Followers

18 August 2011

Makin Aku Cinta (21)

Some people want it all
But I don’t want nothing at all
If it ain’t you baby
If I ain’t got you baby
Some people want diamond rings
Some just want everything
But everything means nothing
If I ain’t got you, Yeah


Usai solat Subuh, Suria memanjatkan doa kepada Yang Esa memohon semoga kehidupan dia dan mama dirahmati sentiasa.

Telekung di lipat, sejadah digantung. Sepasang baju kurung berwarna hijau pucuk pisang di ambil dari almari pakaian dan disarungkan ke tubuhnya. Sedikit bedak di sapu ke wajah diikuti dengan sedikit pemerah pipi dan lipgloss untuk melembapkan bibir yang semulajadi merah. Kata mama, sewaktu mama mengandungkan dia dahulu, mama gemar sekali dengan buah delima dan kerana itu bibirnya merah umpama delima merekah. Tapi, bibir mama juga merah dan cantik tanpa sebarnag calitan mekap.

Sedikit pewangi J’adore dari Christian Dior disembur di pangkal leher dan pergelangan tangannya. Jam didinding dikerling sekilas. Baru pukul 7.18. Masih awal lagi! Desis hati kecil Suria.

Sebaik sahaja kaki Suria melangkah keluar dari pintu biliknya, jantung berdegup lebih kencang dari biasa. Reaksi biasa bila Emran berada berdekatan. Bunyi telefon menandakan satu sms masuk.

+ Assalamualaikum. Good morning, my love!

Terkedu seketika apabila Suria melihat nama si penghantar sms. Dengan terketar-ketar, jari jemari Suria menekan papan kekunci Blackbeery miliknya untuk membalas.

- Wa alaikummussalam. Selamat pagi, Encik Emran.

Tak sampai 2 minit, Blackberry Suria menjerit lagi.

+ Sleep well last nite, love?

Sunyi.

Suria tidak tahu apa yang patut dia balas. Rasa kekok semakin menebal bila dia membaca sms dari Emran.

+ I can’t sleep. Mengira detik waktu utk matahari menjelma. . You left nothing for me but I love it. 

~Ah.. mamat ni memang tahu nak beli jiwa. Tak padan dengan angin serius dia.~

Pipi yang sedia merah kerana pemerah pipi menjadi semakin merah bila membaca sms dari Emran tapi Suria masih tak mampu membalasnya.

+ You have entered my heart... And you’ll be here forever... bcoz you are my love. Jaga diri you untuk I.

Saat ini, hati Suria sudah melayang jauh. Suria mengambil masa lebih dari lima minit untuk mengembalikan jiwanya yang dibawa terbang dek kerana sms dari Emran. Terasa seperti ada kelopak mawar yang jatuh berguguran dari langit.

Senyuman yang masih bersisa mati serta merta bila dia tiba di tempat parkir kereta. Ternyata Emran bukan hanya pandai bermain kata membeli jiwa, lelaki itu juga sangat pandai memberi kejutan yang mampu membuatkan Suria diserang sakit jantung.

Sebuah Audi merah menjalar merintangi kereta milik suria dengan pemandunya berdiri bersandar di pintu kereta. Tatkala ternampak tubuh Suria yang terkejut, lelaki itu melangkah ke arah Suria sambil menanggalkan cermin mata hitamnya.

“Hi, Love. Surprise?” dengan renungan yang menusuk jiwa dan senyuman yang semanis gula, Emran kelihatan lebih kepada seorang kasanova kelas atasan dari seorang arkitek.

###########################

Bibir yang comel kemerah-merahan di ketap kuat. Suria masih belum dapat membiasakan diri bila bersama dengan Emran. Melihatkan muka Emran yang bersahaja membuatkan Suria rasa seperti mahu menjerit sekuat hati.

“Suria…” Emran menyeru nama Suria dengan nada yang sangat lembut.

“Ermm…”

“Awak tak ubah fikiran tentang hal kita kan?”

“Ha?”

“Maksud saya, awak akan bagi saya tempoh satu bulan untuk buktikan tentang perasaan saya kan.”

“Encik Emran, sepatutnya saya yang bertanya soalan tu sebab hati dan perasaan saya yang jadi pertaruhan sekarang.”

“Insya-Allah, saya tak akan berubah. Saya tahu apa yang saya inginkan. Sejak dari hari pertama kita berjumpa, saya sentiasa berdoa agar satu hari nanti awak akan menjadi sebahagian dari hidup saya. Sekiranya awak tahu betapa dalamnya rasa sayang saya pada awak, saya pasti awak tak perlukan sebulan mahupun seminggu untuk menerima saya.”

Sunyi. Tiada kata-kata yang mampu diluahkan oleh Suria. Pipinya terasa hangat bila mendengarkan luahan hati Emran.

~Aduyai… mood romantic tak ingat mamat ni~

“Mulai hari ni, saya akan hantar dan jemput awak pergi dan balik kerja.” Emran mencuri memandang wajah Suria yang menunduk malu. Kesesakan yang teruk di Lebuhraya Persekutuan tidak sedikit pun dirasainya.

“Tak menyusahkan Encik Emran ke? Erlina kata Encik Emran tak tinggal di Vila Ku Mardhiah.”

“My love, tak ada istilah ‘menyusahkan’. Saya nak awak biasakan diri dengan saya. Lagi pulak, saya tak mahu berjauhan dengan ‘hati’ saya lama-lama.”

Entah kenapa setiap kata-kata yang keluar dari mulut Emran pagi ini mengundang rasa hangat di jiwa Suria. Emran versi angau ‘overdose’ ini sangat berbeza dengan Emran yang Suria kenali minggu lalu.

“Love….”

“Ermm…”

Emran tersenyum lebar. Dia gembira kerana Suria menyahut paggilan sayang darinya. Suria yang baru menyedari keterlanjuran dia memalingkan wajah memandang ke luar tingkap.

“Malu?”

Suria mengangguk pantas. Bibir di ketap kuat menahan rasa malu.

“Can you stop calling me ‘Encik Emran’. It doesn’t sound good”

“Then, nak panggil apa?”

“Apa sahaja. Sayang ker, abang ker atau panggil Emran je pun takper. Janji takda ‘Encik’ kat depan tuh.”

~Sayang? Abang? Adehhh la….~

“ermmmm….”

“Em…Em..Emran dah breakfast?” susah rasanya lidah Suria ingin menyebut nama Emran dengan santai. Seperti mahu tergeliat lidahnya.

~Alamak, panggil nama jer. Ingat nak panggil sayang ker…. At least abang pun ok la jugak. Takper la. Emran pon Emran la dari tak panggil langsung.~

Mereka tiba di Amcorp Mall setengah jam sebelum waktu pejabat Suria bermula. Sewaktu Suria mehu melangkah keluar dari kereta, Emran menarik hujung jari Suria menyebabkan Suria berpaling.

“Take a good care of yourself for me, love. I’m gonna miss you today. Assalamualaikum”

Kata-kata Emran kedengaran sangat dekat di telinga Suria menyebabkan segala urat saraf dan sendi-sendi Suria seperti luruh dan longlai. Lelaki ini memang bersungguh memanahkan panahan arjunanya supaya tembus terus ke hati Suria. Jika beginilah lelaki yang menyintai dirinya, sungguh sekaran g Suria rela di panah. Oh! Indahnya cinta.

16 August 2011

Tiada Yang Lain... (16)

Armand memandang kosong ke arah syiling di biliknya. Tangan Gabriel yang masih memeluk erat di pinggang, dielus mesra. Pelukan yang semakin erat membuatkan dia rasa amat disayangi dan amat diperlukan. Gabriel pandai memanjakan dan tahu membaca perasaan yagn sedang dia alami. Sepanjang mereka bersama, jarang sekali Gabriel melukakan hati dan perasaannya. Mungkin kerana Gabriel sendiri dilahirkan dengan jiwa dan naluri yang lebih sensitive malah tidak keterlaluan jika dikatakan yang jiwa dan naluri Gabriel lebih sensitive dari wanita normal.

Normal? Ermm…. Memang tak dinafikan dari segi luaran, Gabriel tampak sangat normal. Tiada cacat cela. Dengan kulit yang putih dan mulus, mata yang bundar, rambut lurus hitam berkilat, bibir yang merah menawan dan suara yang lemah lembut, setiap mata yang memandang pasti tidak akan berkelip. Berdarah Siam sepenuhnya, Gabriel memang mampu membuatkan lelaki terkulai layu didalam dakapannya. Armand tidak tahu berapa lama lagi hubungan mereka mampu bertahan. Mana mungkin dia memperkenalkan Gabriel sebagai pilihan hatinya kepada mama dan papa.

Ingatan terhadap mama dan papa mengundang satu lagi keluhan halus di bibir Armand. Dia tidak tahu apa yang bakal terjadi kepada perkahwinan ibu dan bapanya itu. Mama sibuk mengulit kekasih muda dan papa pula sibuk dengan empayar perniagaannya sehingga tidak ambil pusing keadaan sekeliling. Keluarga yang tidak normal. Nampaknya, tiada perkara yang normal dalam hidup dia setakat ini.
Dia kenal siapa teman lelaki mama. Jika mahu, boleh sahaja dia memberi amaran supaya lelaki itu menjauhkan diri dari mama tapi untuk apa jika papa sendiri seperti tidak peduli dengan apa yang mama lakukan.

Dia masih ingat, ketika kecil, dia selalu menghabiskan masa bersama keluarga uncle Amin. Layanan yang diterima dari Uncle Amin dan Auntie Aurel membuatkan dia rasa amat disayangi. Walaupun kehidupan Uncle Amin tidak semewah keluarganya, tapi dia tetap rasa selesa dan gembira bersama mereka. Makannya kerap disuap oleh Auntie Aurel. Setakat berebut giliran dengan Rhea untuk di suap, itu adalah antara momen yang paling dia rindui.

Berjalan kaki bersama Uncle Amin ke surau, membantu Auntie Aurel memetik pucuk ubi dan bersama keluarga Uncle Amin menunggu buah durian gugur, kenangan yang akan dia simpan sampai mati. Kerana itu setiap kali dia pulang ke rumah keluarganya sendiri, dia seperti berada dalam dunia yang lain.

“Baby….” Serak suara Gabriel mematikan lamunan panjang Armand.

“Yes dear..” tangan Armand mengusap perlahan belakang badan Gabriel.

