Followers

25 July 2011

Makin Aku Cinta (12)

Setelah hujan pun berhenti
Flora cintaku pun bersemi
Menjadi pepohon tegak merimbun
Bayang kasihmu oh !...
Sempadan cinta pun terbuka
Flora cintaku pun berbunga
Menjadi haruman wangian cinta
Selama-lama...


Nombor telefon teksi didail berkali-kali. Entah apa nasibnya hari ini, kebanyakan nombor teksi yang disimpan tidak dapat dihubungi. Jika ada yang menembusi talian pun, mereka akan meminta Suria untuk menunggu sekiranya terdapat teksi yang tidak sibuk. Akhirnya Suria mengambil keputusan untuk menaiki bas sahaja ke pejabat.

~Alaaa… bukannya jauh sangat pun Kota Kemuning ke Amcorp Mall tu. Kalau pandu kereta dalam 45 minit, kalau naik bas mesti dalam satu jam boleh sampai kot.~

Suria cuba menenangkan hatinya sendiri. Jam di tangan menunjukkan pukul 7.15 minit pagi. Pintu apartment di tutup setelah memastikan semua suis dimatikan. Suria mengunci pintu grill dan berjalan menuju ke arah lif. Duit syiling yang akan digunakan untuk tambang bas di kira. Ada RM 3.00 semuanya. Cukup agaknya untuk dijadikan tambang.

Sebaik pintu lif terbuka, hati Suria menjadi berdebar-debar. Tangannya secara automatik di letakkan di dada. Dia tahu rasa ini. Rasa yang akan hadir bila ‘seorang itu’ berada berhampiran dengan dirinya. Tapi mustahil ‘seseorang itu’ akan berada di kawasan rumahnya pagi-pagi hari begini. Suria cuba untuk tidak mengendahkan rasa debaran itu tapi semakin dia menghampiri kawasan pondok pengawal, semakin kuat pula rasanya.

Sebaik sahaja Suria melepasi pondok pengawal, matanya dan kepalanya bagai di tarik-tarik untuk menoleh ke kiri jalan. Sebuah Audi berwarna merah nampak hebat walaupun hanya kaku di tempat parkir kereta. Pemandunya pula kelihatan lebih hebat dari kereta. Dengan cermin mata hitam, baju kemeja lengan panjang berwarna merah lembut dan tali leher berwarna emas, lelaki itu nampak sangat bergaya dan berkarisma.

Suria berpura-pura tidak menyedari tentang pandangan lelaki itu. Langkah kaki di lajukan. Kalau boleh, dia ingin berlari agar cepat sampai ke pondok bas. Tapi itu semua hanya terjangkau di akalnya sahaja. Tatkala satu bunyi hon yang panjang kedengaran, serta-merta kaki Suria bagai digam. Kaku. Beku.

“Assalamualaikum” satu suara garau bercampur serak-serak basah kedengaran di belakang Suria.

“Alaikumsalam” Suria menjawab salam yagn di beri tapi dia masih tidak mahu berpaling melihat sang empunya suara yang menegur.

“Kenapa nak lari?”

“Mana ada lari.”

“Kalau tak lari, kenapa tak berhenti”

“Buat apa nak berhenti?”

“I know you saw me. Why pretending like you didn’t?”

“Saya tak nampak pun Encik Emran kat parking tu, so kenapa pulak saya nak berpura-pura?”

Suria dan Emran masih berbalas-balas soalan. Kelihatan seperti kesabaran Emran semakin menipis. Gadis di hadapannya ini memang benar-benar menguji emosi di pagi hari. Sudahla bercakap tanpa memandang mukanya, soalan yang ditanya pula di jawab dengan soalan. Satu perkara yang memang cukup pantang bagi Emran.

“Cik Suria, kalau awak tak nampak saya, macam mana awak tahu saya ada kat tempat parking tuh?”

~Erk! Dah kantoi!!! Adeh, kenapa la aku pegi cakap yang aku tak nampak dia kat tempat parking~

Suria rasa seperti ingin menampar mulut sendiri akibat keterlanjuran katanya tadi. Kini, Emran tahu yang dia sengaja melarikan diri dari lelaki itu. Dia hanya mendiamkan diri tanpa mahu menjawab soalan terakhir dari Emran.

“Dah, tak payah jadi tugu negara. Pergi masuk kereta.”

“Ha!” Suria terkejut.

“Cik Suria, saya cakap bahasa melayu bukannya bahasa Rusia yang susah sangat awak nak faham. Saya suruh awak masuk dalam kereta. Dah pukul 7.45 ni. Awak nak masuk office pukul berapa? Nanti lambat pulak.” Emran masih menanti Suria melangkah ke kereta. Dia tahu, jika dia tidak tunggu, pasti gadis itu akan menonong menaiki teksi atau bas.

“Tapi Encik Emran….”

“I said now!!!”

Sekali lagi Suria melangkah masuk kedalam kereta dengan wajah mencuka. Dia benci bila Emran mula meninggikan suaranya. Tapi dia lagi benci bila terpaksa duduk dalam ruangan yang sama dengan lelaki itu. Dia tak suka bau haruman yang dipakai lelaki itu dan dia lagi tak suka bila haruman itu menghantui deria baunya.

Suria masih leka melayan rasa sakit hati akibat dari di tengking dan di paksa Emran. Dia tak faham kenapa lelaki itu ada di kawasan rumahnya pagi ini. Tak mungkin Emran datang semata-mata hanya untuk menghantar dia ke pejabat. Itu adalah alasan yang paling mustahil yang mampu difikirkan oleh otak Suria. Lelaki yang garang macam Emran, takkan melakukan perkara seperti itu.

Jam di tangan dibelek-belek. Jika di ikutkan imaginasi melampau otaknya saat ini, mahu sahaja dia melompat keluar dari kereta dan kemudian berguling-guling tepi jalan. Dia lebih rela cedera dan patah riuk dari terpaksa duduk dalam ruangan yagn sempit dan sejuk bersama lelaki yang panas dan garang ini.

“ehemmmm….. Suria”

Suria tersentak. Lelaki itu memanggil namanya.

“ermmm” pendek sahaja sahutan dari Suria.

“I’m sorry”

Tiada balasan dari Suria.

“Suria, I said, I’m sorry!” Emran mencuba sekali lagi.

“ermmm…. Ok”

“I’m not supposed to shout at you.”

