu. Malu untuk memulakan langkah dan kerana itu dia hanya mengikut sahaja rentak cinta Emran sekaligus memberi tanda yang hatinya juga melagukan irama cinta yang sama. Ah! Gila rasanya. Cinta baru yang hadir sekelip mata memberikan rasa yang membuak-buak di dada sedangkan cinta dahulu yang di anyam bertahun lamanya tidak pernah memberikan rasa seperti ini.

“ermmmm….. Emran..” Suria memanggil nama Emran dengan nada suara yang paling lembut namun bisa menggegarkan jiwa lelakinya.

“Yes, Love.”

“sebenarnya… saya… ermmmm… saya…”

“sebenarnya apa, sayangku Suria”

“sebenarnya saya…… dahaga sangat. Dari tadi belum dapat minum air kelapa kegemaran saya. Kan best kalau saya dapat minum air kelapa kat tepi pantai ni.” Manja sahaja bunyi suara Suria yang bertujuan untuk menyakat perasaan Emran. Dia tahu yang lelaki itu menantikan kata-kata rindu dan cinta dari bibirnya, sengaja dia melarikan diri dari terus berbicara tentang perasaan.

“Air kelapa? Awak ni memang suka spoil mood romantic saya kan? Nasib baik awak jauh, kalau tak..”

“kalau tak, kenapa? Awak nak buat apa?” Suria tertawa gembira. Suka sangat hatinya dapat mengenakan Emran.

“Kalau awak dekat, saya dah cubit-cubit pipi awak sampai merah. Biar awak merayu-rayu supaya saya berhenti cubit.” Sangat geram bunyinya suara Emran mendengarkan gelak ketawa Suria yang tak berhenti.

“Elleh… cubit la, saya tak takut pun. Ha..ha..ha”

“sebab jauh awak berani la cakap, cuba kalau saya dekat depan awak sekarang, nak angkat muka pun awak takut.”

“Kalau awak berdiri depan saya pun, saya tak takut la.”

“Betul tak takut ni?”

“Betul la. Nak takut apa pulak. Awak bukannya makan orang”

Jantung Suria berdebar tiba-tiba sebaik sahaja dia habis menuturkan kata-kata. Tiada sebarang suara balasan dari pemanggil di hujung sebelah sana. Hanya dengusan nafas sahaja yang kedengaran. Tiba-tiba,

“Awak takut jatuh cinta dengan saya sebenarnya, kan?”

Kali ini suara Emran tidak lagi kedengaran dari dalam telefon, sebalik terasa sangat dekat seperti lelaki itu berada di belakangnya sahaja. Hembusan nafas lelaki itu juga terasa menampar lembut cuping telinga Suria sehingga membuatkan Suria menjerit.

“Emran!”

“Yes, my love”

“apa…apa..apa awak buat kat sini” Suria benar-benar terkejut melihat Emran yang kini sudah berdiri di hadapannya. Baru sebentar tadi dia berharap lelaki itu ada di sini.

“Saya nak temankan awak tengok matahari terbenam. I know you wanted to share this moment with me. Am I right, my love?” Emran memandang tepat ke wajah Suria. Belum sampai sehari berpisah, rindunya sudah menggunung tinggi, inikan pula mahu menunggu sehingga Isnin tiba, seakan serba tak kena setiap perbuatannya.

“Perasan!” Suria mengengsotkan sedikit punggungnya untuk memberikan ruang supaya Emran dapat berkongsi duduk di atas tikar kecil yang di bawa Suria.

Kedua-duanya hanya diam tanpa berkata-kata dan memandang ke arah pantai, menyaksikan matahari menyebarkan sinaran cahaya keemasan bergabung sekali dengan cahaya jingga dari selat horizon. Segalanya kelihatan amat sempurna. Emran bangkit dan melutut di hadapan Suria. Perlahan-lahan, Emran mencapai jari jemari Suria dan di genggam erat.

“Sayangku Suria. Saya cintakan awak lebih dari apa yang saya mampu katakan. Saya benar-benar mahu awak menjadi sebahagian dari hidup saya. Berkongsi segala suka dan duka bersama-sama. Saya menginginkan awak seperti Nabi Adam menginginkan Hawa, seperti ombak menginginkan pantai dan seperti paru-paru menginginkan udara. Saya sudah tak mampu menahan rasa yang menyesakkan dada setiap kali wajah awak menjelma di minda, dan kerana itu saya mahu kepastian dari awak…” Emran berhenti seketika untuk menarik nafas.