“Can’t sleep? Wanna share?”

“There is nothing to share. I just can’t sleep. No worries.”

“I am here if you want to talk about it.”

“Thanks , dear. I love you” satu kucupan di hadiahkan di dahi Gabriel.

“Love you too, baby. So much” Gabriel membalas pula dengan kucupan hangat di dahi, turun ke leher, dada dan akhirnya dia dan Armand hanyut dalam gelora nafsu yang membara.

*************************************

Puan Mariyah tiba di banglo ketika Tuan Zakuan sedang bersiap-siap untuk ke pejabat. Tanpa bertegur sapa dengan suaminya, Puan Mariyah terus sahaja masuk ke dalam bilik tidur utama. Mata dan badannya sangat mengantuk dan penat. Dia keluar dari kondo Hazwan seawal jam 5 pagi kerana kekasihnya itu perlu tiba di KLIA sebelum jam 6 pagi. Mereka sempat minum bersama sebelum ‘final call’ untuk anak-anak kapal bersiap sedia.

Pandangan tajam dari Tuan Zakuan tidak dia hiraukan. Pertarungan hebat dengan kekasih mudanya malam kelmarin menyebabkan dia tiada tenaga walau untuk bercakap. Tubuhnya di rebahkan di atas tilam empuk sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik. Sewaktu matanya baru terlelap, dia terdengar pintu bilik dihempas kuat.

“Where have you been, Mariyah?” Tuan Zakuan mencuba sedaya upaya menahan kemarahannya. Jika diikutkan hatinya yang pasan saat ini, mahu saja dia menampar pipi Puan Mariyah tapi dia tahu itu bukan cara yang terbaik dalam mendidik isteri.

“I penat la, Zack. Can we talk about this later? I need to sleep” bantal di kepala di betulakan. Tiada tanda-tanda yang Puan Mariyah mahu melayan pertanyaan dari Tuan Zakuan.

“I’m talking to you, Mar. You pergi mana malam tadi sampai tak balik? You ingat I tunggul mati ker kat dalam rumah ni?”

“Sayang, I takda mood nak cakap sekarang. Bagi I tidur dulu yer. Nanti I cerita. Love you, sayang” manja suara Puan Mariyah menyebabkan Tuan Zakuan hanya mampu menggelengkan kepala sahaja. Rasa marah yang meluap-luap sebentar tadi semakin hilang. Dia memang menyayangi wanita yang sudah 30 tahun menjadi isterinya ini. Terlalu sayang sebenarnya sehingga dia jadi buta dan pekak dengan setiap perbuatan Puan Mariyah.

Tuan Zakuan berlalu keluar. Tiada guna untuk dia terus berada di dalam bilik tidur mereka jika tiada jawapan yang akan dia dapat dari Puan Mariyah. Saat ini dia merasakan sangat sunyi dan kosong. Kata-kata Ah Ming berlegar-legar di dalam fikirannya.

“Zack, kau kena menjadi lelaki yang sangat kuat kalau kau tetap mahu memperisterikan Mariyah. Dia bukan sebarangan perempuan. Aku tak mahu di kemudian hari nanti, kau tersungkur sendiri. Aku dah anggap kau seperti adik aku, Zack dan aku tak mahu kau kecewa.”

Kini dia mengerti. Mungkinkah sudah terlambat untuk dia menyedari segalanya? Dia tiada jawapannya.

15 August 2011

Makin Aku CInta (20)

Mungkin lewat mimpi
Ku bisa tuk memberi
Ku ingin bahagia, tapi tak bahagia
Ku ingin dicinta, tapi tak dicinta
Kau terindah kan selalu terindah
Aku bisa apa tuk memilikimu
Kau terindah kan selalu terindah
Harus bagaimana ku mengungkapkannya
Kau pemilik hatiku


Senyuman yang tak putus-putus dari bibir Ku Em mengundang seribu tanda tanya di minda Ku Mardhiah. Sejak pulang dihantar Suria sebentar tadi, Ku Em berkelakuan agak pelik. Ingin di tanya, takut pula nanti menyinggung perasaan anaknya itu. Sudahnya Ku Mardhiah diamkan diri sahaja. Dia menunggu Ku Lin pulang untuk bertanya sekiranya Ku Lin tahu sebab musabab Ku Em terlebih senyum hari ini.

Sebaik sahaja kelibat kereta Ku Lin memasuki garaj, Ku Mardhiah terus mendapatkan anak gadisnya untuk bertanya perihal Ku Em. Tak sempat Ku Lin membuka pintu kereta, Ku Mardhiah sudah mengetuk-ngetuk cermin member isyarat supaya Ku Lin segera keluar.

“Mummy, kenapa macam kena kejar hantu jer ni?” pelik Ku Lin melihat tingkah laku mummy yang nampak seperti tergesa-gesa.

Ku Mardhiah tidak segera menjawab sebaliknya dia menarik tangan Ku Lin menuju ke gazebo di sebelah taman orkid kesayangannya. Bau orkid vanilla memberi kesegaran di rongga hidung Ku Mardhiah dan Ku Erlina tetapi masih belum cukup untuk meredakan kegusaran di hati Mu Mardhiah.

“Ku Lin, mummy nak tanya sikit ni, pasal Along.” Separuh berbisik Ku Mardhiah bertutur. Takut sekiranya perbualan mereka didengari oleh Ku Emran.

“Along?Kenapa dengan Along?” semakin pelik Ku Lin melihat Ku Mardhiah. Tadi tergesa-gesa, sekarang berbisik-bisik pula. Apa sahaja la mummy ni.

“Takkan Ku Lin tak perasan yang Along tuh macam pelik sejak dua-tiga hari ni. Mummy risau la. Ni pulak, dari tadi Along balik, dia senyum jer. Lepas tuh berkurung dalam bilik tak keluar-keluar. Ku Lin tau kenapa?”

“Oh, pasal tuh. Ku Lin ingat pasal apa tadi. Mummy ni buat suspen jer. Along diserang virus JC. Tak lama lagi baik la tuh. Mummy standby jer lar apa yang patut.”

Jawapan dari Ku Erlina semakin membuatkan Ku Mardhiah tak keruan. Virus JC? Virus apa tu? Penyakit baru ker? Bersiap sedia apa yang patut? Wajah Ku Lin yang ceria dipandang lama.

“Ku Erlina! cuba cakap betul-betul. Along tuh sakit apa? Mummy nak bersiap sedia apa? Sekarang bukan masanya nak bergurau, Ku Lin” merah padam muka Ku Mardhiah menahan marah.

“Mummy ku sayang. Anak lelaki kesayangan mummy tuh diserang virus ‘Jatuh Cinta’. Penyakit paling berbahaya sebab akan menyebabkan penghidapnya makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena dan paling serius kalau dah mula senyum sorang-sorang. So, mummy kena la bersiap sedia apa yang patut nak terima menantu baru. Along tuh kan unpredictable. Kalau tiba-tiba dia kata nak kahwin bulan depan, mummy jugak yang pening kepala. Nanti Ku Lin jugak yang susah nak kena fikir sama-sama.”

Ternganga seketika mulut Ku Mardhiah mendengarkan celoteh panjang lebar dari Ku Erlina. Ku Emran jatuh cinta?

“Along jatuh cinta?? Dengan siapa? Mummy kenal ke siapa perempuan bertuah tu? Ku Lin kenal”

“Mummy kenal la siapa gerangannya. Si pencuri hati Along tu pernah datang ke vila mummy ni.”

“Siapa? Seingat mummy, sejak Najiha meninggal dunia, tak pernah lagi Ku Emran bawa pulang mana-mana perempuan ke vila.”

“Ku Lin tak kata Along yang bawa. But, she came here before and you told me that you like her very much. You said that she is pretty, bubbly, down to earth, sopan santun, lemah lembut. Pendek kata, perfect la sebagai calon pilihan. Takkan mummy tak ingat kot?” Ku Erlina menggayakan kembali mimic muka Ku Mardhiah ketika mereka berbicara tentang Suria.

“Suria?” Ku Mardhiah bertanya tidak percaya. Sekiranya benar la telahannya, Alhumdulillah.

Ku Erlina tidak jadi menjawab bila dia melihat Ku Emran sedang menghampiri tempat dia dan mummy mereka berbual.

“Wah, sakannya mummy ngan adik berbual. Cerita pasal apa?” Ku Emran melabuhkan punggung di salah satu kerusi yang bersebelahan dengan Ku Mardhiah. Bahu wanita kesayangannya itu di peluk dan di cium.

“Cerita pasal virus JC.”dengan selambanya Ku Erlina menjawab.

“Virus JC? Apa tu? Penyakit baru ker?” berkerut dahi Ku Emran mendengarkan jawapan dari Ku Erlina. Tak pernah pula dia mendengar nama Virus JC.

“Virus tuh dah lama ada cuma baru-baru ni jer menyerang vila mummy ni. Along tak pernah dengar ker? Pelik la sebab mummy kata along ada simptom-simptom terkena jangkita virus JC ni.” Ku Erlina pura-pura membuat mimic muka terkejut.

“Ha! Along terkena jangkitan? Mana ada? Along rasa ok jer. Gastrik pun dah baik ni?”

Ku Mardhiah hanya mendengarkan sahaja perbualan dua beradik ini. Dia tahu yang Ku Erlina sengaja mahu mempermainkan Ku Emran.

“Ye ker? Abis tu siapa yang dari tadi senyum sorang-sorang? Rupa dah macam orang angau tahap aura Gaban jer dari kat bengkel tadi?” Ku Erlina menahan senyum.

“Mana ada Along senyum sorang-sorang. Pandai jer adik ngan mummy ni buat spekulasi.” Pipi Ku Emran sudah mula memerah umpama udang dibakar. Dia malu bila mendapat tahu yang segala perlakuannya sejak pulang dihantar Suria tadi diperhatikan oleh mummy.

“Encik Ku Emran, tak payah la nak main aci cak-cak lagi ngan kami semua. Sekilas Along menjeling Kak Suria tu, adik dah tau lar isi hati Along. Lagi mau ajak borak pasal reban ayam… ha..ha..ha”

Sebaik menghabiskan kata-katanya, Ku Erlina sudah berlari masuk ke dalam vila. Ku Emran yang kebengangan hanya mampu tersenyum dan menahan rasa segan di hadapan mummy.