“Encik Emran, do you mind if I’m asking?” Suria memandang ke muka Emran. Dia sudah tidak mampu menahan asakan soalan yang berada dalam mindanya.

Kali ini Emran pula yang terkejut. Terkejut kerana Suria sedang memandang tepat ke wajahnya. Gugup pula serta-merta menjelma.

“Err…errr… tanya jer la. Kenapa pulak nak minta kebenaran.” Jantung Emran berdegup lebih kencang dari biasa.

“What bring you to my place this morning?”

“Ha?” Emran terkedu seketika.

Suria masih menantikan jawapan dari Emran. Pandangan mata yagn terarah ke wajah Emran masih tidak berganjak.

“ermmm….. ermmmm…. Actually mummy yang suruh saya hantar awak pergi kerja sebab kereta awak masuk bengkel. Mummy kata dia kesian kat awak.”

~Mummy, Ku Em minta ampun banyak-banyak. Ku Em terpaksa jual nama mummy.~

“Auntie? Takper, nanti saya telefon auntie bagitahu yang saya boleh pergi kerja sendiri. Takkan la auntie nak suruh Encik Emran hantar saya sampai kereta saya siap. Lama tu.”

Suria sudah mengeluarkan telefon bimbitnya dan mula mendail nombor telefon Ku Mardhiana. Dia tak mahu wanita itu terlalu memikirkan tentang dirinya. Kemalangan yang berlaku semalam memanglah salah Erlina, tapi dia tidak mahu di layan berlebih-lebihan hanya kerana rasa bersalah dan rasa simpati.

“Jangan!!!!!!” dengan pantas suara Emran bergema di dalam kereta sehingga menyebabkan Suria melompat sedikit. Dadanya diusap perlahan.

~Dah kenapa mamat ni. Kena sawan jerit ker.~

“Encik Emran, saya cuma nak call auntie jer, yang Encik Emran menjerit macam orang kena sawan ni kenapa pulak?” berkerut-kerut dahi Suria yang masih cuba memahami kenapa Emran sampai perlu menjerit sedemikian rupa.

“Ermm…. Bukan macam tu. Tak perlu lah awak call mummy. Nanti dia ingat saya tak ikhlas pulak hantar awak pagi ni. Mesti saya kena marah, tapi kalau awak memang suka saya kena marah, awak call jer la.”

~Nasib baik sempat fikir alasan, kalau tak, dah pecah rahsia.~

“owh… macam tu ker? Then takper lah” dengan pantas Suria memasukkan telefon ke dalam beg tangan. Dia tak sanggup mendengar jeritan dari Emran lagi sementelah pula mereka semakin menghampiri bangunan Amcorp Mall, jadi Suria rasa, tiada guna untuk dia terus berdegil hendak menghubungi Ku Mardhiana walaupun dia masih pelik dengan kelakuan Emran.

Kereta Emran berhenti betul-betul di hadapan pintu masuk ke Menara B, Amcorp Mall. Sesudah mengucapkan terima kasih, Suria terus melompat keluar dari kereta. Dia sudah tidak betah untuk berada disebelah Emran walau untuk seminit lagi.

~Lelaki ini boleh membuatkan aku jadi GILA!!~

21 July 2011

Makin Aku Cinta (11)

Now that it's all said and done,
I can't believe you were the one
To build me up and tear me down,
Like an old abandoned house.
What you said when you left
Just left me cold and out of breath.
I fell too far, was in way too deep.
Guess I let you get the best of me.


Suasana beku antara Suria dan Emran masih berterusan di dalam kereta. Kali ini Emran tidak memandu keretanya tetapi dia memilih untuk menghantar Suria pulang dengan kereta Erlina. Suria lebih senang memandang keluar tingkap dan melayan kebisuan. Dia tidak tahu apa topik yang sesuai untuk diperkatakan lagi pula hatinya masih geram kerana terpaksa dihantar pulang oleh Emran.

Emran pula sedang menyusun ayat dan soalan yang sesuai untuk memulakan perbualan. Dia seperti kehilangan butir bicara setiap kali ingin memulakan perbualan dengan Suria. Stereng di tangan di genggam erat. Jika sebelum ini Suria yagn memulakan perbualan kerana penghawa dingin, takkan dia hendak menggunakan topic yang sama pula. Satu dengusan perlahan di lepaskan.

“ Encik Ku Emran, boleh turunkan saya di pondok bas depan tu?”

Soalan dari mulut Suria membuatkan Emran sedikit terkejut.

“Nak turun? Kenapa?” soalan dibalas dengan soalan tapi nada suara masih lagi terkawal.

“Saya tahu Encik Ku Emran penat. Kena hantar saya balik rumah pula. Saya boleh telefon teksi. Tak perlu susah-susah” panjang lebar Suria menjawab. Dia kecil hati sebenarnya bila terdengar keluhan yang keluar dari mulut Emran sebentar tadi.

~dah tahu penat, tak payah la nak sibuk-sibuk hantar aku balik. Lepas tuh mengeluh-ngeluh pulak.~

“Saya? Penat? Siapa yang cakap?” Emran bertanya lagi. Kali ini nada suara sedikit berubah. Tinggi sikit dari nada tadi.

“Saya dengar Encik Ku Emran mengeluh tadi” Suria berterus-terang.

Sekali lagi Emran mengeluh dan meraup rambutnya ke belakang. Kali ini Suria pula yang memandang tajam kearah lelaki itu.

“Saya tak penat dan saya bukan mengeluh sebab kena hantar awak balik. I was thinking about something else.”

“Tapi Encik Ku Emran…”

“I hate it, Suria!”

“What?” Suria terpinga-pinga bila Emran memotong kata-katanya.

“I hate it when you called me ENCIK KU EMRAN. It’s annoying”

“Dah tuh? Saya nak panggil apa?” Suria blur. Takkan sebab panggil nama penuh pun boleh kena marah. Dah pelik sangat mamat ni.

“Panggil Emran jer boleh tak? Sebelum ni awak kenal saya dengan nama Emran kan, so no different” nada suara Emran sedikit terkawal.

“ok” ringkas dan padat reaksi yang Suria berikan.

“tadi awak nak cakap apa?” Emran bertanya dengan nada yang semakin normal. Tapi degup jantungnya masih belum normal.

