Followers

22 June 2011

Tiada Yang Lain... (14)

Armand meninggalkan apartment Rhea saat jam menginjak ke pukul 5 petang. Banyak perkara yang mereka bualkan berdua. Zarif pula pulang ke unit apartmentnya apabila dia sudah memastikan yang Rhea selamat di rumah.

Sebaik sahaja Armand berlalu, Rhea terus mendail unit apartment Zarif. Entah kenapa dia mahu lelaki itu tahu yang Armand sudah pulang. Setelah beberapa deringan, masih tiada jawapan. Rhea meletakkan gagang. ~mungkin dia tidur kot~

Selepas 10 minit, Rhea mencuba sekali lagi. Masih tiada jawapan. Hatinya mula gusar. Dia mencari telefon bimbitnya dan menekan nombor Zarif. Hampa. Telefon bimbit juga tiada jawapan. Dia mencuba sekali lagi mendail unit apartment Zarif. Tetap tiada jawapan. Seribu satu perkara terlintas di fikiran Rhea. Dia takut sekiranya sesuatu terjadi kepada Zarif. Terbayang di matanya kejadian tembak-menembak yang berlaku tempoh hari.

Dengan terkocoh-kocoh dia keluar dari apartmentnya dan mengetuk pintu apartment Zarif. Tiada tanda-tanda yang lelaki itu akan membuka pintu. Rhea sudah mula menangis. Dia takut sekiranya dia tinggal seorang diri kerana di tingkat lima ini hanya ada unit dia dan Zarif sahaja. Lagi pula keseluruhan tingkat ini di milik arwah ayahnya dan tidak sebarangan orang yang dibenarkan naik.

“Zarif, buka lah pintu. Awak buat aper kat dalam. Jangan takutkan saya.” Rhea sudah tersedu-sedu sambil mengetuk pintu apartment Zarif. Dia tidak peduli kesakitan di tangannya akibat mengetuk pintu terlalu kuat.

Tiba-tiba Rhea terasa satu sentuhan di bahunya. Zarif!

Tanpa berlengah Rhea terus memeluk Zarif erat dan menangis di dalam pelukan lelaki itu. Zarif hanya terpinga-pinga tapi perlahan-lahan dia membalas juga pelukan dari Rhea.

“Awak pergi mana? Saya takut awak tinggalkan saya” Rhea bersuara dalam sedu sedan. Wajahnya masih disembamkan ke dada Zarif. Rasa lega sedikit hatinya melihat Zarif.

“Saya turun sekejap pergi beli rokok. “ Zarif membalas sambil mengusap kepala Rhea. Dia tidak tahu kenapa ringan sahaja tangannya. Dia ingin gadis itu berasa selamat dalam masa yang sama hatinya berdebar-debar bila mana Rhea masih tidak mahu melepaskan pelukannya.

“Kenapa tak jawab telefon?” tangisan Rhea sudah mereda. Pelukan juga sudah dileraikan. Tapi rasa malu masih bersisa. Entah macam mana dia boleh terus memeluk Zarif.

“err… saya tak bawak telefon. Ingat En Armand ada lagi”

“Lain kali bawak la telefon. Saya dah fikir yang bukan-bukan jer bila telefon tak angkat, intercom tak jawab, ketuk pintu rumah takder respon. Saya takut tahu tak?” Rhea mula memuncungkan bibirnya sambil mengesat sisa air mata.

“Kenapa pulak Cik Rhea nak fikir bukan-bukan? Kenapa takut?” Zarif bertanya berani. Dia tak takut untuk mengambil risiko.

Tapi berlainan pula dengan Rhea. Soalan demi soalan dari Zarif membuatkan dia malu. Dia takkan berterus terang tentang perasaannya pada Zarif walaupun kadangkala dia dapat merasakan yang Zarif juga berkongsi rasa yang sama. Zarif menarik tangan Rhea saat dia ingin berlalu pergi.

“auchhh…” Rhea mengaduh perlahan.

“Kenapa dengan tangan Cik Rhea?” Zarif membelek tangan Rhea yang memerah.

“ Luka sikit jer. Mungkin kuat sangat ketuk pintu tadi.” Rhea menarik sedikit tangannya.

Tanpa diduga, Zarif mencium kesan luka di tangan Rhea. Dia mencium setiap jari jemari Rhea yang halus. Rhea hanya terkedu dengan tindakan Zarif. Apabila Zarif mengangkat kepala memandang kearah Rhea, mata mereka bersatu dan rasa yang hadir semakin kuat.

“Saya mintak maaf. Kerana saya tangan ini terluka.” Zarif berbisik lembut di telinga Rhea.

Rhea tidak mampu berkata-kata. Kotak suaranya seakan bisu. Dia terbuai dengan kata-kata dan layanan Zarif.

“Cik Rhea….” Tanpa diduga, Rhea menutup mulut Zarif.

“Panggil saya Rhea.” Rhea masih lagi memandang ke arah Zarif.

Rhea menarik tangannya yang menutup mulut Zarif dan berlalu menuju ke unit apartmentnya. Zarif pula hanya memandang ke arah. Rhea tanpa dapat berkata-kata.

*********************************************

Armand mencampakkan kunci kereta ke atas almari yang berdekatan dengan pintu masuk. Dia menuju ke arah sofa dan menghempaskan badannya. Fikirannya kusut bila teringatkan soalan dari Rhea. Bukan dia tidak mahu pulang ke rumah ibu bapanya tapi dia tidak dapat merasakan apa-apa perbezaan pun jika dia ke sana. Dengan mama yang sibuk berparti tak kira siang atau malam dan papa yang sibuk dengan urusan kerja sehingga tak kenal pintu rumah, dia akan rasa tersisih di rumah sendiri. Kepala yang berdenyut-denyut di picit perlahan.

Saat matanya hampir terlena, dia dapat merasakan satu urutan dari sepasang tangan yang lain.

“Gab, you belum tidur lagi?” Armand bertanya kepada yang empunya tangan.

“Not yet sweetheart. You looked terrible. Did you met her?” pemilik nama Gabriel itu masih terus mengurut lembut kepala dan bahu Armand.

“Yup. She’s doing great. My dad hired a bodybuard for her and I think she will need it badly. Knowing her family history, she should learn how to use a gun.” Secebis senyuman di hadiahkan kepada Gabriel.

“Did you love her Armand?” Gabriel telah duduk berhadapan dengan Armand. Pipi lelaki itu di usap lembut.

“You know I can’t love her. I tak boleh Gab. She is more like a sister to me. Perasaan sayang tuh ada tapi sebagai abang kepada adik, bukan sebagai kekasih. “

“Dengan I pulak?”

“You lain Gab. Kenapa you tiba-tiba tanya ni. We have been together for 5 years, takkan you masih tak tahu perasaan I pada you. I sayang you Gabriel.” Kata-kata Armand menjadi serius. Tiada bunga-bunga jenaka seperti tadi. Dia tidak suka setiap kali Gabriel melontarkan soalan-soalan yang berkaitan dengan perasaan kerana dia tahu kemana hala tuju perbualan itu nanti dan dia tidak suka dengan penghujungnya.

“Tapi you tau kan kita tak boleh selamanya macam ni. Satu hari nanti, kita akan berpisah juga. Mungkin esok, mungkin lusa. I cuma tak nak terlalu meletakkan harapan pada hubungan yang tak pasti ni.” Gabriel menggenggam erat jemari Armand.

“Enough Gab. I don’t want to talk about this anymore. It’s killing me. I nak masuk bilik dan berehat. You temankan I yer.” Armand menarik tangan Gabriel untuk mengikuti dia ke bilik. Dia memerlukan ruang dan masa untuk memikirkan tentang hubungan mereka. Dia belum bersedia untuk kehilangan Gabriel.

Malam ini, seperti malam yang sebelumnya, tidur Armand ditemani oleh pelukan erat dari Gabriel.