##########################

Air dingin yang mengalir dari tap pancuran membasahi rambut Suria. Kedinginan air yang membasahi tubuhnya kini tidak sedikit pun membantu mendinginkan hatinya yang kehangatan. Setiap kali dia memejamkan matanya, hanya senyuman dan renungan lelaki itu yang akan menghiasi. Sehabis mungkin dia cuba untuk menafikan perasaannya tapi kenapa setiap kali itu juga hatinya sakit tidak terkira.

Satu bulan! Perkataan itu terngiang-ngiang kembali di telinya Suria. Gila apa lelaki itu minta diberi tempoh satu bulan. Kata Emran, satu bulan tempoh untuk membuatkan Suria jatuh cinta pada dirinya. Satu bulan juga tempoh untuk mereka saling mengenali di antara satu sama lain. SATU BULAN!! Boleh ke?

Paip di tutup, tuala di capai. Setelah siap berpakaian, Suria menuju ke ruang tamu untuk menonton televisyen. Tiada rancangan menarik yang ditayangkan di televisyen yang mampu menarik minat Suria saat ini. Blackberry dicapai dengan niat untuk menalifon mamanya. Dia sangat berharap mama boleh memberikan pendapat tentang apa yang sedang dia alami sekarang.

Perasaannya saat ini sangat berbeza jika dibandingkan dengan waktu dia bersama Arman dahulu. Sepanjang sepuluh tahun mereka bersama, tiada satu pun kenangan antara dia dan Arman yang mampu membuatkan jantungnya bergetar hebat, tapi Emran, memikirkan tentang lelaki itu sahaja bisa membuatkan Suria tak keruan. Berbicara tentang hati dan perasaan bersama Arman tidak pernah mengundang airmata Suria untuk gugur, tapi Emran, mendengarkan lelaki itu memanggil namanya sahaja sudah cukup membuatkan hati Suria sayu.

Sewaktu Arman memutuskan pertunangan mereka dahulu, Suria fikir yang dia akan mengambil masa yang lama untuk sembuh dari kekecewaan. Tapi kini dia terasa seperti dia pula yang mengkhianati. Mengkhianati perasaannya sendiri kerana mudah sahaja dia melupakan Arman dan menerima cinta baru.

~owh hati, katakan bagaimana harus aku berdepan dengan perasaan aneh ini. Aku dah semakin gila kerana cinta~

Nombor telefon bimbit mama didail dan Suria menunggu sehingga panggilan di jawab.

“Assalamualaikum, Ma” perlahan salam diberi.

“Wa alaikummussalam. Sayang mama sihat?”

“Alhumdulillah, sihat. Mama sihat?”

“Alhumdulillah. Suara sedih jer ni. Ada apa-apa yang Suria nak share ngan Mama?”

Sangat prihatin suara Puan Melati bertanya. Nada suara Suria yang kelemahan menimbulkan tanda tanya di mindanya.

“Maa…… I’m confused. He confessed but I really don’t know if we can make it…” airmata sudah mula mengalir.

“He? Siapa? Arman? Cuba Suria cerita satu-satu. Sekarang mama yang confused.”

Suria menceritakan segala-galanya tentang pertemuan dia dengan Emran sejak mereka pulang bersama dari Port Dickson minggu lalu. Sekali-sekala air mata diseka dan dia mengambil nafas yagn dirasakan semakin menyempit di dada. Di hujung cerita, hanya kedengaran gelak ketawa dari Puan Melati.

“Ma, kenapa mama gelakkan Suria? Orang tengah susah hati ni.” Suria seakan merajuk bila terdengar Puan Melati ketawa.

“”Mama bukan sengaja nak ketawakan Suria, tapi mama rasa lucu pulak” ketawa Puan Melati masih kedengaran.

“Apa yang lucunya, Ma. Suria serius ni.”

“Lucu la. Suria menangis macam la Encik Emran tuh nak ajak Suria kahwin esok. Beria-ia sangat nangisnya tu.”

Suria terdiam.

~Ya jugak. Yang aku menangis macam orang gila ni kenapa?~

“Suria, dengar sini. Anak mama ni dah dewasa dan mama yakin Suria tahu apa yang Suria lakukan. Tak semua cinta akan berakhir dengan kegagalan dan tak semua cinta juga akan rasa manis berpanjangan. Suria tak mengkhianati sesiapa pun, jadi kenapa takut? Beri peluang untuk Emran dan yang paling penting, beri peluang untuk diri Suria sendiri. Mama percaya, Suria pasti akan jumpa apa yang Suria mahukan.”

“Tapi Suria tak ada perasaan lagi pada dia, Ma.”

“Kalau perasaan tu tak ada, kenapa Suria beria-ia sangat menangis? Kalau tak ada, kenapa tak cakap terus terang jer pada Emran?”

“Suria…Suria… Suria tak boleh nak cakap.”

“Kenapa? Suria rasa sakit hati tapi Suria tak boleh nak cakap. Suria rasa menyampah tapi Suria tetap ikut cakap dia kan. Suria rasa benci tapi tetap Suria ambil berat tentang dia. You have to admit it, my dear. Perasaan tu dah memang ada dalam hati Suria cuma Suria jer yang belum pasti. Segala-galanya terletak di tangan Suria sekarang. Apa yang ada dalam hati Suria, hanya Allah dan Suria saja yang tahu. Mama sentiasa berdoa semoga Suria dipertemukan dengan lelaki yang mampu menyayangi Suria lebih dari mama dan arwah papa.”

Suara Puan Melati yang lembut dan perlahan memberi ketenangan pada Suria. Perlahan-lahan dia nampak apa yang perlu dia lakukan walaupun ianya masih kabur. Segala rasa kusut dankeliru yang dia rasai sebelum ini hilang. Jika tidak kerana esok dia perlu bekerja, pasti sekarang dia sudah memandu pulang ke Port Dickson dan memeluk erat mamanya.

Talian telefon di matikan setelah mama menitipkan pesanan-pesanan wajib seperti biasa. Kini Suria mampu tersenyum lega. Dia berjanji pada dirinya yang dia akan memberikan Emran peluang untuk membina hubungan mereka.

11 August 2011

Makin Aku Cinta (19)

Kau tanya apakah ku bisa
Membuka hatiku untukmu
Ku tak bisa berkata kata
Airmata yang bicara
Sesungguhnya ku ingin dirimu
Tuk cairkan hatiku yang beku
Tapi aku belum siap
Aku jadi dilema
Aku tak mau menyakitimu
Karna hati ini masih ragu
Tapi aku butuh cinta
Aku jadi dilema


Khalil Gibran pernah menulis, cinta tidak memberikan apa-apa kecuali dirinya sendiri dan tiada mengambil apa-apapun kecuali dari dirinya sendiri. Cinta tiada dimiliki juga tiada ingin dimiliki, kerana cinta itu cukup sekadar telah cinta.

Ketenangan tasik Shah Alam yang terhampar di hadapan mata sedikit pun tidak membantu untuk menenangkan hati Suria yang sedang bergolak saat ini. Dari tadi di hanya mengikut sahaja rentak Emran. Jangan ditanya kenapa, kerana dia sendiri tiada jawapannya. Hati dan akalnya sudah tidak berjalan seiringan lagi.

Emran membaling batu-batu kecil ke arah tasik sehingga menyebabkan air tasik berkocak, sama seperti perasaan yang dia rasai ketika ini. Matanya melirik ke arah Suria yang berdiam diri sedari tadi. Langkah kaki di atur menghampiri gadis itu. Emran tahu yang Suria memerhatikan setiap langkahnya di sebalik cermin mata hitam yang dia pakai. Segaris senyuman terbit di bibirnya.

“Suria, adakah saya terlalu memaksa?” soalan dilontarkan sebaik sahaja Emran berhadapan dengan Suria.

“Maaf, saya tak faham apa yang Encik Emran cuba katakan.” Balas Suria sambil cuba melarikan pandangan dari wajah Emran.

“atau saya tak layak untuk bersama dengan awak?”

“Encik Emran, saya betul-betul tak faham apa yang Encik Emran cuba katakan. I am confused”

“No, you are not, Suria. Awak tahu apa yang kita bincangkan sekarang. Awak tahu perasaan saya pada awak. Atau awak nak saya terangkan sekali lagi?” sinis suara Emran membuatkan Suria sakit hati.

“Encik Emran, cukup-cukup la buat lawak. Semua ni tak lucu langsung”

“Saya tak pernah buat lawak tentang perasaan saya, Suria. Saya tahu apa yang hati saya mahukan. Perasaan saya pada awak bukan satu mainan. Saya bukan muda untuk bermain-main bila berbicara tentang hati dan perasaan dan saya juga bukan lelaki yang mudah melafazkan cinta kerana sekali saya jatuh cinta, rasa itu akan kekal selamanya. Saya bukan mencari kekasih untuk bersuka ria, Suria. Saya mencari kekasih yang akan mencintai saya sehingga saya menutup mata. Seseorang yang mengisi ruang ketidaksempurnaan saya dan menerima segala kekurangan saya sebagai kelebihan dia. Does it sound funny to you?” separuh merintih Emran meluahkan isi hatinya. Bukan sifat dia untuk merayu tapi kali ini dia benar-benar mahu Suria tahu apa yang dia rasakan. Emran sangat pasti yang Suria juga merasakan sesuatu tapi mungkin gadis itu keliru tentang perasaannya.

“Memang tak lucu pada Encik Emran, tapi ianya sangat lucu pada saya. Kenapa saya? Kita bukannya saling mengenali antara satu sama lain. Saya tak kenal siapa sebenarnya Ku Emran bin Ku Hashim. Saya cuma kenal Encik Emran sebagai hamba Allah yang menyelamatkan saya. Itu sahaja! Tak mungkin saya mampu menyemai perasaan cinta atau sayang jika saya tak kenal siapa sebenarnya Encik Emran.”
Suasana sepi seketika. Suria mengesat butir airmata yang tak henti-henti mengalir dari tadi. Sejak dari kejadian malam tadi, atau lebih tepat lagi, pagi tadi, airmata Suria akan mengalir dengan sendirinya setiap kali Emran mula berbicara tentang hati dan perasaan.

“Awak kenal saya lebih dari orang lain. Awak dah berjumpa dengan semua orang yang saya sayang dan penting dalam hidup saya. Mummy, Daddy dan Erlina. Saya juga kenal dengan mama awak. Semua itu sudah cukup pada saya untuk mencintai awak.” Penuh yakin Emran menjawab persoalan Suria.