“ha? Tadi? Ermm… dah terlupa la. Kalau ingat nanti saya cakap la” selamba sahaja riak wajah Suria.

Gara-gara suara Emran yang terlebih oktaf, dia dah terlupa apa yang ingin di perkatakan sebentar tadi.

Suasana di dalam kereta kembali sunyi. Baik Emran mahupun Suria, kedua-duanya seperti kehilangan suara dan idea untuk terus berbicara. Suria dapat merasakan kereta yang di pandu Emran semakin lama semakin perlahan. Dia menjeling kearah catatan di meter kelajuan. Ha! 60km/h !! Ini bawak kereta ke atau bawak basikal.

Baru Suria ingin membuka mulut, Emran telah bersuara dahulu.

“Esok pergi kerja macam mana?”

“Ha! Kerja?” Suria blur lagi.

“Ye lar. Kerja. Awak dengar saya tanya pasal kawin ker?”

“ohh… Nanti saya telefon office mate saya, tumpang dia.”

“Masuk kerja pukul berapa?”

Suria dah mula berasa rimas. Apa hal pulak mamat ni sibuk nak tahu waktu kerja semua. Tapi soalan dari Emran tetap di jawab bila dia ternampak jelingan dari lelaki itu.

“Masuk kerja pukul 9, balik pukul 5. Lunch pukul 1. Hari Sabtu dan Ahad cuti.” Sinis sekali bunyinya.

Emran hanya tidak bertanya lagi. Dia hanya berdiam diri sehinggalah mereka tiba di kawasan apartment Suria.

“Terima kasih kerana menghantar saya pulang. Assalamualaikum, selamat malam.”

Tiada balasan dari Emran. Suria terus menutup pintu kereta dan naik ke unit apartmentnya tanpa menoleh ke belakang.

########################

Segalanya serba tak kena bagi Emran. Masa yang berdetik juga seperti lambat berkali ganda malam ini. Dari tadi dia tak dapat langsung menumpukan perhatian kepada setiap lakaran yang cuba di lukis. Bersepah-sepah jadinya apabila banyak helaian kertas di buang kerana tiada idea yang datang.

Akirnya Emran mengaku kalah. Dibiarkan sahaja ruangan kerjanya itu bersepah dan dia melangkah ke arah katil. Badan direbahkan dan mata di tutup. Sedaya upaya dia berusaha untuk tidur tapi lena tetap juga tak mahu hadir. Dia mengiring ke kiri dan kemudian beralih ke kanan, tetap juga serba tak kena. Ada seraut wajah yang menghiasi layar matanya ketika ini.

~Aduh. Dah angau overdose aku ni. Tak boleh jadi!~

Emran bingkas bangun dari pembaringan dan turun ke dapur. Dia memerlukan minuman panas untuk meredakan rasa hatinya tika ini.

18 July 2011

Makin Aku Cinta (10)

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan


Suria keluar dari pejabat sebaik sahaja tamat waktu bekerja. Selalunya dia merupakan antara orang terakhir yang meninggalkan kawasan pejabat tapi hari ini dia perlu ke pasaraya untuk membeli barang keperluan harian yang semakin menyusut. Lauk-pauk untuk di masak juga telah habis. Dia tidak mahu makan malam dengan hanya mengadap mee segera sahaja.

Kereta Honda Jazz miliknya diparkir cantik berdekatan dengan pintu masuk pasaraya. Baru sahaja dia mematikan enjin kereta, kedengaran bunyi seretan di bahagian tepi sebelah kanan pintu penumpang. Dia sangat yakin keretanya telah di gesel dan bercalar. Dengan hati yang agak terbuku, Suria keluar dari kereta untuk melihat siapakah gerangannya yang telah membikin onar kepada kereta kesayangannya.

Sebuah kereta Volkswagen GTI berhenti di tengah-tengah jalan. Suria masih tidak dapat melihat rupa pemandunya kerana tingkap kereta yang sangat gelap. Berdasarkan nombor plat yang cantik dan lambang kebesaran yang terlekat, Suria pasti pemilik kereta itu bukanlah calang-calang orang. Seorang wanita pertengahan usia yang jelita dan bergaya keluar dari tempat duduk penumpang dan terus menuju ke arah Suria.

“Assalamualaikum, maaf yer, ini kereta anak ker?” wanita itu bertanya lembut sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.

Suria hanya mampu mengangguk dan menyambut salam dari wanita itu. Rasa marah yang terbuku tadi hilang dalam sekelip mata bila mendengarkan suara lemah lembut wanita yang seusia ibunya ini.

“Tunggu sekejap yer. Auntie panggil anak auntie yang pandu kereta tuh. Mesti dia tengah terperanjat sebab langgar kereta orang.”wanita itu berlalu ke keretanya tanpa sempat Suria bertanya apa-apa.

“Ku Lin, you have to settle this by yourself. Mummy takkan tolong kali ni. Ku Lin kena cakap sendiri kat kakak tuh”

Suria terdengar wanita itu memujuk anaknya dengan suara yang lembut tetapi tegas. Kelibat seorang gadis yang keluar dari tempat pemandu mencuri perhatian Suria. Erlina!!!

##################################

“Kak Suriaaa!!!!!!!” Erlina menjerit panjang dan melompat kegirangan apabila melihatkan Suria yang berdiri di hadapannya. Serta-merta tubuh Suria di peluk erat.

“ehem…ehem… peluk tuh peluk jugak, kereta akak ni apa cerita?” Suria menaikkan kening dan cuba mempamerkan riak wajah serius di hadapan Erlina.

“Kereta akak? Nanti Pak Selamat akan datang lepas tuh bawak kereta akak pergi bengkel” Erlina telah mengaturkan supaya pemandu mummy menghantarkan kereta Suria ke bengkel kereta untuk dibaiki. Dalam kepala otak Erlina, dia telah mengaturkan rancangan lain yang lebih jauh dan dia sangat yakin yang mummy juga pasti bersetuju dengan rancangannya.

“Kalau macam tuh, tak payah la panggil Pak Selamat tu datang. Nanti akak sendiri akan bawak kereta ni pergi bengkel. Bukannya rosak teruk pun.” Suria merasa kurang selesa. Pasti dia akan patah kaki tanpa kereta kesayangannya itu.