“Sudikah awak, Suria Hani binti Kamal, menjadi permaisuri di hati, menyempurnakan kekurangan diri dan melengkapkan tulang rusuk seorang lelaki yang bernama Ku Emran bin Ku Hashim ini?” bergetar suara Emran melafazkan pertanyaan.

Suria terkasima mendengarkan lamaran dari Emran. Air matanya menitis di pipi. Dia tidak menyangka yang Emran akan melamarnya hari itu. Dia tidak tahu sama ada dia perlu mengangguk sahaja atau pun menjawab ‘Ya’. Debaran di dadanya menggila.

Emran resah menanti jawapan dari Suria. Setiap saat yang berlalu umpama menutup ruang pernafasannya.

“Love, I’m still waiting for your answer. Will you be my wife, dear?” genggaman di tangan semakin erat.

Kali ini Suria mengangguk perlahan. Dia tidak mahu berpaling dan terus bermain tarik tali dengan Emran. Dia sudah terlanjur menyayangi lelaki itu dan tak mungkin dia sanggup melepaskan cinta kali ini.

“Alhumdulillah” suara Emran kedengaran amat lega. Seperti terlepas seketul batu dari bebanannya.
Emran menyeluk poket seluar dan mengeluarkan seutas rantai emas putih berloketkan sebentuk kunci. Dia beralih ke belakang dan mengalungkan rantai yang ditempah khas itu di leher Suria.

Suria membelek loket yang tergantung. Di sebelah depan loket itu terlakar namanya ‘Suria” manakala di sebelah belakangnya pula terlakar nama ‘Ku Em’. Loket itu di kucup perlahan.

“Emran, I love you!” terlafaz jua kata-kata keramat itu dari mulut Suria.

“I love you too, my love. Love you so much!”

Mata mereka bertentangan dan api cinta mula berserakan.

Dari kejauhan, terdapat sepasang lagi mata yang memerhatikan mereka dengan perasaan yang mendongkol marah.

“Kau milik aku, dan akan tetap jadi milik aku, EMRAN”

05 October 2011

Tiada Yang Lain... (18)

Zariff membuka pintu apartment Rhea dengan rasa hati yang mendongkol geram. Rasa geram itu bertukar pula menjadi rasa sakit hati bilamana wajah Armand yang terjongol di hadapan mata sebaik sahaja pintu terbuka. Walaupun Armand memberikan senyuman semanis madu, Zarif tetap dengan wajah keras seperti batu.

Tanpa menghiraukan kedinginan Zarif, Armand melangkah masuk dan terus menuju ke dapur mencari Rhea.

“Hey cutie pie. Dah siap masak ker belum. Perut abang dah berkeroncong ni.” Armand menyapa Rhea yang sedang lincah mengatur susunan pinggan di meja makan. Laju sahaja tangannya menggosok mesra kepala Rhea.

“Dah nak siap ni. Jangan la dok gosok-gosok kepala Rhea, tengok, dah kusut masai rambut ni. Dah kurang jelita la macam ni.” Rhea segera menepis tangan Armand yang mendarat di kepalanya. Jelingan tajam dari Zarif seperti menghantarkan isyarat kurang senang dan cemburu dari lelaki itu terus kepada Rhea.

“Ok la, abang tak gosok-gosok lagi. Nanti ada orang marah sampai tak lalu makan pulak, kan.” Armand berlalu ke peti sejuk dengan wajah yang selamba.

Zarif mengetap bibir menahan geram. Kalau di ikutkan hatinya yang bengang, mahu sahaja dia keluar dari apartment Rhea dan pulang ke apartmentnya. Tapi dia sedar yang dia berada di situ kerana tuntutan tugas dan walau apa sekalipun, Rhea masih lagi majikannya.

Rhea pula masih belum melarikan pandangan dari wajah Zarif. Dia tahu yang lelaki itu kurang senang dengan kedatangan Armand, tapi dia tidak dapat menghalangnya kerana Armand sudah seperti abangnya sendiri. Rhea menuangkan air limau sejuk kedalam gelas dan menghulurkannya kepada Zarif dengan harapan kesejukan air itu dapat mendinginkan rasa panas di dalam hati Zarif.

“Air ni untuk saya ker?” Zarif bertanya dengan wajah terkejut. Kenapa perlu dia yang diberikan air sedangkan tetamunya ialah Armand.