“Tapi itu tak cukup pada saya Encik Emran. Saya tak ada apa-apa perasaan pada Encik Emran. Nothing. Zero. Kosong. Tak mungkin saya dapat terima Encik Emran.”

“Betul awak tak ada apa-apa perasaan pada saya, Suria?” Emran kini berdiri betul-betul di hadapan Suria.

“Tak ada dan tak pernah ada” kurang yakin sahaja suara yang keluar.

“Betul tak ada? Pandang mata saya dan beritahu jika awak betul-betul tak ada perasaan pada saya.”
Emran sudah mengangkat sedikit wajah Suria. Kini mata mereka saling bertentang. Emran dapat merasakan seperti hati mereka saling berbicara. Suria pula kehilangan kata-kata. Pandangan tajam dari mata Emran ternyata menusuk terus ke dalam hatinya. Segala rasa yang berkecamuk sebentar tadi hilang begitu sahaja. Aduh sang hati! Kenapa harus begini?

“Saya….saya…saya tak tahu. Saya…..saya…saya keliru.”

Emran tersenyum lega mendengarkan jawapan yang keluar dari bibir Suria. Kini dia sangat yakin yang dia tidak silap perhitungan. Emran pasti yang hati Suria juga menyanyikan lagu yang sama seperti hatinya cuma lagu di hati Suria tidak sekuat dan serancak lagu di hati Emran. Pipi Suria diusap perlahan.

“Tak perlu keliru, awak cuma perlu ikut sahaja apa yang hati awak rasakan sebab ianya memang dah ada disitu sejak kali pertama kita berjumpa.”

“Encik Emran tak menyesal memilih saya?Saya gadis yang biasa sahaja, tiada apa-apa keistimewaan dan kerana itu saya ditinggalkan”

“Saya tak pernah menyesal kerana awak istimewa di mata saya.” Senyuman manis dihadiahkan untuk Suria.

“Saya pernah putus tunang.”

“Asalkan awak bukan isteri orang, itu bukan satu masalah pada saya” Emran masih lagi tersenyum gembira.

“Saya takut untuk meletakkan harapan. Sebelum ini, sepuluh tahun saya menganyam harapan dan impian, akhirnya saya juga yang ditinggalkan.”

“Suria, dengar sini. Saya bukan memaksa awak untuk terus terima saya. Saya cuma mahu awak beri peluang kepada saya. Kepada KITA. Saya mungkin bukan yang terbaik bagi orang lain tapi saya akan cuba untuk jadi yang terbaik untuk awak.”

“Lelaki, belum dapat boleh la janji macam-macam” sinis sahaja bunyinya.

“Saya tak pandai bermadah pujangga apatah lagi untuk menanam janji sehidup semati, tapi Insya-Allah, jika diizinkan Allah, saya mahu awak menjadi wanita terakhir dalam hidup saya. Beri saya sebulan untuk buktikan tentang perasaan saya dan awak akan faham.”

“Sebulan? Kenapa sebulan” terkejut Suria mendengarkan Emran cuma meminta tempoh percubaan selama sebulan. Terlalu singkat untuk dia mempertimbangkan luahan perasaan lelaki itu.

“Sebulan tu pun pada saya dah cukup lama. Seperti saya katakan tadi, saya bukan muda lagi untuk bercinta gaya remaja. Takkan nak tunggu sepuluh tahun kot. Kalau lepas sepuluh tahun baru awak terima saya, saya dah terlalu tua untuk memulakan keluarga. Nanti dapat anak, orang ingat saya dapat cucu pulak.” Santai sahaja Emran menjawab. Walaupun riak wajahnya serius, tapi Suria tahu yagn Emran cuba berjenaka. Detik-detik keresahan semakin beransur pergi.

“Encik Emran pasti yang saya dapat terima diri Encik Emran dan ‘KITA’ itu akan ada?” Suria cuba mencari keyakinan.

“Insya-Allah, jika awak berikan saya peluang.”

“Encik Emran pasti?”

“Yes, love. I am sure about this”

Jari jemari Suria yang kesejukan di raih. Genggaman tangan dan anggukan kecil dari Suria memberikan satu rasa kelegaan yang tak terucap bagi Emran. Mulai saat itu dia berjanji dengan dirinya sendiri yang Suria akan menjadi suri hatinya. PASTI.

08 August 2011

Makin Aku Cinta (18)

Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdebar tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu
Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku


Sms yang diterima dari Erlina memberitahu yang dia telah menunggu di bawah membuatkan Suria kelam kabut. Entah apa yang yang dia fikirkan sehingga setiap perbuatan dan perlakuannya terasa serba tak kena. Hatinya berdebar-debar dan jantungnya berdegup lebih laju dari biasa. Reaksi yang kebelakangan ini terjadi jika Emran berada berdekatan.

~Rileks la wahai sang hati. Erlina datang dengan Ku Mardhiah, bukannya Ku Emran. Jangan kalut sangat.~

Sebaik mengunci pintu rumah, Suria turun dan terus masuk ke dalam kereta. Dia memilih untuk duduk di kerusi belakang pemandu. Satu bau yang terbit membuatkan jantung Suria berdebar lebih hebat. Wangian milik Emran! Sebaik dia mengangkat muka, pandangan mata Suria bertembung dengan pandangan mata milik Emran yang sedang leka memerhatikan setiap pergerakannya melalui cermin pandang belakang.


“Assalamualaikum Suria.”
Bisikan salam dari Emran mengundang satu rasa yang hangat kedalam hati Suria. Suara Emran kedengaran sangat mesra dan penuh rasa sehingga Suria jadi kelu untuk membalasnya.

“Wa….wa…wa alaikummussalam” tergagap-gagap Suria membalas. Peluh dingin mula mengalir di tangan. Pandangan mata Emran masih tertancap di wajah Suria seperti tidak mahu terlepas walau untuk sedetik. Suria tidak tahu bagaimana untuk berdepan dengan situasi seperti ini.

“Sorry la Kak Suria, mummy ada hal so, dia tak dapat ikut. Kak Suria tak kisahkan along ikut sekali?” suara Erlina berjaya memecahkan kebisuan antara Suria dan Emran.

“Ha! Along? Oh… takper. Janji boleh pergi ambil kereta akak. Tak kisah la Auntie ker, Uncle ker, as long as kita sampai kat bengkel, akak ok jer”

Suria cuba untuk berlagak selamba walaupun dalam hati, hanya Allah yang tahu debarannya. Kalaulah dadanya menjadi lutsinar tika ini, pasti akan kelihatan betapa laju jantungnya berdegup dan betapa deras darahnya mengalir.

Sepanjang perjalanan, hanya mulut Erlina sahaja yang becok bertanya dan bercerita menakala Suria hanya menjawab dan menyampuk bila perlu. Emran? Dia hanya berdiam diri memandu dan pantang ada peluang, matanya akan memandang ciptaan terindah dari Allah yang telah mencuri sekeping hati lelakinya.

#########################

Sebaik sahaja tiba di bengkel, Erlina terus sahaja melompat keluar. Di dalam hatinya dapat merasakan satu aura yang berlainan bila mana Along dan kak Suria bertemu. Umpama aura kameha-meha antara Goku dengan Picollo. Eh bukan, Tuh dah kartun sangat.

Aura antara Along dengan Kak Suria lebih kepada aura Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu. Bukan Erlina tidak nampak cara Along memberi salam kepada Kak Suria tadi. Pandangan mata Along yang sarat dengan perasaan itu sudah mampu menjelaskan segala-galanya. Ada rasa gembira yang terbit di hati Erlina. Sekian lama dia dan mummy berdoa semoga Along bertemu dengan seseorang yang mampu mengembalikan kebahagian Along yang dibawa pergi bersama-sama Kak Najiha. Walaupun dari luaran tampak normal, tapi Erlina tahu, jauh di sudut hati Along, dia kesunyian. Kematian Kak Najiha membawa pergi separuh dari kegembiraan Along tapi Along cuba berlagak ceria kerana tak mahu orang di sekeliling dia tahu kesedihan yang dia rasai.

Keluarga mereka tidak kisah siapa sahaja pilihan hati Emran, mereka pasti akan bersetuju seratus peratus asalkan wanita itu boleh membahagiakan Along kesayangannya. Jika Kak Suria yang telah mencuri hati Along, Erlina sukakan wanita itu. Mummy juga sukakan Kak Suria kerana Kak Suria pandai mengambil hati dan lemah lembut.

Senyuman nakal terukir di bibir Erlina. Kepalanya mula merancang sesuatu. Sesuatu yang diharapkan dapat menyatukan dua hati. Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya kan. Echehh… Dah pandai berperibahasa pulak sekarang.

########################

“We’ll need to talk” Emran bersuara sebaik sahaja Erlina keluar dari kereta. Pintu kereta dikunci dari dalam. Dia tidak mahu Suria mengelak lagi.

“There is nothing to talk about” balas Suria sambil berpeluk tubuh. Hakikatnya dia menyembunyikan debar yang menggila di dalam dada.

“Kenapa menangis?”

“Mana ada saya menangis.”

“Kalau tak menangis, kenapa mata bengkak?”

Sepi.

Tiada jawapan yang keluar dari mulut Suria kerana Suria memang tak tahu jawapan apa yang patut diberi kepada Emran.

Ada orang kata sepi itu indah, tapi tidak pada Emran saat ini. Sepi tanpa suara dari Suria seakan membunuh segenap rasa yang ada dalam dirinya. Melihat mata Suria yang bengkak kesan dari menangis menambah lagi rasa sakit di jiwa. Adakah dia terlalu memaksa?

“Suria….. your silent is killing me. Please say something.”

Mendengarkan suara Emran yang memanggil namanya dengan sepenuh perasaan membuatkan airmata Suria menitis lagi. Suria benar-benar tak faham kenapa. Telinga dia lebih rela mendengar jeritan dan tengkingan daripada hatinya terusik apabila Emran memanggil dengan penuh kasih sayang. Rasa seperti sayang lelaki itu terlalu melimpah ruah setiap kali lelaki itu menyebut namanya.

Suria ternampak Erlina melangkah keluar dari pejabat bengkel dan menuju kearah kereta mereka. Airmata diseka dan cermin mata di pakai.

“Saya nak keluar. Lin dah datang.” Serak suara yang keluar dari mulut Suria.

Dengan rasa berat hati, Emran terpaksa juga membuka pintu kereta. Erlina menggoyang-goyangkan kunci kereta milik Suria sebaik sahaja dia tiba.