“Tak apa Suria. Auntie akan pastikan yang kereta Suria dibaiki dengan sempurna. Kalau Suria menolak, maknanya Suria marahkan Ku Lin dan auntie” Ku Mardhiana memujuk lembut sambil memegang tangan Suria. Naluri keibuan yang sangat kuat membuatkan Suria hanya mengangguk lemah. Mana mungkin dia menolak jika wanita itu sudah bersungguh-sungguh.

Rancangan asal Suria untuk berbelanja terbantut apabila Ku Erlina dan Ku Mardhiana beria-ria menjemput dia untuk makan malam di rumah mereka. Suria tidak punya pilihan lain selain terpaksa menurut rancangan kedua ibu dan anak itu walaupun di dalam hatinya dia sangat ingin pulang ke rumah tapi memandangkan yang Ku Mardhiana telah berjanji untuk menghantarkan dia pulang selepas makan malam, Suria hanya mengikut sahaja. Lagi pula dia berasa amat senang dengan Ku Mardhiana. Seperti anak gadisnya, Ku Erlina, wanita itu juga sangat ramah dan mudah mesra. Gurau senda antara anak dan ibu sentiasa menghiasi perbualan mereka bertiga. Suasana ini sedikit sebanyak membuatkan Suria teringatkan mamanya di kampung.

#####################################

Langit sudah menginjak senja ketika Emran meninggalkan pejabat. Tali leher yang masih tergantung cantik di tarik dan dicampakkan ke tempat duduk belakang. Lengan kemeja dilipat dan dua butang di leher di buka. Kini Emran kelihatan lebih seperti model pakaian pejabat Louis Vutton daripada kerjaya sebenarnya seorang arkitek. Emran mendail nombor telefon Erlina, sekadar untuk bertanya tentang aktiviti gadis itu pada hari ini. Talian bordering dan tidak lama kemudian kedengaran suara manja Erlina menjawab.

“Assalamualaikum Along”

“Alaikumsalam. Lin kat mana?”

“Lin kat rumah dengan mummy. Along pulak kat mana?”

“I just left my office. Lapar la”

“Along balik rumah mummy tau. Malam ni mummy masak istimewa sebab ada tetamu”

“Tetamu? Siapa? Your boyfriend?”

“Kalau boyfriend Lin, tentu la Lin yang masak. Nak tunjuk skill. Tapi tetamu yang ini lebih special dari bakal boyfriend Lin. Along balik makan malam sekali dengan kami yer. Nanti Lin bagitau mummy. Bye”

Tanpa sempat Emran membalas, talian sudah dimatikan. Senyum kecil menghiasi bibir Emran bila teringatkan adiknya itu. Emran mengambil keputusan untuk terus sahaja ke rumah orang tuanya tanpa pulang ke rumahnya sendiri.

###############################

Sebaik tiba di vila keluarganya, Emran memarkirkan kereta bersebelahan dengan kereta milik Erlina. Dia ternampak kesan calar yang agar teruk di bahagian hadapan kereta. Pasti adiknya telah melakukan kesalahan jalanraya sekali lagi. Kali ini dia tak pasti, apa pula yang telah dilanggar oleh Erlina.

Setelah memberikan salam, Emran menapak masuk ke dalam vila. Suara gelak ketawa yang bertingkah menarik perhatiannya. Ada satu suara yang mencuri perhatiannya. Suara yang menghantui siang dan malamnya sejak kebelakangan ini. Dia melangkah perlahan menuju ke ruang makan keluarga dan berhenti di belakang susuk tubuh yang amat dikenali. Emran berdiri amat rapat sehingga dia dapat menghidu bau harum rambut sang empunya tubuh. Jantungnya bergetar kuat, sekuat teguran dari mummy yang langsung mematikan renungannya.

“Ku Em, bila sampai? Mummy tak dengar pun Ku Em bagi salam?” Ku Mardhiana nampak cara Ku Emran memandang Suria. Kini dia faham kenapa Ku Erlina beria-ria mahu gadis itu makan malam di rumah mereka.

Emran langsung menyalami tangan mummynya dan mencium pipi wanita itu.

“Dah lama Ku Em kat sini, tapi mummy sibuk sangat layan tetamu sampai lupa anak sendiri.” Emran memeluk mummynya tetapi mata lelai itu masih tepat memandang kearah Suria.

Tawa Suria pula mati serta merta sebaik sahaja pandangan tajam dari Emran singgah ke matanya. Kulit bawang yang di kupas tadi di kuis-kuis perlahan. Berdepan dengan lelaki itu membuatkan setiap perlakuannya terasa serba tak kena. Dia rasa tak selesa apabila renungan tajam lelaki itu seperti menembusi ruang jantungnya dan menyebabkan nafasnya menjadi tersekat-sekat. Jika lelaki itu seorang pembunuh upahan, pasti dia tak perlu membawa pisau atau pistol, cukup dengan satu renungan, mangsanya akan mati kerana kekurangan nafas dan oksigen.

Suasana di meja makan pada malam itu semakin mesra. Ternyata Emran berubah laku 180 darjah bila dikelilingi keluarganya. Senyum sering saja terpamer di bibir merah lelaki itu. Usik-menusik dan senda gurauan antara dua beradik itu tidak putus-putus sehingga kadang-kala Suria juga menjadi mangsa mereka. Kepulangan Ku Hashim, tuan besar di vila itu menyemarakkan lagi suasana kekeluargaan. Suria juga sudah semakin hilang kecanggungan bila Ku Mardhiana melayan dirinya seperti mereka memang sudah kenal lama.

Masa begitu cepat berlalu. Tanpa disedari jam sudah berdenting sebanyak sepuluh kali. Ku Emran dan Ku Hashim sudah naik ke bilik masing-masing untuk membersihkan diri. Dengan sopan dan lemah lembut, Suria meminta diri untuk pulang dan tanpa disangka-sangka,

“Ku Lin, panggil Along turun. Mintak tolong dia hantarkan Kak Suria pulang ke rumah.” Ku Mardhiana menahan Ku Erlina yang baru ingin masuk ke dapur.

Dengan kadar segera dan tanpa bertangguh, laju sahaja Ku Erlina memanjat tangga menuju ke bilik abangnya.

“Auntie, tak payah lah susah-susah. Suria boleh telefon teksi.” Suria berusaha untuk tidak pulang bersama-sama dengan Ku Emran. Dia tidak mahu lagi terpaksa duduk dalam satu ruang yang sempit dengan lelaki itu dan terpaksa menahan rasa hati dengan pandangan tajam dari lelaki itu.