17 June 2011

Makin Aku Cinta (07)

Sejak terpandang wajahmu
Hatiku bertanya selalu
Siapa dia mengikat pandanganku
Seringkali dia berlalu
Di hadapan dan menyapaku
Sehingga hatiku seringkali merindu
Tak dapat ku melupakan dirinya
Terbayang wajahmu di mataku


Suria sedang menunggu mama ketika dia terdengar suara Erlina menjerit memanggil namanya.

“Kak Suria! Nak pergi mana dengan beg besar semua ni? Lari dari rumah ker?” usikan nakal dari Erlina itu di sambut dengan tawa kecil.

“Ha ah. Akak nak lari dari rumah sebab mama akak dah halau suruh balik rumah sendiri. Kesian kat akak kan.”

“Kesiannya. Takper, kalau macam tu, akak ikut jer Lin balik rumah, kan Along?” Erlina menjawab sambil memandang ke arah pintu masuk chalet yang berada di belakang Suria.

Emran tidak menjawab sebaliknya hanya tersenyum sambil mengangguk. Suria menundukkan kepala memandang ke arah kakinya. Dia kurang senang dengan pandangan tajam dari Emran. Setiap kali mereka berpadu pandangan, Suria merasakan pandangan lelaki itu seolah-olah bisa menembusi jantungnya dan melekat di hati. Jalan paling selamat, tak payah pandang mata Emran.

“Kak Suria tunggu siapa kat sini?” Soalan dari Erlina membuatkan Suria mengangkat kepalanya. Emran sudah tiada. ~Bagus. Lega jantung aku~

“Akak tunggu mama ni. Masa balik sini tempoh hari, akak tak bawak kereta, so mama akak nak hantar pergi Seremban.”

“Seremban? Rumah akak kat Seremban ker? “ Erlina bertanya pelik.

“Tak lah. Rumah akak kat Shah Alam. Sampai Seremban nanti akak naik bas atau naik komuter.”

Sedang mereka rancak berbual, Suria ternampak kelibat Emran yang menggamit Erlina. Tanpa berlengah, Erlina menuju kearah abangnya. Kelihatan mereka berbisik-bisik dan wajah gadis itu tersenyum gembira.

Tak lama kemudian mama tiba dengan wajah yang muram.

“Su, mama rasa macam tak sempat jer nak hantar Su ke Seremban. Pegawai dari Majlis Perbandaran nak datang melawat chalet. Mama minta maaf yer sayang.” Mama menerangkan tentang masalah yang dihadapinya. Tangan mama masih mengusap-usap pipi Suria yang licin tanpa jerawat. Dia rasa bersalah kerana tidak dapat menghantar anak gadisnya.

“Its ok ma. Small matter. Su boleh amik teksi. Mama tak payah risau.” Suria menggenggam erat tangan mamanya.

“Kalau Kak Su tak kisah, boleh balik sekali dengan kami. Tapi kena tunggu Along packing barang-barang dia kejap. Kitorang pun nak balik ke Shah Alam jugak.” Erlina memberikan cadangan tanpa bertanya kepada Alongnya dahulu.

“Err.. takper la. Akak boleh amik teksi lagipun Lin ngan abang Lin kan tengah bercuti. Bukan tak biasa amik teksi dari sini.” Suria menolak dengan halus. ~Dah gila nak balik dengan dua beradik ni. Yang adik terlebih peramah, yang abang pulak pandang orang macam nak makan. Mati kering aku nanti dalam kereta.~

“Its ok. Next Monday Along dah mula kerja so kitorang memang nak balik hari ni. Along tak kisah la. Kan Along?” Erlina memandang ke arah Emran sambil mengangkat-angkat kening dan senyum-senyum kambing. Emran pula membuat muka takder perasaan dan berlalu. Mungkin balik ke chalet penginapannya.

Suria semakin serba salah. Pautan tangan Erlina menunjukkan yang gadis itu beria-ia mahu dia pulang bersama mereka. Mama pula hanya menjungkitkan bahu tanda tidak mahu masuk campur. Pasti mama mahu anak gadisnya sampai di rumah dengan selamat dan sekiranya Erlina dan abangnya boleh memastikan keselamatan Suria, dia tiada halangan.

Akhirnya Suria bersetuju untuk pulang bersama Erlina dan Emran. Itupun setelah Erlina merengek-rengek dan menarik-narik tangannya supaya bersetuju. Dia tiada pilihan kerana Erlina pasti tidak akan berhenti memujuk selagi dia tidak memberikan kata putus.

################################################################

Suria memasukkan beg pakaiannya ke dalam bonet kereta milik Emran dengan rasa yang agak sebal. Lelaki itu seperti tidak sudi menumpangkan dia, tapi adik lelaki itu beria-ia sangat pula. Setiap kali melihat mimik muka Emran yang mencuka, Suria menjadi serba salah. Bonet kereta mewah milik Emran masih dibiarkan terbuka kerana dalam fikiran Suria masih berkira-kira samaada mahu teruskan niat menumpang atau balik sahaja menaiki bas.

“Cik Suria nak masuk dalam bonet kereta sekali ker? Tenung sikit punya lama.” Teguran dari Emran memeranjatkan Suria. Dadanya diusap perlahan.

“Saya rasa tak jadi lah nak tumpang Encik Emran. Saya lebih selesa naik bas.” Terkeluar juga suara Suria. Dia menggigit bibir menahan rasa.

“Nak naik bas? Kenapa? Takut saya jual ker?” Emran bertanya sambil berjalan menghampiri Suria.

“Saya tak nak menyusahkan Encik Emran dan Erlina. Saya dah biasa naik bas” Suria membalas. Dia mengangkat sedikit wajahnya dan tanpa disangka-sangka pandangan matanya beradu terus dengan pandangan tajam dari mata milik Emran. Secepat kilat dia menundukkan kembali wajahnya.

“Kalau awak tak balik dengan kami, awak lebih menyusahkan saya. Erlina akan fikir yang saya tak mahu tumpangkan awak. Mama awak akan fikir yang saya ni jenis lelaki yang tidak bertanggungjawab. So, awak memang akan balik dengan kami melainkan awak memang suka orang berprasangka buruk tentang saya.” Suara Emran masih kedengaran tegas di telinga Suria.

“Tapi…”

“Cik Suria, saya tak suka nak ulang sesuatu perkara tuh banyak kali. Jadi saya rasa Cik Suria faham apa yang saya katakan tadi. There is nothing to discuss. Fullstop.”
Terkulat-kulat Suria bila suara Emran sudah naik seoktaf dari nada biasa. Sedangkan dalam nada biasa saja sudah amat tegas, inikan pula bila nadanya tinggi dari biasa. Suria tidak mahu terus bertekak dengan lelaki seperti ini. Silap-silap boleh kena jerit macam orang gila pulak. Disebabkan rasa bengang, bonet kereta Emran dihempas kuat.

Emran yang sudah melangkah beberapa tapak di hadapan pantas berpusing. Matanya memandang kearah Suria seperti mahu dipatah-patahkan sahaja tubuh kecil molek itu. Suria pula baru tersedar dengan perlakuannya tadi. Dengan pantas dia berlari meninggalkan Emran untuk pergi mencari Erlina.

###########################################################

15 June 2011

Makin Aku Cinta (06)

Satu persatu telah kuhapus
Cerita lalu di antara engkau dan aku
Dua hati ini pernah percaya
Seribu mimpi tanpa ragu tanpa curiga
Ku tak ingin lagi
Menunggu, menanti
Harapan tuk hidupkan cinta yang telah mati
Ku tak ingin coba
Hanya tuk kecewa
Lelah ku bersenyum lelah ku bersandiwara


Suria menyelongkar seluruh biliknya sebaik sahaja selesai menunaikan sembahyang maghrib tadi. Kini menginjak ke waktu Isya’, dia masih tidak menjumpai barang yang dicarinya. Dia tidak pasti dimana gelang yang disayanginya itu tercicir kerana dia cuma sedar kehilangan gelang itu waktu dia meraup muka selepas menyudahkan solatnya. Serasanya ingin sahaja dia menangis kerana gelang itu tidak pernah di tanggalkan sejak Arman memakaikannya sebagai lambang yang dia adalah kekasih lelaki itu.