“Ni kunci kereta akak. Warranty ada sebulan. Kalau akak tak puas hati dengan hasil kerja diorang, akak bawak jer kereta datang sini, diorang akan betulkan. FOC.”

Kunci sudah bertukar tangan.

“Alhumdulillah. Thanks Lin!. Akak minta diri dulu. Nanti kirim salam kat mummy Lin yer.” Suria ingin cepat-cepat berlalu. Dia sudah tak mampu untuk terus berhadapan dengan Emran dalam keadaan emosinya yang sangat tidak stabil.

“No problem la Kak. Tapi kan, Lin ada satu hal kecik nak minta tolong kat akak ni. Lin harap sangat akak dapat tolong Lin kali ni.” Erlina sudah memulakan langkah-langkah dewi panahan cintanya.

“Tolong apa? Insya-Allah, kalau akak boleh tolong, tentulah akak akan tolong”

“Lin nak mintak tolong akak hantarkan abang Lin yang hensem lagi kacak dan bergaya ni balik rumah mummy sebab Lin ada hal sikit kat Subang. Boleh tak kak?”

“Ha! Hantarkan along??” seperti mahu tercekik rasanya mendengarkan permintaan dari Erlina itu.

~Aku nak lari jauh-jauh dari abang dia, dia lagi nak suruh aku dekat-dekat pulak. Ni konspirasi adik beradik ker apa?~

Emran yang ternampak reaksi Suria mengalah. Dia tidak mahu terus menerus memaksa Suria supaya menerima dirinya. Dia tahu mungkin dia perlu berikan sedikit ruang dan masa untuk Suria berfikir.

“It’s ok adik. Along boleh balik sendiri.Jangan susahkan Kak Suria” Terkandung nada kecewa dari suara Emran.

“Tapi Along kat belum sihat sangat. Kalau Along pengsan nanti macam mana? Kak Suria, boleh tolong tak?” Erlina terus-terusan mendesak.

~Sorry Along. Adik buat ni semua untuk Along.~

“err….err…err… Boleh, apsal pulak tak boleh kan. Saya hantarkan Encik Emran balik rumah Ku Mardhiah. Tak susah pun.” Sengaja nada suaranya di lunakkan. Dia tak sampai hati mahu membiarkan Emran pulang sendiri dalam keadaan kesihatan lelaki itu yang tidak menentu.

“Betul ni kak Suria. Thank you very much, my dear sister. Love you! ….. Along, Lin gerak dulu.” Erlina meninggalkan Emran dan Suria dengan satu kenyitan mata. Dalam hati dia berdoa agar abangnya dapat mengambil peluang ini dengan sebaiknya.

Emran menyepi, Suria berdiam diri. Kedua-duanya masih berdiri di sisi kereta Suria.

“Awak betul-betul tak kisah hantar saya balik rumah mummy?”Emran bertanya untuk memohon kepastian. Jika Suria keberatan, dia akan menyuruh Harold untuk mengambil dan menghantar dia.

“Takper. Lagipun awak tak sihat. Saya tak kejam sangat nak tinggalkan awak kat sini.” Suria menjawab selamba dan terus masuk ke dalam kereta.

“Sayang juga awak kat saya.” Senyuman sinis terbit dari bibir Emran.

“Tolong jangan perasan. Takder kena-mengena dengan sayang or whatsoever yer.”

Jawapan dari Suria mematikan terus senyuman di wajah Emran.

“We need to talk and this time, I really mean it, Suria.” Keras sahaja bunyinya dan Suria tahu kali ini dia memang tak boleh lari lagi.

05 August 2011

Makin Aku Cinta (17)

sampai saat ini rasaku bertahan di sini
rasa yang tak akan hilang oleh waktu
kau tidak di sini, akupun tiada di hatimu
jiwaku ikut menghilang bersamamu
tak terkira di sampingmu
adalah hal terindah yang pernah ku inginkan
tak terkira di pelukmu
adalah hal terindah yang pernah ku rasakan
melukiskan segenap keindahan dirimu
hanya kau yang aku mau, kamu kamu



Usai solat subuh, Suria menghantarkan sms kepada Juliana memberitahu yang dia mengambil cuti kecemasan hari ini. Mana mungkin dia masuk ke pejabat dengan mata yang bengkak akibat menangis dan muka yang pucat akibat tidak cukup tidur.

Suria merebahkan tubuh di atas katil dengan harapan matanya akan lena semula dan apabila dia bangun nanti, segala kata-kata yang Emran ucapkan awal pagi tadi akan hilang dari kepalanya. Saat-saat seperti ini dia lebih rela hilang ingatan dari terus dihantui dengan memori sesi luahan perasaan berani mati Emran. Sayangnya, semakin dia cuba melelapkan mata, semakin kerap wajah lelaki itu hadir.

Golek ke kiri, Suria ternampak renungan tajam Emran. Golek ke kanan, terbayang pula senyuman sinis lelaki itu dan bila dia menutup mata, sentuhan lelaki itu terasa masih hangat di tangannya. Sudahnya dia duduk dan memeluk kepala lutut. Airmata mengalir lagi.

~Ku Emran Ku Hashim!! Kenapa awak buat saya macam ni???~

############################

Cinta pertama, manisnya kekal terasa tapi sayang ianya tidak lama. Kenangan tetap disimpan selamanya. Cinta pandang pertama, segalanya serba tak kena. Sakit menusuk jiwa tapi tetap mahu bersama.

Emran menatap dan mengusap perlahan potret wajah Najiha yang tersenyum manja.

~Jiha, I fall in love again.~

Dia menutup mata, potret di tangan di bawa kedada dan dipeluk erat.

~Abang sentiasa sayangkan Jiha. Abang doakan Jiha tenang di sana. I miss you , dear~

Air jernih membasahi pelupuk matanya. Mencintai seseorang dengan sepenuh hati kadangkala amat menyakitkan.

Emran mencintai Najiha dengan sepenuh hati dan bila Najiha pergi meninggalkan dirinya hanya kesakitan yang dia rasai dan bila kini dia jatuh cinta sekali lagi, dia masih terasa sakit. Sakit kerana dia tidak tahu sama ada cintanya akan di terima atau tidak. Sakit bila memikirkan yang peluang mungkin tidak berpihak pada dirinya.

~Suria, kalau lah awak boleh lihat hati saya sekarang, awak pasti faham.~

##########################

Lagu ‘It’s All About Him’ kedengaran lantang dari telefon bimbit milik Suria menandakan ada panggilan yang masuk. Dengan mata yang separuh tertutup, Suria menekan butang berwarna hijau.

“Hello..”

“Assalamualaikum, Kak Suria. Apa khabar?” suara girang seorang gadis membuatkan mata Suria terus terbuka besar.

“Waalaikummussalam. Akak sihat jer, alhumdulillah. Lin macam mana?”

~Awal pagi tadi abang, sekarang adik pulak. Kenapa aku terjebak dengan dua beradik ni?
Aduyaiiii….~

“Lin sihat, mummy sihat, daddy sihat dan…… a..long pun sihat kot. Lin ganggu akak kerja ker?”

“Tak ganggu pun sebab akak tak kerja hari ni.”

“Akak tak kerja? Kenapa? Sakit ker? Tadi kata sihat.”

“Akak sihat fizikal tapi mental tak berapa sihat. So, apa cerita hari ni”

“Akak ni buat lawak la. Ada ker fizikal sihat tapi mental sakit. Tuh namanya penyakit CINTA. By the way, Lin ada berita gembira untuk akak. Kereta kesayangan akak dah siap dibaiki. Boleh pergi ambil hari ni. Seronok tak?” penuh keterujaan Erlina menyampaikan berita kepada Suria dan penuh kegembiraan juga Suria mendengarnya.

“Alhumdulillah. Nak ambil kat mana?” Suria sudah tidak sabar-sabar lagi. Kereta sudah siap dibaiki maka tidak ada alasan lagi untuk Emran datang ke rumahnya. Dia tak perlu lagi berjumpa dengan lelaki itu dan segala luahan hati versi hikayat seribu satu malam dari lelaki itu akan dia lupakan.

“Workshop tuh kat Glenmarie. Kejap lagi Lin datang ambil akak. Ok tak?”

Mendengarkan yang Erlina mahu datang, tiba-tiba jantung Suria berdebar dan tangannya sejuk berpeluh.

“Lin nak datang? Dengan siapa?” cemas sahaja suara Suria bertanya.

“Tentulah dengan mummy. Takkan nak ajak Along kot, dia kan kerja. Lagipun Along tak tinggal sini.” Bersahaja jawapan yang keluar dari mulut Erlina.

Suria mengeluh lega. Fikirnya gadis itu ingin mengajak Emran, mana tau lelaki itu bercuti sakit setelah diserang gastrik malam tadi. Menurut Erlina, abangnya tidak tinggal bersama mereka, maknanya lelaki itu tinggal sendiri.

Rasa bimbang tiba-tiba hadir bila memikirkan yang Emran tinggal sendiri. Bagaimana keadaan lelaki itu sekarang? Masih sakitkah dia? Sudah makan atau belum pagi ini? Sudah berjumpa doctor atau belum? Awal pagi tadi, wajah lelaki itu kelihatan amat pucat dan lemah.

“Helloooo…… Kak Suriaaaa….. Are you still there???” Erlina menjerit kuat bila tiba-tiba Suria berdiam diri.

“ermmm…ermmm… yup, I’m here. Lin cakap apa tadi?” Suria jadi termalu sendiri. Fikirannya masih mahu memikirkan tentang keadaan kesihatan Emran.

“Lin kata, bila sampai kat apartment akak nanti, Lin call. Akak get ready jer. Ok?”

“Ok boss! Assalamualaikum.”

“Jumpa nanti. Waalaikummussalam”

############################

Erlina menyanyi-nyanyi kecil. Sewaktu dia mengundurkan kereta, dia ternampak kereta abangnya memasuki kawasan halaman rumah. Jam di tangan ditelek.

~Baru pukul sebelas pagi! Along tak kerja ker hari ni?~

Emran keluar dari kereta dan berjalan menuju ke arah Erlina. Cermin tingkap kereta diketuk

“Nak pergi mana?”

“Amik Kak Suria. Along tak kerja ker hari ni?”

“Amik Kak Suria? Buat aper?”