“Tak apa. Tadi kan Auntie dah janji nak hantar Suria balik. Lagipun dah malam sangat ni, bahaya anak dara sorang-sorang naik teksi. Kalau Suria tak mahu Ku Em hantar, Suria kena tidur sini. Auntie tak mahu Suria balik sorang-sorang”

“Tapi auntie, dah malam ni. Kesian Ku Em, mesti dia penat. Suria boleh balik sendiri.” Suria masih mahu mencuba nasib. Dia sudah bersedia untuk mendail nombor talian teksi.

“Who said I’m tired? I will sent you home. No argument.” Satu suara garau mencelah lantas mematikan segala perancangan yang ada di dalam kepala Suria. Kali ini tiada alasan lagi yang boleh diberikan kerana Suria sudah tahu yang lelaki itu paling benci jika terpaksa mengulang perkara yang sama berkali-kali.

Ku Emran mendekati mummynya dan mencium pipi wanita itu.

“Ku Em keluar sekejap hantar Suria. Mummy tak perlu tunggu Ku Em balik, Ku Em bawak kunci.” Nada suara yang digunakan Ku Emran semasa bercakap dengan mummynya sangat berlainan sekali dengan nada suara sewaktu bercakap dengan Suria.

Kalau ikutkan hati Suria yang sedang mendongkol marah, ingin sahaja dia mengetuk-ngetuk kepala lelaki itu menggunakan beg tangannya. Geram sungguh dia rasakan. Tapi mana mungkin Suria melakukan perkara seperti itu. Berdepan dengan Ku Emran saja boleh membuatkan jantungnya seperti mahu gugur, inikan pula nak mengetuk kepala lelaki itu dengan beg tangan. Memang kena tunggu kucing bertanduk lah jawabnya.

Melihatkan Ku Emran yang sudah melangkah keluar dari vila, Suria segera bersalam dan meminta diri dari Ku Mardhiana dan Ku Erlina. Matanya sempat menangkap tanda ‘semoga berjaya’ yang ditunjukkan oleh Ku Erlina sebaik sahaja dia memeluk gadis itu. Adik dan abang sama saja perangainya. Yang abang dengan pandangan membunuh, yang adik pula tak habis-habis menyakat.

11 July 2011

Makin Aku Cinta (09)

Bukannya besar kepala
Tapi nyatanya membuatku gila
Dan buatku jadi penasaran
Lihatlah tatap matanya
Getar bibirnya sungguh mempersona
Dan lihatlah bahasa tubuhnya


Emran meneliti lakaran-lakaran yang telah disiapkan untuk memastikan yang setiap satunya menepati kehendak dan kriteria yang di tetapkan oleh klien. Sekali-sekala matanya melirik ke arah jam di tangan. 10.15 pagi! Getus hati kecilnya. Masih sempat untuk dia menikmati secawan kopi sebelum kliennya tiba. Perbincangan akan bermula jam 11 nanti. Emran bangun dan mengambil cawan di meja lantas menuju kearah pantry.

Kopi di dalam cawan di kacau perlahan. Aromanya sahaja begitu menggoda. Emran tidak bercadang untuk segera masuk ke dalam bilik sebaliknya dia hanya berdiri di tepi pintu pantry. Dari situ dia dapat melihat pemandangan di sekitar Damansara. Kesesakan lalu lintas yang tak pernah reda, kereta yang bersimpang siur di jalanan dan bangunan-bangunan batu di sekeliling pejabat tidak banyak membantu dalam meredakan tekanan. Dia merindui suasana pantai yang tenang, bunyi ombak yang di selang-selikan dengan angin yang menderu. Dia memejamkan mata untuk cuba merasai perasaan itu tetapi lain pula yang muncul.

“Suria!” serentak itu juga bibir Emran menyebut perlahan sang empunya nama.

####################################

Suasana di dalam syarikat rekaan hiasan dalaman milik Tuan Haji Malik agak lengang hari ini. Kebanyakan staff dari bahagian landskap terlibat dengan pameran landskap di Pulau Pinang selama 3 hari. Suria membelek-belek contoh material untuk langsir dan permaidani yang diminta oleh pelanggan. Air milo suam di teguk perlahan. Tiba-tiba dia tersedak sehingga menyebabkan air milo di dalam mulut tersembur keluar, mengotorkan meja kerjanya.

“uhuk…uhuk…uhuk…” dada di tepuk perlahan sementara tangannya kelam kabut mencari tisu di dalam beg tangan. ~Sapa la yang menyeru nama aku pagi-pagi buta ni. Sampai berair biji mata aku. Aduhai~

Suria masih membersihkan kesan-kesan milo yang tersembur dari mulut comelnya sebentar tadi. Nasib baik contoh material yang di tangan tidak dicemari kalau tidak pasti satu kerja untuk dibersihkan. Dengan berhati-hati dia mengalihkan contoh-contoh material tersebut ke meja Julianna, pembantunya.

Encik Farid berhenti di hadapan tempat Suria dan melemparkan satu senyuman manis.

“Pagi-pagi dah tersedak, mesti boyfriend yang rindu ni…” kata-kata yang diucapkan oleh Encik Farid itu sekadar satu gurauan, tapi entah kenapa Suria rasa sakit hati yang amat.

“Ada boyfriend tapi menyakitkan hati buat apa. Lelaki, masa suka dia simpan la, bila dah tak suka, buang jer macam sampah. Huh!” balas Suria perlahan tapi sempat di dengar oleh telinga Encik Farid.

“Suria, sorry la kalau gurauan saya tadi melampau. Saya tak terniat pun nak buat awak marah.” Satu lagi senyuman manis diberikan kepada Suria. Jarang dia nampak gadis ini marah, pasti ada sesuatu yang berlaku sehingga emosi gadis ini nampak begitu terganggu.

“Tak ada apa la Encik Farid. Saya yang emosi sangat pagi ni. Saya yang patut minta maaf.” Suria terasa serba salah pula dengan ketuanya itu. Bukan niat dia untuk melepaskan kemarahan kepada Encik Farid tapi secara tiba-tiba moodnya menjadi kucar kacir.

Senyuman manis masih menghiasi bibir Encik Farid saat dia berlalu masuk ke dalam biliknya.