Puan Salmi yang sedari tadi memerhatikan gelagat anak tunggal nya itu mula merasa pelik.

“Suria, apa yang Su cari dari tadi? Mama tengok dah macam kucing nak beranak gaya kamu ni?”

“Su cari gelang yang Arman bagi dulu. Dah hilang la Ma. Su tak tau tercicir kat mana.” Airmata sudah hampir menitis. Perlahan-lahan Puan Salmi memegang bahu Suria.

“Su, sudahlah tu. Tak payah la Su nak cari lagi gelang tuh. Biarlah gelang tu hilang. Arman pun dah tak mahukan Su, buat apa Su beria sangat nak cari gelang tuh.” Puan Salmi menarik Suria supaya duduk di sofa.

“Tapi ma, Su sayang sangat kat gelang tu. Dah lama Su pakai gelang tu, tak pernah sekalipun Su tanggalkan.” Esak tangis sudah kedengaran dari suara Suria. Hatinya sangat sedih.

“Sayang macam mana pun, sampai masanya, Su kena lepaskan jugak. Kalau dah bukan rezeki Su nak terus pakai gelang tu, nak buat macam mana kan. Mana tau nanti-nanti Su akan dapat gelang yang lagi cantik dari yang hilang tuh. Kalau nak pakai sangat gelang, esok mama belikan gelang baru, Su pakai la sampai ke siku.” kata-kata yang keluar dari mulut Puan Salmi itu amat mendalam maknanya.

Suria tahu bahasa kiasan dari mamanya itu. Dia sedar yang dia terbawa-bawa emosi yang keterlaluan. Selepas sahaja mama mengetahui yang Arman memutuskan pertunangan mereka, mama terus membuang semua barang pemberian dari Arman. Mama tak mahu dia terus bersedih. Mama mahu dia bangkit semula dari kekecewaan kerana kata mama, Suria bukan diciptakan untuk menjadi tulung rusuk untuk Arman maka tiada guna untuk dia terus mengingati lelaki itu.

Suria ingin sekali menjadi sekuat dan setabah mama. Selepas pemergian arwah ayah, mama sendirian sahaja membesarkan dia dan menguruskan chalet milik keluarga mereka. Suria hanya nampak airmata mama pada hari pengebumian arwah ayah sahaja. Selepas itu, dia tidak pernah lagi melihat mama menangis walau sebesar mana sekalipun dugaan yang mendatang.

Mama tidak menangis saat dia di serang oleh isteri-isteri Tuan Ali, orang kaya di kampung mereka. Meskipun mereka menggelar mama ‘Janda Gatal’ dan ‘Janda Tak Sedar Diri’, mama sedikit pun tidak melatah malah mama dengan lantangnya menolak pinangan dari Tuan Ali dan memberi amaran keras kepada lelaki itu supaya menjauhkan diri dari kami berdua.

Mama juga tidak menangis bila sebahagian dari chalet mereka ranap dipukul ribut beberapa tahun lalu sebaliknya mama gigih menyediakan kertas cadangan untuk mendapatkan bantuan kewangan dari pihak bank.

Kini, Suria mula terfikir. Adakah berbaloi baginya untuk menangisi perpisahan diantara dia dan Arman. Dia mula mengakui kebenaran kata-kata mama. Untuk apa bersedih jika memang orang dah tak sudi. Dia di sini menangis hiba, Arman pula gembira bersuka ria dengan isterinya. Dia harus keluar dari kesedihan ini.

#####################################################################

Jam di ruang tamu berdenting sebanyak sebelas kali. Malam kian larut, tapi mata Suria masih tidak mengantuk. Dia bergolek malas diatas katil. Sedikit sebanyak memori sewaktu bersama Arman terlayar di ingatan. Begitu banyak pengorbanan yang telah dia lakukan untuk bersama lelaki itu. Dia sanggup menolak tawaran untuk dihantar bekerja di Sydney, Australia kerana janji lelaki itu yang mahu mereka berkahwin sebaik sahaja lelaki itu tamatkan pengajian. Dan memanglah lelaki itu berkahwin sebaik tamat pengajian, tapi bukan Suria pengantin perempuannya. Setiap kali teringat tentang hal itu, hatinya sakit berdenyut-denyut. Kesedihan semakin pergi yang tinggal hanya rasa sakit hati. Kenapa la dia bodoh sangat selama ni.

Suria sudah mengambil keputusan. Esok dia mahu pulang ke rumahnya di Shah Alam. Dia akan memulakan hidup baru tanpa Arman. Lelaki itu sudah mati di dalam kamus hidupnya. Dia akan pastikan yang satu hari nanti, Arman pasti akan menyesal kerana meninggalkan dirinya dan pada masa itu, dia takkan sedikitpun peduli tentang Arman.
Dia bingkas bangun dan menuju ke almari pakaiannya. Beg baju di ambil dan baju-baju di kemas.

~Shah Alam, here I come. Aku dah tak larat nak menangis lagi. Kalau buta nanti, dah jatuh pulak saham. To you Arman, get lost from my life. Sampah masyarakat!~

Suria tersenyum kecil. Pasti mama akan terkejut!.

#####################################################################

10 June 2011

Tiada Yang Lain... (13)

Bunyi intercom yang ditekan berkali-kali menyebabkan Rhea terpaksa berlari ke pintu. Dia berasa pelik kerana setahunya Zarif mempunyai access card untuk masuk ke dalam unit apartmentnya. Masakan Zarif pula yang membunyikan intercom.

Rhea segera menekan butang di screen paparan untuk melihat siapa gerangan tetamu yang tak tahu bersabar itu. Susuk tubuh yang membelakangkan kamera seperti dikenalinya.

Tak mungkin!!

Pintu dibuka dan dia terus menjerit.

“Abang Armand!!!!! “ seperti anak kecil, Rhea terus melompat dan memaut leher lelaki yang berdiri di hadapannya.

“Rhea, dah macam budak kecik nak mintak dukung jer. Did u miss me sweetheart?” lelaki itu mencuit sedikit hidung Rhea.

Of course I do. Where have you been? Senyap jer takder khabar berita. Ingatkan dah lupa kat kita” Rhea masih memeluk mesra lengan lelaki itu.

“Tak nak ajak abang masuk ker? Penat dah berdiri ni. Dahaga lagi. Dah tak sayang kat abang la tuh.” Lelaki itu mengusik manja.

“eh lupa pulak. Jom masuk. Nanti Rhea buatkan air bandung favourite abang.”

Sewaktu melangkah masuk, telinga mereka terdengar suara seseorang berdehem tajam. Tanpa melihat siapa, Rhea sudah tahu gerangannya.

“Cik Rhea, ni roti yang Cik Rhea pesan.” Zarif menghulurkan bungkusan roti kepada Rhea tapi matanya masih merenung tajam ke arah lelaki yang berdiri sebelah Rhea. Dia ingin tahu siapa lelaki itu. Bukan kerana cemburu tapi kerana itu adalah sebahagian dari tugasnya. Lagi membuatkan dia tidak senang kerana Rhea sedang memeluk lengan lelaki itu dan mereka nampak mesra. Kekasih dia ker?

Rhea melepaskan pegangan di lengan Armand dan menyambut bungkusan yang dihulur Zarif. Kini dia berdiri di tengah-tengah antara Zarif dan Armand dan dia dapat melihat mata Zarif memandang tajam ke arah Armand dan Armand juga memandang ke arah Zarif.