“Kereta dia dah siap, so nak amik dia bawak pi workshop. Along tak kerja ker ari ni?”

“I’ll drive.”

Pintu kereta bahagian pemandu dibuka. Erlina keluar dan berpindah tempat duduk. Soalan yang dia tanya masih belum di jawab oleh Emran.

“Along! Tak kerja ke hari ni? Orang tanya tak jawab pun. Benci lar..”

“I’m on medical leave today. Gastric attacked last night.”

“Gastrik? Along tak makan ker semalam? Banyak sangat kerja ker?”

“Tak sempat nak makan.”

“Dah ok ker ni? Patut la muka pucat semacam jer.”

“I feel better now.”

~I hope I feel much better after this. Ubat along ada kat Kota Kemuning la, adik.~

Sewaktu tiba di Villa keluarganya sebentar tadi, Emran cuma bercadang untuk berehat sahaja kerana sisa-sisa gastric masih lagi dirasainya tambahan pula dia dapat dapat melelapkan mata walau untuk sepicing sekalipun kerana bersendirian di rumah membuatkan fikiran tertumpu kepada satu nama sahaja. SURIA!. Tapi tadi sebaik sahaja dia mendengarkan yang Erlina mahu ke rumah Suria, segala penyakit yang dia rasai umpama terbang di bawa angin lalu.

04 August 2011

Makin Aku Cinta (16)

Awalnya ku tak mengerti apa yang sedang ku rasakan,
segalanya berubah dan rasa rindu itupun ada,
sejak kau hadir di setiap malam di tidur ku,
aku tau sesuatu sedang, terjadi pada ku
Kadang aku cemburu,
kadang aku gelisah,
seringnya ku tak mampu lalui hari ku.
Tak dapat ku pungkiri,
hati ku yang terdalam
betapa aku,
jatuh cinta kepadanya


Kereta Emran berhenti betul-betul di bawah lampu spotlight di tepi tasik Kota Kemuning. Emran keluar meninggalkan Suria yang masih lagi terpinga-pinga di dalam kereta. Satu keluhan berat kedengaran dari bibir Emran.

~Ah!! Kusut! Kenapa aku boleh over reaction sampai macam ni? She don’t even know how I felt and now I’m treating her like she is mine.~

Suria memandang ke arah Emran yang menyandarkan diri di tiang lampu. Dia sedang berkira-kira sama ada mahu keluar atau duduk berdiam diri sahaja di dalam kereta. Ikutkan hatinya yang sedang bengang sekarang ini, mahu sahaja dia memijak dan menendang kaki Emran kemudian mencampakkan lelaki itu ke dalam tasik yang berada di depan mereka.

~Arghhh…. Geramnya!!! Bawak aku kat tepi tasik ni, tengah-tengah malam, tapi dia dok terpacak kat bawah tiang lampu. Dah lah sejuk, nasib baik lampu spotlight ni terang, kalau tak kahwin free aku malam ni. Ishh……~

Pintu kereta dibuka kasar. Suria keluar dan berdiri menghadap Emran. Dia tidak mahu menghabiskan semalaman di tepi tasik ini. Jika Emran masih tidak mahu bersuara, dia nekad, dia akan pulang. Walau apa yang terjadi sekalipun, dia tetap akan pulang.

“Encik Emran, kita datang sini, sebab nak duduk bawah tiang lampu ker?” soalan sarkastik dilemparkan kepada Emran.

“I’m sorry, Suria”

“Your sorry means nothing until you……. Achooooo” tak sempat menghabiskan ayat, Suria telah terbersin. Simtom-simtom selesema telah menjelma.

Emran berlalu ke kereta, mengambil kot jenama Calvin Klein yang tergantung dan memakaikan ke badan Suria. Rasa bersalah bertimpa-timpa di dalam dirinya. Kerana perasaannya yang kacau bilau menyebabkan gadis itu berada di sini, di tengah-tengah malam.

Suria terpempam dengan tindakan Emran. Dia tidak menyangka yagn lelaki itu boleh menjadi sangat prihatin terhadap dia. Bau wangian yang terbit dari kot lelaki itu memberi sedikit rasa lega dan bahagia. Rasa bengang yang tadi berkobar-kobar semakin menyurut. Ah, hati! Kenapa boleh jadi macam ni?

“Suria….”

“ Saya minta maaf. Saya tak berniat nak mengintip awak. Semuanya secara kebetulan”

“Kebetulan? Explain further, please.”

“ Saya pergi Amcorp Mall untuk jemput awak. Randomly. Saya tak tahu kenapa tapi naluri saya kata awak masih berada di pejabat.”

“Then..”

“Then I saw you having your dinner with HIM.”

Suria tercengang. Suasana menjadi sepi seketika.

~Dangggg!!!!! Patut la aku rasa berdebar lain macam.~

“Then..”

“Saya tunggu awak sampai rumah.”

“Awak tunggu saya? Kenapa?” Suria bertanya dengan riak wajah yang keliru. Dia memang keliru sebenarnya. Apa perlu Emran menunggu dia?

“ermmm….. saya……saya….”

~apasal tiba-tiba aku jadi gagap ni. Adeh lar. Mummy tolong Ku Em.~

“Saya, saya….. saya aper wahai Encik Ku Emran?”

~eh, sejak bila aku jadi garang pulak ni? Dah pandai gertak-gertak anak bujang orang~

“I hate it!” melengking kuat suara Emran kedengaran di malam yang sunyi.

“You hate it? For what?”

Jawapan dari Emran semakin membuatkan Suria keliru. Mula-mula gagap, bila dah boleh bercakap, terus menengking. Mungkin lelaki ini memang bermasalah.

“I hate it when I saw you with that guy. I hate myself for it.” Kali ini suara Emran sudah mengendur. Pandangan yang diberi kepada Suria juga tidak setajam selalu.

Rasa sakit perut semakin menyucuk-nyucuk. Badannya mula berpeluh dan bibir semakin pucat. Emran tahu yang gastriknya telah menyerang kerana dari tengah hari dia belum menjamah makanan. Perut yang sakit ditekan kuat.

Suria pula mula kalut melihat Emran terbongkok-bongkok sambil memegang perut. Dia dapat melihat peluh memercik keluar di dahi lelaki itu.

“Encik Emran, kenapa ni?” Suria sedang berkira-kira sama ada perlu atau tidak dia menyentuh lelaki itu.

“Gastrik” sepatah perkataan sahaja yang keluar dari mulut Emran.

“Gastrik? Encik Emran tak makan ke tadi? Ada ubat tak?” suara Suria yang cemas mengundang senyum di bibir Emran. Oh hati! Sakit-sakit pun masih boleh layan perasaan angau overdose ni.

“Boleh saya jawab soalan awak tuh nanti tak. Saya kena makan sikit sekarang”

“Makan? Mcdonalds boleh?”

“Ok jer.”

Suria menonong berjalan menuju ke kereta. Sewaktu dia membuka pintu, baru dia tersedar yang Emran masih lagi terbongkok-bongkok di bawah tiang lampu.

~Sakit sangat gayanya. Aduyaiiii…~

Suria berpaling semula mendapatkan Emran dan memapah lelaki itu masuk ke dalam kereta. Melihatkan keadaan Emran yang lemah dan tak berdaya, dia meminta kebenaran lelaki itu untuk memandu. Sebaik sahaja kunci kereta di tangan, tanpa berlengah Suria memandu laju ke kaunter Mcdonalds Drive-Thru.

########################

Pukul 2.18 pagi!

Suria dan Emran masih lagi berada di dalam kereta yang diparking di hadapan Mcdonalds Kota Kemuning. Suria yang duduk di tempat pemandu masih menjeling-jeling kearah Emran. Dia sedang berkira-kira untuk memberitahu lelaki itu yang dia ingin pulang tapi suaranya seakan tidak terkeluar bila melihatkan keadaan Emran yang nampak sangat letih. Bukannya jauh mana apartmentnya dari Mcdonalds, hanya seberang jalan. Badan Suria terasa sangat letih dan tidak selesa.

“Encik Emran…” perlahan Suria memanggil.

“ermmm…” Emran membalas tapi matanya masih terkatup.

“Saya nak balik. Dah awal pagi ni…”

Suara Suria yang lembut dan perlahan umpama lagu merdu di pendengaran Emran. Rasa letih dan sakit yang masih bersisa seakan terbang melayang. Emran membuka matanya dan memandang tepat ke arah Suria. Masih memberi pandangan tajam tapi bukan yang tajam membunuh sebaliknya Emran memberikan pandangan tajam aura pencinta wanita. Pandangan yang diharapkan mampu memberitahu rasa hatinya terus kepada Suria.

“Suria….. please don’t go..”Emran meminta perlahan.

Suria yang masih diawang-awangan akibat dari panahan pandangan arjuna Emran hanya mampu terdiam.

“This might sound crazy for you but I really need you”

“aaa….aaa….apa maksud Encik Emran”

~mamat ni perlukan aku untuk apa? Takkan la dia ada niat tak baik pulak kat aku~

“Don’t get me wrong. Saya perlukan awak sebab saya rasa saya tak mampu kehilangan awak. Sejak kali pertama kita berjumpa,saya tak tahu kenapa hati saya sentiasa teringatkan awak. Mungkin awak anggap saya gila, tapi saya sendiri pun tak tahu macam mana perasaan ni boleh hadir yang saya tahu, saya mahu awak menjadi sebahagian dari hidup saya.”

Sangat lancar dan terang kata-kata dari Emran. Dia dapat merasakan seolah-olah satu beban terlepas dari dadanya. Kini dia berdebar-debar menanti kata-kata yang akan keluar dari mulut Suria pula.
Suria terkedu. Otaknya cuba mencerna setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Emran.

Perkataan ‘saya mahu awak menjadi sebahagian dari hidup saya’ bermain-main di fikirannya. Bukankah itu bermaksud…….

“Ha!!! Encik Emran nak saya menjadi sebahagian dari hidup Encik Emran? Saya rasa gastrik Encik Emran dah menyebabkan Encik Emran tak boleh berfikir dengan waras sekarang ni.”

“Saya serius, Suria. Apa yang saya katakan semuanya serius.”

“Nope! Encik Emran sakit sekarang, sebab tu Encik Emran merapu macam-macam. Saya nak balik”

“I am serious. I know…”

“Enough! Saya nak balik sekarang.” Suria memotong kata-kata Emran dan terus meluru keluar dari kereta. Tangannya menggigil dan kepalanya pusing. Terlalu banyak perkataan yang tak tercerna di dalam otaknya.