################################

Tepat jam 11 pagi, kedengaran satu ketukan perlahan di pintu bilik Emran.

“Assalamualaikum” satu suara yang lunak dan manja memberikan salam.

“Alaikumsalam” Emran memandang sang empunya suara tanpa berkelip-kelip. Wajah itu seperti pernah dia lihat tapi dia tidak dapat mengingati di mana.

“Boleh saya masuk, Encik Ku Emran Ku Hashim?” gadis sang empunya suara itu bertanya lembut.

Emran sedikit pelik. Gadis itu memanggil nama penuhnya sedangkan di pintu bilik cuma tertera nama “Emran” sahaja. Dia sengaja tidak mahu meletakkan nama penuh kerana dia mahu dikenali kerana usaha dan bukan kerana pangkat keluarganya.

“Silakan masuk”

Gadis itu berjalan perlahan menuju ke meja Emran. Wajah yang ayu bertudung, kulit yang putih mulus, hidung yang mancung dan sepasang mata yang berwarna coklat cair. Mata itu! Emran kenal pemilik mata itu.

“Sherly Zakaria?” Emran bertanya kepada gadis yang kini duduk di hadapannya.

“Finally, you recognized me. Tak payah la buat muka terkejut macam tuh.” Sherly mempamerkan senyuman yang bisa menggegarkan hati setiap lelaki yang memandangnya.

Dengan tudung di kepala dan baju kurung warna senada, Sherly kelihatan amat berlainan dan lebih matang berbanding 5 tahun dulu cuma lirikan mata dan senyumannya sahaja yang tidak berubah.

“You apa khabar? Dah lama menghilang, tiba-tiba muncul pulak kat pejabat I hari ni. Apa mimpi?” Emran masih mencari rentak untuk berbual dengan Sherly. Terlalu banyak perubahan sehingga menyebabkan rasa janggal.

“I sihat, alhumdulillah. Tak hilang ke mana, cuma uruskan perniagaan keluarga di Indonesia. I datang hari ni on behalf of my father untuk berbincang tentang rekabentuk hotel syarikat kami.” Tutur kata yang lemah lembut yang keluar dari bibir Sherly masih diiringi dengan senyuman manis.

“on behalf of your father? Maksud you, Tan Sri Zakaria?”

“Ye lar. Kan nama I Sherly Zakaria.”

“Ya Allah, I never knew he was your father.”

“Penting ker? Selama ni you kenal I as Sherly Zakaria kan. So ada Tan Sri ker atau takder Tan Sri ker, sama jer. Bukannya bila ada Tan Sri, muka I terus jadi macam Nasha Aziz.” satu tawa halus kedengaran dari Sherly.

“Now we back to business. I need to discuss with you on the hotel design” kali ini wajah Serly kelihatan serius sesuai dengan jawatannya sebagai Pengarah Urusan.

Sepanjang perbincangan, Sherly tak melepaskan peluang untuk memerhatikan gaya dan penampilan Emran.

~Masih seperti dulu. Tak banyak yang berubah. Masih lagi Emran yang kacak dan berkarisma. Kali ini aku takkan lepaskan dia.~

Memang sudah lama Sherly memendam perasaan pada Emran, sejak dari pertama kali mereka bertemu di perjumpaan ahli kelab motorsikal yang dia sertai. Tapi sayangnya Emran tak pernah memandang dirinya seperti mana yang dia mahukan. Mungkin kerana ketika itu dia berpewatakan agak kasar.

Sherly membawa diri ke Beijing sebaik sahaja dia mendapat berita tentang penikahan Emran. Rasa hati yang kecewa memang tidak dapat disembunyikan kerana Emran merupakan cinta pertama yang bertakhta di hatinya. Walaupun dia lebih selesa bergaul dengan kaum adam, tetapi belum pernah sekalipun dia menyerahkan cinta dan sayangnya kepada sesiapa. Berita tentang pemergian Najihah seolah-olah memberi satu harapan baru kepada hatinya yang semakin tertutup untuk lelaki. Bukan dia bergembira dengan kehilangan yang menimpa Emran tapi dia memang sentiasa berdoa semoga diberi peluang untuk bersama dengan lelaki itu dan kali ini dia akan pastikan lelaki itu menjadi miliknya.

08 July 2011

Makin Aku Cinta (08)

Cinta apakah tandanya
Jika engkau hanya mempermudah kata saja
Hati tak akan berguna
Jika sang asmara tidak merasa ke dalam jiwa
Rindu itulah tandanya
Aku kasihmu aduhai asmara
Cinta oh cinta yang ternyata
Hanya dapat ku sematkan
Di dalam dadaku yang remaja


Kereta Audi A4 milik Emran meluncur laju meninggalkan pantai Port Dickson. Suria yang duduk di sebelah pemandu hanya memandang ke luar tingkap. Erlina yang duduk di belakang menyanyi riang tanpa menyedari yang hati Suria sedang membengkak bengang. Entah kenapa Erlina seperti sengaja membiarkan dia duduk di hadapan sedangkan gadis itu tahu yang dia memang ‘kurang’ bercakap dengan Emran.

Emran pula hanya mendiamkan diri sebaik sahaja kereta bergerak. Waktu bersalam dengan mama tadi elok pula lelaki itu berbual mesra melayan pesanan-pesanan mama yang berlori seolah-olah Suria akan berangkat pergi ke Zimbabwe padahal jarak antara Port Dickson ke Shah Alam cuma satu jam tiga puluh minit sahaja.

Hujan lebat yang turun dan udara penghawa dingin kereta yang dipasang agak kuat membuatkan Suria menggigil kesejukan. Erlina sudah lena dibuai mimpi saat mereka melepasi pekan Lukut. Suria menggosok-gosokkan kedua belah tangannya dan meletakkan tapak tangan di pipinya yang sudah semakin sejuk dan beku. Bibirnya mengelatuk perlahan dan jari-jemarinya sudah semakin kebas. Ingin sahaja rasanya dia meminta Emran menguatkan suhu penghawa dingin supaya tidak terasa sejuk sangat tapi hasratnya dimatikan bila terpandang sahaja wajah Emran yang serius.