“Zarif, kenalkan ni Abang Armand. Abang Armand, ni Zarif. Dia pengawal peribadi Rhea.” Rhea cuba meredakan suasana dengan suaranya yang manja. Dia merasakan kini seperti tersangkut diantara dua kekasih. ~Hish, apa yang aku dah merepek ni.~

“Armand” Armand menghulurkan tangannya untuk berjabat dengan Zarif.

“Zarif” Huluran tangan dari Armand diterima namun dia masih merenung lelaki itu dengan tajam.

Good. So now both of you know each other. Boleh kita masuk rumah sekarang? “ Rhea bertanya tanpa rasa bersalah. Dia tak suka keadaan yang agak tegang ini.

Mereka bertiga masuk kedalam apartment Rhea. Zarif berdiri berdekatan dengan pintu untuk memastikan tiada perkara yang tidak enak berlaku. Lagi pula dia hanyalah pengawal peribadi, bukannya teman lelaki Rhea. Mengingatkan itu hatinya menjadi sakit. DIa masih tertanya-tanya siapa sebenarnya Armand. Melihat cara Armand dan Rhea bergurau, dia pasti yang mereka berdua rapat.

Armand pula hanya mengekori kemana sahaja Rhea pergi. Jika gadis itu ke dapur, dia akan ke dapur. Jika gadis itu di ruang tamu, dia akan ke ruang tamu. Dia perasan pandangan dari Zarif yang tidak lepas dari dirinya. Dari cara Zarif memerhati, dia merasakan seola-olah lelaki itu ada hati terhadap Rhea.

Rhea semakin ligat di dapur. Setelah membancuh sirap bandung kegemaran Armand, kini dia sibuk pula menyediakan bahan-bahan untuk roti gulung. Sekali-sekala tangan Armand yang mengganggu di tepis mesra. Dia memang begitu dengan Armand. Sejak dari kecil, Armand sentiada memanjakan dia seperti seorang abang memanjakan adik. Armand sering tinggal di rumahnya ketika cuti sekolah kerana lelaki itu tidak mahu mengikut kedua ibu dan bapanya pergi bercuti. Arwah ayah juga sayangkan Armand. Sewaktu arwah ayah meninggal dunia, Armand berada di Sydney atas urusan kerja. Lelaki itu jarang berada di Malaysia.

Dari sejak tadi Rhea perasan wajah masam Zarif. Cemburu ker lelaki itu. Tak mungkin. Tapi dia suka kalau lelaki itu cemburu sebab cemburu kan tandanya sayang. Sayang? Apa aku dah merepek ni.

Hooi hai bie guo (Siapa dia)?” Armand bertanya dalam bahasa Kantonis. Dia tidak mahu Zarif mengetahui perbualan antara dia dan Rhea.

Hooi hai ngor gei bodyguard (Dia bodyguard Rhea la)”Rhea membalas selamba.

Hooi hou zhong yi nei.. (Dia suka sangat kat Rhea)” Armand masih memandang ke wajah Rhea.

“Ha!!” wajah Rhea merona merah. Dia tak sangka yang Armand akan berfikir seperti itu.

Nei yau ng yau tam nei gei fu mou ah? (Abang dah pergi melawat uncle dengan auntie tak?)” Rhea bertanya soalan lain kepada Armand. Dia tidak mahu Armand terus menanya soalan tentang Zarif.

Mou ah! Hooi dei ng zhi ngor hai dou. Wo tong wo gei peng yao zhu. (Belum lagi. Mereka tak tahu abang ada kat sini. Abang duduk kat rumah kawan abang)”

Bie guo? Zhong hai guo guo yan? (Siapa? Masih lagi dengan orang yang sama?)”

Hai ya. (ye lah)”

Nei ying goi tong hooi jit fun! (Abang patut kahwin dengan dia!)”

Wo ng ho yi tong hooi jit fun, dan hai wo lei ng hoi hooi. Wo hou mou tun. (Abang tak boleh kahwin dengan dia dan abang pun tak boleh tinggalkan dia.)”

Rhea berhenti menggulung roti. Dia duduk menghadap Armand. Jari lelaki itu di pegang.

Nei ying goi tong nei a ba guang, hooi wooi ming bai gei. (Abang patut cakap dengan Uncle. Rhea pasti dia akan faham)”

Wo ng tuck! (Abang tak boleh)”pegangan tangan Rhea dilepaskan. Armand melurut rambutnya.

Dim gai? (Tapi kenapa?)” Rhea terus bertanya.

Chi zou yat tian, nei wooi ming bai…(satu hari nanti Rhea akan tahu kenapa)” Armand hanya menjawab perlahan.

Rhea meneruskan kerja menggulung roti yang dilakukannya tadi. Kalau dia terus memujuk Armand, jawabnya roti gulung pun tak sempat mereka makan. Dalam hati dia tertanya-tanya, teruk sangatkah kekasih Armand sehingga sangat sukar untuk Uncle Zakuan dan Aunty Mariyah terima. Kalau tak silap perkiraan Rhea, sudah lima tahun hubungan percintaan Armand dan kekasihnya itu, tapi sekalipun dia tidak pernah melihat gambar gadis yang mencuri hati Armand. Mungkin gadis itu sangat cantik sehingga Armand tak mahu menunjukkan gambar gadis itu kepada siapa-siapa.

Zarif hanya mendengar perbualan antara Rhea dan Armand. Dia tidak memahami isi kandungan perbualan itu kerana mereka berbual menggunakan bahasa Kantonis. Dia tidak pernah mendengar Rhea bercakap dalam bahasa Kantonis sebelum ini malah dia tidak tahu pun yang gadis itu boleh berbahasa Kantonis. Tapi secara logiknya, tentulah Rhea boleh berbahasa kantonis sebab ibunya kan berbangsa Cina. Zarif mula menggaru-garu kepala yang tidak gatal. ~apasal pulak aku nak sibuk-sibuk amik tahu ni~

Setelah hidangannya siap, Rhea memanggil Armand dan Zarif untuk makan bersama. Zarif menolak kerana rasa kurang selesa duduk semeja dengan Rhea dan Armand tapi kerana paksaan dari Rhea, dia tiada pilihan. Dia duduk di hadapan Rhea manakala Armand memilih untuk duduk di sebelah Rhea.

Hatinya sakit melihat cara Rhea melayan Armand. Rhea memotongkan roti dan menyuap Armand manja. Bukan Rhea tidak nampak cara Zarif menjelingnya, tapi dia sengaja membakar rasa lelaki itu. Zarif hanya menjamah sedikit sahaja. Selebihnya dia biarkan di dalam piring.

“Eh sikit jer makan Zarif. Tak sedap ker?” Armand bertanya selamba.

“Tak la. Saya dah kenyang. Cik Rhea, saya tunggu di luar saja. Kalau ada apa-apa, Cik Rhea call saya.” Zarif sudah ingin bangun bila tiba-tiba dia terasa seseorang menyepak kakinya.

“Selagi awak tak habiskan roti tuh, awak tak boleh keluar.” Rhea mula memuncungkan bibirnya.

Armand yang melihat adengan antara Rhea dan Zarif tergelak kuat.

“Sweetie, tak payah la nak keluarkan muncung itik tuh. “ Armand masih lagi ketawa.

Zarif tak jadi bangun. Terpaksa dia duduk semula dan menghabiskan roti di dalam
piring dengan wajah yang tiada perasaan.

Tiada Yang Lain... (12)

Rhea berjalan di hadapan dan Zarif mengikut dari belakang. Mereka cuma dipisahkan dalam jarak 2 langkah sahaja. Dengan baju kedua-duanya basah kuyup, matahari yang semakin meninggi, pasti ianya mengundang pandangan sesiapa sahaja yang berselisih dengan mereka. Sekali imbas, seperti pasangan kekasih yang baru lepas bertengkar pun ada. Masih terngiang-ngiang suara Zarif di dalam kepala Rhea. Sekali-sekala, dia akan mengetuk-ngetuk perlahan kepalanya dengan harapan kata-kata Zarif itu tidak akan terus menghantui mindanya. Tiba-tiba dia terasa seseorang memegang tangannya.