“Tak lah. Air ni untuk pakcik jaga kat bawah apartment ni.” Rhea menjawab sinis. Sakit hatinya mendengarkan soalan dari Zarif. Sudah terang-terangaan air dihulur kepada Zarif, lelaki itu boleh bertanya pula untuk siapa.

“Tapi saya tak dahaga.”

“Saya tahu awak tak dahaga, tapi awak kan tengah panas so air sejuk ni sesuai sangat nak sejukkan hati awak tu.”

Zarif menyambut huluran gelas air dari Rhea dengan senyuman nipis di bibir.

“Takkan bagi air kat orang ‘tu’ jer. Abang yang tetamu ni pun Rhea belum hidangkan air. Macam ni la nasib diri abang yang kesepian.” Armand sengaja menguatkan suara supaya Rhea dan Zarif mendengar.

Rhea berpaling untuk melangkah ke dapur. Lauk pauk yang sudah siap di masak masih belum di senduk ke dalam mangkuk. Lagi pula, dia tidak mahu terus-terusan menjadi bahan sindiran Armand. LElaki itu jika diberi peluang, pasti bertimpa-timpa sindiran yang akan dia berikan.

Baru dua tapak kaki melangkah, dia terasa lengannya di tarik. Bisikan dari bibir Zarif menghadirkan debaran di dada dan kehangatan di pipi.

“Saya tak perlukan air sejuk ni untuk menyejukkan hati saya yang kepanasan, cukup dengan senyuman manis awak, api yang marak pun akan terpadam. Simpan senyum awak tu untuk saya saja.”

Bagai tidak jejak ke lantai kaki Rhea mendengarkan bisikan cinta dari Zarif. Rhea hanya menunduk dan meneruskan langkah ke dapur.

**********************************

Hari ini Gabriel tiba di Sirocco Bar lebih awal dari biasa. Selalunya, dia hanya akan menjejakkan kaki ke situ bila hari sudah gelap, tapi hari ini, dia perlu membincangkan tentang sesuatu dengan Puenthai dan Thuanthong, orang-orang kanan yang dia sangat percayai. Kedua-dua lelaki berketurunan Siam ini telah bersama dengan dia sejak dia mula menjejakkan kaki di Malaysia dua puluh tahun dahulu.

Sebaik pintu bar di buka, kelihatan beberapa orang Guest Relationship Officer sedang bersantai-santai sementara menunggu masa untuk bersiap-siap. Melihat sahaja kelibat Gabriel, mereka semua menundukkan kepala dan memberikan salam dengan sopan.

“Sawatdee kah, khun….”

Gabriel hanya memberikan senyuman manis sahaja tanpa sapaan kepada mereka. Dia memang jarang sekali membuka mulut berbicara dengan ‘anak-anak’ jagaannya melainkan jika keadaan benar-benar memerlukan dia untuk berbuat demikian. Selalunya, sama ada Puenthai atau Thuanthong sahaja yang akan menguruskan mereka. Sementelah pula kebanyakan ‘anak-anak’ jagaannya itu berasal dari Siam. Dia memang tidak gemar mengambil ‘anak’ dari kalangan orang tempatan. Lebih tinggi risiko dan lebih banyak masalah di kemudian hari nanti. Gabriel juga tidak mahu rahsia yang dia simpan dari Armand diketahui sebelum tiba saatnya. Selama mereka bersama, Armand hanya tahu yang dia hanya mempunyai perniagaann salun kecantikan yang dikongsi bersama rakan-rakannya.

Gabriel menghampiri seorang lelaki yang sedang leka mengulit tubuh salah seorang ‘anak’ jagaan Gabriel. Lelaki itu pula pantas menolak gadis yang dipeluknya sebaik sahaja dia ternampak Gabriel yang sedang menuju ke tempat dia duduk.

Gabriel duduk berhadapan dengan lelaki itu. Kotak rokok di keluarkan. Terkocoh-kocoh lelaki yang berdepan dengannya menghidupkan pemetik api.

“Aku dah pesan banyak kali, jangan makan dan berak di tempat yang sama. Kau tak faham ker?” keras sahaja bunyi suara yang dilontarkan oleh Gabriel. Lelaki yang dihadapannya hanya terdiam dan menundukkan wajah tanpa membalas apa-apa.

“Aku mahu kau dan Puenthai teruskan rancangan kita malam esok. Jangan sampai ‘dia’ mati. Kalau ‘dia’ mati, aku takkan dapat teruskan rancangan yang lain. Faham??”