Emran pula tahu yang Suria kesejukan tapi dia sengaja buat bodoh. Bukan dia tidak simpati melihat gadis itu menggigil kesejukan, tapi dia mahu lihat sejauh mana gadis itu mampu bertahan untuk tidak bersuara. Ekor matanya masih tidak lepas dari menjeling wajah Suria. Air muka yang sememangnya serius semakin di seriuskan seolah-olah dia tidak terkesan dengan suhu didalam keretanya itu padahal jejari kakinya juga sudah kebas kesejukan.

“Encik Emran, boleh tak adjust sikit suhu aircond ni? Saya rasa macam dah duduk kat dalam igloo pulak. Sejuk sangat ni.” Akhirnya Suria bersuara juga walaupun kedengaran gigilan dari bibirnya.

Emran mematikan penghawa dingin dengan menekan salah satu butang yang terdapat di ruang konsol keretanya. Dia hanya memerhatikan sahaja perlakuan Suria yang masih belum berhenti menggosok tangannya dari tadi.

“How old are you, Suria?” dengan suara yang sedikit serak, Emran melontarkan pertanyaan kepada Suria.

“Saya ke?” Suria pelik. Dia tak faham kenapa tiba-tiba Emran bertanya tentang umurnya. Dah tak ada soalan lain ker nak tanya.

“Ada Suria lain ker kat dalam kereta saya ni? Kat luar pun takder bayang sang suria sebab hari hujan.” Ton suara Emran kedengaran sedikit bengang. Dia memang tak gemar jika soalannya dijawab dengan soalan juga.

“Ohh. Encik Emran tanya saya. Umur saya 28 tahun.”

“Awak tinggal kat mana?” Emran bertanya lagi. Masih menggunakan ton bengangnya.

“Saya tinggal kat reban ayam” Suria menjawab dengan selambanya.

“What! Reban ayam? Aper tu?” kali ni suara Emran sudah naik beroktaf-oktaf.

“Its chicken coop la, Along. Takkan tu pon tak tau. Tak payah la nak dramatic sangat.” Tiba-tiba suara Erlina mencelah. Dia sebenarnya hanya tidur-tidur ayam sahaja dan memasang telinga mendengar perbualan antara abangnya dan Suria.

“bukan tak tau lar, tapi tak ingat.” Emran cuba mengawal rasa segan yang bertandang. Dia tidak menyangka yang Erlina mendengar perbualannya.

“Lain kali jangan tanya pasal umur pada orang perempuan, it’s a sensitive question. Do not start an odd conversation with a lady. Failed lar Along ni.” Erlina membebel dengan mata yang sengaja ditutup.

“Mind your own business girl. It’s just a plain question. Nothing behind it.”

“Yalla..yalla….yalla… Whatever la Along.”

Suria semakin ‘hilang’ di dalam perbualan dua beradik ini. Sekejap dia memandang kearah Erlina, dan sekejap lagi dia akan memandang kearah Emran pula. Dia memang tak faham apa yang sedang mereka bualkan. Takkan mereka masih bercakap pasal reban ayam tadi kot?

“Kak Suria, jangan pedulikan Along Lin ni. Dia memang failed bila bercakap dengan perempuan.”

Erlina mencelah di tengah-tengah antara tempat pemandu dan penumpang. Hakikatnya dia memang tak pedulikan Emran cuma Emran yang memulakan perbualan.

Hati Suria mula rasa tak senang. Perjalanan terasa semakin lambat. Dia sudah tidak sabar untuk tiba di rumah dan berehat tanpa gangguan dari pandangan mata Emran dan suara manja Erlina.

#######################################

Mereka tiba di Shah Alam waktu makan tengah hari. Sebaik memasuki pintu gerbang Kota Kemuning, Erlina sudah merengek seperti kanak-kanak kelaparan.

“Along, kita pergi makan dulu lah. Lin dah lapar sangat ni. Nanti perut masuk angin pulak.”

“Lin jangan nak mengada-ngada yer. Kejap lagi dah nak sampai rumah kita kan. Makan kat rumah jer la.” Emran sudah tidak sabar melayan kerenah adiknya yang macam-macam. Bukannya jauh mana pun Kota Kemuning dengan Bukit Jelutong tu sampai tak sabar-sabar sangat nak makan.

“Kita makan kat sini la. Kak Suria boleh tolong tunjuk kat mana kedai makan paling best kat sini. Boleh lar Along.” Erlina masih belum berputus asa. Walau apa cara sekalipun, dia tetap nak makan bersama Suria dan alongnya.

“errr…… tapi Kak Su tak tahu kedai mana yang paling best sebab selalunya Kak Su masak sendiri.” Suria mencelah dengan suara yang serba salah. Dia memang jarang makan di luar kerana dia lebih suka memasak dan menghabiskan masa di rumah sahaja. Sekarang ini pun dia sudah terbayangkan sofa dan katil di rumahnya. Alangkah seronoknya jika dapat menghabiskan masa menonton tv dan bergolek-golek di atas katil saat cuaca mendung seperti sekarang.

“Rumah awak kat mana?” Suara garau Emran mematikan angan-angan yang baru hendak dilayan.

“Bulatan besar ni, amik pukul tiga, masuk kiri kat simpang pertama. Encik Emran turunkan saya kat pondok pengawal saja, nanti saya jalan masuk dalam” Suria menjawab perlahan. Dia tidak tahu kenapa hatinya jadi kecut bila mendengar Emran bersuara.

“Jalan kaki? Rumah awak blok yang mana?”

“Apartment saya belah belakang yang mengadap tasik.”

“I will send you to your unit block.”

“Eh, takper. Saya boleh jalan kaki. Bukannya jauh pun. Tak payah la Encik Emran susah-susah. Sampai pondok pengawal pun dah cukup.” Suria cuba menghalang Emran dari menghantarnya sehingga ke dalam kawasan apartment.

“I said, I will send you to your unit block. Boleh tak jangan nak melawan pasal hal kecik macam ni. Degil.” Emran sudah mengeluarkan suara tahap keduanya. Sehingga menyebabkan Suria terus terdiam.

“Kak Suria, biarlah Along hantar. Dia kan tak suka nak ulang banyak kali. So conclusion nya sekarang, memang takder makan tengah hari la ni?” Erlina masih ingin mencuba nasib buat kali terakhir.

“TAKDER!” serentak Emran dan Suria menjawab membuatkan Erlina menunduk dan muncung.