“Janganlah asyik ketuk kepala tuh. Tak sakit ker?”

Suara Zarif kedengaran amat dekat di telinga Rhea. Sekali lagi lelaki itu membuatkan jantungnya berdegup lebih laju dari biasa. Dia memberikan jelingan tajam kepada Zarif. Anehnya, lelaki itu tersenyum tanpa memandang wajahnya.

~Oh nak kenakan saya yer. Awak tunggu la Zarif, jangan sampai nanti awak tak tidur malam asyik teringatkan muka saya jer.~

Sewaktu tiba di hadapan lif, penghuni-penghuni yang ada di sekeliling mereka sekadar tersenyum melihat kondisi mereka berdua. Sebaik lif terbuka, Rhea dan Zarif memilih untuk berdiri di bahagian belakang dan agak jauh dari penghuni lain. Mereka tidak mahu penghuni lain berasa tidak selesa. Kerana keadaan di dalam lif yang sedikit padat, Rhea terfikir untuk mengusik Zarif yang berdiri di belakangnya.

Dia bergerak ke belakang perlahan-lahan sehingga terlanggar sedikit tubuh Zarif, baru dia berhenti. Dia tahu Zarif berasa agak kurang selesa, tapi dia sengaja buat bodoh. Dekatnya kedudukan mereka sehinggakan dia dapat mendengar deruan nafas Zarif di telinganya. Dia mengukir senyuman kecil.

Zarif pula merasa sedikit resah. Gadis ini benar-benar berjaya membuatkan dia gelisah dan panasaran. Perasaan yang hadir dalam hatinya semakin kuat walaupun berkali-kali dia mengingatkan dirinya yang gadis ini adalah majikannya dan tidak sepatutnya ada hubungan lain yang hadir selain dari hubungan majikan dan pekerja dan kini, gadis ini berdiri sangat rapat dengan tubuhnya. Tiada tanda-tanda yang menunjukkan gadis itu akan beralih walaupun ketika sampai di tingkat tiga, hanya tinggal mereka berdua sahaja di dalam lif. Sedang Zarif berfikir-fikir untuk berkalih tempat dari belakang Rhea, lif tiba-tiba berhenti dan lampu berkelip-kelip. Dengan spontan Zarif memaut pinggang Rhea, khuatir jika gadis itu hilang imbangan lagi dan terjatuh. Rhea pula dengan perasaan cemas memaut erat tangan Zarif yang memeluk pinggangnya.

Lampu lif terus berkelip-kelip. Tiada tanda-tanda yang lif akan bergerak seperti sedia kala. Perlahan-lahan Zarif melepaskan pelukannya.

“errr… lif rosak.” Hanya itu yang keluar dari mulut Zarif.

“saya tau. So? “

“saya cuba dapatkan bantuan”

Zarif menekan butang kecemasan yang terdapat di dalam lif. Berkali-kali di tekan, tetap tiada sambungan. Rhea memegang tangannya lembut.

“Takder orang Zarif. Kalau awak terus tekan loceng kecemasan tuh macam ni, saya takut tercabut pulak punat tuh. Cuba lagi lepas 5 minit.” Rhea bersuara perlahan. Tangannya masih lagi memegang jari-jemari Zarif. Tiada tanda-tanda yang dia akan melepaskannya.
“Cik Rhea….” Suara zarif mematikan lamunan Rhea. Bahayanya pegang tangan lama-lama. Nanti betul-betul tersuka, kan susah hidupnya.

“opss…. Sorry. “ Muka Rhea terasa kebas. Malu dengan ketelanjurannya yang seolah-olah tidak mahu melepaskan tangan Zarif.

Kedua-duanya mati kutu untuk seketika. Rhea masih menahan malu, Zarif pula tidak tahu apa yang patut dibicarakan. Suara dari corong kecemasan menyelamatkan keadaan. Zarif dan Rhea diberitahu yang kerosakan sedang diperbaiki. Menurut pengelenggara bangunan, keadaan akan pulih dalam tempoh 10 minit lagi.

Tiada pilihan, Zarif dan Rhea perlu menunggu sehingga keadaan pulih. Rhea duduk di lantai lif setelah penat berdiri. Zarif pula terus menunggu di hadapan pintu lif sambil mundar-mandir. Dia ingin duduk di sebelah Rhea, tapi dia takut sekiranya dia akan terbuai-buai dengan perasaan apabila berdekatan dengan majikannya itu. Wajahnya sengaja di masamkan kerana dia tahu yang Rhea sedang memerhatikan setiap perlakuannya.

Rhea pula semakin seronok memerhatikan Zarif. Lelaki itu tidak sekacak mana, tetapi dia kelihatan manis jika di pandang lama. Ada satu rasa yang terbit dalam hatinya tapi dia tidak mahu terlalu percaya dengan rasa itu. Jika rasa itu betul sekalipun, mana mungkin dia berterus terang dengan Zarif. Saat ini, dia lebih senang melayan rasa dalam diam.

*************************************************************************************

Zariff menghantar Rhea sampai ke depan pintu. Masih tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut mereka berdua sejak keluar dari lif tadi. Pintu apartment dibuka, dengan isyarat mata, Zarif menyuruh Rhea masuk ke dalam.

“ Cik Rhea bersihkan diri, makan dan berehat la. Saya akan tunggu di luar sahaja hari ni. Kalau ader apa-apa, call handphone saya. Saya dah setkan speed dial no satu untuk nombor saya.” Zarif mematikan suasana sunyi di antara mereka.

Rhea hanya mengangguk. Entah mana pergi suaranya, dia tidak tahu. Perlahan-lahan pintu tertutup dan Rhea hanya memandang ke arah Zarif hingga wajah lelaki itu hilang di sebalik pintu. Rhea memegang dadanya. Kenapa rentak jantung aku tak sekata? Dah kena sakit jantung ker aku neh? Ker jantung aku sakit bila nampak muka Zarif? Adeh la.

Zarif pula berpaling tapi kakinya seperti tak mahu melangkah. Dia juga memegang dadanya. Apasal pulak jantung aku neh rasa macam nak terkeluar jer? Oh, alahai…

Sedang Zarif bercakap sendirian, dia terdengar pintu apartment Rhea di buka. Sepantas kilat dia berpusing.

“Zarif” Rhea teragak-agak untuk berbicara.

“Yer Cik Rhea” Zarif berharap Rhea akan menjemput dia masuk walaupun dia tidak sepatutnya.

“errrrr……. Nanti tolong belikan roti. Rasa nak makan roti.”

“Ha! Oh ok. Nanti saya belikan.” La, nak suruh belikan roti pun sikit punya susah ker nak cakap. Aduhai…

“ Thanks.” Dengan cepat Rhea menutup semula pintu. Kepala di ketuk lagi. ~Apsal pulak aku pegi ckp pasal roti ni. Memang dah mengong ni namanya~

Dengan langkah longlai, Rhea menuju ke biliknya untuk membersihkan diri. Dia masih lagi menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal mengenangkan betapa bodohnya dia bila tersalah cakap.

Zarif di luar pula hanya tersenyum kecil. Roti!. .

Dia juga ingin masuk ke apartmentnya untuk membersihkan diri dan kemudian keluar sekejap ntuk mencari roti yang dipinta majikannya yang comel itu. Senyum masih lagi tidak hilang dari bibirnya.