Emran bingkas mengejar Suria . Walaupun hatinya kecewa dengan penerimaan Suria, dia tetap tak mahu gadis itu pulang sendirian.

“Suria..” Emran memanggil namun Suria masih terus melangkah.

“Suria, tunggu…” masih tidak berhenti melangkah.

“Suria sayang, saya kata tunggu…” kali ini Suria tiada pilihan kerana tangannya sudah di genggam kemas oleh jari-jemari Emran.

“Please…… saya nak balik. Ini semua mimpi jer.” Kedengaran esak kecil berlagu dalam suara Suria.

“Ok….. I will send you home, sayang. Don’t cry” Emran menarik Suria ke kereta.

Perjalanan pulang terasa sangat lama walaupun sebenarnya hanya seberang jalan sahaja. Suria hanya berdiam dan berpura-pura memejamkan mata manakala Emran memilih untuk tidak memaksa.

03 August 2011

Makin Aku Cinta (15)

Ku tak peduli,
bila ku benar-benar cinta, mati,
ku tak peduli.
Ku memang begini,
bila ku benar-benar cinta, mati.
Ku tak peduli,
apa saja yang, ku inginkan kamu rela
Kau takkan mengerti,
yang s’lama ini aku rasakan, pasti.
Kau tak peduli,
bilang saja yang, ku inginkan kamu rela



Makan malam bersama dengan Encik Farid ternyata tidak membosankan. Lelaki itu amat berbeza selepas waktu pejabat. Senyuman dan gelak tawa tidak lekang di dalam perbualan mereka kerana Encik Farid seorang yang agak sempoi bila berbual. Tidak sia-sia Suria menerima pelawaan untuk menemani lelaki itu makan malam bersama kerana ada sahaja cerita dan lawak yang keluar dari mulut lelaki itu.

Tetapi entah kenapa, sepanjang perbualan mereka, Suria merasakan seolah-olah dirinya diperhatikan. Hatinya berdebar-debar. Debaran yang sama seperti pagi tadi. Debaran yang cuma akan hadir bila lelaki yang bernama Ku Emran Bin Ku Hashim berada berdekatan tetapi Suria pasti yang lelaki itu tiada di sekitarnya.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, hanya Encik Farid yang banyak bertanyakan soalan manakala Suria masih melayan rasa berdebar-debar di dada. Kadangkala dia seperti ternampak kereta Audi merah milik Ku Emran seperti membontoti kereta milik Encik Farid. Mungkin ini penangan ‘sawan jeritan’ dari lelaki itu. Suria meletakkan tangannya di dada untuk meredakan sedikit debaran yang di rasa.

Suria meminta Encik Farid menurunkan dia di hadapan pondok pengawal dan di berjalan kaki masuk ke kawasan apartment. Dia berasa kurang selesa untuk membiarkan ketuanya itu menghantar dia sehingga ke apartmentnya.

Pintu dibuka, salam diberi walaupun tiada penghuni di rumah. Suis lampu ruang tamu di petik dan sesaat kemudian cahaya menerangi sekelilingnya. Beg tangan di campak ke sofa, kaki melangkah ke dapur. Tekaknya terasa dahaga lantas air ditadah dari ‘water dispenser’. Setelah berasa lega, dia menuju ke arah balkoni dan menarik pintu gelongsor untuk membiarkan angin malam masuk kedalam rumah.

Badannya terasa penat tapi matanya masih belum mengantuk. Selalunya waktu-waktu seperti ini, dia sudah bergolek-golek di atas katil memujuk mata untuk lelap. Tapi malam ini, dia terpaksa melayan hati yang berdebar tanpa henti dari tadi.

Suria tidak tahu kenapa Ku Emran selalu memberikan pandangan membunuh setiap kali mereka ‘ter’jumpa secara sengaja ataupun tidak. Lelaki itu juga kerap meninggikan suara sekiranya permintaannya atau lebih tepat lagi arahannya tidak di ikuti. Bukan satu ciri lelaki idaman pada Suria. Arwah ayah tidak pernah meninggikan suara bila bercakap dengan mama. Arman juga tidak pernah meninggikan suara sepanjang perhubungan mereka malah sewaktu menuturkan kata putus dahulu pun, Arman masih bercakap dengan nada suara yang lembut.

“Ku Emran!” bibir Suria berbisik perlahan dan serta merta imej lelaki itu hadir di dalam kotak mindanya.

~Aku ni dah kenapa??? Pegi sebut-sebut pulak nama mamat sawan tuh. Dah menjangkit sawan dia agaknya~

Sedang asyik Suria melayan perasaan, dia terasa seperti dihujani batu-batu kecil. Matanya melilau mencari dari mana datangnya hujan batu kecil tersebut dan pencariannya terhenti bila pandangannya dikunci oleh seseorang. Seseorang yang tadi di sebut oleh bibirnya dan kini, bagaikan sakti, sang empunya nama itu memang berada di kawasan parkir kereta atau lebih tepat lagi di petak parkir kereta miliknya.

Ku Emran memberikan isyarat supaya Suria turun. Suria pula membalas dengan gelengan kepala. Sekali lagi Ku Emran memberikan isyarat supaya Suria turun atau dia yang akan naik. Melihatkan wajah serius Ku Emran, Suria tahu yang lelaki itu tidak akan teragak-agak untuk naik jika dia tidak turun. Dengan rasa bengang, Suria menutup pintu gelongsor dan bergegas turun. Dia tidak tahu kenapa Ku Emran sentiasa memaksa dia melakukan sesuatu yang dia tidak mahu dan dia lebih tak faham kenapa dia sendiri tetap melakukan apa yang di suruh oleh lelaki itu walaupun hatinya geram. Pelik. Yang pasti setiap kali bertentang mata dengan Ku Emran, debaran di dadanya akan hilang diganti pula dengan rasa geram dan bengang.

###############################

1 minit, 2 minit, 3 minit, 4 minit dan kini sudah 5 minit berlalu. Biarpun mereka berdepan, masih tiada kata-kata yang keluar dari mulut Suria atau Ku Emran.
Suria buntu. Dia tidak tahu mengapa Ku Emran memanggilnya turun tapi sehingga kini tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut lelaki itu.

Ku Emran juga buntu. Dia tidak tahu bagaimana mahu memulakan perbualan. Ada beratus soalan yang ingin ditanyakan kepada Suria tapi mulutnya seakan terkunci.

“Encik Emran…”

“Suria…”

Serentak mereka berdua bersuara.

“It’s ok. Encik Emran cakap dulu” Suria beralah.

“No. Ladies first”Emran cuba berlagak ‘gentleman’.

“Takper. Encik Emran cakap dulu lagipun, Encik Emran yang panggil saya turun”

“I said ladies first, so you cakap dulu”

“Saya? Actually saya cuma nak cakap yang kalau Encik Emran tak ada apa nak cakap, saya nak naik dulu. Dah lama sangat kat bawah ni. Sejuk.”

Suria menggosok-gosokkan lengannya yang kesejukan. Emran yang berdiri dihadapannya di pandang kaku. Masih tiada kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu. Merasakan yang lelaki itu tidak akan bersuara, Suria berpaling dan mula melangkah meninggalkan lelaki itu.

“Suria….” Emran memanggil dengan suara yang lembut lantas mematikan langkah Suria. Tapi gadis itu masih tidak memandang ke arah Emran.

“Who is that guy?”

Soalan yang terlontar dari bibir Emran benar-benar membuatkan Suria terkasima. ‘Who is that guy?’.

“Which guy? Kenapa pula Encik Emran perlu tahu?” kali ini suara Suria pula yang kedengaran tegas.
Dengan kedudukannya yang masih membelakangkan Emran, maka Emran tidak dapat meneka riak wajah Suria saat ini.

“That guy. Yang makan malam dengan awak tadi. Yang hantar awak pulang tadi. Is that your special friend?” Emran masih mengawal emosinya saat ini. Sudahlah hatinya sakit melihat Suria dengan lelaki lain, kini soalan yang di beri di jawab dengan soalan juga. Sesuatu yang amat dia benci.

“Yang makan malam dengan saya? Yang hantar saya pulang? Macam mana Encik Emran tahu saya makan dengan siapa dan siapa yang hantar saya pulang? Encik Emran mengintip saya ker? Dah lama buat kerja macam ni?”

Kali ini Suria tak peduli. Apa nak jadi pun, jadi lah. Dia benar-benar tak paham dengan lelaki yang bernama Ku Emran ini. Dahlah suka memaksa dan menjerit, kini lelaki ini sudah mula mahu masuk campur dalam kehidupan dia pulak. Mandat dari siapa yang lelaki ini dapat sehingga berani mengintip setiap perbuatannya.

Emran pula semakin panas hati. Rambutnya di raup keras. Dia benci bila jawapan yang diharapkan menjadi soalan pula untuk dia jawab. Jika tak kerana sudah tengah malam, mahu sahaja dia menengking gadis di hadapannya ini supaya dia mendapat jawapan yang dia mahu.

“Just answer me, Suria!”

“I won’t give you any answer and I am wondering, WHY I should answer your question. I demand for an explaination from you, Encik Emran.” Suria masih berdegil. Rasa bengang dan sakit hati sudah mula bertamu dalam dadanya.

“Fine. I will explain tapi bukan kat sini”

Serentak dengan itu, Emran terus menarik lengan Suria dan menolak gadis itu masuk ke dalam kereta. Suria yang tidak menyangka akan ditarik terpinga-pinga bila pintu kereta di tutup dan kereta mula bergerak.

~Alamak! Mamat ni nak bawak aku lari ker?~

Makin Aku Cinta (14)

I never felt like this before.
Just when I leave, I'm back for more.
Nothing else here seems to matter.
In these ever-changing days,
You're the one thing that remains.
I could stay like this forever.


Emran masih leka dengan lakaran-lakaran dan model-model bangunan yang berada di dalam pejabatnya. Perut yang sudah berkeroncong mengingatkan dia yang belum ada sebutir nasi pun yang dia jamah hari ini. Pensil di letakkan di atas meja dan dia melakukan sedikit senaman regangan untuk mengendurkan urat saraf yang terasa ketat. Gelas di hujung meja diambil dengan niat ingin meneguk baki kopi yang ada tapi yang tinggal hanyalah serdak kopi sahaja. Ternyata perutnya memang memerlukan sesuatu untuk diisi.