07 July 2011

Tiada Yang Lain... (15)

Suasana di dalam bilik karaoke untuk VIP itu sangat bising. Terdapat 3 pasangan yang berbeza usia seperti emak dan anak di dalam bilik itu. Datin Arianna, kawan karib kepada Puan Mariyah sedang leka dibelai oleh kekasih mudanya. Puan Mariyah masih melayan rasa bengang di hati. Usapan mesra dari Hazwan tidak mampu meredakan perasaannya. Minuman keras yang dihulurkan oleh Hazwan di teguk rakus.

Dia pasti lelaki yang dia nampak di lampu isyarat sebentar tadi adalah anak lelakinya, Armand. Kereta yang dipandu juga adalah kereta yang sama dia belikan untuk anaknya itu. Tapi kenapa Armand tidak mahu pulang ke rumah mereka. Sudah berapa lamakah anaknya itu berada di Melaka. Dia tahu dia bukan ibu yang baik, tapi jauh di sudut hatinya, dia amat merindui satu-satunya zuriat yang dia ada itu.

“Hey dear, what’s wrong with you tonight?” Datin Arianna bertanya dengan suara yang sedikit kuat kerana melawan bunyi muzik di dalam bilik mereka. Puan Jenny sedang berseronok menyanyi lagu inggeris kegemarannya tanpa menghiraukan teman-temannya yang lain.

“Nothing.” Puan Mariyah menjawab malas.

“Come on dear. I know you very well. There must be something in your mind.”

“I thinked I saw Armand just now.” Akhirnya Puan Mariyah memberitahu juga apa yang berada di dalam fikirannya.

“Armand? You mean you son, Armand?”

“Ye lar Ari. I tak pernah ada skandal nama Armand. It’s my son’s name.”

“so? Apa masalahnya.” Tanya Datin Arianna lagi. Dia memang tidak nampak apa masalah yang difikirkan oleh Puan Mariyah.

“Masalahnya, dia ada kat Melaka tapi kenapa dia tak balik rumah. I ingatkan dia still di Sydney.”

“Dia dah besarkan, so pandai la dia jaga diri sendiri. Kalau you tak kisah, I boleh jagakan dia untuk you. Hehehe” Datin Arianna sudah terbayangkan wajah Armand yang kacak dengan tubuh badan yang sasa.

Tidak dinafikan, kekacakan Armand banyak diwarisi dari wajah ibunya dan susuk tubuh badan pula diwarisi dari ayahnya, Zakuan. Maka tidak hairan jika sedikit masa dulu, Armand menjadi buah mulut di kalangan kenalan mereka yang berselerakan lelaki muda tapi tiada siapa yang berani bertanya terus kepada Puan Mariyah. Mereka tahu benar tentang wanita ini. Walaupun kelihatan manja dan lemah lembut, tindakan Puan Mariyah sukar diduga. Dia seperti seekor kucing parsi, tampak gemalai tapi bila diusik mencakar hebat.

Puan Mariyah menjeling tajam kearah Datin Arianna. DIa kurang senang dengan kata-kata dari sahabatnya itu.

“He is my son Ari. Don’t you ever think about it.” Sedikit keras amaran yang diberikan.

“Rileks la. I gurau jer la. I dah ada Felix, I tak nak kat anak bujang you tuh. Tapi kalau you bagi I test, memang tak keluar bilik la jawabnya.”

Puan Mariyah tidak mahu membalas lagi. DIa hanya mendengus geram. Kali ini apa sahaja yang dilakukan Hazwan takkan mampu menyejukkan hatinya yang panas. Panas akibat kata-kata Datin Arianna dan panas kerana memikirkan tentang Armand. Beg tangan di capai dan dia berlalu keluar. Hazwan yang berada di sebelahnya terpinga-pinga dengan tindakan spontan dari Puan Mariyah. Datin Arianna memberikan petunjuk supaya Hazwan mengejar dan meredakan sedikit angin sahabatnya itu.

Sampai di tempat letak kereta, Puan Mariyah berhenti di hadapan kereta Nissan Murano miliknya. Dia mencari-cari kunci kereta yang diyakini berada di dalam beg tangan. Tiba-tiba penggera kereta berbunyi sendiri. Kelihatan Hazwan berdiri di belakangnya menayangkan kunci kereta yang di cari.

“Kenapa kunci kereta I ada pada you pulak?” Puan Mariyah bertanya pelik.

“Kan tadi I yang drive kereta you. What happen, sayang? You tinggalkan I macam tuh jer.” Hazwan mengusap lembut pipi Puan Mariyah. Wanita itu seusia dengan ibunya di kampung tetapi kerana penjagaan yang rapi, wajah dan susuk tubuh wanita itu kelihatan lebih muda walaupun hakikatnya antara mereka berbeza usia kira-kira 17 tahun.

“Sorry Wan. Banyak sangat perkara yang I fikirkan so mood I jadi tak berapa baik. I nak berehat la.”

“Ok. So berehat kat tempat I?” tangan Hazwan yang tadi mengusap di pipi kini bergerak ke pinggang Puan Mariyah yang ramping sekaligus merapatkan tubuh wanita itu ke tubuhnya. Haruman dari rambut wanita itu dihidu.

“Not tonight Wan. I memang nak berehat.” Puan Mariyah menolak perlahan. Mana mungkin dia dapat berehat jika di menghabiskan malam dengan kekasih mudanya ini.

“Please sayang. Esok petang I dah nak fly ke Dubai for 1 week. I’m gonna miss you. Pleaseeee…..” Hazwan masih memujuk Puan Mariyah agar wanita itu bersetuju menghabiskan malam ini di apartmentnya. Bibirnya yang menuturkan bisikan romantis tadi kini telah mula mengucup cuping telinga Puan Mariyah. Suasana di tempat letak kereta yang agak kelam dan sememangnya lengang itu memudahkan perlakuan mereka berdua.

Puan Mariyah yang tadinya ingin pulang mula berasa berbelah bagi. Amarah yang dirasai semakin menyusut di ganti pula dengan nafsu yang bangkit. Kekasihnya ini memang benar-benar tahu bagaimana ingin menjinakkannya. Dia sedikit lemas dengan kucupan dan usapan dari Hazwan, ditambah pula dengan kesan dari minuman keras yang mereka ambil, cepat sahaja Puan Mariyah bersetuju untuk mengikut Hazwan pulang ke tempat lelaki itu.

Mereka berdua beriringan masuk ke dalam kereta dan meninggalkan rumah kelab VIP.