09 June 2011

Makin Aku Cinta (05)

Langit begitu gelap
Hujan tak juga reda
Ku harus menyaksikan
Cintaku terenggut tak teselamatkan
Ingin ku ulang hari
Ingin ku perbaiki
Kau sangat ku butuhkan
Beraninya kau pergi dan tak kembali


“Abang, Jihah sayang sangat kat abang. Kalau sesuatu terjadi pada Jihah, abang kena janji yang abang akan jaga diri baik-baik.” Najihah berkata perlahan sambil mengusap tangan Emran yang memeluk erat tubuhnya. Emran tersentak dengan kata-kata yang keluar dari bibir Najiha lantas dia memalingkan tubuh isterinya itu.

“Apa yang Jihah merepek ni? Abang tak suka Jihah cakap macam ni lagi. Dah banyak kali abang pesan kan. Jihah memang suka kalau abang marah-marah ker?” Emran memandang serius ke wajah Najihah. Dia tak dapat bayangkan apa akan terjadi kepada dirinya sekiranya Najihah benar-benar pergi meninggalkan dirinya sendiri.

Najihah memegang kedua belah pipi suami yang baru 2 bulan dinikahi itu. Dia amat menyayangi lelaki itu. Cinta pertama dan harapannya agar menjadi cinta terakhirnya juga. Dia sendiri tidak tahu kenapa kebelakangan ni mulutnya ringan sahaja menuturkan ayat-ayat seperti itu. Kadangkala hatinya sayu sendiri bila mengenangkan suaminya. Najihah memandang ke wajah Emran seolah-olah dia takkan melihat Emran lagi selepas ini. Diusap dahi suaminya membawa ke kening, mata, pipi dan berakhir di bibir. Sesudah mengusap wajah suaminya, dia meletakkan tapak tangannya di dada.

Why Jihah?” Emran bertanya kerana dia sedikit pelik melihat perlakuan isterinya itu.

Nothing. Jihah cuma nak simpan wajah abang dalam hati Jihah ni.” Jihah menjawab diiringi tawa sehingga menampakkan sepasang lesung pipit.

Emran mengajak Najihah pulang kerana hari semakin gelap. Walaupun Najihah masih ingin mengambil angin pantai, dia tetap mengikut saja langkah suaminya. Najihah memang sukakan pantai dari dulu lagi. Baginya berada di pantai memberikan ketenangan yang takkan didapati di bandar.

Motorsikal Kawasaki ZX-6R yang di tunggangi mereka meredah lebuhraya Port Dickson-Seremban. Sekali sekala Emran akan mengusap lembut tangan Najihah yang memeluk pinggangnya. Dia bukan lelaki yang romantik. Baginya, cukuplah sentuhan dan sikap ambil berat itu menafsirkan rasa sayang yang tak berbelah bagi kepada Najihah.

Hujan gerimis yang turun membuatkan Emran melajukan sedikit motornya. Dia ingin cepat sampai dan tak mahu isterinya kebasahan. Dengan keadaan jalanraya yang lengang, dia tidak sedar yang kelajuan motornya sudah melebihi dari kelajuan biasa. Sampai di satu selekoh, sebuah kereta yang dipandu laju sedikit menghimpit motorsikal milik Emran dan akibatnya motorsikal yang mereka tunggangi hilang kawalan dan terbabas. Emran dapat mendengar jeritan Najihah di telinganya tapi dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia sendiri terseret jauh bersama motorsikalnya.

Emran membuka matanya apabila dia mendengar bunyi siren ambulan dan suara orang menjerit yang bertingkah-tingkah. Rasa perit di kakinya dibiarkan sahaja. Dia cuma mahu mencari isterinya. Seorang lelaki yang berpakaian seragam polis menghalang dia dari bangun tapi dia tetap berdegil.

Dia masih memandang sekeliling tempat kemalangan. Dalam kepayahan dia bergerak ke arah sekumpulan orang ramai di laluan bertentangan. Hatinya bagai ditarik-tarik untuk ke sana. Semakin mendekati tempat itu, jantungnya berdebar dengan sangat hebat. Sebaik dia tiba, beberapa orang di situ memberi laluan dan ada yang memapah dia untuk mendekati sekujur tubuh yang kaku.

“Ya Allah, Najihah!!!!!” Emran terus rebah dan dunianya terus gelap gelita tanpa cahaya, tanpa suara.

#####################################################################

Emran tersentak dari lamunan apabila dia terdengar azan maghrib berkumandang. Airmata yang bertakung di tubir mata di kesat perlahan. Ingatannya terhadap Najihah masih kuat dan dia masih merasa bersalah di atas pemergian Najihah walaupun dia tahu apa yang terjadi adalah ketentuan dari ALLAH.

Dia melangkah pergi meninggalkan pantai untuk kembali ke chalet penginapannya. Perasaan dan emosi bercelaru saat ini. Ada rasa yang bercambah untuk seseorang, tapi dia takut untuk mencuba. Dia rasa seperti mengkhianati perasaan cinta kepada Najihah yang selama ini disimpan kemas dalam hatinya.

“Suria!” Perlahan nama itu keluar dari bibirnya. Entah kenapa, tiba-tiba dia menyebut nama gadis itu.

Dia mempercepatkan langkah untuk segera sampai ke chaletnya. Sewaktu tiba di hadapan chalet yang disewa Erlina, matanya menangkap kilauan seutas gelang tangan di celah-celah pokok bunga.

“Mungkin gelang Lin tercicir. Nak kena marah makcik ni. Cuai sangat.” Emran berbisik di dalam hati.

Memikirkan yang waktu maghrib hampir berlalu, Emran mematikan niat untuk mengetuk pintu chalet Erlina sebaliknya dia teruskan langkah menuju biliknya sendiri.

08 June 2011

Makin Aku Cinta (04)

Emran sedikit kecewa kerana Suria telah berlalu pulang saat dia mendekati Erlina dan Suria. Dia ingin mendengar suara gadis itu. Ingin menatap mata gadis itu yang sudah hilang sinarnya. Ingin membalut rasa luka di hati gadis itu. Sekian lama Emran tidak merasakan getaran yang mampu membuatkan tidurnya tak lena tapi Suria berjaya membuatkan dia berasa nanar.

Mungkin bunyinya agak gila, tapi hatinya mula berdebar dan bergetar sewaktu pertama kali dia melihat wajah Suria. Inikah namanya cinta pada pandangan pertama.

“Lin berbual dengan siapa tadi?” Emran sengaja bertanya kepada adiknya sedangkan dia tahu siapa lawan bicara Erlina sebentar tadi.

“oh, tadi Lin terserempak dengan Kak Suria. You still remembered her?” Erlina membalas tanpa memandang ke wajah Emran. Dia sibuk menguis-nguis pasir yang melekat di kakinya.

“Suria? Which Suria?” Emran masih lagi berpura-pura.

“Along ni cepat sangat lupa la. Kak Suria yang kita hampir langgar hari tu.”

“Nama dia Suria ker? Mana la Along tau nama dia Suria. Lin tak cakap awal-awal.”

I think you really have lost your mind la Along. Kan Along yang uruskan bil hospital, macam mana pulak Along tak ingat nama dia.” Erlina memandang kearah Emran. Dia sedikit pelik dengan abangnya. Setahunya, Emran bukan seorang pelupa. Sedangkan perkara sekecil zarah pun dia akan ingat inikan pula yang melibatkan nyawa orang lain.

You are right. Maybe I have lost my mind. Forget it.” Emran mematikan perbualan. Niatnya untuk mengorek cerita dari adiknya tidak berjaya. Silap-silap haribulan, adiknya pula yang mengorek cerita dari dia. Sangat la bahaya.

“Tapi kan Long, adik kesian la tengok Kak Suria tuh. Muka dia sedih jer. Mesti dia sayang giler kat ex-fiance dia tuh. Bodoh la mamat tuh. Dapat tunang cantik pun nak tinggalkan..” Erlina sengaja ingin memancing minat abangnya. Setelah sekian lama, baru hari ini dia nampak Emran memberi sedikit perhatian terhadap kaum Hawa.