Thuanthong hanya menganggukkan kepala tanda dia menerima setiap arahan dari Gabriel tanpa banyak soal.

Gabrial bangun dari kerusi yang didudukinya dan terus berjalan ke arah pintu keluar. Dia berhenti di hadapan salah seorang ‘anak’ jagaannya yang berwajah keanak-anakan.

“Chim Lin, aku mahu kau pergi buang ‘monyet’ dalam perut tu. Ambil duit dari Puenthai dan selesaikan segera. Aku tak mahu rugi kalau orang tahu kau ada simpan ‘monyet’.”

Pucat lesi wajah gadis yang bernama Chim Lin itu bila di tegur oleh Gabriel. Dia tidak menyangka yang Gabriel menyedari tentang kandungannya yang baru berusia 7 minggu itu. Dengan sedikit mengeletar, Chim Lin memegang tangan Gabriel.

“Khun Waen, Chim Lin mahu simpan ini baby. Chim Lin cukup duit mahu bayar hutang sama Khun Waen. Hujung bulan Chim Lin kasi semua duit pada Khun Waen. Chim Lin mahu balik kampung.”

Gabriel hanya tersenyum sinis mendengarkan rayuan dari Chim Lin. Airmata yang merembes di pipi Chim Lin di sapu lembut. Ketika Chim Lin mula berasa selesa dan selamat, satu tamparan kuat diberikan oleh Gabriel. Tamparan yang membuatkan Chim Lin jatuh tersungkur.

Gabriel menghampiri Chim Lin yang terkial-kial hendak bangun dan terus memijak pipi gadis itu.

“Chim Lin, kau dengar sini baik-baik. Hutang kau dengan aku takkan habis dibayar sehingga kau mati sekalipun. Jangan sesekali kau terfikir nak keluar dari gengaman aku selagi kau hidup. Kalau kau tak mahu pergi buang ‘monyet’ tuh, aku akan buangkan guna cara aku. Ini peringatan untuk semua yang ada di sini. INGAT!!”

Mata Gabriel mencerlung memandang semua ‘anak-anak’ jagaannya. Suasana menjadi sunyi. Mereka semua memang tidak menyangka yang Chim Lin sangat berani berterus-terang dengan Gabriel tentang kandungannya. Selama ini jika salah seorang dari mereka mengandung, mereka akan terus berurusan dengan Puenthai atau Thuanthong sahaja kerana mereka sangat takutkan Gabriel.

Gabriel meninggalkan Sirocco Bar setelah membersihkan bekas-bekas darah Chim Pin yang melekat di kasutnya. Tiada sedikit pun perasaan kesian terbit di hatinya. Dia sedang mempertimbangkan untuk menyuruh Thuanthong ‘mengajar’ Chim Lin tentang kehidupan di Sirocco Bar. Bibirnya tersenyum.

03 October 2011

Makin Aku Cinta (24)

apa yang harus aku lakukan
untuk membuat kau mencintaiku
segala upaya tlah kulakukan untukmu
apa yang harus aku temukan
untuk membuat kau menyayangiku
inilah aku yang memilih kau untukku
karna aku mencintaimu
dan hatiku hanya untukmu
tak akan menyerah
dan takkan berhenti mencintaimu


Keadaan di dalam bilik tidur milik Sherly tunggang langgang umpama dilanda gempa bumi. Serpihan cermin dan kaca dari botol minyak wangi bersepah-sepah di merata tempat. Di hujung katil, Sherly terduduk dengan airmata yang merembes laju. Hatinya sakit. Sakit yang amat sangat. Semuanya gara-gara terpandang aksi manja Emran dengan seorang gadis cantik sewaktu dia sedang menikmati makan tengah harinya tadi.

Niat asalnya untuk memperlawa Emran untuk makan bersama terbantut bila dia ternampak lelaki itu menarik tangan pasangannya dengan gembira. Lebih sakit hatinya bila dia terdengar gurauan dan gelak tawa yang tak putus-putus dari Emran. Setiap perlakuan Emran dan pasangannya itu bagai menyiat-nyiat tangkai hatinya. Sherly akhirnya menolak pinggan pastanya dan berlalu keluar dari restoran setelah membayar bil.