Baru sahaja dia bangun untuk berdiri, telefonnya menjerit-jerit minta di angkat. Adik! Desis hatinya.

“Hello baby….”

“Assalamualaikum Along ku tersayang. Dah tak tahu adab jawab telefon ker?” suara Erlina yang kedengran serius mengundang tawa di bibir Emran. Erlina dan serius umpama air dan minyak, takkan bersatu.

“Alaikumsalam wahai adindaku yang comel. Apakah gerangannya adinda menghubungi kekanda lewat petang ini. Adakah adinda membawa perkhabaran gembira untuk kekanda sultan”

“uwekkk….. Along ni dah kenapa? Tersampuk Puteri Gunung Ledang ke sampai nak bersastera sangat?”

“Mana ada Puteri Gunung Ledang, cuma kebelakangan ni asyik mimpi pasal masak lemak cili api jer.”

Emran berkias-kias dengan adiknya. Dia masih belum mahu berkongsi rahsia dengan Erlina.

“Tak kisah la Puteri Gunung Ledang ker, masak lemak cili api ker yang penting mummy suruh tanya, along balik makan malam kat rumah tak malam ni?”

“Makan malam? Awalnya mummy suruh tanya. Baru pukul 4 lebih, takkan mummy dah nak masak dinner kot?”

“Along!!!!! Awal apanya? Dah pukul 7.20 lar. Takkan tak tau tengok jam kot, ker jam tangan along yang mahal tuh dah rosak???” suara Erlina yang separuh menjerit menyebabkan Emran menjauhkan sedikit telefon dari telinganya.

“Ala, baru pukul 7.20……. WHAT!!!!! DAH PUKUL 7.20!!!!!! kenapa sekarang baru adik telefon. Along dah lambat ni. Bagitahu mummy, along tak makan kat rumah mummy. Bye”

Kali ini Erlina pula yang terpaksa menjauhkan telefon dari telinga bila tiba-tiba Emran menjerit. Dia dapat merasakan semenjak pulang dari bercuti di Port Dickson tempoh hari, perangai abangnya semakin pelik. Apakah???? Tapi takkan pula secepat ini?

Erlina tidak mahu terlalu melayan firasat hati, sebaliknya dia memutuskan untuk menunggu masa yang sesuai untuk terus bertanya kepada alongnya itu.

#########################

Helaian-helaian kertas yang bersepah di atas meja kerjanya di susun dan diletakkan di tempat bersesuaian. Komputer di tutup, laci meja di kunci. Suria telah sedia untuk pulang. Memo kecil tulisan tangan Juliana di tatap.

Suria,
Sorry aku tak dapat tunggu kau hari ni.
Kau jangan balik lambat-lambat. Take care.
Luv,
Juliana.


Gara-gara projek Hotel Impiana, impian Suria untuk pulang awal tertangguh lagi. Dia memandang ke sekeliling kawasan pejabat. Masih terdapat beberapa orang staff lagi yang tinggal malahan ketuanya, Encik Farid juga masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulang walaupun jam sudah menginjak ke pukul 8 malam.

Perut Suria sudah bergendang menyanyikan lagu irama Malaysia. Memikirkan hanya ada megi mee yang tinggal di rumah, dia memutuskan untuk makan malam dahulu sebelum pulang. Sambil memikirkan apakah makanan yang ingin di santap untuk hidangan makan malam, dia melangkah keluar dari pejabat.

Sebaik tiba di kawasan lobi, dia memutuskan mahu membungkus Subway sandwich untuk dibawa pulang ke rumah sahaja. Tiada mood untuk mengambil makanan yang berat-berat kerana dia sangat pasti, tiba sahaja di rumah nanti, dia akan mandi, makan dan terus tidur.

Sementara menunggu makanan yang di order siap dibungkus, mata Suria memerhatikan orang ramai yang keluar dan masuk ke dalam pusat membeli belah di sebelah bangunan pejabatnya.

“Suria!” satu suara menegur perlahan membuatkan Suria berpaling.

“Eh, Encik Farid.”

“Dinner?”

“Yup. Bungkus jer.”

“Kenapa tak makan kat sini?”

“Dah lambat. I’m not driving today, so I need to take a cab.”

“Not driving? Where is your car?”

“Workshop. Minor accident semalam.”

“ohhh..”

Perbualan mereka terhenti seketika ketika gadis pelayan di Subway menghulurkan bungkusan pesanan milik Suria. Mata gadis itu tidak berganjak dari memandang ke arah Encik Farid. Kacak, bergaya dan sopan, jangankan gadis, mak-mak gadis pun akan berebut nak pandang buat calon menantu.

“Suria, temankan saya dinner, boleh?”

“Ha? Dinner?”

“Ye lar. I said ‘dinner’. Kenapa?”

“Tapi dah lewat.”

“Saya hantar awak balik nanti”

“tapi….”

“Please Suria…”

“Ok”

Mendengarkan suara Encik Farid yang penuh mengharap membuatkan Suria tidak sampai hati untuk menolak. Setakat temankan bos dinner, apa lah sangat. Bukannya mereka keluar ber’dating’. Sudahnya, sandwich yang siap dibungkus tadi di buka semula dan mereka memilih untuk duduk di kerusi yang berdekatan dengan ruangan menunggu teksi.

02 August 2011

Makin Aku Cinta (13)

The thing about love
Is I never saw it coming
It kinda crept up and took me by surprise
And now there's a voice inside my heart that's got me wondering
Is this true, I want to hear it one more time

Emran tiba di pejabat lewat satu jam dari biasa. Walaupun terpaksa mengharungi kesesakan yang teruk dari Petaling Jaya ke Damansara, dia tetap tersenyum girang. Apalah sangat setakat kesesakan jalanraya jika hendak di bandingkan dengan kepuasan bila dapat menatap wajah yang telah mencuri hati lelakinya saat ini.

Senyuman manis yang tidak putus-putus dari bibirnya mengundang persoalan di benak Harold, rakan kongsi yang juga merangkap teman baik Emran. Sudah lama Emran tidak kelihatan segembira ini. Pasti ada sesuatu atau mungkin seseorang yang menyumbang kepada senyuman gembira temannya itu.
Tanpa berlengah, langkah kaki di atur menuju ke bilik Emran. Pintu diketuk dan dia masuk setelah mendapat kebenaran.

“Hei bro! Gembira nampak hari ni. Wanna share with me?” Harold bertanya terus tanpa basa-basi. Dia memang tak pandai nak ‘corner’ soalan.

“Gembira? Biasa jer. Selalu pun aku gembira apa.” Emran masih mahu mengelak. Dia belum bersedia untuk berkongsi rasa hatinya dengan sesiapa.

“Luar biasa la bro. Apsal lambat hari ni? Selalunya kau yang bukak pintu office”

“Hari ni aku buat amal jariah, tuh sebab lambat sikit. Kau dah breakfast?”

“Kalau belum, kau nak belanja ker?”

“Aku tanya, kau jawab la. Jangan bagi aku soalan jugak boleh?”

“OK..OK…. sakat sikit pun tak boleh. Aku belum breakfast lagi, tunggu kau dari tadi”

“Jom pegi mamak. Hari ni aku belanja.”

Harold tidak bertangguh lagi bila mendengarkan ajakan dari Emran. Keceriaan Emran benar-benar luar biasa malah lebih luar biasa bila sahabatnya itu mengajak dia bersarapan di luar. Selalunya Emran lebih gemar menikmati kopi di pejabat sahaja. Boleh di bilang dengan jari berapa kali Emran dan dia bersarapan bersama sebelum ini dan semua ini menguatkan lagi telahan Harold tentang punca perubahan Emran. Pasti berkait rapat dengan seseorang.

##########################

“Ju, hari ni aku tumpang kau yer. Kereta aku masuk bengkel la” Suria bertanya kepada pembantunya, Juliana sewaktu mereka menikmati makan tengahari bersama-sama. Juliana tinggal di Bukit Tinggi, Klang, untuk pulang ke rumah, Juliana pasti akan melalui kawasan perumahan tempat Suria tinggal.

“Boler jer, tapi tak boleh lambat la. Aku kena ambil anak aku kat rumah pengasuh on time. Nanti membebel pulak makcik tu kalau aku lambat.”

“Thanks, Ju. Harap-harap tak ada last minute discussion la dengan Encik Farid hari ni. Mamat tuh selalu jer buat amendment masa dah nak balik.”

“Yer la Suria, kan Encik Farid tu bujang. Kalau dia balik rumah cepat-cepat pun, bukannya ada yang tunggu. Baik dia menelaah kerja kat office ni. Apa kata kau mengorat Encik Farid tu jer. Kau bujang, dia pun bujang, ok lar tuh”

Cadangan Juliana yang itu disambut dengan satu jelingan tajam dari Suria. Tidak dinafikan yang Encik Farid merupakan seorang lelaki yang kacak, baik dan nampak sangat bersopan dengan perempuan tapi memang tak pernah terjangkau di akal fikiran Suria untuk duduk bergandingan dengan Encik Farid sebagai kekasih, lagi pula lelaki itu lebih muda usianya berbanding Suria.

“Ju, lawak engkau tu tak kelakar la. Encik Farid tuh muda 2 tahun daripada aku. Tak sesuai sangat yer”

“Adakah itu bermaksud, kau sekarang mencari lelaki yang lebih tua?”

Soalan dari Juliana itu membuatkan Suria tersedak. Lelaki lebih tua??

“Tak bermaksud apa-apa. General statement. Buat masa ni, aku tak mahu pening kepala fikir pasal pasangan hidup. Letih la.”

“Suria, jodoh, pertemuan, ajal dan maut ni kerja Allah. Kita boleh merancang, tapi Allah jua yang akan menentukan. Hari ni kau boleh la cakap yang kau letih nak mencari cinta. Esok-esok, bila jodoh tu datang depan mata, kau lari jauh mana pun, tak dapat nak elak.” Panjang lebar nasihat yang Juliana berikan.

Hakikatnya, bukan Suria cuba untuk mengelak dari bercinta, cuma rasa kecewa akibat dari perbuatan Arman masih lagi terasa dan dia tidak bercadang untuk mencari cinta baru dalam jangka waktu terdekat. Padanya, biarlah cinta itu datang tanpa diundang. Dia sudah penat menganyam impian tapi akhirnya dia sendiri yang terkapai-kapai ditinggalkan.