“Mungkin dah tersurat yang jodoh dia bukan engan lelaki tuh. Siapa tahu, ada orang lain yang akan lebih menghargai dia di masa akan datang……….dan orang itu adalah Along” ayat terakhirnya hanya terluah di dalam hati sahaja. Emran tidak mahu adiknya mengesyaki apa-apa.

Erlina hanya tersenyum. Entah mengapa hati kecilnya merasakan yang abangnya menyembunyikan sesuatu. Takper, lambat laun dia pasti akan tahu juga. Emran takkan mampu menyimpan apa-apa rahsia dari dirinya

03 June 2011

Tiada Yang Lain... (11)

Pagi ini cuaca amat cerah. Mood Rhea juga amat baik. Dia bercadang mahu mengambil angin di tepi pantai Klebang yang berdekatan dengan apartmentnya. Dia memandang ke arah jam di dinding. Baru pukul 7 pagi, awal lagi ni. Rhea tidak pasti sama ada Zarif sudah bangun dari tidur atau belum. Rhea memulas-mulas tombol pintu, masih berkira-kira lagi.

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk pergi ke unit yang diduduki Zarif. Saat dia membuka pintu, perkara pertama yang dia nampak ialah wajah Zarif betul-betul berdiri di depan pintu apartmentnya. Kerana tergamam, Rhea menutup kembali pintu dengan kuat. Hatinya berdebar-debar. Dia tidak tahu berdebar kerana terperanjat atau berdebar kerana perasaan lain.

Bunyi ketukan yang bertalu-talu di pintu menyedarkan Rhea yang Zarif memang ada di luar. Dia membetulkan sedikit rambut dan pakaiannya sebelum dia membuka pintu.

“Assalamualaikum. Selamat pagi Cik Rhea.” Zarif memberikan satu senyuman yang mampu membuatkan Rhea pengsan selama 3 hari, 3 malam. Lesung pipit jelas kelihatan di kedua belah pipi Zarif.

~Apsal makin hari, makin hensem plak mamat ni? Ke mata aku yang dah tak betul?~

“Alaikumsalam. Selamat pagi Zarif.” Rhea tak mahu kalah. Dia juga menghadiahkan senyuman paling menawan untuk tatapan Zarif. Dia mahu Zarif sentiasa mengingati senyuman miliknya walaupun dia tiada lesung pipit.

Zarif merasakan jantung berhenti berdegup seketika. Senyuman dari Rhea itu seakan sempurna di matanya. Manis, menggoda, ceria dan paling penting dia dapat merasakan yang senyuman itu untuk tatapan dia sahaja. Panggillah dia lelaki perasan, dia rela kerana hatinya sangat pasti yang senyuman itu hanya untuk dia.

“Zarif, hari ni saya nak pegi tepi pantai. Jom…” tanpa menunggu lama, Rhea terus melangkah keluar.

Zarif hanya mengikut dari belakang tanpa sempat berkata apa-apa.

Setibanya di pantai, Rhea leka menghabiskan masa di gigi pantai. Di sebalik kaca mata hitamnya, Zarif pula leka memandang ke arah Rhea. Bukan sekadar untuk memastikan keselamatan gadis itu, tapi juga kerana desakan hatinya.

Malam tadi matanya tidak mahu lelap kerana asyik terbayang tingkah dan laku Rhea yang manja semasa mereka makan malam bersama. Walaupun cuma menikmati bubur dan sup ayam yang dia masak untuk Rhea, itu sudah cukup membuatkan dia rasa gembira.

Pagi ini sewaktu gadis itu menelefonnya, dadanya masih lagi berdebar-debar. Nasib baik dia mampu mengawal riak suara dari di sedari oleh gadis itu. Saat menatap majah gadis itu di sebalik pintu, matanya seakan terpaku kerana itu dia tidak merasakan sakitnya tatkala gadis itu menutup kuat pintu sehingga terkena hidungnya.

Rhea nampak sangat comel dengan skirt labuh berwarna putih dan blaus lengan pendek berbunga merah jambu. Dihiasi cekak rambut putih di kepala, wajahnya memang tidak kelihatan seperti gadis berusia 18 tahun. Dia nampak matang dari segi penampilannya. Tawa yang terbit dari bibirnya amat mengasyikkan. Seakan cuma mereka berdua sahaja di pantai Klebang ini.

Zarif melarikan matanya ke sisi lain. Dia merasakan yang tak sepatutnya dia memerhatikan majikannya lebih dari seorang pekerja. Tidak jauh dari tempat Rhea berdiri, dia ternampak seekor kuda yang menjadi tarikan pelancong terlepas dari kandangnya dan berlari kencang menuju kearah Rhea. Gadis itu masih leka dengan air laut di kakinya dan tidak menyedari bahaya yang bakal tiba.

Zarif berlari pantas dan terus menarik Rhea ke dalam pelukannya dan tanpa dapat dikawal, tubuh keduanya tercampak jatuh ke dalam laut. Dada Zarif berdebar kencang. Bukan kerana Rhea yang hampir dilanggar kuda tapi kerana saat ini, tubuh majikannya itu berada di atas tubuhnya. Dia dapat menghidu wangian dari rambut Rhea. Dia juga berdebar kerana Rhea masih memeluk erat tubuhnya sehinggakan dia tak mampu untuk bangun dan berdiri dan yang paling mendebarkan kerana dia terasa basahnya bibir Rhea yang yang mendarat tanpa sengaja di lehernya saat dia memaut erat tubuh majikannya itu. Perasaan yang pelik itu hadir lagi.

Rhea sedikit bergerak menyebabkan Zarif tersedar dari lamunan. Dia juga bergerak untuk bangun tapi Rhea seakan selesa berada di atas tubuhnya.

shhhh… you don’t move. Stay for a while. I can hear your heart beating. The best song for today.” Rhea bersuara dan hanya didengari oleh Zarif. Kerana kata-kata itu, rentak jantung Zarif berdegup 4 kali ganda lebih laju.

Tiba-tiba Rhea tertawa kecil dan terus bangun.

“Saya gurau jer la. Lajunyer jantung awak berdegup. Kalau saya terus kan jugak, nanti awak kena heart attack pulak kat sini. Jom balik, dah basah kuyup ni.”

Rhea menghulurkan tangannya untuk menarik Zarif supaya bangun. Zarif pula sedikit bengang kerana dipermainkan oleh majikannya itu. Dia mencapai huluran tangan dari Rhea tapi bukan untuk bangun sebaliknya dia menarik gadis itu pula dan sekali lagi gadis itu jatuh di dalam pelukannya. Kali ini dia memeluk dengan lebih erat dan berbisik di telinga Rhea,

“Saya rela kalau mati dalam pelukan gadis seperti Cik Rhea..”

Dan kali ini, Rhea tak mampu ketawa, sebaliknya dia hilang punca dan wajahnya memerah. Tak diduga, Zarif yang kelihatan serius itu pula yang membuatkan jantungnya berdegup lebih laju dari biasa. Oh hati, inikah namanya cinta!!!

01 June 2011

Tiada Yang Lain... (10)

Tuan Zakuan melepaskan satu keluhan kecil. Matanya masih belum mengantuk, kerana itu dia masih lagi mengambil angin malam di taman mini rumahnya. Memikirkan tentang Rhea membuatkan dia teringat sejarah silam dirinya.

32 tahun lalu di Johor Bharu…

“Zack, aku nak kau lari dari sini. Bawa semua duit yang kita amik dari Badang. Duit tuh cukup untuk kau mulakan hidup baru. Aku akan pastikan mereka semua takkan jumpa kau di mana-mana.”

“Tapi macam mana pulak dengan kau. Aku tak tergamak nak tinggalkan kau sorang-sorang kat sini. Duit ni hasil kita berdua, aku takkan pergi tanpa kau..”