Segala temujanji dan mesyuarat yang sepatutnya dia hadiri petang tadi dibatalkan secara tiba-tiba. Mana mungkin dia dapat berfikir dengan waras dan tenang jika hatinya sakit membara. Kepada Nadirah dia memberitahu yang dirinya diserang migraine tapi hakikatnya, dia bimang jika dia tidak mampu menahan amarah di pejabat, pasti para pekerjanya yang akan menjadi mangsa. Jika itu yang berlaku, reputasinya sebagai bos yang bercirikan wanita Islam pasti akan hancur.

Sherly bangun membuka pintu almari pakaiannya. Satu kotak bersaiz sederhana dikeluarkan dari dalam almari itu. Di dalam kotak itu terdapat beratus-ratus gambar Emran yang diambil secara curi. Ada juga antaranya diambil oleh penyiasat yang dia upah sewaktu dia sibuk berulang-alik antara Beijing dan Indonesia dahulu. Semua gambar-gambar itu dilambakkan di atas katil. Tangan Sherly mencapai sekeping gambar yang dibingkai cantik dan mengusapnya perlahan.

“Emran sayang, perempuan tu takkan dapat bersama kau. Kau hanya milik aku” bingkai gambar itu dipeluk erat. Sherly berharap rasa sakit hatinya dapat berkurangan.

Saat yang sama, mindanya teringat kembali aksi romantis Emran dan pasangannya.

“Jahanam kau perempuan! Berani kau rampas Emran aku. Aku bunuh kau”

Bingkai gambar di campakkan ke lantai. Sherly melangkah keluar menuju ke dapur untuk mencari pisau. Luka di kakinya akibat daripada tusukan kaca dan cermin yang bersepah tidak dihiraukan. Rasa sakit di hati melebihi rasa sakit di kaki. Dia membawa masuk pisau ke dalam bilik dan menikam-nikam gambar Emran yang penuh di atas katilnya.

“Aku bunuh! Aku bunuh! Aku bunuh!....... takkan ada perempuan lain yang akan bersama kau kali ini Emran melainkan aku. Jika aku tak dapat bersama dengan kau, perempuan lain juga takkan dapat kau. AKU BUNUH!!!!” Sherly menjerit kuat.

Airmata yang tadinya merembes keluar di sapu kasar. Kini dia menikam-nikam pula bantal sambil ketawa berdekah-dekah.

“Emran, aku cantik kan? Aku baik kan? Takkan ada perempuan lain yang boleh sayang kau macam aku. Najihah pun tak setaraf dengan aku. Sebab itu dia mati dulu. Ha….ha…..ha…. sabar yer sayang. Tak lama lagi kau akan jadi milik aku. Ha….ha….ha….”

Sherly benar-benar sudah hilang pertimbangan. Dia tidak sanggup kehilangan Emran buat kali kedua. Kali ini dia nekad, dia akan lakukan apa sahaja untuk mendapatkan Emran walaupun dengan cara kotor. Emran milik dia dan hanya untuk dia.

###########################

“Love, hujung minggu ni you buat apa?” Emran bertanya kepada Suria sewaktu mereka sedang menikmati makan malam bersama sebelum pulang ke rumah masing-masing. Suria yang sedang asyik menghirup kimchi sup terhenti seketika. Dia seperti sedang memikirkan tentang sesuatu.

“This weekend? Saya nak balik Port Dickson. Dah rindu sangat dengan mama. Kenapa?” Suria membalas sambil meneruskan suapan. Kali ini Emran pula yang berhenti menyuap bila mendengarkan jawapan dari Suria.

“Nak balik Port Dickson? Dengan siapa?” suara Emran sedikit berubah.

“Balik sendiri la. Selama ni pun saya balik sendiri.” Suria masih meneruskan suapan seolah-olah tanpa menghiraukan nada suara Emran yang sudah berubah. Ketika ini hanya sup kimchi yang amat dia sukai sahaja yang mampu menarik perhatiannya.

“Kenapa tak cerita kat I yang you plan nak balik PD this weekend?”

“Sebab awak tak tanya.”

“What if I tak tanya hari ni, will you let me know before you go?”

“Tak tahu.” Suria hanya menjungkitkan bahunya. Dia tidak nampak apa relevannya soalan yang ditanyakan oleh Emran dengan keputusan dia mahu pulang ke kampung hujung minggu nanti.