“Kau jangan jadi bodoh la Zack.Diorang tu takkan lepaskan kita. Aku tau la nak jaga diri aku. Selama ni pon aku yang jaga kau, bukan kau yang jaga aku. Aku percayakan kau dan aku tau kau takkan mengkhianati persaudaraan kita. Bila dah tenang sikit nanti, aku cari kau. Sekarang kau pergi..”

“Kau mesti cari aku tau Ming. Walau berapa lama pun, kau mesti datang cari aku. Aku simpan duit bahagian kau ni. “

Zakuan berlalu pergi walaupun hatinya berat. Dia sangat menghormati dan menyayangi Ah Ming seperti saudara kandung. Lelaki itu yang menyelamatkan dia sewaktu di pukul oleh konco-konco Panjang. Kalau tidak kerana Ah Ming, rasanya dia sudah hilang nyawa di tangan Panjang. Dia memang sangat terhutang nyawa dengan Ah Ming dan mereka telah berjanji untuk menjadi saudara sampai mati. Seperti Ah Ming, Zakuan juga anak yatim piatu dari kecil. Belajar dari pengalaman hidup di celah-celah lorong gelap adalah sesuatu yang biasa bagi Zakuan cuma dia belum pernah sampai ke tahap melakukan kerja-kerja hitam. Kerana itulah Ah Ming begitu menjaga Zakuan.

Berlainan pula bagi Ah Ming. Setakat bergaduh di jalanan adalah rutin harian dalam hidupnya. Tumbukan dan sepakan merupakan makanan asasi tubuhnya. Siapa yang tak kenal dengan Ah Ming. Tak ada yang selamat kalau cari pasal dengan lelaki itu.

Lamunan Tuan Zakuan terhenti bila dia terdengar bunyi enjin kereta isterinya. Puan Mariyah menuju ke arah Tuan Zakuan sebaik sahaja dia nampak suaminya masih berada di luar rumah.

“Zack, you still belum tido? You tunggu I balik ker?” Puan Mariyah bersuara dengan lenggok manja. Wanita itu masih kelihatan sangat jelita dan seksi walaupun usianya sudah menjangkau 48 tahun. Dia tak suka kelihatan tua kerana dia masih gemar berparti dan berpeleseran dengan rakan-rakan yang lebih muda.

Puan Mariyah pernah cuba untuk berubah tetapi semuanya tidak dapat bertahan lama. Dia sudah biasa dengan cara hidup yang sosial dan bebas. Dahulu Tuan Zakuan juga sepertinya, namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, suaminya itu telah banyak berubah.

“Mar, you dari mana? I tunggu you nak ajak dinner bersama.” Tuan Zakuan bertanya lembut walaupun di hatinya terasa seperti ingin menjerit.

“Sorry, you tak bagi tau awal-awal. I had a good time with all the girls. You know, today is Datin Arianna’s birthday so all of us went to D’Vegas Club. By the way, Dato’ Burn sent his regards to you. Dia tanya kenapa sekarang susah nak nampak muka you. So I cakap yang you sibuk dengan urusan di Brunei. Next party you mesti ikut sekali tau.”

Tuan Zakuan semakin muak dengan cara hidup begini. Dia tahu sudah agak terlambat jika dia ingin merubah isterinya tapi dia pasti, peluang itu tetap ada.

“Mar, next week I nak buat kenduri untuk arwah Amin kat rumah kita. You tolong I yer”

“What!!!! Kenduri arwah??? Aper tuh???? Zack, kalau you nak buat kenduri-kendara, jangan nak buat kat rumah kita. Apa kena mengena Amin tuh dengan kita? I won’t help you.” Puan Mariyah sudah mula melenting. Panas hatinya bila Tuan Zakuan sibuk merancang untuk membuat kenduri bagi arwah Amin. Tanpa menunggu lama, Puan Mariyah terus melangkah masuk kedalam rumah. Dia benci bila mendengar Tuan Zakuan menyebut tentang Aminuddin. Dia tahu sedikit sebanyak perubahan diri Tuan Zakuan ada kena mengena dengan Aminuddin.

Tuan Zakuan pula hanya mampu menggelengkan kepalanya. Bebanan terasa semakin memberat di bahu. Dia tahu silap dia kerana mengikut sahaja kata-kata dan permintaan Puan Mariyah sejak dari mula perkahwinan hingga kini kerana rasa sayang yang melampau. Sekarang, rasa sayang itu semakin pudar dan dia tidak tahu berapa lama lagi dia mampu bertahan.

Makin Aku Cinta (03)

pernah kau berkata
bila ku merindu
bicara saja bintang kan mendengar
maka kau kan merasakannya
aku tahu diri
semua takkan mungkin
biarkan saja semua jadi kenangan yg mungkin
takkan terlupa sampai kau menua
biar saja
hujan di ujung bulan
biar jadi saksi hati
betapa pun mencinta
ini takkan mungkin



Telah hampir seminggu Suria menghabiskan waktu petangnya di gigi pantai. Serasanya, hanya bunyi deruan ombak dan angin pantai yang mampu memberikan sedikit ketenangan di jiwa. Hatinya masih luka dan luka itu semakin parah bila dia mendapat perkhabaran tentang penikahan Arman. Dia kenal siapa isteri Arman. Anak kepada YB Salleh yang belajar di Universiti yang sama dengan Arman. Mungkin silap dia kerana tidak menyedari yang cinta Arman sudah beralih arah. Arghhhh lelaki… mudah benar mereka berubah hati.

Suria berjalan menyusuri pantai sementara menanti matahari terbenam. Dia berjalan sambil memandang ke bawah melihat tapak kakinya yang tenggelam dalam pasir pantai. Entah mengapa hari ini dia merasakan yang setiap pergerakannya seperti di perhatikan. Sekali-sekala dia mengangkat kepala dan melihat kawasan sekelilingnya. Dia memutuskan untuk berhenti berjalan dan berehat di bawah sebatang pokok yang terdapat di kawasan terdekatnya.

Mata Suria masih lagi leka memandang ke arah pantai. Sesaat kemudian, pandangannya tertancap kepada seorang lelaki yang sedang berdiri tidak jauh dari tempat dia duduk. Lelaki itu juga sedang leka memandang ke arah lautan yang luas. Dia seperti mengenali lelaki itu.

“Hey Kak Suria, akak pun lepak tepi pantai ker?”

“Erlina!.. akak memang selalu kat sini. Erlina pulak buat apa kat sini?” Suria sedikit terkejut di sapa oleh Erlina. Dia tidak menyangka akan bertemu dengan gadis itu lagi di sini.

“Lin habiskan cuti. Kitorang sewa chalet kat area sini sebab abang nak tempat yang ada laut. Akak dah sihat?” Gadis itu kelihatan amat gembira. Kulitnya yang putih sedikit kemerah-merahan akibat di bakar matahari. Erlina memang cantik.

Mendengarkan Erlina menyebut ‘kitorang’, Suria serta merta dapat menangkap yang susuk tubuh lelaki yang di lihat tadi pastilah Emran. Dia tak tahu kenapa dia kurang selesa dengan lelaki itu. Mungkin kerana pandangan yang sentiasa tajam dan wajah yang serius membuatkan Emran nampak tidak peramah. Amat berbeza sekali dengan Erlina.

“Akak sihat, Alhumdulillah. Terima kasih sebab uruskan tentang hospital tempoh hari. Kalau tak sebab Erlina, akak tak tahu la apa akan jadi pada akak petang tu.”

Mengingati tentang peristiwa petang itu membuatkan hati Suria berdarah kembali. Sebelum airmatanya menitis, Suria meminta diri untuk berlalu lagi pula kelibat sang mentari semakin hilang.

Saat dia berpusing, dia perasan kelibat Emran menuju kearah dia dan Erlina. Langkah kakinya di lajukan supaya kedua beradik itu tidak nampak airmata yang menitis.