Emran sudah hilang selera bila mendengarkan jawapan dari Suria. Sudu dan garfu di letak ke tepi, mangkuk berisi ‘chicken ginseng’ sup pula ditolak ke hadapan. Satu keluhan berat dilepaskan. Dia terasa hati dengan cara Suria menjawab soalan darinya sebentar tadi.

“You hurt me, Love.” Emran bersuara perlahan. Walaupun begitu, ianya sudah cukup untuk membuatkan Suria berhenti menyuap dan mengangkat kepalanya memandang tepat ke wajah Emran.

“Saya lukakan awak? Apa yang saya lakukan?” Suria tak paham.

“Love, I ingat you dah bersedia nak mulakan satu hubungan yang serius tapi kenapa I rasa macam tak diperlukan oleh you jer?”

“Em, I don’t get it? Straight to the point please.”

“We are talking about your planning this weekend. Kenapa tak discuss dengan I” Emran masih lagi berwajah serius.

Suria menggosok-gosok perlahan dahinya. Dari dahi, jari jemarinya bermain-main pula dengan sudu di dalam mangkuk sup kimchi. Serba tak kena dirasakan saat ini. Dia benar-benar tidak menyangka yang Emran akan terasa hati hanya kerana tidak memberitahu lelaki itu tentang perancangannya untuk pulang ke kampung.

“I’m talking to you, love!” sedikit tegas kali ini suara yang keluar dari mulut Emran.

“Ermmm…. I’m sorry. Saya tak sangka yang awak terasa hati sebab saya tak bagitahu tentang rancangan saya nak balik jumpa mama hujung minggu ni.” Mata Suria mula berkaca. Dia tidak suka bila Emran meninggikan suaranya.

“I hantar you balik PD yer.” Emran bertanya lembut namun pertanyaannya hanya dibalas dengan gelengan pantas dari Suria. Sekali lagi Emran melepaskan satu keluhan berat.

“Can we go now? Saya nak balik.” Suria bertanya dalam sendu yang tertahan-tahan.

Emran memanggil pelayan dan membayar harga makan malam mereka biarpun makanannya masih belum luak. Seleranya telah mati. Dia dan Suria berjalan keluar dari restoran terus menuju ke tempat letak kereta. Kedua-duanya membisu tanpa sepatah kata.

Sebaik sahaja kereta memasuki lebuhraya persekutuan, Emran menarik jari-jemari Suria dan digenggam erat. Jika boleh, ingin sahaja dia mencium belakang tapak tangan gadis itu.

“Sayang, I’m sorry. I didn’t mean to shout at you. I cuma nak you tahu yang I terasa hati bila you tak bagitahu I tentang rancangan you. You going to be my wife soon. Insya-Allah, very soon. I want you to practice from now on. Kita akan berkongsi masalah, berkongsi rasa dan berkongsi jiwa. Am I asking too much from you?”

Hati Suria berdebar-debar mendengarkan setiap butir bicara yang keluar dari mulut Emran. Lelaki ini sangat pandai memujuk dan setiap kata-kata yang diucapkan kedengaran sangat menyakinkan.

“Bila saya kata nak kahwin dengan awak?” Suria mula menyakat bila rajuknya menjauh pergi.

“Yang ‘Aishiteru wa, Emran’ hari tuh, bukan maksudnya ‘saya nak kahwin dengan awak’ ker?” Emran membalas usikan nakal dari Suria. Bukan dia tidak tahu maksud di sebalik perkataan Jepun itu.

“Itu bukan la. ‘Aishiteru wa’ tu, maksudnya lain. Pandai-pandai jer tukar maknanya.”

“Kalau itu bukan maknanya then apa makna sebenar ‘Aishiteru wa’ tuh? Can you translate for me, please.”

Pipi Suria sudah memerah. Niat asalnya untuk menyakat Emran kini sudah terbalik pula. Bukan dia lagi yang menyakat, sebaliknya Emran pula yang giat menyakat dia. Genggaman Emran di jarinya semakin erat.

“I am still waiting, Love.” Emran berbisik di telinga Suria. Dia suka melihat riak wajah malu-malu kucing Suria.

“Emran! Mengadanya.” Cepat sahaja tangan Suria memberikan satu cubitan percuma di lengan Emran.

“You have no choice, love. I love you so much and you will be my wife soon. Very soon. Always remember that.”

Kata-kata yang diucapkan oleh Emran memberikan senyuman di bibir Suria. Jauh dalam hatinya, dia juga berdoa agar lelaki itu mengotakan janji yang diberi kerana dia juga mencintai Emran.